Sunday, August 19, 2012

Fanatik

Photobucket
Assalamualaikum.

Kita ni hidup mudah jer. Jangan terlampau terbukak sampai semua benda yang orang cakap kita nak terima tapi jangan tertutup sangat sampai oksigen pun susah nak masuk. Sebab tu besederhana tu penting.

Aku benci fanatik terlampau. Serius menyampah. Ada kawan aku fanatik dengan seorang ustaz ni sampai apa jer ustaz ni cakap dia nak ikut. Walaupun kadang kadang benda yang unlogical aku tak tahu kutip mazhab mana pun ikut. Fanatik punya pasal.

Kadang kadang bila kita terlampau taksub dengan sesuatu, apa orang cakap pun kita tak boleh nak terima sebab kita dah setkan dalam kepala otak kita "ohh dia ni hebat apa dia cakap MESTI betul orang lain tu tak betul, tak betul". Do you get what I mean? Nampak tak mind-blocking kat situ?

Yes, bila fanatik people can be very close minded. You can never imagine, trust me.

Bila orang nasihat, 'fanatik' people will probably answer something like this : "Eh dia alim kau apa tahu, ilmu pun tak cukup".

Betul. Tapi kita buat apa apa hal dalam hidup biar seiring dengan akal dan ilmu. Bila takde ilmu, ikut membuta tuli. Tu yang susah. Kita perlu belajar mendengar dan kadang kadang menerima nasihat orang sebab biasanya orang yang memberi nasihat tu dia ada point dia tersendiri. Otak letak kat kepala bukan kat lutut k.

Ada beza antara mengagumi, meminati dan fanatik terlampau okay.

Contoh : Aku sangat kagum Sultan Kelantan sebab bagi aku Sultan Muhammad Kelima ni sangat zuhud. Tapi bila aku cakap aku kagum tak bermaksud aku meminati beliau. Even kalau aku cakap aku minat dengan beliau tak semestinya aku akan jadi gila kalau dia takde (fanatik). Paham? Nampak tak beza tu.

My advice, please don't be so close minded.

Second, fanatik terlampau terhadap sejenis makhluk bergerak yang bernama kpop.

Aku ingat fanatik kpop ni melanda budak budak sekolah pramatang jer sebab aku dulu waktu form one form two, woo memang aww kim jae joong! Siap bagitau lagi kawan "Eh jangan kacau k eun hyuk oppa tu boypren aku." padahal mamat tu kenal aku pun idak. Suju laa sangat kan. haha. Rupa rupanya bila aku masuk universiti pun, still ada lagi yang minat kpop. Eh, no hal lah kalau setakat minat. Aku pun minat Aaron Aziz tak kecoh pun. Tapi kalau minat yang terlampau over agak agak ah masuk bilik dia kat hostel penuh poster kpop, tu parah. Plus bukak mulut jer cerita pasal kpop, bukak mulut jer kpop super junior la infinite lah. Memang dua tiga kali makan selipar lah gak kan. Haha.

Zaman kegemilangan kpop Nur Liyana Izzati Abd Aziz. Haha. Ni baru sikit. Ada satu almari lagi k. Tengok cop ah, original okay. Bila fikir fikir balik, apa ke banggangnya aku ni dulu sampai kumpul album kpop bagai. haha. Kalau faham takpe lah gak.

Tapi yelah, kita ni semakin hari semakin matang. Semakin hari semakin banyak kita belajar. Bila dah makin besar ni, aku jadi memang tak minat kpop lah. Alasan dia biar aku jelah yang tahu. haha. Kalau dulu woo pantang kot nampak album artis korea ahh konfirm beli tapi sekarang menyampah pun ada. Betul lah kata orang. Kalau suka sesuatu jangan suka seratus peratus dan kalau benci sesuatu jangan benci seratus peratus. Aku yang dulu minat gila gila kipas susah mati korea jangan kutuk tvxq depan aku la nanti makan lempang free, tetiba jadi "Kpop? Menatang apakah itu?" Haha. People change k.

Ada orang sampai sanggup beli rantai kumpulan apa ntah dari Korea. Harga beratus ratus padahal bukan emas bukan perak pun. Minat punya pasal padahal rantai macam tu kat pasar malam dekat lembah bujang uitm kedah tu berlambak. Takde beza pun. Bila aku tanya "How can you be so obsessed? You can get something like this with only RM10 k." Jawapan mudah, Minat !

Come on, orang lain pun minat gak, tapi takdelah over macam tu kawan!

Obsesi terlampau kadang kadang boleh makan diri.

Kadang kadang layan gak korea movie, drama sebab Zana roomate aku kat UiTM peminat setia korean drama. Pernah laa jugak nangis sebab royal guard tu mati dalam Kings to heart. Haha. Tapi tak sefanatik dulu lah. Gua dah insaf dah. hukhuk.

Nampaknya peminat peminat kpop dah mula angkat parang eh? Haha. Eh hari ni kan Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin eh?

Again, minat tak salah tapi minat yang melampau-lampau dan melebih lebih tu yang tak berapa nak betul. 

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hassan Al-Basri.

8 comments:

Hakimy Zamri said...

hahaha. k-pop suck!

.........cP~ said...

Salam.

Haha. So far minat2 pun masih tak sanggup keluar duit lagi. Semua guna internet tengok free je. Haha.

wan aidil anwar said...

terbaik. aku skong bab ustad tuh. wuu wuu

Cik Fie said...

Selamat Hari Raya :)

Jemput Baca/Komen .

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

nurshamila said...

k pop sucks. it does. good advice dear. aku ambik paragraph last tu eh

Mk Syahir said...

eskrem pop sedap :p

shedameor said...

okay, akak tak suka kpop. tapi takleh tak suka 100 percent right, nanti tibe2 akak pulak fanatik. haha

kay_are said...

setuju2.. fanatik melampau ni aku pun nyampah.. tambah bila melibatkan agama.. kadang2 melalut pun orang percaye gak.. tu jadi ayah pin and macam2 lagi tu

part kpop.. aku minat je tapi tak de r sampai beli cd macam ko =P gile semangat.. download je sudah.. tapi memang pelik r ngan certain kpoper yang hentam habis orang yang kutuk kpop ni.. gile pe?

tapi ko jangan kutuk kamen rider tembak ko karang <-- ok, yang ni tipu =P