Saturday, January 26, 2013

Selepas 5 tahun.

Photobucket


Dalam dunia ni, banyak benda yang dah berubah dan akan terus berubah. Kalau nak kira banyak beza antara aku yang sekarang dengan aku yang lima tahun dulu. Lima tahun lepas (2009) waktu tu aku baru mula nak bertatih dalam menulis blog. Waktu tu baru form 3, dah ada blog. Masa tu aku boleh kata tak ramai lagi manusia yang menulis blog, boleh kira dengan jari orang kata. Kalau tanya kenapa aku buat blog dulu sumpah sampai sekarang aku tak tahu nak jawab apa. Kadang kadang aku rasa aku buat blog sebab nak mengisi masa lapang, tapi tak jugak. Sekolah pack busy jaa memanjang. Kadang kadang aku rasa aku buat blog sebab aku rasa takde orang nak dengar aku bercakap, so baik aku menulis. Kalau takde orang baca sekalipun aku tetap puas hati. So orang kata berbekalkan alasan "Takde orang minat dengar cerita aku" sampailah sekarang aku masih lagi menulis. Walaupun sekarang macam jarang gila kan. Nak buat macam mana dah nasib. Haha (tak lawak tapi saja nak gelak).

Lima tahun lepas, aku tak menulis macam ni. Kalau sesiapa yang pernah baca older post aku yang bertahun tahun lepas mesti rasa loya kan dengan bahasa yang aku guna. Aku mengaku ada unsur ewww ewww dalam diri aku dulu. Haha. Laa tapi nak buat macam mana kan aku pun pernah mengalami zaman remaja dan ditakdirkan pulak masa tu semua orang guna bahasa singkatan, bahasa rempit, dan pelbagai bahasa yang banyak menjahanamkan aku. Dulu tak ramai lagi pejuang bahasa. Ataupun mungkin dah ramai tapi common knowledge aku sikit so aku anggap tak ramai. Sekarang ni aku takdelah bagus sangat tapi sekurang kurangnya adalah sikit perubahan tu kan. Kan?

Sebenarnya banyak benda lagi aku nak tulis. Tapi sekarang dah 10:34 malam. Esok aku ada kelas pagi. Sebaenarnya tadi aku tengah cari bahan pasal LGBT aku punya topik untuk assignment. Tak tahu kenapa boleh tersasar sampai terupdate blog. So aku terpaksa skip segala benda yang aku nak cakap, lain kali aku cerita.

In case, korang tak paham entry aku kali ni. Aku just nak cakap yang satu hari nanti mungkin blog ni aku private sebab banyak benda yang aku nak cerita tapi aku tak mampu nak publickan benda tu. Kalau bukan hari ni, mungkin esok, mungkin lusa. Tengoklah mood aku macam mana nanti. Haha.

Tu jer.



4 comments:

Kuazue Mohd said...

as salam... cik azue datang vertandang...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

Nour Adieb said...

hehe, study rajin rajin :D

kay_are said...

mase aku ubah pape yang patut dalam blog aku baru2 ni pun baru aku perasan.. dahsyat gile singkatan aku guna zaman dulu.. sekarang ni agak terkawal sikit kot.. =P ko jangan ngengade nak main private bagai..

Encik Hati said...

moga terus success jd blogger di alam maya... n gudluck 4 ur study :)