Saturday, June 9, 2012

University Life!

Photobucket
Assalamualaikum and Hi!

Wehh rindu aku tak? Aku tau lama gila aku tak online, tak update blog. Sila faham bahawa aku sekarang dah bergelar mahasisiwi :) *Macam lah hebat sangat kan?* Haha.

Ni kawan-kawan aku kat sana. Sama-sama ambik foundation in law. Kira kami berempat ni kawan baik lah kat sini. Cehh. Pergi mana-mana mesti sekali. Macam ada tali jer yang ikat kitorang suh jalan sesama, makan sesame. Haha. Menyampah tak? Reasons yang paling valid kenapa aku suka kawan dengan diorang ialah dorang memang tak pernah kekwat, tak pernah berlagak walaupun masing masing memang hebat ah. Ada yang wakil debat peringkat negeri, ada yang dah memang orang hebat hebat tapi diorang sangat sangat down to earth macam aku. Haha. Apakah? 

Apa yang aku boleh conclude pasal aku punya hostel life or to be specific 'university life' ialah agak best walaupun ada time time aku rasa macam nak mati kena langgar lori ayam  jer. Haha. Serius. Terutama masa minggu MDS yang memang macam macam hmm tak tahu nak samakan dengan apa. Tapi weh walaupun mds macam teruk gila bapak letih, kena lari sana sini, pakai baju kurung  dengan kasut sukan (cun gilaaaaaa memang fasionita habis) tapi overall aktiviti aktiviti MDS sangat fun. Ada nyanyi nyanyi, campus tour, majlis majlis ilmiah. Perghh memang terbaik lah. Plus korang punya abang abang dan kakak kakak PM (pembantu mahasiswa) memang sporting habis lah.

Yang takleh lupa ialah malam terakhir MDS tu memang kitorang nangis gila gila ahh. Macam tak percaya yang MDS dah habis (walaupun tu lah benda yang paling ditunggu-tunggu. haha). Lebih lebih lagi bila abang abang kakak kakak pm pun sama sama nangis. Serius, wa terharu beb! The best part ialah bila semua pm-pm bagitau yang kitorang punya batch/semester ialah batch yang terbaik kalau nak compared dengan batch batch lepas. Haha. Terer tak kitorang? Tu yang sampai pm pm semua nangis tu.

From my observation, batch aku ni (termasuk diri aku sendiri) boleh diketegorikan sebagai golongan yang agak bebal dan tak dengar cakap. Serius. Plus suka menjawab apa yang abang abang kakak kakak pm cakap. Sampai ada satu malam tu memang ramai ah yang kena panggil kat depan sebab macam macam kesalahan. Aku? Aku of course tak. Aku budak baik. Haha. Tak caye kan? tapi serius aku tak buat perangai. Dah letih dah buat perangai macam ape ntah masa sekolah dulu. Sekarang dah masuk ke university, dah tiba masa untuk aku berubah, mengubah diri sendiri ke arah yang lebih baik. Datang ke UiTM untuk ilmu dan kalau nasib aku baik aku akan bawak balik sorang dua kawan baik yang aku boleh peram hingga hujung nyawa aku sampa aku mati. So nak kurang ajar or bermusuhan dengan sesape dalam uni ni memang tak termasuk langsung dalam cita cita, impian aku kat sini. Haha.



Korang mesti tertanya-tanya kan sama ada aku nangis ke tak? Haha. Well sebagai mahasiswi yang jujur lagi baik hati plus comel sikit sikit (wekk :p), aku mengaku memang aku menangis jugak. Kadang-kadang k. Not all the time lah weh, gua bukan ratu air mata beb! HAHA kan? Jangan gelak k. Sila faham. Aku sorang perempuan yang dari kecik duk kat rumah, makan pakai semua cukup, basuh baju guna washing machine, tengok tv sampai ke pagi buta kadang-kadang. Tiba-tiba 2hb tercampak ke Merbok Kedah. Dah laa kena buat semua benda sendiri. Homesick tu memang ada. Banyak kali aku nangis. Call umi jer nangis, call umi jer nangis. Cakap ngan kakak nak leleh jer air mata ni. Memang air mata aku for the first few days kat sini kalau kumpul cukup kot beberapa tong boleh buat meminang puteri gunung ledang. Tapi those days dah berakhir, aku dah okay kot. Walaupun tadi baru aku nangis.

