Friday, June 22, 2012

Hari ini.

Photobucket
Assalamualaikum and Hi semua cantik manis hensem pembaca blog usang ni.

Aku rindu kampung. Aku rindu Kelantan. Aku harap semua okay. Buat yang jauh di mata tapi begitu dekat dengan hati dan limpa, moga korang baik sahaja di sana. Semoga Allah menjaga kalian. Ameen.

Hari ini kembali mengetuk pintu nafas. Setakat ini Alhamdulillah, Allah masih sayang. Masih lagi tegar menghirup oksigen pinjammanya melalui hidung, saluran pernafasan yang betul. Bukan melalui mesin atau apa. Alhamdulillah.

Tiga. Tiga bukan angka feveret aku. Jauh sekali aku berharap punya tiga suami, tiga anak, tiga rumah atau tiga kereta nanti. Cuma just nak bagitau satu alam bahawa ya sudah tiga minggu aku merantau di bumi Kedah yang jelapang padi ni. Obviously, kedah okay walaupun panas sikit. Aku tak tahu kenapa tapi memang ramai kawan-kawan aku dari luar especially budak-budak Kelantan cakap yang Kedah ni panas. Bukan bermaksud yang di negeri Kelantan kami bersalji dan sebagainya. Tak! Kita berkongsi angin, matahari, awan dan cuaca yang sama. Kita di bumi Malaysia memanglahh panas. Cuma mungkin, badan kami belum mampu untuk 'adapt' dengan cuaca kedah, environmentnya, atmosphere nya sehingga ada yang demam, batuk. Tak kisah lahh tapi hari ni Alhamdulillah, semua dah makin sihat. Sakit tu penghapus dosa bukan?

Weh phone aku rosak.(ni jer main entry aku hari ni sebenarnya). So aku harap rakan-rakan blogger yang 'tercinta' *mata ke atas*, dan jugak rakan-rakan zaman sekolah rendah dan menengah atau kawan kawan yang ntah kenal kat kem program apa apa ke yang aku rapat lahh, sila text no korang ke no aku. Ya, aku masih lagi pakai no lama aku tu. Yang celcom banyak nombor tuhh.. Yang memang dah ada no fon aku, please make an effort to text me your number. Bagitau terus no korang. Tak payah nak menyamar jadi brad pit ke ape ke, yang ada niat nak buat macam tu tu baik jangan. Sebab aku berbakat kalau bab bab baling selipar ke muka orang. Hahaha.

Pagi tadi sempat breakfast di KFC central square sungai petani. Lama gila tak makan fast food. Maklumlah UiTM kami tak segah universiti lain yang keliling depan belakang kiri kanan ada KFC, McD dan pelbagai makanan fast food kaya lemak kurang khasiat tu. Tak kesah laa asal aku duk sini cukup makan, sihat walafiaat. Makanan kat UiTM ni memang murah. Setakat hari ni aku makan lah lauk ape ape pun memang tak pernah lebih RM 5. Pernah sekali aku makan nasi RM1.80 jerr. Murah kan? K sila jeles dengan makanan yang murah macam ni. So impian aku untuk kuruskan badan agak tak menjadi ahh kat sini. Haha.

K sekian :)

23 comments:

nurshamila said...

mmg la murah wey, dah bajet dy bg pon ciput. haha kedah panas kn? aku dah ondeway p kl. aku kena text no aku lg ka?

mirmashi94 said...

aku rindu kau. wehh, aku balik rumah weyy. homesick. hahahaha ;D.

p/s: kau hafal kan no aku? sila angguk2 -.-

nana kamarul said...

owwww ... get well ya. Dan kesian hilang fon. Takpe, dugaan tu :)

Fakhrul Haiyin said...

murah lagik time skolah dulu. 50sen dah cukup. sekian. hahaaa. weh, num aku kau hafal jugak kan. aku tau. haha. kbai XD

dari sisi hidupku said...

hmm tahu x pe Kedah memang panas. Walaupun nama u kita bertukar ke Melbourne,tetap x de salji dik.
Mungkin sebab kita dikelilingi sawah padi dan bukannya bukit dan hutan kot,sebab tu lah oanas.Tapi kita kena bersyukur dengan apa yang ada kan.

