Monday, July 30, 2012

Awwww!

Photobucket
Awww jadi tajuk entry punn bolehh. haha. Nampak tak unsur unsur kreatif di situ.

Assalamualaikum.
Sebelum kita maki hamun perlulah kita bagi salam terlebih dahulu untuk melambangkan betapa sopanggnyeew kita ni. har har har. oh lupa jawab salam wajib k.

Aku sudah lapan belas tahun. sudah cukup umur, sudah pandai memilih dan sudah pandai menilai. Sudah cukup terer *mata ke atas*

Mudah cerita tak payah nak penanda wacana nevertheless sangat lah haha, aku boleh nampak kalau orang tu suka atau tak suka aku. Its so obvious. sangat. Aku tak tahu kalau orang lain macam mana tapi kalau aku, aku boleh detect sama ada orang tu suka atau tak suka * benci macam kejam sangat kot.* kat aku. Bukan nak cakap aku ni hebat bab bab predict people or aku ni hebat sangat bab bab baca fikiran orang. Its just the way someone tu behave, act, look, eat or even talk memang sangat mengambarkan pandangan dia terhadap kita. Seriouslyyyyy percaya lah cakap gua ni beb gua dah banyak makan garam dari lu orang. konon. ciss.

Sebab Alhamdulillah, Allah kurniakan aku sepasang mata yang setakat ni masih lagi nampak jelas walaupun kalau time drive malam malam perlu pakai spek jugak. Tapi yang pasti aku tak rabun jauh sekali buta mata hati sampai orang kata macam macam pasal kau tapi still lagi macam malaikat. Memang betul sabar sabar tapi kalau sampai orang pijak kepala tapi kau still sabar urut dada jer. Apa pesen? Oh tu bukan sabar yer tu banggang. Serius.

Agak agak lah. kalau terserempak dengan dia, dia tarik muncung tiga inchi lepas tu buat jelingan lagi tajam dari mata pisau kat kau. What else can you expect?

Dunia ni luas sebenarnya. Hidup kita bukan berkisar antara kita dengan si pembenci sahaja. Ramai lagi manusia dalam dunia ni. So just because seorang orang yang kita tak berapa nak kenal jatuh dari langit mana tak suka kita bermakna semua orang tak suka kita. dan tak bermakna yang hidup kita dah berakhir perlu sedih sedih. No. Orang nak benci ke orang tak suka kita ke, buat tak kisah jer. Selagi kita tahu kita siapa cukuplah. Orang nak cakap pasal kita. Aku makan tak guna duit kau, beli barang banyak banyak guna duit mak aku jer bukan duit orang lain pun. Kisah apa?

Jadi perempuan ni kadang kadang perlu kuat dan mesti kuat. Setakat sorang dua benci, huh jentik dengan jari kelinking jer. sikit pun tak gentar. hahaha. Kalau berani mara lahh. Ayuhh! dulu masa sekolah aku takewando tali pinggang hitam. oh tak terer pun just nak cakap jer. huhu. Ayuhh!!!

Esok aku exam. Harap maklong. Jangan lupa doakan tiap kali semayang aku dapat full mark exam esok. Terima kasih ni yang nak belanja choki choki sorang dua belas ni tapi bila bukak purse ada tiga ringgit jer, tak jadi ahh. eh ikhlas kan? haha.

gambar depan cermin seperti ini haruslah ada kan kalau tak apalah makna hidup ini. *kerekface.jpg* haha.

Thank you to those who hate you for no valid reason! Yeayyyy. How beautiful is it to stay silent when someone expects you to be enraged from them. And how beautiful it is to laugh when someone thinks you are going to shed tears.

And Thumbs up to those who keep being strong enough no matter what people say about you !

21 comments:

kay_are said...

aku tak tau lak ngan letak title awww as tajuk entri, sesorang tu dah leh dianggap kreatif? teori baru tu.. =P

orang benci, tak suke bagi aku lantak pi kat hang r, ade aku kesah? camtu je ko wat.. xyah layan sangat ye.. agak2 aku suke ko ke tak? cepat jawab! ^^

ape pun, sebagai tambahan.. aku memang suka cari pasal ngan ko.. ntah r.. mungkin sebab seronok kot.. ok.. peace! =) coki2 aku tak dapat lagi nak blnje coki2 12 konon..

