Sunday, October 7, 2012

Ambang balik rumah versi 1.

Photobucket
Sebenarnya aku dalam mood nak tidur tidur dan tidur. Exam Law 012 tadi susah sangat sangat. Sampai bila aku baca soalan sekali imbas aku cakap dalam hati kenapa soalan ni macam ni kenapa soalan tu macam tu. Kau tahu perasaan tu bila semua perasaan bercampur baur nak nangis pun ada, nak pitam pun ada, rasa macam malas perah otak langsung pun ada perasaan tetiba sayangkan ink pen pun ada. Pressure.

"Sekarang pilih nak jadi itik panggang ke nak terjun bangunan?"

Aku fikir moment paling menyakitkan menikam jantung ialah bila semua benda tu (kau tak guna kenapa dalam kelas dulu tidur atau semalam aku dah cakap jangan tidur study kau pergi terbongkang atau kenapa lecturer ni rajin sangat buat soalan susah susah atau kenapa semua orang boleh jawab tulis tak henti ni ) cuma berada dan wujud dalam kepala otak kau sahaja. Aku fikir mainan minda tapi bila aku pejam mata, aku baru sedar semua benda tu ialah "Being negative."

Dan aku rasa semua orang tahu apa akan jadi bila kau jadi paranoid dengan kemampuan diri sendiri. Umpama gelap gelita kau tutup semua lampu jalan tapi masih lagi berharap kau dapat sampai ke rumah dengan selamat. Logik?

Tak kisah. Just nak bagitahu aku jawab semua soalan tapi aku tak tahu betul ke tak. Aku tibai ikut suka hati aku. Most soalan yang keluar hari ni ialah berdasarkan ilmu yang aku pernah baca tapi aku tak betul betul hafal. Sekarang baru ingat apa lecturer cakap waktu hari pertama masuk kelas, "Law ialah gabungan pembacaan, pemahaman dan hafalan." Bila fikir balik, mungkin aku kurang yang ketiga tu. Tapi fikir manusia normal mana yang boleh hafal setiap satu satu pandangan philosopher yang ada dalam buku hitam celaka tu? Jimmy Neutron pun fikir dua kali barangkali.

Lepas exam aku keluar dewan suka hati. Bukan aku konfim tapi aku rasa lega sebab subjek paling susah dalam hidup aku dah lepas. Itu sahaja. Tapi kawan aku cakap aku rilek sangat sampai panggil aku anak Aristotle haha banggang.

Lepas exam Law 012 tadi aku belajar satu lagi kelebihan aku : Mengarut. Kau ada?


Dua minggu ni aku rasa aku agak lifeless. Hidup aku cuma antara tidur, buku dan online. Oh makan juga mana boleh lupa haha. Sampai ada satu hari tu waktu roomate aku tidur, aku keluar pergi depan UiTM cucuk duit kat ATM lepas tu keluar pergi makan kat kedai depan tu sorang sorang. Sampai sekarang aku tak percaya aku pergi sorang sorang haha takde orang sangat ke nak temankan aku. Tak lah aku tak bagitau sesapa pun aku nak keluar konon macam independent laa sangat kan. Lifeless kan?

Berjalan sorang sorang memasuki pelbagai kedai kedai tak buat aku makan umpan. Aku belajar sayang duit sekarang *yelah sangatttt*. Aku duduk minum air jer sambil main game motor dalam phone (sudah lebih high score harap maklum).

Ada banyak perkara yang pupus dari diri aku. Muzik, sosial, sukan, hiburan, filem, hobi, semuanya macam dah hilang. Sampai bila orang tanya apa muzik feveret kau? Siapa penyanyi feveret kau? Apa filem feveret kau? Aku senyap. Aku cuma boleh jawab penyanyi feveret aku dari dulu ialah Fynn Jamal dan movie last aku tengok ialah Sadako cerita hantu yang macam hampeh kat pawagan hari tu dengan kawan kawan. Tu jer. Yang lain aku ingat semua dah pupus kot dalam diri aku.

Kenapa Fyn Jamal sebab dia pernah cakap macam ni "Nama saya Fynn Jamal dan ini ialah kerja saya, main muzik. Saya ialah bukti bahawa kita tak perlukan degree pun untuk menjadi bagus dalam sesuatu". Serius aku tabik perempuan ni aku cakap walaupun lagu dia semua dia tulis sendiri. Walaupun tak boleh sampai ke tahap yuna tapi fynn jamal bagi aku ialah something.

Eh tetiba muzik apa pasal?

K lah. Aku tahu kau mungkin tak faham apa motif entri ni kan? Aku pun tak faham unsur percampuran dan pergaulan bebas yang aku dah amalkan dalam blog sejak akhir akhir ni. Cis. Really kena betulkan balik ayat aku yang tunggang langgang, maksud entri dan aim entri pun aku dah kena alterkan balik. Cuma untuk hari ni, biarlah dulu. Hari ni hari untuk berjimba jimba sebenarnya sebab lusa aku dah exam balik. Nampak tak permainan kat situ?

Hidup sehari hari. Selain mencari orang untuk dijadikan kawan atau orang untuk dibenci adalah tentang memelihara kelesuan dan kesugulan hidup. Percayalah.

Aim aku dalam otak ialah aku mahu pulang ke rumah. Itu sahaja.

Oh lupa. Mohon semua doakan result aku nanti. Terima kasih.

Pengaruh televison. Tu jer aku boleh cakap.

Kalau salah, perbetulkan.
Kalau betul, kuatkan. Terima kasih.

Just nak cakap cuba fikir dah berapa minit masa kau habiskan baca entry aku yang mengarut ni? Haha. Aku tak suruh pun korang pilih sendiri haha. see see.

6 comments:

mirmashi94 said...

lifeless. amboiii. haha ;D.

sokayy je all elemen tue hilang. as long as masa yang terluang di isi dgn benda lain yg bagus2, mcm study. hehe.

dan sebenarnya bg aku tade istilah lifeless. org selalu cakap student medic tade life, istilah kau lifeless. 24 jam buku. aku tak rasa lagi sbb aku baru asasi. lol ;D. tapi itu la hidup dia, belajar. dan belajar is a form of jihad. innamal a'ma lu binniat. hadis 1 dr hadis 40. semuanya bergantung pada niat.

speechless? ohh. how i like making you become speechless. haha ;D

dari sisi hidupku said...

haa, ni salah seorang yang sedang menghabiskan masa baca blog kamu. law 012 kasi bungkus, study menda lain plak. gap sehari macam setahun je gayanya ye. ok nak start study.

Aliff Haikal said...

Fynn jamal is something . Cannot be denied :)

mjadi follower fb dia , setiap kali dia update status , terasa sesuatu melalui penulisan dia . Memang something . ;')

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pilih itik panggang....nope...exam dh abis...relax....stay cool....doakan yang terbaik...mungkin yang dikata mengarut masa jawap exam itu, adalah apa yang dicari oleh pemeriksa..rietta doakan moga tuan blog berjaya....AMIN....

kay_are said...

bese kot kuar sorang2 cume beza nye aku laki ko lak pompuan.. so memang berani kat situ.. hmm.. pernah je alami situasi macam tu.. bile soalan tu kite pernah studi cume kite tak hafal sume.. mase tu memang hentam je r pilihan yang ade.. ape pun gud luck ok? =)

shedameor said...

yana, goodluck result yea :)