Thursday, August 30, 2012

Surface

Photobucket
Assalamualaikum.

Bila orang cakap Melayu kolot aku ni antara salah seorang anak Melayu yang akan deny benda tu habis habis. Memang aku marah habis ah sebab satunya memang keturunan aku ni keturunan Melayu habis lah, muka aku memang muka Melayu. So contoh kau darah Melayu lepastu ada Cina India tak tahu datang dari mana cakap kaum kau bodoh dan kolot. Agak agak nak baling kerusi tak? Menipu berdosa.

Kadang-kadang, bukan orang Cina India yang sibuk kecoh yang kita ni kolot. Orang kita sendiri jugak.

Tapi selama aku hidup lapan belas tahun entah berapa bulan ni tak tahu kenapa hari ni aku rasa terbukak pintu hati. Mungkinlah Tuhan nak bagi aku petunjuk supaya jangan duk bela sangat bangsa sendiri. Salah tetap salah dan betul tetap betul. Regardless of the gender, religion, skin colour and etc.

Betul. Bangsa kita kadang kadang kolot. Maksud aku dalam sesetengah perkara laa, bukan semua. Akui, dalam sesetengah hal masyarakat kita sangat hebat jugak. So tak bermaksud aku nak cakap pasal sisi negatif orang kita maksudnya kita takde positif langsung. No.

One thing yang aku rasa macam terpanggil nak menulis hari ni ialah perspektif terhadap wanita dalam masyarakat kita.

Aku tak tahu sama ada hal ni aku sorang jer yang perasan atau memang ramai yang perasan tapi suka buat buat tak nampak. Bukan apa, orang kita ni hebat bila tiba time time berlagak 'dunno' sebenarnya. Perasan tak?

Okay first of all, bila kau baca apa yang aku tulis ni. Aku harap semua mampu bukak minda. Kau tahu setiap orang berhak ada pandangan sendiri dan apa yang aku tulis ni hanyalah a piece of opinion aku sendiri yang hina lagi keji dan lack of ilmu, suka tibai suka hati. Aku sememangnya InsyaAllah boleh terima pandangan yang berbeza dari orang lain malah aku sangat sangat sangat galakkan kalau ada orang lain yang sudi perbetulkan aku hamba yang hina lagi jahil ini.

What I mean is.

Sedar atau tak, wanita selalu jadi macam one item yang orang boleh cakap suka hati tau. Padahal wanita bukan satu barang mainan or what, kita ialah manusia and we have the rights to live macam lelaki jugak. Aku paling tak suka orang mencarut sebut macam macam benda sensitif pasal wanita. Memang bodoh bagi aku. Memang err lu apa pasal kalau nak mencarut lu jangan main bahasa bahasa badan laa bodoh. Sebab mak lu pompuan gak. Yang kaum dia punya tak berani pulak nak sebut, kaum orang punya macam rilek jer takde rasa bersalah langsung. Banggang.

Perempuan kawin lepas tu mengandung. Baguslah at least dapat bagi zuriat kat suami dia. Dapat teruskan keturunan keluarga dan paling penting dapat meramaikan lagi umat Islam. Bagus kan?

Tapi benda yang tak sedap didengar ialah bila orang kutuk perempuan sebab konon tak pandai jaga body. Eh hello try mengandung naik 20kg dulu tengok lepas pantang mampu dapat shape asal ke tak. Jangan ingat mengandung ni carry baby sembilan bulan ni benda mudah bang. You get pregnant then you have to carry the baby inside your tummy for nine months. At the end of the story, apa yang kita dapat ialah suami main kayu tiga belakang. Hooray.

Aishwarya Rai pun tak kuruih kuruih lagi. Laki dia rilek jerr. Orang lain yang kecoh.

Alasan : "Alaa salah awak laa tu tak pandai jaga badan sangat, so saya cari lah yang lain."

Aku lagi berminat nak kutuk golongan lelaki atau suami atau bapak bapak yang gigih menternak lemak selepas berkahwin dan menjadi ayah. Sebab diorang tak mengandung tak beranak pun tapi boroi gak. So my advice, tak payah laa nak kutuk isteri jer.

