Friday, September 27, 2013

Manusia

Duduk shah alam ni, niat kena kuat. Kalau boleh kuat dan mampat.

Niat kenapa datang sini, tujuan utama untuk apa. Dan niat ni kena selalu buat inspection kena selalu re-check sebab takut tersasar ke menyimpang ke.

Jati diri pun. Sebab aku tengok kalau kau jenis yang macam lalang takde punca memang mudah sangat nak terikut orang. Kalau ikut yang baik tak kisah datang kelas awal, assignment on time Alhamdulillah lah. Yang buruk tu orang tak nak, jenis yang hmm tak reti nak cakap macam mana kau pun tau kan.

Aku tak nak la cakap pasal orang banyak sebab yelah kita pun tak tau diri kita macam mana nanti, doakan yang baik baik sudah lah untuk aku, untuk kita semua. Tapi bagi aku mudah la, kalau kita nak buat apa apa pun ingat lah orang tersayang keluarga kat rumah mak adik adik semua. Cehh macam iklan pulak haha.

Jaga nama keluarga baik baik sebab nanti kalau jadi apa apa orang bukan setakat tanya "Siapa budak tu?" orang akan cakap "Anak sapa tu?". Lepas tu mula lah, ni mesti mak bapak tak ajar lah apa lah padahal dulu mak ayah ajar cukup jer bila keluar lingkungan sikit jer bukan banyak pun dah mula dah.

Sebab aku rasa aku ni dah lah tak mampu nak bagi kesenangan harta kat family aku maklumlah belajar lagi, urusan kat akhirat pun tak pasti lagi mcam mana jadi cukuplah kalau bagi diorang rasa senang hati sikit masa kat dunia ni.

Entry untuk diri sendiri sebenarnya, sebab takut salah jalan padahal bukan gelap pun jalanya tapi sebab kita ni manusia, dalam cahaya pun kadang kadang terjatuh masuk lubang.




Serius, fikir nak balik rumah jer sekarang.

4 comments:

Hanis Nizam said...

ohye, anis pun fikir benda yg sama lagi2 anak sulung rasa mcm banyak sgt tanggungjawab.

Liyana Izzati said...

@Hanis Nizam : Betul tanggungjawab memang banyak kan tapi sebenarnya sebab ada tanggungjawab tu lah kita semakin berusha. Kan?

Sara Jeff said...

cehh beci ko geng2 pengawas padahal buke ko mg dulu pengawas jugok eh? used to at least .. hahahaha

Liyana Izzati said...

Tak ah, aku penolong remember? Haha lek semua pengawas lek lek.