Saturday, March 29, 2014

Pendam

Pendam pun tak guna.

Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.
Bukan senang nak ikut kehendak orang.

Makin lama kau cuba, makin sakit kau rasa. Jadi aku fikir lagi elok kau buat jer apa yang kau rasa elok, terbaik untuk diri kau lantaklah orang nak fikir kau. Hidup ni hidup kau. Tapi sayangnya bila kau bukak mata kau baru sedar yang sebenarnya kau dah banyak hilang benda yang kau sayang dalam proses nak memuaskan hati semua orang dulu.

Toleransi dan sabar. Tu jer yang aku nak ajar diri aku. Aku nak belajar toleransi dengan orang lain and at the same time aku kena belajar sabar dengan perangai manusia yang kadang kadang pelik tak tercapai dek akal. Paling susah ialah bila dalam proses kau cuba nak perbetulkan diri kau tu, masa tu jugak lautan bergelora angin ribut taufan semua datang. Hmm.

Kadang kadang aku fikir kenapa lah dia ni macam ni, kenapa lah perangai dia macam ni. Lantas aku cantas fikiran tu, aku semat satu jer; bukan semua orang dilahirkan dalam environment kau. Mungkin sesetengah orang, dia dah memang dilahirkan dalam environment yang uttering 'harsh' words are normal. Mungkin sesetengah orang memang diajar untuk tak boleh dengar pandangan orang, kepala angin, etc.

Bukan nak cakap aku bagus, jauh.

Tapi sekurang kurangnya, kalau kau rasa nak hidup yang lebih bermakna, belajar lah untuk jaga hati orang tak banyak sikit pun jadilah.

:)


No comments: