Monday, December 10, 2012

Hebat.

Photobucket
Assalamualaikum. Hi.

Manusia dalam dunia ni mengikut pemerhatian aku ada banyak spesis, tapi boleh dikecilkan skop tu kepada tiga jenis golongan (untuk nampak rare). Spesis pertama yang aku selalu jumpa ialah spesis suka cakap kosong (terasa), spesis kedua ialah spesis suka merungut (terasa) dan spesis ketiga ialah spesis suka bercakap tak kira tempat (terasa).

Tiga tiga spesis atau golongan tu memang kena dengan aku. Seriously. I mean sapa yang suka cakap kosong? Aku. Sapa yang suka merungut sebab kelas banyak jadual macam gila? Aku. Akhir sekali. siapa yang suka cakap cakap cakap dan cakap tapi mengira adab dan tatatertib, masa dan tempat? Aku. So conclusion, siapa yang paling hebat? Aku. EH?

Sebelum datang Merbok hari tu aku rasa, aku lah manusia yang paling banyak berjanji. Dan selepas dua minggu I mean almost dua minggu aku kat sini, aku jugalah manusia yang paling banyak memungkiri janji. Tak nak keluar selalu, tak nak makan banyak, tak nak buat kerja last minute, nak study selalu, tak nak bazir masa untuk benda benda yang melalaikan, tak nak jaga malam sebab duk online, tak nak merungut bla bla. *Konon* Tapi last last? Sapa yang tiap tiap minggu keluar? Aku. twilight la apa lah. Sapa yang selalu buat kerja last minute? Aku. Even tadi baru siap assignment bel esok dah nak kena hantar. Nampak tak? Sapa yang makan banyak gila? Aku. Ya, dan pada soalan soalan berikutnya jawapannya masih aku.  So siapa yang paling terer sekarang? Aku. (tak payah buat muka konfius)

One thing yang aku belajar dua minggu ni ialah macam mana susahnya nak menepati janji. Especially kalau melibatkan janji dengan diri sendiri. Konon macam selalu ada excuses yang tak munasabah macam "Liyana kau ada banyak masa lagi. Lek luhh" atau " Ya Allah rajinnya kau yana. Hantu apa ni?" *tutup buku layan  movie". See?

To be honest, yes. Aku kiciwa.

I have to change. Thats all.

Takde apa yang lagi hebat dan bermakna dalam dunia ni selain penipuan terhadap diri sendiri  yang berkesan. Haha.




Tidak kira lah betapa banyak dugaan yang terpaksa kita tempuhi, kita mesti sentiasa happy. K takde kaitan. Lol.

5 comments:

nurshamila said...

apa2 la kau -,-

Hakimy Zamri said...

apa2 la kau -,-

MILA CAKAP. hehe.

Tips : istiqamah lama2 boleh laa :)

kay_are said...

bese r tu.. normal sorang student.. selagi ade mase mesti akan pilih untuk wat bende lain selain studi or assignment.. huu

mirmashi94 said...

puii.common. kenapa kau dan aku serupa? haha.

p/s: woi mak cik, asal x wish befday aku? *merajok k -.-

Nurhayati Abdul Talib (YATT) said...

comelnya dy.....yatt follow awak kay.. :)