Prinsip aku dalah hidup ni "Kau nangis lah berapa gelen pun tapi jangan bagi orang nampak kau nangis." Hebat tak prinsip aku? Serius. Roomate aku si zana ni dia tak pernah tengok aku nangis. Dia selalu gak nangis. Dia selalu tanya "kau tak rindu sesape ke?" Aku gelak jer. Haha. Hari pertama aku datang sini masa mak aku dah nak balik, memang aku nangis ah. Tapi aku nangis puas puas kat tangga sebelum masuk bilik. Masa MDS pun kalau aku nak nangis memang aku nangis dalam tandas, sebelum tidur. Aku memang tak nangis ah depan orang. Bukan nak cakap yang aku ni bajet nak mampus sampai tak nangis depan orang tapi aku memang macam ni. Sebab kita belajar dari pengalaman lampau.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku ada gak tersentap dan ternangis depan orang. Then orang cakap "Alaaa macam tu pun nak nangis.". Ada jugak yang cakap "Sikit sikit nangis, sikit sikit nangis".  So, dari situ aku belajar yang tak payah laa nangis depan orang buat malu jer. Memang betul, menangis akan buat kita lagi kuat. Tapi tak ramai orang yang boleh respect kita kalau kita tak profesional nangis depan orang. Tapi in certain situations, nangis depan orang tu dibolehkan jugak. Contah lah, kalau ada saudara mara kau mata takkan kau nak nangis dalam bilik air kan? Nak nangis jer cari bilik air, nangis jer cari jamban. Tak ke gila tu. Haha.

Eh apesal lak, boleh terkeluar landasan pulak aku ni? Cerita bab bab air mata pulak. Ciskek!

Bila aku datang ke Universiti ni. Aku melihat hal atau sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan. Banyak kali weh aku rasa macam down gila. Sebab kat uni ni memang kau akan jumpa banyak orang orang yang hebat dari kau. Ada yang lagi cantik dari kau, lagi bijak. Serius. Tapi my advice is, don't take all that things too serious. Sebab apa, ada orang yang nampak macam hebat, tapi dalam kosong. Ada orang yang nampak macam cantik,hensem tapi otak tarakk. Ada orang yang nampak macam perfect, tapi manners/adab macam orang zaman batu mentaliti orang sebelum jumpa api. Ada orang nampak macam cool gila tapi attitude takleh blaa langsung. Paham? So bila aku jumpa orang yang lagi hebat dari aku, aku selalu bagitau diri aku yang "Aku lagi hebat, aku lagi hebat. Jangan risau.jangan risau." Haha. Teknik ni walaupun nampak simple tapi berguna gilaaa lahh!



Satu hari tu aku bagitau kawan aku Nash. Aku cakap "Aku down beb orang semua hebat hebat especially budak budak law, memang aku tak terlawan ahh." Then dia bagi aku nasihat yang sangat berhemat sangat, dan memang berguna. Dia cakap kalau kita nak cari orang yang hebat sampai bila takkan habis. Contoh kalau aku dapat straight 9A ada orang yang lagi hebat dari aku akan dapat straight 9A plus. Kalau aku dah dapat straight 9A plus ada orang yang lagi terer dari aku akan dapat Malaysia top 5 SPM result. Paling penting ialah buat untuk diri sendiri. Bersyukur dengan apa yang kau dah dapat hari ni tapi jangan jadikan benda tu sebagai sesuatu yang menyebabkan kau bersikap permanent atau berlagak atau malas nak usaha tapi take that as a point untuk baiki diri sendiri dan capai sesuatu yang lagi baik. Dia end up dia punya nasihat dengan cakap "Kau hebat weh. Serius kau hebat. Kau jer tak tahu."

Lepas aku dengar nasihat dia, memang aku lega ah. Kawan aku Nash ialah orang yang sangat hebat. Aku sangat kagum dengan dia. Walaupun dia punya result cuma 5A tapi dia berjaya ambik law macam aku. Maybe sebab dia punya English power kot. Tapi yang paling aku kagum ialah dia dah wakil negeri dia ke Englis Parliamentary Debate *tak tau aku eja betul tak*  plus banyal lagi kokurikulum yang lain hingga cukup untuk buat aku rasa rendah diri dengan dia. Haha. Tapi macam dia cakap ah, aku pun hebat gak!. Dan orangnya sangat sangat positive weh. Nash dengan aku banyak share benda yang sama  tau, we have a lot in common lah so aku kalau nak bagitau ape ape memang aku cari dia ah. And yeah, Nash is a girl! Yeayyyy. Nama punya gempak Nash kan tapi last last perempuan. Haha.

Pasal law hmm aku tak leh nak komen apa lagi sebab aku belum masuk kelas lagi. Esok aku ada kelas pukul 9:50. First lecture lah kira. Nanti aku update pasal law pulak noh. Eh aku duk sini aku cakap kedah weh. Serius. Hahaha. Bila orang tanya aku orang mana aku cakap orang kelantan. Semua orang garu kepala   "Apesal tak pekat weh?" Hahaha. Banggang!

