Thursday, October 4, 2012

Malas Kuasa Dua.

Photobucket
Assalamualaikum.

Hari ni aku exam Bel 260 (English) then aku consider the main reason kenapa aku pemalas sangat semalam dan hari sebelumnya ialah paper yang aku exam hari ni ialah English. Rilek ahh english nak study apa sangat pun. Haha. *eksyen* Tapi Alhamdulillah gak tadi waktu exam aku boleh laa jugak jawab especially bab writing tu memang aku goreng habis ah. Goreng je lah setakat goreng tapi tak tau lah betul ke tak kan. Mintak mintak Miss Anis suka essay yang aku tulis dan tak konfius sebab susunan jawapan aku dalam answer booklet tu macam terabur sikit". Haha.

Begini ceritanya, (tetiba semangat bercerita padahal takde orang tanya pun) section 1 Part A kan ada 5 soalan objektif yang lain semua subjektif. So aku dengan konfidenya pergi tanda jawapan untuk section A tu kat dalam kertas soalan. Then bila almost nak habis masa tu aku tengok kawan depan meja aku dia hantar answer booklet jer kertas soalan tu dia tak hantar. Mula mula aku ingat dia sorang jer yang buat macam tu. Aku pandang kiri kanan semua orang tulis jawapan dalam answer booklet tuh. Aku jer yang banggang. Liyana liyana, nasib baik kau ni cepat tangkap gak orangnya hehe.

So terpaksalah aku letak jawapan untuk Section A tu kat belakang sekali, berserta note kepada Miss Anis supaya dia tak tercari cari kat mana jawapan Section A aku dan mohon jangan deduct markah aku. Haha.
Lebih kurang macam ni lah ayat aku "Dear Miss, I know that you might be wondering where did I put my section A answers. You might think I didn't answer that part or I missed the question or what. The truth is that I accidentally bla bla bla.... Sorry :("

Konon macam nak sweet sweet laa konon. Puihhh.

Semalam sebenarnya boleh jer kalau aku duk study elok elok dalam bilik. Baca buku csc ke buat latihan csc ke sebab esok aku study csc. Haha. K fine, bab kata kawan aku "All time favourite subject for law students : CSC". * Sarcastic* Haha. Tapi tulah disebabkan perangai aku ni aku tak study Csc semalam. So esok nak exam malam ni aku duk kalut buat latihan csc. Cis cis cis.

Satu minggu ni aku dah spent baca dua novel. Good job liyana. Kira macam aku tak study nak exam tapi aku study buku lain. Aku selalu cakap reading is my passion but not educational books (textbooks, revision books). Haishh. Benda benda macam 'pelajaran' is really not my thing. Haha. Tapi bukan lah nak cakap tak study langsung tapi biasa nya risiko untuk tidur waktu study buku buku ilmiah ni sangat sangat lah tinggi compared kalau time baca buku biasa. Haha.

 Buku ni sangat best. Sebenarnya bukan macam novel tapi lebih kepada diary tapi well banyak kali aku rasa nak nangis baca buku ni. Kisah dia pasal Sir Charlie ni. Dia sebenarnya baik jenis yang family person tapi ntah macam mana dia jadi terpengaruh tetiba dia jadi smoker, drug addict. Tapi bila baca kisah dia macam kesian jugak laa. Tsk tsk.

Yang ni pun best jugak. One of best seller katanya. Tapi biasalah love story bukan minat aku sangat. hahaha.

Tadi aku pergi bilik lecturer csc (computer science) konon nak ambik paper untuk Test 1 ngan Test 2 hari tu laa kan. Ni lah perangai kelas tak masuk. Orang lain dah awal awal lagi ambik kau baru nak tunjuk muka depan bilik lecturer selongkar kotak cari kau punya kertas. Haha. Since kawan kawan aku memang dah tahu markah diorang, aku antara golongan yang last gak lah tahu markah masing masing. Aku jumpa nama aku dua test then tengok 55% satu, 44% satu. Kau tak rasa ke tu kombinasi number yang bagus? Haha.

Sejujurnya memang aku tak heran sangat pun pasal carry mark csc aku tuh. Sebab masa test 1 dulu memang aku tak study langsung (study pun tak faham), then bila test 2 memang aku tak boleh jawab so aku keluar sejam awal dari dewan. Tak hebat pun tapi masa tu memang aku penat sangat sebab aku baru habis MPP dan the only thing yang ada dalam kepala otak aku ialah katil dan tidur. Plus bila bukak soalan tu memang hampeh so aku fikir aku duk dalam ni pun tak guna dah so aku keluar. Haha. tengok tengok ambik kau 44 over 100. Terbaik ah.

Serius lah aku cakap computer science ict what so ever ni bukan bidang aku. Aku sendiri tak faham kenapa budak law kena study computer science. Tapi bukan nak cakap apa memang aku tak minat. Csc ni umpama fizik bagi aku time sekolah dulu bila cikgu mengajar kat depan aku tidur kat belakang. Macam tu lah. Kawan kawan aku ada jer yang lagi rendah dari aku. Yang fail both test pun ada (less than 50 is consider as fail) so aku kira macam okay laa kan at least pass satu test haha *ayat nak sedapkan hati sendiri*.

Pernah tanya kawan aku since dia dapat 70 plus plus untuk test 1 (kira macam okay lah dari aku ni) macam mana dia study csc, then dia cakap dia banyak baca buku. Aku ada gak try baca tapi ntah tak faham apa pun. Kadang kadang malu gak aku punya markah csc macam tu macam hampeh campak dalam lombong laa. Even markah aku untuk test law 016 yang susah tu lagi tinggi kot bila total 18.5 over 20. Ni csc 44 over 100? Gila ahhh. Tak pernah dibuat orang aku ni. Haishhh.

Aku call mak aku. Then aku cerita aku pergi tengok markah aku then aku cerita aku dapat 55 dengan 44. Mak aku gelak ada lah. Beliau tidak terkejut langsung yer tuan tuan dan puan puan sebab beliau memang sudah faham bebenor dengan anak beliau ini. Kalau dah minat something tu memang dia akan minat sampai habis ah. Kalau dah aku tak minat memang aku tak minat gila gila umpama bagi sejuta pun aku tetap tak study laa. *Macam Fizik dulu* Eh jap, tension laa yana kau duk sebut sebut pasal fizik fizik ni sampai semua benda yang kau benci kau nak kaitkan dengan subjek tu. Haha.

Tapi tadi bila depan bila lecturer aku tengok total markah aku untuk test ialah 7/15. Macam okay lagi laa kan. haha. Okay laa sesangattttt.

K bye aku kena study science komputer ni. My all-time favourite subject *mata ke atas* Haha.


1 comment:

kay_are said...

aku rase seronok gak pe sains computer.. programming tu kan? ke bukan.. mula2 memang aku pun nyampah pejadah nye kod2 ini.. tapi bile tengok2 balik.. ok gak r nak faham..