Sunday, December 23, 2012

Balik

Photobucket
Assalamualaikum.

Orang nampak mudah. I tell you what, benda jadi payah bila depan orang kita kena buat buat senyum tapi kat dalam ni sakit stress tekanan tuhan jer yang tahu. Aku ni bukan malaikat. Bukan nabi. Bukan robot. Bukan binatang. Buat silap. Kadang kadang sakit laa jugak hati ni, tapi tu lah. Orang cakap, ikut hati mati. Kalau ikutkan rasa marah memang pergi ketuk pintu rumah orang dengan parang baru puas. Kalau ikutkan tak puas hati sampai khiamat pun tak senang duduk. Tapi tu lah, orang macam aku ni jenis kuat  (konon sila muntah). Kan aku pernah cakap dulu kalau nak jadi perempuan yang sejati kena kuat, setakat satu dua orang buat perangai dengan kita jentik dengan hujung jari jer. Tak heran. Haha.

Minggu lepas aku rasa minggu yang paling tough buat aku (tiap tiap minggu cakap macam ni kan haha). Dah laa aku tengah stress sebab dah tiga minggu aku duk terperap kat Kedah tu, dekat dining mastria pulak tetiba ada krisis makanan, inflasi barangkali. Student banyak duit tapi makanan takde. Imagine tak bagaimana rasa especially kalau orang tu jenis makan banyak makan aku? Boleh imagine tak?

Tapi serius minggu lepas minggu yang paling banyak aku bertarung dengan diri sendiri. Bertarung dengan rasa malas, rasa marah, rasa tak puas hati. Sabar je lah.  Sebab ditambah pulak dengan external factor yang tak henti henti pressure aku macam assignments, term paper and etc. Ada jugak rasa macam nak pengsan dah tapi hmm ermm  kita kan kuat haha. But well, selepas mengharungi hutan belantara ribut petir dan sebagainya. Sampai jugak ambo di Kelate. Haha. Cuti sampai 29hb uolzz. Kbye.

Selamat bercuti. Assignment bertimbun. Adios.

Motif tak? Haha.







6 comments:

shedameor said...

selamat bercuti yana :)

wan aidil anwar said...

sabar kak Long. kita kuat. hehehe

dari sisi hidupku said...

selmat bercuti dengan assignments. sem 2 paling pressure. be strong yana.

kay_are said...

aku tak faham relation antara cite ko stress dengan dah sampai kelantan.. ape pun selamat bercuti!!

najmi nawawi (juon) said...

haha..kay_are mmng sokmo xphm..ngeh.

.:Wanie:. said...

follow awk..:-)