So tu jelah yang sempat aku tulis hari ni. Aku sebenarnya dah limitkan masa aku. Aku cuma akan update blog dalam masa satu jam. Maksudnya kalau dalam masa satu jam tu aku dapat tulis banyak, maka panjanglah entry aku waktu tu. Tapi kalau ide aku ciput dan dalam masa satu jam tu aku cuma dapat tulis dua perenggan. Hmmm nasiblah! Haha. Aku kena belajar bahagikan masa. Serius. Sebab dulu masa sekolah aku memang fail bab bab time management. Sekarang dah tiba masanya untuk perbaiki semua tu. Okay ?

Aku doakan semua rakan rakan blogger yang dah masuk uni, atau yang bakal masuk uni good luck. All the best! Matilah korang masa minggu orientasi nanti. HAHAHAHAAHA! *gelak jahat*







19 comments:

nurshamila said...

sbg menjawab kpd soalan kau, yess aku rindu gila kat kau. dah la takdak contact nmber kau. haha byk gila typo entry kau ni. aku phm, mesti kau malas nak recheck kn? kah3

perghh kau ckp kedah? biar betik??!!

azzra shaheen said...

bestnye dgr cte org msuk u...
happy go lucky there!
caayok! :)

nadia said...

Homesick tu normal. Hehe
walaupun dah besar gedabak tp kalau tercampak jauh dr family mmg akn homesick la..
Bila rs down,kita kena selalu think positive :)

kaizen said...

byk nyer stok makanan.... hulur2 la sket....

Ardini Izzati said...

Apasal tak pernah nampak eh star tu kat rumah? HZ punya kan kan kan? Hahaha. Kau gedikk. Aku menyampah :P

Hakimy Zamri said...

HAHAHA. bestnya cerita dia. ada typo sikit weh. HAHA. eh ada STAR atas katil laa. tido sambil peluk ke apa ni ? HAHAHA ^^

DAYG ♥ said...

btw good luck kat tempat baruu. heee Liyana Izzati memang hebat. :)

miss chillax said...

hi!
i'm your senior.
same course. same campus.
dapatkan band 4 and 3.00 and above okey! see u in shah alam :D
http://misschillax.blogspot.com/2012/06/wabak-terbaru-dysverificacia.html

emeliena said...

Heloo darlingg, welcome to UiTM Merbok. At first memei boringg teruk kat sini, rasa rindu tu normal laaa.

Study betoi-betoi.. Gogo chaiyook ! ;]

dari sisi hidupku said...

amboi,banyaknya stok atas almari.Bak mai no bilik,akak datang habiskan. It Same goes to me when i went to first class.Memang rasa kita plg bodoh,org lain tu diaa spekeng habis,pastu semua result nak gempak2 je plus pernah belajar foundation kat segi, taylor college and atc.
Tapi kita ni lah kena buktikan yg kita pon mampu.
Baru tahu 'keseronokan' MDS,memang kenangan yg x akan dilupakan.
Harap je kita satu U,satu course,tapi jumpanya x pernah pon.Takpe naty AGM Pre Law Club akak buat announcement panggil kamu ye.hehe

shedameor said...

mimggu MDS sangat tak best ! errrrrr

Sally Yatiey said...

Study betul2 :D Goodluck Liyana. hee

Elysa Sofia said...

baca entri ni tak sabar nak masuk u bulan 7 ni..serius masa orientasi tu best?atau......kena buli? 0___0 kalau perempuan mmg byk nangis bila berjauhan.lelaki boleh diexcuse. huhu anyway goodluck! :)

Aliff Haikal said...

Alolololo comel-comel sungguh dia punya katil segala bagai . hehe

Kimy pasti merindui kau nanti :3

dah dah jangan nak nangis-nangis sangat ye . Foundation berapa tahun je kan :p Goodluck !

Fakhrul Haiyin said...

perghh. panjang gila entri kau. kes lama x updte lettuw. hehe. btw, korg dah start study kahh wei? goodluck nyway.

[wani_mn] said...

berderet makanan atas robok HAHAHA

Siti Nasyrah said...

awwwwwwwww. beb. aku sebak. ade name aku. tak sangke kau dgr aku pnye bebel. haha. and kau inspired aku nak on blog aku balik! cyeahh!

Maya said...

panjang nye entry....btw gud luck ye...hehe..nice blog :) nice to meet you...i follow you...you follow me http://yamarisaikhu.blogspot.com/

forever yours said...

eh eh bilik tu dekat mahsuri tingkat 3 kan?