Thursday, May 24, 2012

Sebab kau kawan aku.

Photobucket
Assalamualaikum.
 Siti Atikah binti Mazlan ialah kawan baik aku. Kawan baik yang macam mana? Kawan baik yang kalau dia takde aku tak tahu apa yang aku akan jadi hari ini. Kawan baik yang macam mana? Kawan baik yang kalau aku rasa aku tak kenal dia, aku tak tahu hari ni aku jadi perempuan yang macam mana. Kawan baik yang macam mana? Kawan baik yang baik lah.

Dia dah nak pergi sambung study kat UM. Asasi sains hayat kat UM. Aku doakan kau jadi doktor yang berjaya. Aku tahu lepas ni kau mesti dapat biasiswa punya. Dulu masa sekolah pun kau dapat biasiswa TM. Kau bijak, kadang-kadang aku jeles. Tapi bila fikir-fikir balik,there is no point aku nak jeles jeles. Rezeki masing-masing dan rezeki tu tak pernah tertukar. Kau senang aku tumpang senang. Kau gembira aku tumpang gembira.

Sebab kau kawan aku yang paling baik. Waktu aku ada masalah aku tak cari orang lain. Aku cari kau jer.

Sebab kau kawan aku yang paling hebat. Waktu aku rasa akulah manusia yang paling banggang plus perangai macam batak, aku tak cari orang lain untuk transfer aku punya kebanggangan tu. Aku cari kau jer.

Sebab kau kawan aku yang paling jahat. Waktu aku malas datang kelas tambahan dan aku takut cikgu tanya aku sorang, aku tak ajak orang lain. Aku cari kau jer. (dan jugak Fatma, kaki ponteng dulu masa sekolah.)

Sebab kau kawan aku yang paling supportive. Waktu aku bagitau pasal cita cita aku dan semua orang buat muka nak ejek aku, aku tak cari orang lain. Aku cari kau jer.

Sebab kau kawan aku yang paling bijak. Waktu aku bodoh masa zaman sekolah dan aku perlu bantuan sokongan pelajaran, aku tak cari orang lain. Aku cari kau jer.

Sebab kau kawan aku yang paling terer algebra. Waktu aku lemah matematik dan addmath aku selalu C jer, aku tak cari orang lain jadi sifu aku. Aku cari kau jer.

Sebab kau kawan aku yang aku dah kenal lama. Waktu aku rasa macam aku perlu seseorang untuk cerita masalah aku, aku tak cari orang lain. Aku cari kau jer.

Sebab kau kawan aku yang satu kepala. Waktu aku takde idea baru, aku tak cari orang lain untuk kasi aku ilham. Aku cari kau jer.

Sebab kau kawan luar dan dalam, zahir dan batin. Waktu ada orang kutuk aku kat belakang aku tak cerita kat orang lain. Aku cari kau jer.

Sebab kau kawan aku yang mak aku kenal. Waktu aku nak pergi mana-mana plus mak aku tak bagi, aku just cakap "Tikah pun pergi." Terus mak aku kasi.

 Diambil waktu sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Masa ni aku form four kot. Sekarang aku dah lapan belas tahun. Hari ni genap aku lapan belas tahun satu bulan. Masa bergerak macam jet. Pantas. Mantap.

Waktu aku sekolah dulu. Sebenarnya satu kelas tu kawan baik aku. Kitorang dah macam adik beradik dah. Kau berani kutuk dia?satu kelas angkat kayu. Kau berani ugut dia? Satu kelas sinsing lengan baju. Kau berani cari masalah dengan dia? Satu kelas cari kau. Sampai lubang cacing. Cuma mungkinlah tikah, tema dan amy ialah kawan aku yang paling paling paling paling baik. And main reason aku tulis pasal Tikah hari ni ialah sebab dia dah sampai KL untuk dia punya UM. Apehal lu pergi awal-awal?

