Saturday, October 13, 2012

Perangai.

Photobucket
Let me tell you something,


Manusia bila tak suka dia akan salahkan banyak hal. Banyak sangat.

Gaji ciput
Naik kancil
Selera besar
Gemuk
Kaki Perempuan
Tak reti bersosial.

Tapi tulah,
Takde seorang manusia pun yang akan mengaku yang dia sebenarnya teruk. Takde orang nak mengaku yang sebab utama semua benda ni jadi ialah sikap dia, perangai dia, peel dia ataupun dia sendiri yang tak berapa nak betul. Haishh.

Aku rasa tu lah antara sebab kenapa orang kita tak boleh nak maju. Bila ada benda yang berlaku dalam hidup dia, dia suka salahkan orang lain dari salahkan diri sendiri. Orang tu jahat, orang ni hati busuk, orang tu perangai macam setan, orang ni suka buat cerita. Tanpa langsung reflect atau muhasabah diri.

Dia suka buat benda biar dia jadi mangsa keadaan. Lepas tu dia mengaku yang dia lah manusia paling suci dalam dunia ni. Maklumlah diorang lagi suka percaya kat sinetron indon kat tv tu lepas tu aplikasikan dalam kehidupan realiti which is tak logik daripada guna otak diorang secara maksima.

Macam aku cakap, takut nak mengaku yang dia teruk.

Bagi aku kalau kau dah tak suka kat something tu, kau cakap je lah terus terang kenapa tak suka. Tak perlu salahkan orang lain dan tak perlu pura pura macam kau hebat lagi suci mulus sangat. Best eh kaitkan orang lain dalam masalah kau?

Cakap je lah kenapa tak suka.

Aku dah jumpa perempaun lain.
Kau perangai macam setan aku tak tahan.
Kau suka update status macam retis buat aku naik menyampah haha.
Aku benci kau sebab kau lagi cantik/hensem dari aku.

Mengaku jer. As simple as that. Senang kan seperti ABC. ABC ialah sejenis makanan.

Sebenarnya nak letak gambar ABC (ais batu campur) tapi malas nak google. Ni jer gambar makanan yang ada dalam laptop aku. Ni pun ehsan pak cik google eh eh.
As simple as ketupat. Ketupat jugak sejenis makanan yang femes terutamanya di pagi raya. 

Just jujur dengan diri sendiri, itu yang terbaik.

p/s : Aku tengah buntu sekarang perasaan bercampur baur. Aku nak tulis pasal ni tapi bukan sekarang, nantilah biar marah dan sedih ni hilang. Tak nak dipengaruhi emosi *laa konon*. Haha.

7 comments:

mirmashi94 said...

aku sangat suka ABC. tetibe je. haha ;D.

aku setuju ngan kau. haihhh. tp mmg susah nk mengaku salah sedirik. aku pom kdg2 cover salah ngn benda lain gak. phewww -.-. muhasabah diri.

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

biasalah tu, bila dah buat sesuatu, mesti tak nak mengaku. macam tu jugak kalau dah memang perangai, mesti tak nak mengaku.
berbaik sangka pada orang dan kadang kena tanya pada diri apa yang kurang. ^^

kay_are said...

aku tak suke ko sebab ko dah give up nak perang ngan aku dalam facebook tu <-- jujur tak? =P

bese r tu, utuk pastikan diri sentiasa perfect, cane senang is salahkan orang lain kalau pape yang tak best terjadi.. huu

merah said...

setuju !

reality bites , lying hurts :)

Aliff Haikal said...

betul tu . Selagi boleh cari kesalahan org lain . Sampai mati dia akan cakap bukan dia yang salah . Manusia .

shedameor said...

nice entry dik. memang itulah sikap orang kite sekarang ni.

Miss Xyz said...

ketupat eyy? sedapnyaaaa.. Selamat Hari Raya Aidiladha :3