Wednesday, October 3, 2012

Malas.

Photobucket
Assalamualaikum.



Lama-lama, aku pun tak tahu kenapa saya jadi malas macam ni. Dan bila aku malas, memang orang ajak makan pun aku tak heran, ajak keluar pun tak kesah, orang call pun aku letak phone bawah bantal *perangai ish ish* dan even sesapa yang mesej pun harem nak reply.

Bila fikir fikir balik, aku ni kadang kadang moody gak. And most of the time, aku selalu get carried away dengan perasaan ni. Sebenarnya tak bagus, tapi tu lah. Manusia aku fikir memang macam ni barangkali. Ada peel buruk perangai banggang masing masing. Haishhh.

Come on, tolong jangan cakap aku sorang jer ada perangai macam ni. Tolonglah.

Dua tiga minggu ni asyik duk fikir pasal study overseas jer. Membuak buak. Kadang kadang jeles dengan kawan kawan yang dah fly. Jeles sangat sangat. Sampai hari hari aku bukak facebook senior-senior, kawan kawan yang dah fly overseas. (Fakhrul mohon jangan perasan sebab aku tak stalk fb kau lagi haha) Stalk habis diorang punya gambar gambar. Ada sorang senior aku Azim Rozhan (korang jangan banggang pulak pergi bagitau dia erk) almost hari hari aku stalk gambar dia kat Russia tu. Katanya Azim ambik engineering apa ntah aku fail engineering ni haha. Jeles sangat sangat. Ahh obvious kan? Haha. Bukan apa just nak memotivasikan diri sendiri jer. Sebab setiap kali aku bukak facebook facebook diorang memang aku akan cakap pada diri sendiri.

“One day aku akan sampai jugak kat situ kau tunggulah kau tunggulah erk”.

Lagipun ex aku dulu pun dah duk kat overseas dah ambik medik. Aku jer yang kalah dengan dia duk kat Malaysia lagi. Malu tu satu hal tapi rasa macam kenapalah aku tak dapat fly gak? Kenapalah aku tak study elok elok dulu? Kenapa dulu aku dapat tawaran bla bla aku tak pergi? Kenapa dulu aku main main? Kenapa? Kenapa? And guess what aku benci gila perasaan macam ni.

*Tarik nafas dalam dalam*

 Fuhhh.

Tapi aku tak boleh nak salahkan keadaan jugak. Mungkin dah memang takdir. Allah tetapkan aku disini UiTM dan kos yang aku ambik ialah undang-undang; kos yang aku idam-idamkan sangat dari dulu. Mungkin jugak kalau aku pursue overseas aku takkan dapat ambik Law, tetiba aku kena ambik Medik. Who knows? Tak ke mati bunuh diri aku kat sana nanti. Aku pun tak boleh nak salahkan diri sendiri atau salahkan orang lain sebab memang dah tertulis aku ni akan belajar di Malaysia jer. Tak kira lah kalau aku dapat best student spm malaysia pun kalau dah memang Allah tak bagi aku fly, aku tetap kat sini. Dan niat aku pun kadang kadang lost, aim nak belajar overseas sebab ex aku, kawan kawan aku duk sana. Adoi niat apa tu Liyana? Kau tolonglah jangan jadi banggang sekali jer tolong lah.

Mungkinlah kat sini, I mean UiTM, Malaysia, Asasi Law ialah pilihan yang terbaik.Okay apa lecturer hebat hebat, kawan kawan pun baik jer geng geng masjid ramai apa. Mungkin ada banyak hikmah kenapa Allah campakkan aku di sini. Mungkin aku tak nampak lagi kelebihan dia tapi nanti? Siapa tahu kan? Take it as a whole lah. Kalau aku duk Malaysia aku dapat selalu balik rumah jumpa adik adik aku jumpa mak aku. Kalau aku duk overseas aku akan jarang balik lepas tu buatnya aku kena culture shock kat sana? Balik balik tetiba rambut kaler besi karat, baju singkat, seluar ketat, cakap bahasa Melayu pun dah tak betul. Tak nak aku. Tak sanggup.

Bukan nak cakap aku tak bersyukur apa lah. Jauh sekali nak mengungkit.

Lagipun aku datang sini pun atas pilihan mak aku. Aku percaya bila kita ikut cakap mak kita InsyaAllah rezeki kita untuk berjaya tu Allah bukak seluas luasnya. Kan redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

Aku bersyukur sangat sangat dapat UiTM ni sebab bila kau dapat jer masuk UiTM ni kau akan rasa betapa beruntungnya kau jadi orang Melayu dan  betapa besarnya tanggungjawab kau menaikkan bangsa sendiri *at least bagi aku laa*. Dan macam aku cakap tadi, kawan kawan pun okay. Baik. Selalu ajak pergi masjid, masuk kelab tu kelab ni, join majlis tu majlis ni. Cuma aku ni kadang kadang pemalas nak mati lepas tu bagi alasan macam macam. Haha. Kawan kawan yang aku jumpa kat sini memang mostly boleh simpan sampai mati, tak rugi. Aku sendiri pun sedar aku banyak sangat berubah bila aku duk sini, banyak sangat. Aku belajar bersabar dengan perangai orang, aku belajar terima pendapat orang. Aku belajar redha walaupun carry mark aku rendah ( Hat ni baru cuba nak redha sebenarnya haha).



Tapi still lah. Niat nak belajar overseas tetap ada. Mungkin kalau bukan degree, mungkin aku buat Master kat Haward Law School ke, tak pun PHD kat sana. Tak pun kerja kat sana ke? Sape tahu kan? Rezeki masing-masing. Aku pernah cakap kat bestfriend aku yang satu hari nanti aku akan jejakkan jugak kaki kat luar Malaysia walaupun hanya untuk suka suki. Hehe.

So sapa nak join aku pergi overseas lagi 4 tahun kita pergi berjimba jimba kat UK ke Holywood ke paling lekeh pun Siam laa kan? *dekat sikit dengan Kelantan* haha.

Ops jangan lupa, aku tengah final sekarang ni. Dah lepas satu paper semalam. Esok aku exam gak paper english. Doakan tau.

Okay, thats all.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.” – Firman Allah.

1 comment:

kay_are said...

panjang nye entri... tapi still berjaya aku bace sampai habis.. betul2.. mesti ade hikmah sume tu.. tapi kalau ko memang betul2 nak ke oversea macam ko cite tu.. aim for it r ye? aku doakan ko berjaya.. amin =)