Wednesday, July 4, 2012

Hujan.

Photobucket
Assalamualaikum dunia maya.

Aktiviti : Mencapub. 
Definisi : Mencari publisiti tak kira mahal atau murahan dengan meletakkan muka sendiri yang tak berapa nak boleh jual sebagai mukadimah entri. 
Ranking : top lima manusia paling tercantik 1994-2020 dalam err err ahh move on to our entry !

Dua tiga hari ni Kedah hujan. Alhamdulillah. Hujan jugak tempat ni rupanya. Aku ingat panas terik jer. Tapi malang seribu lebai malang, manusia comel ni tertinggal payung kat rumah waktu dia balik Kelantan hari tu. Nak kena keluarkan fulus laa nampaknya untuk beli payung. Ni yang perit ni, terpaksa lah aku berlapar ikat perut seminggu semata-mata untuk dirimu payung ku. *mata ke atas* Haha. Ye lah, takkan nak redah hujan sekangkang kera kan?

Apa-apa pun ada payung atau tak, hidup perlu diteruskan kan? Kelas tetap harus pergi dan ilmu tetap perlu digali. So Liyana why bother too much?

Sejuk. Satu badan beku. Tadi dalam kelas memang sejuk gila ah. Dah laa air cong pulak tuh. Memang perghhh. Sejuk sampai ke tulang kering. Sampai termimpi mimpi comforter tebal dalam bilik akibat cuaca sejuk melampau. Aiseyy, budak kelas B yang suh turunkan suhu air cong tu aku pelik. Korang takde deria rasa ke? Ke korang pakai pack air panas sembunyi bawah baju. Kongsi lah rahsia nak kekal mantain hot gituu. Kopi apa korang minum pagi pagi ahh?

Future Lawyers of Kelantan. InsyaAllah. Yang atas kanan sekali itu hmm nama dia Liyana Izzati Aziz. Adik beradik dengan Nasha Aziz dan Aaron Aziz. Sekian harap maklong. Haha.

Liyana yang hebat. Sebab dah satu bulan dua hari aku berada di bumi Kedah ni, aku okay jer. Sihat Alhamdulillah. Makan cukup kadang-kadang terlebih. Law memang susah sampai nak pengsan tapi setakat ni okay jer. Kawan-kawan Alhamdulillah sporting dan jugak banyak membantu. Kalau ada group assignment memang tak payah nak bukak mulut berleter banyak pasal kerjasama kumpulan atau punctuality sebab masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing. Lecturer pun okay, banyak membantu. Tapi ada seorang lecturer ni dia ajar sepatah haram aku tak faham. K sabar liyana sabar. Nak ilmu yang berkat kena sayang lecturer. K sayang sangat sangat dah ni wei. Haha.

Walaupun mukamu berbintik-bintik akibat demam campak. Tetapi rupamu tetap menjadi pujaan hatiku. Harap adik aku yang satu ni cepat cepat baik dari demam campak.

Pendek enough right? Hahaha. 
Aku semenjak duk jauh dari rumah ni dah lupa macam mana nak update blog dengan betul. Har har har. Rindu nak makan makanan yang sedap sedap kat Kelantan. Kat sini selera utara bukan tekak aku. Maap.

15 comments:

Izara4eva™ said...

mkanan utara best apa :D

Fakhrul Haiyin said...

weh, gambar korg ramai2 tuh gmbr time g kelas kaa wei? gila ahh pi kelas pom siap pakai kot bagai lagik. hehe.

nadia said...

sekarang ni dah mula hujan balik dah..

Liyana Izzati said...

@Kak Izara : Haha. Best ke kak? Takleh telan jer tekak ni. Haha.

Liyana Izzati said...

@FH : Gambar tu masa baru habis kelas. Pakai kot tak wajib pun kecuali hari Ahad ngan Rabu. Tapi most prefer bawak ah sebab suhu dalam kelas memang kalah overseas k. Haaha.

Liyana Izzati said...

@Nadia : Hmm tu lah. Alhamdulillah dah hujan. Sejuk sikit.

Siti Sakura said...

nice blog..i like it..keep it up sis :)
jom la mlawat blog sy jgk..sy pn msih baru lg..anyway thanks dear ^__^

Liyana Izzati said...

@siti Sakura : Oh thanks :) InsyaAllah nanti saya lawat blog sis .

kay_are said...

hiperbola betul.. macam r harge payung same harge ngan liyana izzati aku tu <-- ayat amek ati =P aku bace entri ni macam puji sendiri je.. liyana yang hebat? apekah @.@ ape pun bagus r ko terlebih makan kat sane.. makan banyak lagi.. nak ikut sedap tekak masak sendiri ok

aku berjiwa muda so komen pun macam budak2 je r ^__^

Liyana Izzati said...

@Kay_are : Haha. Bro memang laah harga payung tu tak sama ngan harga liyana izzati comel cantik kebaboo lu tu. Tapi sebagai student, gua nak keluarkan duit singgit pun berkira kot. Lain lah kalau birthday bro nak belanja kan? Lalalaa.

Puji diri sendiri ialah kehebatan diriku ini. Haha. Tak tahu eh? Bagus terlebih makan? Hmm yelah, gua dah kembang banyak dah duk sini nih. Nanti balik rumah mak aku tak kenal anak dia. Aiseehhh. Haha. Masak sendiri? Meggi ke masak air?

Berjiwa muda? Oh plezzzzz!

kay_are said...

grr.. ni kalau reply komen atas tu dah jadi macam fb lak balas2 komen.. so.. aku no komen je r =P

shedameor said...

arau pon hujan je. arghhh, nikmatnya belajar di perantauan. haha

Liyana Izzati said...

@Kay_are : Haha. No komeng? Baguss lahhh. Hhaa.

Liyana Izzati said...

@shedameor : Haha. Nikmatnyaa sekali sekala jer nikmat kak. Biasanya panas terik jerr.

Ihsan Arifin said...

dulu mase kecik kecik salu jugak la naik kude tonggang camtu haha. kenangan ;)