Friday, November 9, 2012

Result titeww.

Photobucket
Assalamualaikum Hi.

Alhamdulillah.

Jujur aku tak expect pun nak dapat dekan untuk sem satu ni. Serius. Tanya roomate aku lah kalau tak percaya. Bila dapat carry marks yang agak teruk untuk beberapa subjek law tambah science computer yang hampeh, memang aku target paling tinggi 3.00 plus minus. Jujur dengan carry marks law 016 yang aku dapat 27.9/40, seriously hati mana yang tak kiciwa bak hang. Tapi tulah mungkin Allah nak tunjuk kalau kita berusaha memang tak mustahil. Luckily, I managed to get B+ for Law 016. Terharu pun ada sebab subjek subjek law memang ish killing me from inside lah orang cakap.

Subjek subjek lain pun aku banyak tibai jaa. Law 012 semua, siap tinggal satu soalan lagi yang 6 markah tu. Tapi mungkin  lah rezeki kot dapat jugak A. Alhamdulillah. Untuk subjek agama CTU 085, well sejujurnya aku memang sedih jugak lah sebagai seorang Islam tak dapat A+, A minus jer mampu tapi what to do. Memang salah diri sendiri jugak sebab konon macam subjek kacang, tengok tengok hampeh. Tak study konon duk layan movie. Gila. Its okay. At least aku dah belajar something kan, jangan pandang rendah pada subjek subjek yang kita rasa celah gigi. Haha.

I'm happy. I mean sapa tak happy. Kadang kadang rasa tak layak nak dapat pointer 3.64 dengan usaha tak banyak mana. Dalam kelas selalu tidur, dalam bilik tak payah cakap. Solat selalu lewat. Pergi kelas selalu lambat yang ponteng memang tak payah kira. Study tak kuat mana. Online lagi banyak, buat kerja malas. Selalu merungut itu ini. Kadang kadang tak puas hati ngan lecturer cakap lecturer bias laa unjust lah haha. Perangai aku ni memang! Aku janji next sem aku ubah, hijrah. Next sem target pointer 4 flat lepas tu fly overseas. InsyaAllah.

Allah nak uji kita ni sebenarnya. Kalau result tinggi, Dia nak tengok kita ni bersyukur ke tak dengan apa yang dia bagi. Sebab ada orang bila Allah bagi betis nak paha, tak bersyukur. Jauhkanlah aku dengan kufur nikmatmu ya Allah. Kalau usaha dah sungguh sungguh tapi result masih lagi rendah, jangan risau. Allah tengah uji kita jugak. Dia nak tengok kalau dengan result macam ni, kita ni kembali kepada Dia dengan keadaan muhasabah diri atau kita keep denying dan keep questioning things. Hmm.


Alhamdulillah. *nak nangis*

Dah laa nak cakap banyak pun tak guna. Nanti riak pulak. Terima kasih semua. Aku tahu ni berkat doa doa korang jugak. InsyaAllah aku ada satu sem lagi untuk Asasi Law ni then habislah cerita kita di Merboq yang pagi pagi bau getah mengharum satu universiti haha. InsyaAllah. Doakan kejayaan aku untuk sem depan pulak. Sem depan lagi mencabar of course muehehe. Esok aku ada muet writing, listening, reading tu semua. Doakan aku dapat at least band 4 tapi lagi bagus band 6. Thanks :)

23 comments:

Ali Jasni said...

waaaa,hebat 2. nk otograf sikit!

nadia said...

Tahniah..
lepas ni pukul rata pulak. :)

nadia said...

Tahniah..
lepas ni pukul rata pulak. :)

Mk Syahir said...

Tahniah..i'm proud of u :) keep it up..kekalkan dean list every sem :) insyaAllah boleh!

mirmashi94 said...

nice! haha ;D. ini hasil usaha kau, sama ada kau perasan atau tak. true! setuju, Allah sedang menguji kita, dengan result bagus ataupun kurang bagus. yang penting, lapangkan dada.

let bygones be bygones, keep moving forward.

lagi pun. ujian dunia. kekal selama mana je pom? contoh, ada lagi tanya kau bape kau dapat upsr, pmr or evem spm? no one care, no more, not now, not in the future.

perasan tak? kita bazir terlalu banyak masa fikirkan sesuatu yang tak kekal. paham tak? lau tak, buat2 paham je laa. i'm curing myself too. result aku ok. alhamdulillah. got too work harder, that's all. :)

so, speechless?;D

Hakimy Zamri said...

good luck yana :D

PHIRDOTE said...

congrats teruskan kejayaan :D

shedameor said...

wahhh, congratz yana :D

ade la nama yana kat bloglist akak tuu, ketuk satgi baru tau. huhu

dari sisi hidupku said...

congratz yana. next sem semoga dean list lagi. go go yana. apapon result redha je. usaha lebih lagi. motivasi untuk diri sendiri.

Liyana Zania said...

congrate yana. really proud of u dear..padahal kau banyak ponteng kelas kan..haha ( tak pe ke aku cakap ni).yalah..aku pun tak expect dapat result tinggi.. aku bahagia sangat group kita at least dapat above 3.0.. berkat usaha kita..panas, berhujan, tak tidur kita redah jugak demi nak pi kuliah. terbuktilah sengal2 kita pun dapat dean list jugak kan.. alhamdulillah.. Allah tu memang adil kan..kejayaan dan kegagalan semua tu ujian..fight untuk sem depan pulak dear..

kay_are said...

tahniah weh.. tak sia2 aku ajar ko ari tu.. berguna gak sume ilmu tu.. ish ish.. <-- ni name die perasan =P semoga ko dapat terbang macam yang ko nak.. amin.. =)

nurshamila said...

alhamdulillah, tahniah..amboii kemain kau eh, dekan tuhhh..ntah knpa my tears drop. tetiba -,-

Liyana Izzati said...

@Ali Jasni : Haha. Autograph? Apa tu? Haha. Thanks :)

Liyana Izzati said...

@Nadia : Thanks. InsyaAllah :)

Liyana Izzati said...

@Mk Syahir : Thanks bro. Thanks sebab selalu bagi support selalu. InsyaAllah. Doa doakanlah adikmu ini bro :'(

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94: First sekali, A'aa speechless. Nak komen apa ntah. Thanks laa atas semua nasihat nasihat dorongan kau sebelum ni sampai sekarang. Kalau takde kau, takdelah aku sampai sini hari ni. Haha. Thanks :) Kau pun tahniah. Cukup cukup makan bagi kau, maksudnya lagi hebat dari aku kan? I know.

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Thanks kimy :)

Liyana Izzati said...

@PHIRDOTE : Thanks InsyaAllah :)

Liyana Izzati said...

@Shedameor : Thanks kak. Eh ada eh? Haha. Laa tak perasan pulak. Ampun ampun jangan ketuk saya. Hahaha.

Liyana Izzati said...

@dari sisi hidupku : Thanks kak. Akak pun banyak tolong saya terima kasih. :) InsyaAllah.

Liyana Izzati said...

@Liyana Mek kelate : Haha. Cehh mung ada blog? Gapo url mung? Cepattttt!

Liyana Izzati said...

@kay_are : Haha. Apa kau cakap? Ilmu yang kau ajar. Yelah yelah yelah ni semua jasa kau *mata ke atas* InsyaAllah. Aku kalau dapat fly, memang aku berterima kasih kat kau first sekali. Serious.

Liyana Izzati said...

@Mila : Haha. Thanks. Eh kau pulak yang nak nangis? Sepatutnya aku lah. Haha.