Lagi satu ada sesetengah hal atau 'catchword' yang sangat sinonim dengan wanita. Padahal kaum lain ada jugak terlibat dalam hal tu tapi biasalah kaum kita ni memang selalu kena. Contoh term macam materialistik. Woo memang selalu dikaitkan dengan perempuan. Padahal let me tell you something, lelaki pun ramai jugak yang materialistik. Silap silap lagi ramai dari perempuan. So do you think that blaming one side for something  yang dua dua pihak buat ialah satu benda yang adil dan betul? Fikir balik.

Even bagi aku laa kan, perempuan sebenarnya tak materialistik sangat. Diorang just fikirkan masa depan diorang. I mean come on lahh, takkan kita nak kawin dengan orang yang takde masa depan tak tahu kerja apa kan? Nanti nak makan apa? Pasir? Macam mak aku cakap, even pasir dah mahal sekarang.Kita hidup in reality serius aku cakap cinta jer tak cukup nak survive hidup bertahun tahun sampai ada anak. Serius. So the alternative bagi aku, find a husband that can support you well.

Memang bagi aku kalau perempuan bersikap materialistik tak salah. Maksudnya dia fikir masa depan dia nanti, masa depan anak anak dia nanti bila dah kawin. The problem is lelaki yang materialistik macam mana pulak. Jangan cakap lelaki materialistik ialah satu benda yang betul. Sebab lelaki sepatutnya the one yang carry tanggungjawab bagi anak bini makan. Bukan makan duit bini.

Sebab aku sedar yang entry aku ni macam panjang panjang sangat dah. Aku tak nak sentuh pasal perempuan dan perkahwinan, mas kawin mahal dan sebagainya. Mungkin kita semua dah boleh fikir pasal semua tu sendiri kot.

Kadang-kadang aku bersyukur dan rasa bertuah sebab ada history family yang tak berapa nak perfect. At least I learn to be a bit cautious in certain things. That all those not so good history family tu sebenarnya buat aku belajar banyak hal especially on the commitment in marriage.

Maksud entry aku ni bukan nak menindas kaum atau individu tertentu jauh sekali nak menjatuhkan bangsa  sendiri. Serius. Walaupun nampak macam aku tak puas hati nak jatuhkan kaum satu lagi tu. Tak k. And based on the examples that I have mentioned earlier, I do realize bukan semua orang dalam masyarakat kita carry perangai macam yang aku mention tu. Some of them are very good and supportive. This entry is just a piece of opinion aku sendiri and of course aku belum jumpa ramai orang sangat dalam hidup to come out with permanent conclusion or what. Aku sendiri masih belajar. If laa kan, korang rasa aku punya pandangan ni macam mengarut gila like "Eh budak gila bajet banyak ilmu siott". Do enlighten me. Do comment politely :)

Preston : We should be moral as we expect people to treat us morally.


18 comments:

najihah_alsouza said...

well said lah :)

IFA Athirah said...

ahaha.stuju part boroi tu!prmpuan yg ngndung, dia lak lebih2 memboroi kn diri

Mk Syahir said...

speechless..nice post :)

zulhilmi tempoyak said...

bkn kat malaysia mnnjukkan wanita rmai curang ke..??

hmmm...

Liyana Izzati said...

@Najihah : Hahaha. Weh mung baca blog aku jugak ke? Malunya. Hahaha.

Liyana Izzati said...

@IFA ATHIRAH : Hahaha. Kan? Lepastu nak salahkan perempuan seratus peratus jugak. Tapi sebenarnya ada jugak yang bagus. Hehhee.

Liyana Izzati said...

@Mk Syahir : Haha. Tak payahlaa nak speechless sangat laa bro. Hehe. Nice post blog bro lagi nice lah.

Alynn Nyzaa said...

nice entry...:)
anda dtag : http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/08/merdeka-awesome-giveaway-by-rochelle.html

p/s:sy da follow blog awak n like fanpage awak :)

Liyana Izzati said...