"If anyone travels on a road in search of knowledge, Allah will cause him to travel on one of the roads of Paradise." - Prophet Muhammad S.A.W


29 comments:

aRa ❤ aFiq™ said...

byk sbb tu :))

hebatnye dia dpt masuk UM.. eh btw , adakah kita pnh jumpa ? hee

mohamad shazni said...

hurm..anda sgt menghargai kawan baik anda ye...terbaiklah..gud luck untuk awk dan die ye..^__^..nak jdi kawan baik die jugak lah..heheh.=)

Fakhrul Haiyin said...

goodluck tuk Tikah. awal kott dy pi KL. hehe. aku x dpt join dy g UM. huk3. rezeki masing2 kan. XD

Hakimy Zamri said...

nice entry ni. terharu laa kawan tu. HAHA ^^

nurshamila said...

perghh dy dpt biasiswa TM? hehe dlm byk2 kau tulis, aku ingat yg tu ja. sgt terok. kah3 cepatnya kau update, entry sblom ni pon tak habes baca lg

Liyana Izzati said...

@Ara Afiq : Junior kak ara memang hebat hebat. Hhaha. Termasuk saya *perasan*

Alaaa akak saya junior akak kat smk bachok. Mungkin akak tak cam saya maklumlah saya comot dulu (sekarang pun sama :p)

Liyana Izzati said...

@Mohammad Syazni : Hahha. Memang lah saya menghargai dia. Cehh nak jadi kawan baik dia jer? Kawan baik saya tak nak? K kejam. Hhaha

Liyana Izzati said...

@FH : Hahaha. Tu lah awal gila kan? Nasib baik kau tk g yang UM punya. Nanti korang duk lepak sesame gosip pasal aku jerr. Hahah.

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Hahha. Memang motif nak suh terharu punn.

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Hhaha. Teruknya. Tu jer yang ingat, kau ni memang lahh. 30 minit satu entry. Aku nak cipta record nih. Hhaaha.

bai baizura said...

best lah ade membe mcm tu :)

Liyana Izzati said...

@Bai Baizura : Alhamdulillah :)

Sally Yatiey said...

Bestnya ada kawan baik macam tu. Pandai lagi. Goodluck buat kawan baik liyana. hee :D

erra vroom said...

untung lah ade meber macam tu, member aku lagi cdeyh. kenal dari umur 5 thun, tpi dye akan fly ke jordan. sumpah sedih gila.. :(

mirmashi94 said...

nanti kawan kau leh laa kawan ngn kawan aku. haha. perghh. entri kau hebat. x lawan x lawan. hak3 ;D

aku nampak die memang kawan baik kau. sekian, terima kasih ^^

nice entry ;)

M Fizan said...

entri untuk tikah kenapa aku yang tacing? tersentuh ada kawan sweet macam kau. haha. susah nak cari kawan yang hargai kawan baik dia. kau siap buat entri untuk satu dunia tengok. aku yakin tikah bangga untuk ada bila kau perlukan dia. sebab kau kawan tikah yang best.

Liyana Izzati said...

@Sally Yatiey : Haha. Thanks. Good luck untuk Sally gak.

Liyana Izzati said...

@Erra Vroom : Eh kau lagi sedih. Bespreng nak fly pergi jordon dah. Touching :'(

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Hahaha. Boleh boleh. Nanti aku bagitau kawan aku suh kawan ngan kawan kau k. hahhaa. Entry kau pun lagi hebat lah. Sape suh kau lawan, kalau lawan tkleh menang gak.

Sekian. sama-sama. Woot, thanks!

Liyana Izzati said...

@M Fizan : Kenapa kau taching? Bro wa pun tak tau. Mungkin lu nama tikah jugak kot. Haha. Yeah, aku hope dia suka entry nih. Tak seberapa nih. Aku kawan tikah yang best? Errr, ye ke? InsyaAllah.

Mr.She said...

sebab kau kawan aku.. hewhew. nice2

Mk Syahir said...

wah..untunglah kawan tu =) niway goodluck both of u =)

iema ツ said...

seronokkan ada kawan baik yg memahami and selalu ada dgn kita bila ada mslah . btw , hope persahabatan korang berkekalan :)

Fahmi Rosli said...

Assalamualaikum


seronoknya ada kawan baik macam ni

Liyana Izzati said...

@Mr She : Hehe. Really? Owww thanks :)

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Haha. Untung wa jugak sebab ada kawan mcm dia. Thanks. Good luck untuk bro femes kita gak :)

Liyana Izzati said...

@Iema : Hmm memang seronok. Sentiasa ada tempat rujukan saat susah dan senang. Thanks :)

Liyana Izzati said...

@Fahmi Rosli : Waalaikumusalam. Memang seronok dan bersyukur :)

Noor™ said...

semoga persaudaraan ini berkekalan. Jaga elok2