Sunday, December 16, 2012

Masalah.

Photobucket
Assalamualaikum.



To be honest, aku sangat busy. Esok aku kena submit dua assignment and I do nothing. Tapi disebabkan 'masalah' ni, aku rasa fokus aku sedikit terganggu. Otak aku tak boleh berhenti fikir pasal benda ni, even kawan kawan aku semua suruh aku sabar. I'm trying.  Hmm. No, I have no intention to bring this thing to the public. I just want to make myself clear. Myself just me. Thats all.

Cerita dia aku rasa bermula dulu lagi, dua tiga tahun lepas. Memang aku mengaku mungkin salah aku pada permulaan sebab aku buat keputusan yang salah untuk berkawan dengan orang yang salah dan pada masa yang salah. Masa tu aku muda lagi kot, and we all make mistakes.

Dulu, I mean beberapa minggu yang lepas waktu cuti sem ada sorang perempuan call aku tanya aku kenal ke tak si A. Then aku cakap la aku kenal dan kami kawan (sumpah kawan jer). Lepas tu dia cakap lah dia ni girlfriend lelaki ni, lelaki ni tipu dia mesej dengan perempuan lain bla bla. Siap baca lagi nombor nombor yang lelaki tu mesej. Selama bertahun tahun kami berkawan ni dia tak pernah cakap pun dia ada girlfriend. Kat situ pun dah nampak kebanggangan lelaki ni. Mungkin jugak bukan salah dia sebab aku tak tanya. Tapi kami kawan jer takkan nak tanya lebih lebih. So?

Lepas tu nak dijadikan cerita perempuan ni ada lah sound aku sikit (banyak sebenarnya). Dia tanya aku cantik ke tak? Aku cakap tak. Dia tanya lagi dan aku tetap cakap tak. Sampai hari ni aku still lagi ingat apa yang kami cakap, apa yang dia bagitau. Dia nangis macam mana. Semua aku ingat. Aku pun perempuan. Bukan takde perasaan. Kalau lelaki ni cakap dia ada gf, aku memang takkan mesej laa, sumpah. Tapi masalah lelaki ni tak cakap apa pun. Waktu aku cakap aku dah ada bf pun dia tak cakap apa. So? Then, dia cakap nak jumpa aku nak tengok aku ni macam mana. Aku agak marah lah waktu tu sebab yelah aku ni tak tau apa apa cerita. Tetiba call aku marah marah. Masalah sekarang ni ialah korang, bukan aku. Lelaki tu yang curang dengan kau tapi kau nak marah aku. Bukan kau sorang jer yang kena tipu. Aku pun. Then lepas tu aku janji kat perempuan tu aku takkan kacau dah boyfriend dia ke suami dia ke what so ever ke. Memang takde istilah kawan kawan laa lepas ni.

Lepas kejadian tu ada lah beberapa kali dia mesej tanya aku bagai. Tapi aku tak jawab apa sebab aku memang tak nak ada kaitan apa. Then semalam perempuan tu mesej aku lagi. Semalam memang aku stress dengan assignment banyak, group discussion bagai. Dah laa waktu dia duk pressure aku tu aku duk dalam bilik study buat assignment. Aku rasa macam nak nangis. Kenapa dia ni tak faham. Aku busy. Aku ada tanggungjawab dan aku tak layan rubbish macam hal diorang ni. Perempuan ni cakap lah lelaki ni tak pernah suka aku pun aku tak payah laa duk perasan bagai. Aku macam "What? Sape kesah?" Aku tak kisah pun pasal korang nak suka sapa ke nak buat apa ke. Just tolong get out dari hidup aku. Lepas tu dia suruh aku foward semua mesej yang lelaki tu mesej aku. Dia ingat aku ni apa? Kena hantar satu satu mesej? Ingat aku takde kerja eh? Dia cakap lah "5 minit jer pun". Your 5 minutes might mean nothing but for me every minute is something.