Aliff Haikal said...

Oh ni kes haters lah ni ek ? hehe

chill okay , dalam dunia ni ada positive ada negative . ada pro ada kontra . Ada persamaan ada perbezaan . Ada hitam ada putih :")

Apa yang pasti , kita jadi diri sendiri sudah . orang tak suka ? biaq pi depa lah . Bukan depa yang bg kita makan . hehe

chill ^^

mirmashi94 said...

wahh. bahang2. haha. alaa,biasa laa. orang nie macam2. asal kita jangan jadi macam dia dah laa. nak2 bulan puasa nie. kalau boleh, belajar terima orang seadanya. tayah nak benci2 kan. tade orang yang perfect lam dunia nie. sekian je tazkirah aku.

p/s: nie dikira tazkirah kahh?n -.-. bajet je. haha

nurshamila said...

entah kenapa aku suka baca entry kau walaupun apa2 jela yg kau tulis. huhu

Liyana Izzati said...

@kay_are : A'aa teori baru. ramai yang tak tahu pasal teori ni sebenarnya. haha.

agak agak? agak agak kau menyampah kot ngan aku. kan? kan? oh adakah kau orang yang cuba meracuni makanan aku smalam? patutlah aku sakit perut yang pelik jerr. haha.

Eh bukan ikhlas ke nak doakan aku?
dapat pahala k doakan sesama saudara :p

Liyana Izzati said...

@Aliff Haikal :

Isk isk, thanks bro. Hmm lepas ni nak buat tak layan jerr. huhu.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 :

Nak bagi tazkirah kat aku? Punn bolehh. haha. weh kau dah jumpa belum orang yang aku suruh kau cari kat uia tuh. ciskek betul kau ni.

Liyana Izzati said...

@Nurshamila :

Cehh pantang aku nak belanja choki choki manis jer mulut dia. hahahaha.

mirmashi94 said...

kau suruh aku cari ke abang kau tue? haha. apa da nama dia? sengal gilaa aku nak cari. muka dia tataw macam mana. dah laa kat sini nak jumpa brothers pun payah. haha. jiran aku lelaki yang masuk sini, baru dua kali aku terserempak ngan dia, hebat x hebat -.-

shedameor said...

peewit, matangnya hujah2 awak. hehe

sabar dik oi, biasala hidup ni bukan boleh buat semua orang suke kite. so du us. chill. awak kan kreatip. hehe

Anonymous said...

bajet ja minah lawyer ni. ayat takmau kalah. buuuuuuuuuuuu :p

Mr.She said...

um um. haters mmg camtu.
kadang manusia ni x suka or benci kita sbb dia jeles ngn kita je. tah pape :3

btw ayat last tu sgt osem. pinjam bole? wkwkwk

kay_are said...

kalau aku jawab balik komen ko atas tu.. macam fb lak jadi nye so takyah r ye =P

.izzati liyana. said...

yeah of course. kita boleh nampak dan kenal pasti dengan cara orang tu respond or pandang kita.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Laa sape suh kau cari? Nak jumpa brothers pun susah? Serius? Habis tu dalam kelas mcm mana?

Liyana Izzati said...

@Shedameor : Hahaha. Matang belajar dari akak jugak ni. haha. btw thanks :)

Liyana Izzati said...

@Anonymous : Haha tau takpe. Terima kasihh laaa.

Liyana Izzati said...

@Mr She : Betul tu kak. Baik buat tak layan jerr. Haha. Ayat last? haha , nak ambik semua ayat punn boleh, haha.

Liyana Izzati said...

@kay_are : Hahaha. Tau takpe, aku pun malas nak balas komen orang panjang panjang. Bukannya fb niiii. haha.

Liyana Izzati said...

@Izzati Liyana : Hi sis with the same name! Betul tu kdg kdg cara dia pandang, kita dah boleh detect. Belum lagi bukak mulut. Hmmm.

Izara4eva™ said...

kita xdapat nk memuaskan hati sume org kan.. sabar je la ye :)