Sunday, November 17, 2013

Tak tau tajuk apa.

Hi.

Aku rasa penat dan penat tapi aku tak tau macam mana nak luahkan rasa penat tu macam mana. Sebab tu bila orang jumpa aku kat toilet diorang tanya "Yana are you okay, you look sick." Aku just jawab aku okay, I'm just tired. Lepas tu aku tak tau macam mana nak elaborate rasa penat tu kat orang lain, even kat diri sendiri pun aku tak mampu.

Orang cakap "if you do something that you love, you won't feel tired at all". Tapi aku tak rasa yang phrase tu absolutely betul. Mungkin kalau kau buat sesuatu yang kau minat mungkin tendency kau untuk tak bersemangat tu kurang tapi bila lama lama kau sumbat sumbat sumbat, lama lama tak boleh tanggung gak. Then sekarang aku rasa aku minat law tapi kenapa aku rasa penat. Adakah rasa penat ni disebabkan aku sebenarnya tak minat, aku jer rasa aku minat jadi sebelum ni aku cuma buat buat minat? Atau adakah sebab aku rasa down yang amat sangat aku rasa semua orang hebat nak mampos dan aku ni tak layak nak masuk sini? atau adakah sebab kerja banyak dan aku sememangnya malas nak buat revision lepas kelas menyebabkan kerja bertimbun dan aku end up buat kerja last minute? atau atau hmm atau apa apa jer lah.

Aku sebenarnya geram dengan diri sendiri, dengan orang lain ada lah sikit tapi aku fikir lantak ah hidup kau ikut suka kau ah. Kalau nak dibandingkan aku yang dulu dengan aku yang sekarang (bukan peminat tegar), sangatlah jauh beza. Dulu waktu asasi aku rasa aku memang lah ada rasa malas tu tapi takdelah mengunung macam ni. Aku selalu dengar senior senior cakap "If you want to score please do not study last minute, do your revision etc" typical nasihat la kan tapi still aku bagitau diri sendiri "Lek ah dah degree pun".

Sikap 'lek ah dah degree pun' ni sangatlah annoying. Kalau ada test, malam tu baru aku mula bukak buku then tak tidur malam then esok tu aku tak boleh concentrate then at the end aku muntah dalam kelas time lecture. Cool kan?  Mungkin orang akan cakap okay lah tu at least study tapi I swear this is not okay! Even mak aku pun cakap biasa time foundation tiap kali dia call lepas test aku akan confidently cakap "Yes I'm done" sekarang ni "hmm boleh lah". Nampak tak.

Aku rasa aku dah sampai satu tahap di mana aku kena paksa diri sendiri. Kalau aku tak paksa aku keep calm and buat lek lek macam sekarang, aku rasa by the end of this sem or maybe next sem bila bila jer lah aku ada tendency untuk repeat paper which is a total nightmare, hell no. And aku discovered yang aku punya masalah bukan lah untuk study, sebab aku rasa bila aku study macam woww everything makes sense macam genius gila semua masuk haha ni memang penipu takdelah semua masuk kot haha tapi masalah aku ialah to start that thing, to flip the book. Untuk duduk dan start belajar tu yang susah.

Kalau lah ada doremon yang tolong jaga,

Gambar gambar kat bawah ni ialah waktu Kemahiran Insaniah minggu lepas. Bukan nak cakap apa lah tapi aku tak minat benda benda macam ni. Tak kira lah motif dia untuk get aku socialize ke apa ke tapi kalau memang aku takde mood tambah pulak letak tempat lain dengan kawan-kawan aku memang takde maknanya nak bersosial bagai. Aku lagi independent duk senyap sorang-sorang ada lah. Dah la ambik hujung minggu aku yang precious hmmmm.


Aku rasa nak cucuk cucuk mata aku,serius.

3 comments:

Hafizz FizSal said...

As a friend,I think you should take a rest.Kalo sampai termuntah masa lcture,aku rasa tu da x ok sgt. berdoa sblum blajr and take a deep breath(kt kelas k,blik k,etc.)...dont forget to drink some water(air kosong) then.

dari sisi hidupku said...

Apa-apa pon kesihatan kena jaga yana. Cekalkan hati dan kuatkan semangat, insha Allah u can do it.
BTW study and assignments last minute tu lumrah seorang student. Erk, ke akak je. Tettt.

Mohammad Luthfi said...

demotivated?