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Haha. Tu lah aku ingat makanan kat kelantan jer murah, kat kedah ni lebih kurang ahh. Kau duk kat kl lagi panas terbakar ah kau nanti. Haha. Weh kau kena text weh, aku takde no kau. Sorry lah eh jangan nak berkira 5 sen ngn aku.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Cehh kau orang pertama kot yang cakap rindu aku. Kelas gituww. Haha. Kau balik rumah homesick? Aku minggu kedua lagi dah balik rumah. Lagi hebat.

p/s : Angguk boleh tapi aku tak hafal. Serius :p

Liyana Izzati said...

@Nana Kamarul : Oh InsyaAllah. Bukan hilang tapi rosak. tak kisah ah fon lama lagipun. Memang berhak campak kat ayam jerr. Haha

Liyana Izzati said...

@Fakhrul haiyin : Time skolah tak payah cakap laah. Masa tu gula tak naik harga lagih. Sekarang ni kalau kau cakap nak nasik 50 sen memang mak cik tu bagi kerak je lah. Haha. Apa angguk? Hmm nak angguk mcm mana dah aku tak hafal. Sorry lah yer, kau mesej je lahh. Jangan nak berkira sangat!

Liyana Izzati said...

@Sis Asyirah : Hahhaa. Yeah right Merbok to Melboure. Haha. Betul tu, bersyukur lah dengan apa yang ada. Dah dapat Kedah ni pun kira okay lah,

merah said...

hahahah kedah mmg HANGAT , hehe nnti biasalaaa tuu , :D

Mr.She said...

kedah? phone rosak? kepsi? apekah?? hehe :p

murah gilakkkk RM1.80. mane mau cari~ :3

Aliff Haikal said...

Kalau kat perlis lagi panas . hehe

Takpe memang lama sikit kot nak sesuaikan diri dengan keadaan . biasalah tiba-tiba masuk dalam cuaca panas kan :)

goodluck study ! :)

Liyana Izzati said...

@Ira : hahaa. Lebih hangat dari biasa gituuwww. Haha. Nak membiasakn diri laa ni.

Liyana Izzati said...

@Mr. She : Yaa, itulah cerita kita kali ni. Semua kita gabung jadi satu entry. Haha. Tu lah memang murah. Boleh makan 10 kali sehari ah camni. Haha.

Liyana Izzati said...

@Aliff Haikal : Dia bajet belah belah utara memang panas sikit kot. Haha. Pandai pandai jer teori sendiri. Hmm tu lah, tengah membiasakan diri. dah laa lupa bawak payung pulak. Memang panas ahh.

Oh thanks. :)

shedameor said...

ni num akak 013446----. HAHA. yess, kedah panas. perlis lagi la panas, I tak biasa hokey. hihik

Hakimy Zamri said...

kedah panas. hitam laa kau nanti. HAHAHA. i love you :)

Liyana Izzati said...

@Kak Sheda : Amboi hebat gitu akak kita. Siap bagi no fon direct ahh tapi sayang tak cukup no. Kalau tak boleh bagi kat abang saya. Abang saya pilot kot. Hahaa. K perasan. Tu ah, I pun tak biasa panas-panas. Tapi demi ilmu, sabooo jer lahhh. Haha.

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Cehh kau tak payah nak cakap aku hitam lahh. Tahu lahh kau tu putih sesangat *mata ke atas* Hahaha. Kalau hitam kau tak suka laa kan? Apa i love you? Kat blog? tak maluu :p

kay_are said...

baru 3 minggu.. dah homesick?? ish ish.. weh.. nape aku cek fon aku takde pun num ko? aku rase ko lupe bagi aku r time balik sekolah dulu.. bak sini num cepat! =P

Liyana Izzati said...

@Kay_are : Hahaha. Bajet muda belia laa lu ni bro. Bila masa pulak kita zaman sekolah sekali? Come on jangan tipu, jangan tipu. Bagitau berapa umur anda yang sebenar. Hahhaa. Nak ke? Number tiang lampu ada ahh. Haha.

M Fizan said...

eh, normal la kau rindu kelantan. kalau tak rindu tu baru kira abnormal. lama-lama nanti kau sesuai ah dengan cuaca kedah. eh, aku takde no fon kau. bagi cepat!!! *gurau je. :D alamak, aku nampak cheezy wedges. kau sengaja buat aku jeles kan?!?! nasik kat kafe aku pun murah. sebab tu badan aku naik. dem! =.=