Sunday, July 15, 2012

Transformasi Minda.

Photobucket
Assalamualaikum.

Ketahuilah bahawa tekanan selalu datang dan pergi. Tekanan juga ada naik turun bergantung kepada keadaan. Tapi sekarang tekanan aku tahap maksima bak kata orang kalau tak berubat cepat cepat boleh jadi mereng. Opss jangan cakap aku mereng. Kang ada yang makan heels kang. Aku pakar baling selipar berjemaah tau. Okay aku stress sangat ni tahap kepala berat kalah tong gas shell. Serius.

Obviously, satu dunia dah tau yang minggu lepas aku busy di Penang. Haha. Taklah kecoh satu dunia sangat tapi kecoh satu kampung lah. Ya skop perlu dikecikkan sedikit mak long lah titeww tak femes macam diew orangs kan? Hukhuk. K penampar sikit. Haha.

"Transformasi Minda". Okay camp ni motif dia untuk mentransformkan minda budak budak law ni kepada minda transformers. Haha tak lawak langsung, tahu. Takdelah sebenarnya camp ni diadakan to change the way future lawyers think, act, have more confident level, stop being so ego, how to behave in the public and etc. Contohnya its totally improper for a law student to think or have low minded mentality sedangkan people expect much from us. Bukan apa kita budak budak law buat benda salah sikit jer orang akan cakap "tengok tu budak law pun tak ikut peraturan macam mana." atau pun "kata belajar undang-undang tapi dia sendiri tibai undang-undang". Macam tu lah. Paham? Tak paham pun buat buat paham laa noh, chek ada kelas lepas ni pukul 8 malam. So memang aku takde masa sangat sangat sangat ni.

Ni ada lah sikit gambar kat Bukit Jawi Golf Resort yang konon macam best sangat tu padahal memang best pun. Ehem maksud aku sikit lah kalau nak comparedkan dengan beratus ratus gambar dalam folder aku ni. Aku cuba untuk pilih gambar yang paling aweosme! Hahaha. Awesome dalam erti kata aku ialah muka aku nampak okay, mata aku tak tertutup dan aku senyum seikhlas mungkin. Muka orang lain takpe macam zombi pun. Haha k kejam gila.

Eh tak kisah blog aku kan so memang lah kena letak gambar aku banyak banyak ya idak? Ni teori tok guru sifu tujuh alam aku ajar.

Oh terima kasih jawi golf resort sebab waktu kitorang sampai datang bawak troli besar nak angkat beg beg kitorang. Then faci faci cakap "Huh tak payah biar diorang angkat sendiri." Okay sir beg saya berat okay 15kg sampai nak patah lengan tengkuk tulang kaki aku angkut dari lobi sampai bilik. 


 Ni diambil dari balkoni bilik. Wow kagum kagum. Banyak siot duit jabatan undang undang pre law UiTM Kedah sampai buat kem kat tempat macam ni. Okay, aku mengaku tu first impression aku bila aku sampai sini. Hahha. Kampung kampung.

 This is my roomate untuk tiga hari kat situ merangkap aku punya classmate. Nama dia Shafina. Oh dia memang keding. Haha. Dia keding ke aku yang gemuk sebenarnya. Haha. Ahaks malu! 

 Amboi post nak tunjuk muscle masing masing nampak. Haha. Pemenang dia Wallahualam. Yang pasti bukan Mas sebab mas kuruih sangat. Haha.


Ini ialah wajah anak anak Kelantan Group B Law uitm kedah. Haha. What can I conclude ialah gadis kelantan semuanya cun cun dan gigi kitorang sangat cantik sebab tu kitorang senyum nampak gigi. Haha. Kecuali izzati. Izzati tu hmm maybe dia ayu yang teramat amat sampai tak nak tunjuk gigi dia sebagai aset kecomelan dia kot. Be positive. Tapi yeah ayu enough kitorang kan?

Lets see lah ayu tahap apa.
 Tetiba ayu raudah bertukar kepada ayu excited bila nampak kamera. Yang tengah baju choclate tu paling obvious kan? Apakan daya telah dicipta diriku begini. Haha.

