Wednesday, June 27, 2012

On the track.

Photobucket
Assalamualaikum alam maya.

Sebenarnya takde idea langsung nak tulis apa. Jiwa kosong. Tapi tolong jangan nyanyi lagu Najwa Latiff kat sini. Cukuplah waktu di tanah air negeri kelantan tercinta dulu orang cakap suara aku macam Yuna. Aku dah tak nak klon mana-mana artis lagi. Tapi kalau nak cakap macam NL pun bolehh. :p

Manusia paling baik atas dunia ni pun mungkin akan urut dada beberapa kali dengan kelajuan internet seperti ini.

Sabar sabar. Instead of marah marah suka hati padahal tenet tetap juga slow mengalahkan broadband habis limit dua bulan tak bayar. Mari semua tadah tangan sama-sama kita doakan agar internet di universiti teknologi mara kedah dihatiku ni semakin laju dan laju ahh tidak perlu lah laju sampai merentas awan tapi sekurang-kurangnya pelajar kolej mahsuri tak perlu tunggu satu jam untuk loading home facebook. Serius. Tak kisah sangat pasal facebook mukabuku ni semua tapi internet yang slow tahap pergi kafe beli nasi makan kenyang kenyang pun belum tentu siap loading ni menyusahkan student untuk cari bahan-bahan untuk buat ASSIGNMENT di internet. Cehh nampak tak ayat student yang InsyaAllah bakal dapat pointer empat point satu masa exam? Nampak? Haha.

Sehingga ke perenggan ini masih tidak ada idea. Tolonglahh apa nak taip ni?

"Bersahabat kerana Allah, berpisah kerana Allah."
Ya, gambar pertama ini ialah gambar serangan pertama tembak balas kepada Aidil. Amboi hang setiap entry hang ada gambar kelas hang nohh. Okay hang tunggu lahh lepas ni aku masukkan gambar budak budak kelas aku dalam setiap entry aku k. Haha. Gurau jerr. Kita pre lawrians walaupun jadual pack nak mati, sibuk macam kejar kapal terbang sekalipun, ukhwah tetap ukhwah gituu.

Bang kalau takde idea jangan update lah bang. Sekarang ni tengok entry lu dah separuh jalan atau bak kata miss anis yang mengajar subjek muet kelas aku 'hanging' gituu. Pilihan dah dibuat, entry dah separuh jalan kau taip. Hidup perlu diteruskan jadi entry jugak perlu diteruskan. Kadang-kadang entry pun biar directly proportional dengan pegangan hidup.

Jadi mari kongsi pengalaman aku di UiTM Kedah di hatiku.

Minggu pertama aku keluar pergi Penang. Macam hebat sangat baru seminggu bermusafir di negeri orang baru habis penat lelah MDS, minggu pertama dah berani keluar pergi Penang naik ferri semua. Haha. Hebat kan? Kononnya hebat lah sewa Proton Saga auto lalu highway bawak 130km/h tanpa emak di sisi. Tapi part yang paling bila sampai kat tol ada ke bukak pintu keluar kereta semata-mata nak ambik tiket tol. Haha. Jakun gituu. Mintak maaf k kat kelantan takde tol tol ni semua, so agak janggal dan pelik kat situ bila sampai kat tol kena korek duit syiling nak bayar RM4.20. Cehh ingatt.

 Ferri depan warna kuning. Macam lah korang buta warna kan? Haha. Waktu ni boleh laa buat buat baik dengan mat saleh-mat salleh atas ferri tu, India gatal jangan layan sangat nanti diorang ikut kereta korang dari belakang, seius ni. Buat buat pekak jer kalau diorang panggil. Ya penting sekali yer untuk asah skill english kita dengan orang mat salleh. Then bila mat salleh tu puji "You are quite good in English". Hidung kembang dengan sendirinya.What can I say takde niat pun nak takkabur atau riak jauh sekali. Untuk senangkan hati jahat korang tu boleh laa tipu dia sikit sikit cakap dulu kau stay kat England empat tahun padahal wallahualam. Haha. 

Lautan yang luas. Bila melihat laut teringat laut di kampung halaman tapi laut kat kampung takde lah kotor sangat. Ada ke patut dalam laut ada batang penyapu. Apa kes? Hmm bila tengok laut teringat pantai irama bachok yang semakin menghakis tetapi tetap utuh dalam diri dan jiwa setiap rakyatnya. Tetap tegar mengeluarkan keluaran isi perut laut seperti remis, kerang dan sebagainya. Bila melihat laut teringat lautan ilmu, seorang ustazah dulu pernah bagitahu "Lihat laut dan ambil satu baldi. Cedok air ke dalam baldi sampai penuh. Air dalam baldi itu lambang ilmu kita dan laut yang luas itu lambang ilmu dan kekuasaan Allah. Carilah ilmu seluas lautan." I cannot really remember macam mana susunan ayat beliau tapi bunyinya lebih kurang begitu lah.