Part yang buat aku rasa nak nangis is bila lelaki tu pergi cerita macam macam kat perempuan tu macam aku yang terhegeh hegeh kat dia. Macam dia lah lelaki paling suci atas dunia. Mengucap panjang aku semalam. Dah laa girlfriend dia tu duk puji bf dia macam apa. "Your attitude tak menunjukkan awak ni student law langsung. Lain sangat nak bandingkan dengan A tu. Dia cakap mannered jer, takde kurang ajar macam ni". Memang sampai tua aku ingat ayat ni. The thing is memang lah dia akan cakap elok elok sebab dia nak selamatkan diri dia dan dia cerita macam macam yang tak betul pasal aku. Aku mungkin agak marah sebab aku yang terkena, teraniaya. Faham tak? Kita kalau cerita apa apa pasal orang memanglah kita nak nampak diri kita hebat, orang jer yang teruk. Kalau aku jadi perempuan tu, aku bukak mata sikit. Lelaki atau sesiapa pun, kalau dia baik dia takkan bukak aib orang lain walau sedikit pun. Lelaki yang baik dia takkan bohong dan takkan buat cerita.


Let me tell you something, I have something that you dont have which is 'taste'. If I want to be with someone I won't choose someone yang cuma dapat pointer cukup cukup makan walaupun dia tu student law. I am a law student too. Bukan  nak riak apa lah, tapi kalau setakat pointer cukup  cukup makan. Tu menunjukkan anda tak tahu pun apa yang anda nak dalam hidup dalam pelajaran dalam undang undang. Memang belajar law susah, aku tahu. UIA format mungkin lain. Tapi aku just nak bagitahu yang setiap sem aku belajar 3 atau 4 subjek law and Alhamdulillah mungkin sebab aku tak pernah tipu orang so Allah permudahkan jalan aku. Mungkin jugak aku teraniaya. Sedangkan boyfriend dia yang bagus sangat tu belajar satu jer pun subjek law setiap sem tapi pointer macam tu. Mungkin nampak agak racist, riak, takkabbur. Tapi aku memang tak tahan dah. Jangan ingat aku bodoh. Mungkin dia akan cakap pointer tak melambangkan apa apa but let me tell you. Allah beri apa yang kita sepatutnya dapat, what we deserve. Tak lebih tak kurang.


Dia bagitau aku lebih kurang macam ni lah " A cakap awak tak cantik langsung, hodoh giler. Kat dalam gambar jer cantik. Kat luar gemuk, penuh jerawat dan hitam. Gambar boleh edit. Dia tak pernah cakap awak cantik, awak yang perasan. Dia tak pernah cakap dia sayang awak pun. Dia cakap dia kawan dengan awak sebab awak jenis melayan. Awak pun pernah call dia banyak kali, bukan dia. So bagi dia awak ni jenis yang suka melayan lelaki. ".

Aku memang tak cantik pun, tu aku boleh terima.  Aku suka layan lelaki? Hah? Seriously? Tolonglah. Aku layan sapa? Gila lah.

Kalau aku lah kat tempat dia, at least aku tak kan cakap apa yang lelaki tu cakap kat dia. Cukuplah antara dia jer yang tahu. Ni boleh pulak pergi cerita kat orang tu, macam kita ni takde perasaan. Dah laa sesama perempuan pulak tu. Astagfirullah.

Perempuan ni to be honest buat aku malu sebab kebodohan dia. Kalau dia betul orang yang intelektual, dia takkan jadi bodoh untuk lelaki. Mungkin agak kasar perkataan bodoh tu tapi kalau korang ada kat tempat aku korang akan rasa. Sebab lelaki sanggup cakap macam macam kat perempuan lain. Lelaki tu pun sama, hebat pulak mengarang cerita. Dia siap kaitkan denga kawan kitorang yang duk study Mesir dah sekarang ni dalam hal ni. Padahal bila aku IM kawan tu semalam dia tak tahu apa apa pun. Konon kawan tu pass nombor aku bagai laa. Penipu gila.Hebat hebat. Hebat ah korang. Terima kasih sebab buat aku nampak teruk.  Terima kasih sebab buat aku rasa teruk. Terima kasih sangat sangat.

