Friday, November 16, 2012

Ketot 2

Photobucket
Pernah dengar orang cakap "Life happens when you are busy making other plans".

Dua tiga menjak ni aku ada satu penyakit baru ; tak fokus.

Hari tu waktu aku tengah gosok gigi kat sinki. Aku lupa yang aku sebenarnya nak gosok gigi. Tapi aku  pergi sapu ubat gigi tu kat muka. Aku ingat aku datang nak cuci muka. Nampak tak permainan dia.

Hari tu aku nak masak apa ntah. Aku pergi masukkan ajinomoto instead of garam. Padahal waktu tu memang aku nak masukkan garam. Cis. Memanglah kat rumah ni botol ajinomoto duk sebelah botol garam. Tapi sumpah aku tak pernah tertukar sebelum ni. Hari tu jer macam banggang sikit. Nampak tak permainan dia.

Hari tu adik aku tukar bilik sebelah bilik aku. Then dia aku set bilik tidur baru *jealous*. Tapi set bilik tidur dia tu sama ngan set bilik tidur aku. Banyak kali aku tersilap masuk bilik dia landing atas katil bagai lepas tu baru cakap kat diri sendiri "Eh ni bukan bilik aku", buat muka tak malu keluar. Nampak tak permainan dia.

Hari tu mak aku mintak air kosong. Aku pergi isi gelas tu dengan air paip. Nasib baik aku sedar. Nampak tak permainan dia.

Adakah ini yang dinamakan cinta?

Boleh tak nak benci diri sendiri sebab perangai banggang macam ni?

Kbye, Assalamualaikum.




8 comments:

nurshamila said...

jgn la rajin sangat update..tak larat nak kejar kau laa~

Mk Syahir said...

LoL..macam-macam..hahahaha

nampak-nampak..tak lame sampai la rombongan tu :p

shedameor said...

aikkk, apehal teghok nyanyuk tu dik ? hehehe. kelakar la. fokus lepas ni ! hihi *kim salam kat dinie :)

wan aidil anwar said...

hahaha. bangang tahap dah ni Mek oi. kihkih

Hakimy Zamri said...

yana angau!!! hahaha

HeNRieTTa JoSe said...

Sweet jew.....moga bahagia....

dari sisi hidupku said...

hai terok benor dah ni. kahwin je la. tadi pon sebab nak kejar masa, akak buat pencuci muka jadi syampoo. Tapi x de lah seteruk cam yana. haha

kay_are said...

ni memang dah angau ni.. tak syak lagi.. ish ish.. takmo ngaku pulak.. hmm