 Waktu ni kitorang dah habis program dan tengah tunggu bas sampai. Tekanan gila tunggu bas. Janji pukul 2:30 sampai pukul 7:20 malam. Bagus gilaa. Dah laa perut lapar lepas tu duk mundar mandir kat lobi hotel tu. Bagus gila kitorang. Last last tertidur kat kerusi lobi tuh. Nasiblah penuh ngan air liur basi budak budak kelas B. Untunglahh group E balik awal dari kitorang yang terpaksa mundar mandir macam merempat nih. 

Kami tersangatlah friendly dan cung *mata ke atas, jari lentik kat bahu*

Waktu ni kitorang telah di-forced untuk pakai baju yang paling vogue dalam alam ni yang kitorang ada. Tapi yeah mintak maap lah yer, aku cuma bawak baju kurung dua helai jer. Yang lain tu semua tshirt pakai buat renang jer. cehh ayat tak nak kalah you ollzz. Tapi serius aku just pakai baju purple yang aku duk selalu pakai pergi kelas jer kot. Pasrah je lah. Purple kan warna rasmi UiTM. So be proud liyana!

Bukan salah aku mata Mas macam half tertutup dan half terbukak umpama ditelan mati mak diluah mati bapak. Haha. Mata aku bengkak menunjukkan yang the past few days aku tidur yang amat amat amat amat cukup sesangat!! tengok betapa banyak 'amat' aku tu nak menunjukkan betapa aku sangat mencintai bidang undang-undang. muka tunduk tahan malu. 

Facilitators kitorang. Dari kiri : Sir Helmi, Sir Firdaus dan Sir Nash. Diorang semua baik baik kot walaupun kitorang macam nak gila kena dera ngan diorang especially waktu explorace tu. Memang terbaik ah minum air dari mulut kawan. Main katak lepas tu makan kacang dan berus gigi guna kacang tu. Then kena kongsi pulak berus gigi tu satu group. Memang perghhh terbaik terbaik. Then part yang kena minum air garam, muka kena sapu dengan acuan cenkodok pisang satu muka. Part makan satu biji gula gula kongsi satu group. Apakah? Semua tu pengalaman baru kot bagi aku. Geli tak payah cakap ah nak muntah kot. Hihihi.

p/s : aku tahu sir nashril cute. semua perempuan masa camp duk tergila gilakan dia. tapi sorry k dia faci group aku kot. Muehehe. YM Tengku Nashril naik mini copper hitam KCV 23. Untunglah kerabat diraja sebab tu ramai orang tergila gilakan sir. Nak buat pengakuan ni yang sebenarnya mini copper sir tu hari hari saya usha kat depan HEA wondering sapa punya keta lah smart sangat nih. Akhirnya dapat jumpa jugak tuan punya keta. Haha, akhirnya impian tercapai. Dah boleh balik rumah tanam sayur lah dah capai impian kat uitm nih.

Okay aku bapak jeles diorang ambik gambar tak ajak aku. Lebih lebih lagi yang duk dekat dengan sir nashril tu. Dengki serius. Sampai sekarang aku tak puas hati kot. Haha gurau gurau. Kang ada yang merajuk kang. Tak larat aku nak pujuk lelaki merajuk ni.

Diorang ni dulu nak apply kerja jadi penyambut tetamu tapi fail interview. Tu yang sambung law tuh. Haha.

Serius aku cakap camp kali ni best gila. Dengan bilik cantik, facilities memang terbaik. Makanan dia pulak memang sedap nak mati ahh kalau compared dengan makanan kat mastria tuh. Lepas tu kitorang belajar main golf kot. Tak pernah pernah main golf tetiba main golf. Haha. Pegang kayu golf pun tak betul. Lawak lawak.

Okay bye. Aku nak rehat.

31 comments:

Haruno Hana 하나 said...

waa~ bestnya join kem :D hehe..

.HUDA. said...

tahniah. :)

.HUDA. said...

tahniah. :)

Liyana Izzati said...

@Hana : Best jugak lah kem kali ni kalau nak compared dengan kem kem lain. Huhu.

Liyana Izzati said...

@Huda : Amboi excitednya cakap tahniahsampai dua kali uolzzz.

mizz RFL said...

wahhh pengalaman yg best..