Sedang enak aku berjimba jimba di Penang sambil cuci mata tengok amoi skirt pendek (bukan lesbian mintak maaf), kawan aku nak balik awal pulak. Ciskek betul. Tak sempat lagi nak shopping sangat padahal fulus dah seratus lebih kot habis masa tu. Cuma sempat jelajah beberapa tempat jer seingat aku Gurney Mall, Padang kota dan etc. Haha. Niat di hati nak balik malam lepas isyak, tapi sebab ada pepatah melayu kawan yang baik ialah kawan yang support kawanya. So pasrah laa jugak. Take it positively, bagus jugak balik awal. Kalau tak mungkin hari ni aku sedang makan maggi di bilik. Haha. Dah laa duit elaun budak asasi tak masuk lagi. Sekarang masih tegar menggunakan biasiswa PAMA. Biasiswa papa mama okay.

Ada sekali hari tu aku naik teksi kena tipu sampai RM30 hinggit dari stesen bas sungai petani ke UiTM. Biasa aku naik UiTM ke Sungai Petani memang biasa paling murah RM10 paling mahal RM15. Ni kena RM30 memang kena tipu gila gila ahh aku. Banggang betul. Patutlah sebelum aku naik tu, aku tanya elok elok "Pak cik berapa ni?". Senyap jer tak jawab apa apa. Sampai sampai UiTM ambik kau 30 hinggit aku kena. Kopak aku. Memang gila tipu aku mati mati ah. Kalau ikutkan hati memang aku tak nak bayar tapi bila fikir fikir balik. Beg laptop aku semua dalam tu memang tak sanggup ah. Lagi parah kalau dia culik aku ker. Ohh memang tak ah. So aku pikir pikir, bayar je lahh setakat RM30 tu, nyawa dan maruah aku lagi penting. Tak kaya pun kalau dah mula dengan duit tak berkat masuk perut. Dahh la pak cik tu gatal nak mampuih. Ada ke suruh panggil dia abang. Oh pleaseee!

Hari ni kolej Mahsuri banyak bilik air yang takde air. Kalau kat tingkat tiga ni memang letih ah. Tadi aku kena beratur kot nak masuk bilik air. Even kawan aku yang duk tingkat empat pun turun guna bilik air tingkat tiga. Maksudnya bilik air tingkat empat pun tak jadi jugak. Mohon pihak maintenance kolej ambil tindakan segera. Apa motif tulis kat blog pun tak tahu. Hahaha. 

That's all, entry yang memang ditaip selama 20 minit. K bye.

Untunglahhh sape banyak idea. Hahahaa.

p/s : Mak aku call tadi tanya dah beli ke belum tiket bas nak balik raya. Ummi tolonglahh puasa pun belum lahhh. 

27 comments:

wan aidil anwar said...

untunglah dah travel jauh jauh. bukan nak ajak aku. ahhaha. sukahati aku lah nak letak gmbar bnyak2. nanti kita bergambar dua neahh. hahaha

LELAKI INI said...

kena beli awallah..
karang tiket habis!

Mk Syahir said...

best kan utagha?hehew

kaizen said...

mak awk tny psal tiket sbb tkot awk x balik raye...hehhe

*cube tgk 2 entry terbaru sy kot2 ade nk komen or buat entry??

Liyana Izzati said...

@Wan Aidil Anwar : Hahaha. Nak ajak kau macam mana. Kau sanggup ke keluar ngan aku? Kang kena tangkap basah kang. Haha. Cehh nanti aku letak gambar budak budak aku setiap entry k. Bolehh jer nak bergambar dua. Bila photoshoot kita? Haha.

KPI0051B ialah pre lawrian part one yang Terbaik lahhh!!!

Liyana Izzati said...

@Lelaki Ini : Hahaha. Ni another mum to be kot, sama macam mak aku. Haha. Ye lahh nanti beli awal. First day of puasa, terus pergi beli.

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Hahaha. Ya Allah, best nak matiii!

Liyana Izzati said...

@Kaizen : Hahaha. tak lahh nanti raya mesti balik punya.

Yana Libra said...

amboi..sakan jalan eh? hehe :p

shedameor said...

amboi, panjangnya entry. balas dendam yea tak dapat hapdet hari2 ? hehe.

