Wednesday, October 2, 2013

Pengalaman

Kau tau aku rasa antara zaman yang paling best dalam hidup aku ialah zaman waktu aku asasi dulu. Tulah zaman di mana aku mula mula nak bertatih jadi baik walaupun sekarang ni takler baik mana pun tapi okay lah. Bak kata kawan aku, zaman baru nak kenal tuhan. Dengan classmates yang memang sekepala dalam semua hal, banyak benda jahat dan baik kami buat sama sama.

Paling tak boleh lupa ialah waktu sem dua rasanya, kami punya degil tak nak turun sukan kolej kat bawah sampai akak akak jpk tu ketuk pintu bilik umpama nak pecah tau. Last last sekali dia bukak pakai kad, jahanam betul. "Hah ni kenapa tak turun ni?". "Ehem kami baru bangun tidur la kak". "Baru bangun tidur erk, boleh pulak tidur off kipas". "Korang pergi turun sekarang baru part two perangai dah taiko bla bla bla".  Dalam hati masa tu memang membara menyumpah bagai ah kat akak akak tu, tapi lama lama bila dah habis asasi ni bila ingat balik mesti rasa lawak, rasa rindu la pulak kat akak akak tu haha. 

Ala, biasalah waktu sekolah dulu punya benci kat cikgu disiplin dengan geng geng pengawas yang jaga pintu pagar sebab selalu tulis nama aku. Dulu aku ingat diorang ni memang spesis yang takde kerja ke apa tak boleh bagi aku pergi sekolah dengan aman. Aku dulu siap kena rotan tau sebab datang lambat, kena masuk bilik disiplin tak payah cakap lah. Tapi yelah sekarang aku rasa apalah makna kehidupan kalau takde sikit rebel, cehhhhh. 

Berbalik kepada cerita asasi aku tadi, aku tak tau kenapa kami boleh jadi rapat. Sebab yelah kenal cuma setahun tu pun tak kira dengan minggu minggu awal, ada yang tak bertegur sapa tapi at the end kami memang rapat. Rapat yang boleh gelak sama sama walaupun benda tu tak kelakar, then macam aku sendiri aku tak kisah tau kalau diorang gelak aku punya salah silap ke whatever sebab macam mana ah dah macam adik beradik sendiri tau. Pernah dulu kelas kitorang dicop sebagai 'anti social' dan 'underdog' oleh kelas kelas lain sebab kami cuma bergaul antara kami jer. Sebenarnya aku tegur jer hi bye kat budak budak lain cuma mungkin lah kami memang tak menyerlah. Memang memang sangat tak menyerlah, kalau dekat group facebook tu trust me, korang akan jarang gila tengok kami post apa apa pun kat situ kalau ada pun memang boleh kira dengan jari.

Dulu kelas aku 30 lebih tak ingat berapa tapi 4 lelaki yang selebihnya perempuan. Dalam 30 lebih tu cuma lima orang yang dapat sambung degree law aku, zana, fina, mas dan afiq. Yang lain tu tak dapat so diorang masuk admin atau dua orang yang ambik languange english bukan sebab diorang pemalas study ke pointer tak cukup tapi masalah utama prelaw ialah nak lepas Muet tu. So aku kira antara yang untung jugaklah sebenarnya. Walaupun diorang di fakulti admin dan aku di fakulti law, setiap hujung minggu aku akan still melepak dekat kolej diorang sekarang hehe. Maklumlah roomate itew kan rumah dekat selalu balik so tinggal lah aku kat sini dekat delima ni tak tau nak buat apa. So kalau hujung minggu aku memang ada dekat kolej diorang lah bilik diorang tu dah macam bilik ah dah.

Cuma berita sedih ialah mulai sem depan budak budak admin akan dipindahkan ke UiTM Negeri Sembilan which is the new branch of UiTM. Best la kome dapat masuk tempat baru yer. Yang tak bestnya aku lah hidup sendirian di sini, cehh. Tapi serius kalau aku fina zana mas cakap pasal hal ni mesti ending dia "Sedih weh nanti diorang takde."




"Macam mana hidup korang takde aku?"

"Aku baru dapat rasa erti kehidupan yang sebenar, hidup ni best jugak sebenarnya"

Kuang jaq.



p/s: Kepada kawan kitorang, Liya yang sekarang tengah buat law dekat UUM ketahuilah bahawa kami di UiTM ni merindukan tuan hamba yang jauh di bumi Kedah sana. Rajin rajin lah call kami setiap masa, always be there. Ceh apehal skema sangat ni?

1 comment:

dari sisi hidupku said...

pergh, rebel jugak masa zaman asasi ye. haha. tapi memang sayang gila kat kawan2 asasi tu walau dah terpisah cam akak ni haa.