@Zulhilmi Tempoyak : Okay pada pandangan saya lah kan, perempuan kat Malaysia curang tapi lelaki pun ada jugak yang curang. Mungkin perempuan lagi nampak curang sebab perempuan tak dibenarkan untuk kawin empat macam lelaki. No wonder laa tapi mmg bukan niat saya nak pertikaikan hak lelaki dalam Islam. Malah saya respect hukum yang Allah bagi. Tapi bagi saya dalam satu masalah tu paling penting cari punca. Contoh kereta bmw langgar tiang bukan salah kereta tu sendiri tapi salah pemandu tu yang tak berhemah. Itu punca. Mungkin laa kan, mungkin suami dia tak berapa nak betul menyebabkan perempuan terpaksa untuk curang. Who knows kan? And selama saya belajar law ni, apa yang saya tahu ialah kita ada sources/ sumber yang boleh dipercayai dan ada yang tak boleh dipercayai. So saya rasa yang pasal wanita Malaysia ramai curang tu, you are refering to one of the article in Kosmo right? Bagi saya, paper macam tu 'kadang-kadang' tak betul sangat. Sometimes tu suma taktik nak melariskan diorang punya produk. Even paper Kosmo tu waktu Lee Chong Wei kalah Olimpik ngan Lin Dan hari tu pun dia punya title "Kempunan 4 juta". So for me, paper macam ni bukan satu sumber yang bagus kalau kita nak pegang.

Thats all. Alamak panjang gila. Haha.But I do respect kalau you bro ada pandangan yang berbeza.

Zul De Alexis said...

sentap gua wei...rasa nk nangis lelaju... =,="

Liyana Izzati said...

@Zul De Alexis : Haha. Apakah? K fine artis nak nangis baca entry gua. Terharu terharu. Haha.

the fikirman said...

dari mata lelaki ,
perkara itu nampak subjektif ,
lelaki macam gua laa.

janji pandai amik hati dah memadai.

Liyana Izzati said...

@the fikirman : Haa tapi bukan semua lelaki macam lu bro. Mungkin jugak entry gua ni nampaknya terlampau racist atau nak sebelah kaum gua jer. Tapi of course kita takleh deny yang reflection masyarakat terhadap wanita mmg ada yang macam tu.

Janji pandai ambik hati dah memadai? Haha. Hebat.

nurshamila said...

aku rasa camtu laa. kat u aku lg unfair. 80 percent guys kott. askar lagik. seram aku. mentang2 kita kaum yg lemah [dari segi fizikal maksud aku]. k aku dah komen. sekian.

*aku adore penulisan kau

.........cP~ said...

Salam.

Hehe. Banyak benda yang side kita akan rasa tak puas hati macam tu jugak dengan side lelaki. masing2 akan cari salah masing2. Masalahnya, bila ia terlalu diwar2kan dan jadi stigma. Tak boleh ke kalau kita saling faham dan tak perlu salahkan sesiapa, tapi, cari punca dan penyelesaian. Selalu sangat kita salah menyalahkan ni sampai setiap pihak kecil hati ataupun jadi emosi. Lelaki atau perempuan, dua2 tetap manusia.

shedameor said...

sumpah, akak egreed and puas hati 100% dengan entry ni. go go yana ! perempuan hebat !!

zulhilmi tempoyak said...

bgos. penerangan yg bagus. tahniah sbb dpt mengaplikasikan apa yg dipelajari. hehhe..

sbnrnya klu suami curang. isteri x perlu pulak nk curang. begitu juga sbaliknya. sbb xguna lawan negatif ngan negatif.

niat kawen nk ramaikan umat kn2.. :)

kay_are said...

err.. garang betul adik kat entri ni.. tapi betul r.. dalam certain2 hal, kne open sikit.. fikiran tu kalau boleh jngan kolot sangat.. and aku memang setuju, kadang2 kaum sendiri yang kolot ni.. kadang2 worst sangat.. hmm