Wednesday, June 5, 2013

Degil.


Aku stress, banyak masalah. Serius. Masalah diri sendiri, masalah adik adik, masalah rumah, masalah itu masalah ini, tak kisah la kan. Semua orang ada masalah muahaha. Oh please ek jangan nak buat lawak " lembu pun ada masalah, kambing pun ada masalah, anjing semua ada masalah. masalah anjing adalah mengonggong, kalau dia tak mengonggong dia akan makan kita semua jadi zomba zombi" serius okay serius menyampah gila lawak ni. Yelah imagine kau pergi kat kawan kau dengan harapan nak berkongsi rasa luah ketidakpuasaan hati ni kan tetiba dia buat lawak macam ni, boleh rasa tak geram dia macam mana? Hurmm *gengam tangan* Tapi malam ni aku bukan nak cerita pasal masalah itu ini. Yang tu biarlah masa yang tentukan ecece.

Aku rasa sepanjang aku hidup sembilan belas tahun ni, benda yang paling kerap aku dengar orang cakap pasal aku ialah "Kau ni degil lah" takpun "Kau tau tak kau ni degil sebenarnya". To be honest ya kawan kawan, aku tak rasa pun aku degil, serius. Bukan nak muhong buat lawak ka apa tapi aku memang tak tau part atau bahagian mana yang aku degil sebenarnya, anyone boleh cerita dak? Mungkin lah kan ada beberapa kali aku perasan aku macam keras kepala sikit tapi aku ni degil ke? Serious talk, betul ke?

Pada pandangan aku, tak semestinya kadang kadang aku tak sependapat dengan korang maksudnya aku dengil tak dengar cakap ke apa. Tak salah pun berpegang pada pandangan sendiri kalau kita pasti atau pun yakin. Kau ikut rasa kau, aku ikut rasa aku tak gitu?

Memang aku mengaku kalau aku gaduh dengan sesapa mostly aku nak menang jaa, maaf lah tapi tu memang lumrah alam sifat azali aku sebab tu aku ambik law haha. Tak tersasar lah jalan aku nampaknya setakat ni. Kawan aku cakap salah satu sebab kenapa orang cakap aku degil ialah sebab aku suka nak persoalkan sesuatu benda tu. Contoh dia, kalau orang suruh pergi situ atau buat itu ke apa ke benda pertama yang akan keluar dari mulut aku, kenapa. Kenapa kena buat ni? Kenapa pulak? Boleh bagi tau sebab kenapa bla bla. Aku tak perasan dan tak tau takat mana kesasihan dia tapi kawan aku cakap, percentage tu besar. Hurmm.

Lepas tu dua tiga hari ni ada pulak yang duk komen kat blog ni "kau mana nak dengar cakap orang yana, kau degil", "terimalah hakikat kau tu degil" dan bermacam macam lagi komen yang berbau sama yang memang sengaja aku tak approve. Haha sakit hati tak uolzz? Sakit?   Eh eh kisah lak aku kan. Hahaha gelak jahat.

Deep breathe, okay. Aku pergi jer mana mana first impression orang mungkin sampai sekarang ialah, muka sombong, degil. Dia tu mana nak dengar cakap orang haa haa. Bagi aku mudah jer, tak kenal maka tak cinta. Mungkin kalau kau kenal aku, kau akan dapat tangkap bahawasanya aku ni takdelah degil mana pun. Mungkin kau dapat nampak baik jujur aku selain dari duk nampak yang buruk buruk jaa. Yang duk cakap kat aku macam macam tu, apehal guna komen anonymous? Degil leteww haha.

Kisah lak kan. Dulu waktu aku sekolah,  masa hari jadi aku yang ke tujuh belas cikgu addmath aku pun pernah cakap dalam kelas aku ada aura degil atau lebih tepat keras kepala. Hebat tak?

Fine, lepas ni kalau ada apa apa ribut ke apa ke aku cuba ikut perintah. Setakat yang mampu je lah. Har har har hambar.


Nah ambik muka selekeh zaman sekolah. 


Bobby cakap baca blog aku umpama baca buku molarity, justice law punya sebab takde gambar. Kejam.
Ada orang tanya kenapa aku start tulis dalam bm balik. Kejam.
Ada orang tanya berapa pointer aku sem ni. Kejam.


3 comments:

Anonymous said...

Selamanye degil~

Anonymous said...

Pedulikan kata orang lain liyana :-))

Anonymous said...

Dari masa sekola sampai sekarang xbrubhhh