Then, untuk mengakhiri semua benda ni. Aku cakap kat perempuan tu, aku akan mesej semua mesej yang lelaki tu mesej aku (aku tak delete sebab aku tahu satu hari nanti benda mcm ni akan jadi). Dia nak percaya ke tak aku tak kisah.  Betul ke dia pernah cakap dia sayang aku, betul ke dia cakap aku cantik. Sumpah aku tak pernah mengiyakan apa yang dia cakap. Kita ni sapa nak mengaku mcm tu. Then aku mesej balik semua mesej. Mungkin perempuan tu agak terkejut dengan mesej mesej tu sebab dia merayu suruh aku mesej semua sekali. Baru tahu kan? Kalau kau nak aku boleh siap print screen kan semua, hantar kat kau. Fon aku boleh printscreen, jangan risau. Tapi kau yang tak nak aku email.

I will never lie. Sumpah.

Mungkin nampak agak rude aku post benda ni kat blog. Tapi agak fair lah sebab korang pun cerita macam macam kat kawan kawan korang pasal aku kan. So its a win win situation laa I guess kan.

Aku jarang buat macam ni. Tapi aku nak cakap, balas dibalas jahat. Aku tahu apa yang dia cakap tu tak betul and I stand for what I believe. Thats it. Banyak lagi sebenarnya tapi tak perlu lah kita bukak aib orang seluas luasnya walaupun dia dah buat macam macam kat kita. At least aku masih lagi pikir pasal maruah orang walaupun orang tak pernah sekali pun pikir or at least concern pasal aku. For one second, seriously.

"Kau ni jenis melayan lelaki"

Please, I am not an easy girl.

8 comments:

Amna for short said...

Sabar kak long .lelaki and perempuan tu sakit otak kott.stress dgn hidup nie.kan?setiap kejadian ade hikmahnya.stay strong dear :)

kay_are said...

tamat drama ari ni tepuk2..

based on cite ko ni, aku rase pompuan tu buta kot sebab tak perasan yang bf die ngah seronok memperbodohkan die.. untuk ko lak, aku rase pasni kne lebih ati2 r dalam berkawan tu kan.. tak leh percaya 100% ngan orang sebab memang kite takleh predict langsung sifat sesorang manusia kan.. aku pun ngaku aku ade kelemahan.. so, untuk kes ko ni, mahkamah telah wat keputusan supaya ko tak yah layan dah minah ngan bf die tu lagi.. kalau ade lagi insiden tuduh rampas bf.. ko leh guna ayat macam ni "aku tak hadap r bf ko tu, bagi free pun tk ingi.. hensem lagi bf aku" sekian time kasih.

Aimi Syafiqah said...
This comment has been removed by the author.
Ain Farahah said...

uke fine .
dasyat gilew pompuan tuh .

SaraJ said...

Kalau aku laa Long~ maybe i will do something yg lg evil dari ni ~ bodo laa tino (-_-) ... shame on me ...

mirmashi94 said...

beb, sabar je laa. student uia, law. aku rasa kau penah cite kat aku. never mind tapi ada student medic uia yang baik lagi comel dan in shaa Allah ikhlas kawan ngan ko, iaitu aku.

fokus pada study k. aku tahu ko kuat.
chaiyok ^^

shedameor said...

Mak ai, teruknya. laki macam tu kalau dapat memang nak bagi pengajaran sikit. yang pompuan tu memang bangang kuasa dua. belum jadi laki dah percaya bulat2. kalau laki dia baik, takdenya nak msg dengan pompuan lain. bengong. *emo ni

Alwani said...

sabar eh kak yana. i think u should kill both. hahaaaaa. XD