Friday, August 31, 2012

346

Photobucket
Ni dah entry ke 346 blog ni. Banyak gila. haha. Tak sabarnya nak ada anak cucu nanti nak tunjuk kat diorang opah punya lifestyle macam mana. Haha. *konon*

Nama aku Nur Liyana Izzati bt Abd Aziz. Adik aku yang second tu nama dia Nur Ardini Izzati then followed by Nur Nurin Izzati, Nur Hanin Izzati and the last paling bongsu tu Nur Anisshafiya Izzati. One thing yang orang selalu tanya pasal nama adik beradik aku ialah "Kenapa semua ada nama Izzati?". Aku rasa soalan macam ni tak perlu lah orang tanya. Ikut suka mak aku lah nak bagi nama apa pun kat anak anak dia. Err apakah?

Bila besar baru terfikir. Hmm mak aku nak suruh anak anak dia kuat macam badang kot sebab tu semua kasi letak izzati yang maksud dia kekuatan. Oo patutlah dari kecik sampai ke besar mak aku masak sedap sedap jer selalu walaupun hanya nasi goreng bodoh. Haha. Tu rupanya aim mak aku. 

Eh eh apa ntah aku mengarut ni. Apa apa pun, hidup perlu diteruskan :')

Aku rasa sepanjang aku jadi student university ni, minggu ni minggu yang paling hectic dalam kehidupan aku. *konon padahal tiap tiap minggu cakap macam ni*. Tapi serius minggu ni memang menguji iman kesabaran aku sebagai manusia yang comel. Hahaha perasan. Minggu ni aku ada test banyak nak mati, assignment kena submit pun banyak, presentation 4 subjek. Perghh memang terbaik laa. So aku duk doa kat Allah supaya minggu ni aku diberi kekuatan, diberi kesihatan yang baik dan minggu yang menyeksakan ni cepat cepatlah berakhir.

Oh nanti cuti Hari Malaysia, aku nak balik Kelantan. Haha. Excited excited. Dengan ini saya, Nur Liyana Izzati bt Abd Aziz berazam tak nak ponteng kelas dah selagi sampai tarikh untuk saya balik kelantan. Haha. Sebab aku dah banyak gila kot ponteng kelas, time aku rasa macam takde mood jer aku tak pergi, time malas nak bangun tidur jer tak pergi. Buruk gila perangai *sedar diri*. Lagi satu sebab kenapa aku tak nak ponteng ialah sebab nanti cuti hari Malaysia campur ngan hujung minggu kira macam tiga hari kan? Okay aku dah janji ngan kawan kawan aku *nak buat jahat siap angkut satu geng noh* nak balik kelantan awal sehari dua. So maksudnya memang aku akan ponteng banyak gila lah kelas nanti. Haha. Excitednyaaaa.

Done entry mengarut, terima kasih.
Assalamualaikum.
Rindu rumah sebenarnya. Hmm.

5 comments:

IFA Athirah said...

kitorg nk dekat cuti, lg byk la assgmnt nye,aiyoo

piko ija said...

salam kenal dari piko...

kay_are said...

sedar pun entri mengarut.. ingat tak sedar tadi =P aah r.. nape sume ade izzati? nape nape nape? tapi nape ardini izzati nye blog macam dah takde lagi?? @.@ semoga dapat ko setel sume keje and jawab sume test tu manusia comel..

mirmashi94 said...

aku balik gak. jom date. haha ;D

drzira said...

sye pn rndu umahhh