Mk Syahir said...

pengalaman tu =)

blajaq rajin2 kat sana =)

kaki bola said...

okay, lawyer to be.
ada jugak kem transform jadi minda transformer.ahaks.senyum,

Mr.She said...

best tak main katak? wakaka :D

Liyana Izzati said...

@mizz RFL : Haha. Serius best. Once in a lifetime kot :)

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Hmm tu lah berharga sangat. Cehh nasihat jer bro. Nasik nasik takde ke?

Liyana Izzati said...

@kaki bola : InsyaAllah. Haha motif utama dia nak change kitorang jadi transformers tapi macam fail jerr. Haha.

Liyana Izzati said...

@mr she : Haha. Best gila. Sampai hari ni tangan bau katak kot. :p

HUDAJMAL said...

wahhh, hebadnya lilit tdung bawal mcm gituuuu. :O hehe

Ardini Izzati said...

Ehh kenapa kau pakai baju sama macam aku? Baru first time pegi? Kesian. Haha. Ehh apesal aku kejam sangat ni? :D

Liyana Izzati said...

@Hudajmal : Haha. Tak hebat langsung. Ramai kot yang buat, kita tiru jerrr.

Liyana Izzati said...

@Ardini Izzati : Eh kenapa kau tiru aku semua hal ni? Aku taulah kau secret admirer aku :p Baru tahu ke yang kau kejam camtu? HAHAHA.

Liyana Izzati said...

@Ardini Izzati : Eh kenapa kau tiru aku semua hal ni? Aku taulah kau secret admirer aku :p Baru tahu ke yang kau kejam camtu? HAHAHA.

Liyana Izzati said...

@Ardini Izzati : Eh kenapa kau tiru aku semua hal ni? Aku taulah kau secret admirer aku :p Baru tahu ke yang kau kejam camtu? HAHAHA.

nurshamila said...

entah nak komen apa wey. nampak tak aku lg tekanan?

kay_are said...

aku budget seminggu je ko leh ingat ape yang di aja dalam kem tu, pastu lupe sume, mane tak nye.. orang blaja.. die usha2 orang.. ish ish =P

tak faham entri aku tu? nanti r aku bagi ko faham ye.. sekarang ni malas ^^

Syafik Coklat said...

muka memang tgh berseronok nie , hha

Aliff Haikal said...

whoaaa bakal lawyer ni . takut takut . hehehhee

suka ah kau punya ayat ni ' *mata ke atas, jari lentik kat bahu* ' hahaha

boleh guna untuk masa depan

shedameor said...

sir nash tu ex akak. entah dia ingat ke entah kat akak. muahahaha

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Haha. kau tekanan lain aku tekanan lain.

Liyana Izzati said...

@Kay are : Haha. Kau jangan. Agak agak ah seminggu jer target lah lebih sikit. Sebulan ke ape ke. Haha. Ni tak. Eh aku bukan usha sesape k. Orang yang usha aku. Get it? get it?

Liyana Izzati said...

@Syafik Coklat : Haha. Eh memang lagi seronok kalau ada orang belanja makan.

Liyana Izzati said...

@Aliff Haikal : Haha.Tak payah laa takut bukan makan orang punn. Haha. Guna lah guna lah. Mesti ramai orang respek. Haha.

Liyana Izzati said...

@Shedameor : Haha. Ex akak? Haha. Ramai sangat saya jumpa golongan yang macam akak ni dua tiga hari sejak balik kem ni. Hhaa. Ngaku jerr dia. Haha.

M Fizan said...

wahhh.. serius aku jeles. tapi aku tak suka camp pun. haha. memang difahami budak law akan tido lewat. bersabarlah. kuatkan iman. dan jangan ego. rendahkan diri serendah padi :) kau kurus la. syafina tu keding. hahaha

Anonymous said...

nak tumpng komen, I da pernah naek KCV 23 tu, jeles x? Sbb tk larat nak g dewan perdana, minta tumpng, sir bg, mmg susah kot nk dpt tumpang sir nash, tp kami sama2 nak pegi makan durian,so dapt la naek kcv tu, masaa tu yg Najib dth Uitm kedah, ad pesta durian bagai..sir nash n sir helmi belanja ok..pembaca blog ni sila jeles..tq