Wednesday, July 11, 2012

Masa.

Photobucket
Assalamualaikum and Hi.

Empat jam dari sekarang. Aku sudah tidak di Merbok tapi di Penang. Secara spesifiknya Jawi Golf Resort. Eh bukan untuk berjoli joli yer walaupun duit elaun baru masuk semalam. Melainkan untuk kem law "Transformasi Minda". Tiga hari dua malam sudah cukup tak perlu lama-lama nanti orang confuse antara budak law baju hitam putih dengan manager resort. Sekian intro yang 'hebat' sekali. Har har har.

Pertama-tama *teringat ayat cikgu waktu perhimpunan hari ahad dulu* dapat jugak diriku ini update blog ni. Walaupun dah berapa hari tak update. Oh lets consider tiga hari sebagai sangatttt lamaaa okay!

Masa ni sentiasa bergerak-gerak dalam motion. Umpama main kejar kejar police and thief pun ada. Kadang-kadang kita dapat kejar, satu kampung kecoh konon kita hero tangkap pencuri padahal game jer pun. But most of time, kita gagal untuk mengejar masa akhirnya ditinggalkan jauh ke belakang. Sebab ada pepatah mengatakan masa itu seperti emas. Tapi pada aku masa tu lagi mahal dari emas berlian mutiara atau apa sahaja yang berharga sebab secara personally kalau aku boleh bayar untuk dapatkan lima minit yang telah aku lepaskan. Hmm I'll pay anything for it.

Lima minit. I will tell my late grandmother, grandfather how much I love them and thank you for all those penat lelah menjaga the eldest cucu of the family. Sorry for all those dosa besar dan dosa kecik yang aku dah buat for the past eighteen years. Lima minit. I'm going to tell arwah Sharmizi, aku tak pernah benci kau. Kau kawan yang baik. Lima minit. Aku akan bagitau arwah ummi, my netball junior yang she is a good netball player and a good sister. Anda junior yang baik and thank you for not being sombong at all, selalu tegur kalau jumpa kat library, canteen and etc. Banyak yang aku boleh dan aku nak buat dalam masa lima minit. Sayang masa tak boleh berputar.

Pejam mata kejap tarik nafas hembus. Guna jari tangan kurniaan tuhan sambil hitung hari kira satu dua. Hidup kita pun tak panjang. Ajal maut bila bila pun boleh datang.

Keep Going.
No matter what you do, no matter how many times you screw up and think to yourself  "there is no point to carry on". No matter how many people tell you that you can't do it - keep going. Don't quit.

p/s : Dekat mahsuri kat kawasan bilik aku ni kecoh dua tiga bilik yang kasut diorang kena rosakkan. Obviously kasut yang baru, mahal dan cantik cantik ah. Roomate aku pun kena. Sape punya kerja buat perangai banggang ni? kasut elok elok korang gunting apa hal? Takde kerja berfaedah lain ke yang korang boleh fikir? Ni orang cakap golongan banggang. Belajar tinggi tinggi sampai masuk universiti tapi perangai lagi kolot dari orang asli dalam hutan. Malulah wei.

6 comments:

.........cP~ said...

Salam.

Hai, busy sekarang ye? Lima minit. Banyak yang dikesalkan sebab tak guna lima minit dengan baik.

wan aidil anwar said...

hai. kbai

Aliff Haikal said...

Demi masa , sesungguhnya manusia kerugian :)

HeNRieTTa JoSe said...

slmt berkursus.....thanks for the follow.....follow u back....

nurshamila said...

lama kau tak update wey [konon]. hahha rajin kau update lately.

huhu bila masa dah berlalu, baru menyesal, kenapa aku sia2 kan? sedih. aku sllu buang masa, baca entry kau, komen blog kau, tunggu msg kau. erk? kbai

shedameor said...

awak awak, nice entry laaa ! akak setuju sangat. 5 minit tu lebih mahal dari emas permata sebab kite tak mampu bayar untuk 5 minit itu. thanks remind us.