Aliff Haikal said...

Oh penang ku yang tercinta . hahahahahaha kelakar baca entry hang

Liyana Izzati said...

@Yana Libra : Haha. Tak lah kak. Tu pun jalan atas simpati orang yang ajak jerr. Haha.

Liyana Izzati said...

@Shedameor : Hahaha. Bolehh laa dikategorikan seperti itu. Tapi takdelah panjang sangat pun kak.

Liyana Izzati said...

@Aliff Haikal : Haha. Penang barang mahal nak mampus tapi aku beli jugak :p Kelakar? Part mana yang kelakar ni? Nak highlight sikit. Hhaha.

kay_are said...

camni takde idea.. aku pun taktau cane nak imagine entri ko yang banyak idea.. setebal novel barangkali? sore macam yuna? uhuk.. tibe2 terbatuk.. uhuk uhuk Leh aku imagine cane jakun nye ko kat plaza tol ngan dalam feri tu.. nasib ko kenal ape itu plaza tol dan gak feri.. lol.. bakal peguam kne tipu naik teksi? habis r masa depan undang2 negara pasni.. =P

Liyana Izzati said...

@Kay_are : Haha. Takde idea kot ni. Serius. Cuma tulis berdasarkan apa yang pop out kat kotak akal jer ni. Haha. Jangan cakap tol tu lagi plezzz. Macam lah tak pernah tanya akak tu berapa tambang tol padahal kat depan tu ada jer skrin sebesar alam yang papar amount yg kena bayar. :p

Hahaha. Tu lah, habis lah masa depan negara. Ejek nampak??

Fakhrul Haiyin said...

untonglahh mg. dpt jln2 g penang. haha. btw, asal aku gelak sgt bca entri kau yg nih errkk? humangaihh -,- :P

Hakimy Zamri said...

apa ? bergambar dua ? =.=

Ardini Izzati said...

Haha. Aku bali raya umi ambikk :P

Liyana Izzati said...

@FH : Hahaha. Nanti kau lagi untung, dapat jalan jalan sekitar mesir kot. Gelak? Ntah tak lawak pun aku rasa. Kau jer yg psycho pelik.

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Haha. Gurau je lahh. Takkan lah takleh beza kot.

Liyana Izzati said...

@Ardini Izzati : So? Motif mung nak suh aku jeles laa ni. Cehh mentang mentang lah umi nak g ambik. Tapi mung tak dapat rasa kehebatan dan pressure feeling balik kampung tuh. Hok tu mung lack :p

Liyaa Mf said...

Err takde idea ke camni? Camni ke kategori takde idea? Haha! Owh, study kat UiTM Kedah ke? Err sama r dulu pun UiTM di Hatiku gak. Tp Shah Alam. Heeee

Yg penting, zaman study mmg zaman enjoy. Lagi2 if study kat negeri org kan? Sume tempat nak gi. Kemaen excited berenjoy :P

Liyana Izzati said...

@Liyaa Mf : Haha. Ni pakai tulis jer apa yang ada dalam otak. A'aa kat UiTM Kedah. InsyaAllah kejap jer kat sini. Nanti shah alam gak.

Sume tempat nak pegi tu satu hal kak. Duit pun banyak habis. Haha. Nak balik susah bila duk jauh ni kan? Tension.

nurshamila said...

oh kau p penang bt pa wey?

wifi kat upnm ni tak sampai kat dorm km. nasib aku bwk berokbang aku tuh. laju SIKIT la klu nk dibandingkn. haha

Liyana Izzati said...

@Mila : Pergi saje saje makan angin. Tu lah, aku tertinggal aku punya broakbang kat rumah. Denggg!

M Fizan said...

sabar, jangan marah. nanti syaitan menari seronok. dasyat kau kan. dengan jadual pack, still boleh snap pic. harhar. part keluar kereta tu memang cannot go. kau kelakar!! ^_^ carilah ilmu? wahh, sempat je kau bagi moral dalam cerita. nice, aku suka. kau patut cakap thanks sebab kawan kau ajak balik awal sebelum kau makan maggi dua bulan. :D bersyukur jugak kau selamat hilang rm30 dari hilang maruah. good judgement :) sabor jer lar kolej takde air. boleh jadi sedara kambing. hewhew.

p/s : eh, kau tunggu raya baru nak beli memang kirim salam lar. serius, dari pengalaman aku. baik beli awal. nanti tiket habis, kau beraya je kat umah aku. tapi aku pulak balik johor :)