Thursday, September 19, 2013

Shah Alam

Assalamualaikum, hi.

Sekarang dah almost dua minggu aku kat shah alam, jauh dari rumah kampung keluarga kawan kawan semua. So far Alhamdulillah semua okay. Roomate pun baik jer selalu tanya pasal kelas, dah makan ke belum kadang kadang buat aku segan hehe. Aku rasa quite blessed sebab sepanjang aku masuk universiti ni foundation and degree memang bersyukur gila dapat roomate roomate yang sangat sangatlah supportive. Dulu zana sekarang hani dua dua baik sangat sangat.

Btw, classmates pun semua okay takde lah yang nak menyombong ke apa ke Alhamdulillah. Sebenarnya aku tak faham kalau ada budak law yang nak bajet kekwat sombong or bongkak sebab ambik law I mean law jer pun babe bukan medic ke engineering ke pilot ke so rilek sudah lagipun bukan practice pun lagi. Eh amboi suka hati cakap orang aku ni haha, eh aku tak sombong eh takde niat pun nak riak ke apa mungkin kadang kadang korang tengok aku macam "Bajetnya si cantik (?) ni" haha tapi tak pun. Aku ikut mood kadang kadang aku malas nak bercakap dengan orang especially kalau time time aku penat memang peak mood ah tu sila faham faham la k.

So kat bawah ni ialah gambaq gambaq yang aku sempat snap selama almost dua minggu aku kat sini. Tak banyak pun lagi I know tapi okay la kan dari takde, aku punya usaha tau nak dapatkan gambar ni dari phone aku yang bermasalah sekarang haiyaaaaaa.

 Bilik aku dekat kolej delima tingkat lima, panjat tangga hari hari k. Kalau tak kurus lagi tak tau nak cakap apa dah haihhh. And yeah bilik itew sangat selesa dua orang sebilik macam kat Merbok dulu cuma beza ialah bilik dia memanjang and sangat comel sebab yellow macam tu and ada ties so nampak kemas ahaks (motif?)

 And ni Nanad, one of my classmates sebenarnya banyak jer gambar gambar dengan kawan kawan tapi semua muka aku macam *&hdgdjs#%3d haha. Ni pun aku tabah masukkan jugak walaupun eye bag ku memang tak dapat disembunyikan lagi redha je lah. Takpe tu petanda selalu tidur lambat hmmm.

Okay yang kat bawah ni gambar gambar mengarut yang sempat di snap sesama tadi waktu keluar dinner dengan kawan kawan yang since foundation lagi sekarang dah masuk degree sama sama lagi semua gila gila mak aih letih nak gelak.




Finally happy birthday to Mason, hope you enjoy the subway sorry we can't find any cake tengah tengah malam macam ni. Wish you have a great life and become one of the greatest lawyers in Malaysia :)

That's all. Farewell.

1 comment:

Anonymous said...

hai, baru2 nie sy dpt tawaran law uitm utk ambilan mac 2015, maybe sy akan masuk kolej delima, so jauh ke kolej delima dgn fakulti law? jalan kaki je pun bole ke kelas ke? n pemakaian pula macam mana? sorry byk tanya sbb sy lepasan diploma uitm melaka, x pernah ke shah alam. tq ^^