Friday, May 11, 2012

Risau.

Photobucket
Kenangan. Kenangan itu sepatutnya tersimpan kemas dalam lipatan hidup. Dimasukkan dalam peti sejarah dan dikunci rapat-rapat. 

Risau.

Jujur aku cakap aku risau. Risau banyak hal.
Aku risau tentang masa depan aku.
Aku risau tentang nasib aku.
Aku risau macam mana agaknya hidup aku nanti tanpa family aku depan belakang kiri kanan.
Aku risau adik-adik aku nanti kalau aku takde.
Aku risau tentang pelajaran aku nanti.
Aku risau kalau aku terlalai nanti aku tak tahu siapa yang akan guide aku.
Serius aku risau semua tu.

Sungguh. Masa berlalu pantas sekali.

Kadang-kadang bila aku pandang cermin, aku tak percaya yang aku sudah dewasa sudah lapan belas tahun.
Bila jumpa orang yang dah lama tak jumpa, ayat biasa aku terima "Ya Allah, you are a big girl now. You have grown so much."

"You have grown so much ?" - Yes, I do.

Amatlah normal bagi seorang anak yang tak pernah berpisah jauh dari keluarganya untuk berasa risau tentang hidupnya yang jauh di negeri orang nanti.
Amatlah normal bagi seorang anak gadis yang sentiasa ada orang yang sibuk mengurus makan pakainya sehari-hari untuk berasa risau tentang bagaimana kelangsungan hidupnya nanti.
Amatlah normal bagi seorang kakak yang sepanjang hidupnya memerhatikan dan memantau tingkah laku adik-adiknya di depan mata sendiri untuk berasa risau apa yang akan jadi nanti bila mereka jauh dari mata.
Amatlah normal bagi seorang pelajar yang sentiasa ada guru guru untuk memberi tunjuk ajar takala dia lemah untuk berasa risau tentang pelajarannya nanti.
Amatlah normal bagi seorang kawan yang sepanjang lapan belas tahun usianya sentiasa mempunyai kawan-kawan yang baik untuk menasihati and guide dia takkala dia tersalah pilihan untuk berasa risau tentang hidupnya berseorangan selepas ini.

Setiap pertemuan ada perpisahan.

Mari. Ayuh jadikan perpisahan ini sebagai jalan ke arah pencapaian yang lebih cemerlang. Ayuh jadikan perpisahan ini sebagai batu loncatan kepada kejayaan kita. Ayuh jadikan perpisahan ini sebagai peluang kita untuk lebih kenal dunia dan lebih pandai hidup. Ayuh jadikan perpisahan ini sebagai jalan untuk memperbaiki diri. Ayuh jadikan perpisahan ini untuk kita lebih bukak mata tentang banyak hal. Ayuh jadikan perpisahan ini sebagai bukti kita pernah bertemu dan sebagai bukti bahawa kita akan bertemu kembali dengan kejayaan yang lebih hebat.

Ayuh mencipta kejayaan ! Ayuh menjadi hebat.

Sudah lima tahun dan lebih aku kenal kau dan kau kenal aku. Aku biasa-biasa sahaja jadi bila aku dapat berkawan dengan orang yang luar biasa, itu sudah cukup bagi aku. Aku sendiri seorang yang sederhana dalam banyak hal. Jadi dalam berkawan jugak aku tidak mengharapkan untuk berkawan dengan orang orang yang hebat sahaja. Tidak mengapalah, bermula dari sederhana asalkan ada impian untuk menjadi hebat dan berusaha ke arah itu. Aku sendiri seorang yang jahil dan sentiasa melakukan kesilapan jadi aku boleh terima kalau memang ada salah silap orang kepada aku. Mintak maaf salah silap. Mintak halal semua k.

Malam ini malam beremosi. Hahaha. Mungkin sebab ada beberapa kawan aku yang esok dah nak pergi sambung belajar ke UniKL nuhh. So semua orang kat dalam group kelas tadi macam baik, mintak maaf semua-semua. Sampai nak menangis bagai. Hahaha. Sila faham benda begini jarang berlaku dalam group kelas kami. We fight a lot and we talk a lot. Tapi bila time sedih sedih macam ni, semua orang rasa pressure tu.

Goodbye. Kita akan jumpa lagi aku pasti. Cuma tak tahu bila. Tapi InsyaAllah :)

Okay dah la tu. Kita bukan nak berpisah sebab apa. Kita nak berpisah sebab nak pergi sambung belajar kan? This is suppose to be a happy ending ! Haha.

Homesick itu pasti. Aku sudah beritahu fizikal dan mental aku, be prepared !

 Selepas ni aku tak boleh selalu begini.

Dulu aku benci zaman ni. Sekarang aku rindu semua saat-saat tu.

Aku risau sama ada aku boleh survive atau tak. Boleh atau tak aku sudah buat pilihan. Aku mesti boleh! Aku yang pilih jalan ini. 

Pesan aku mudah : Jangan kacau family aku walau aku takde depan mata. Jangan kacau kawan-kawan aku walau aku jauh. Kalau aku terlalai sikit, lekas tegur aku.

"Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku"

Sahabat : Najwa Latiff, Syamkamarul feat SleeQ.


"Jauh di mata tapi dekat di hati."

31 comments:

Mk Syahir said...

salute =)
ayuhh...kembali ke sekolah =)

Pykaa Pdott said...

btol2 pyka pon rindu zaman budak2 dulu . andai la mase boleh berputar kan best :)

Haruno Hana 하나 said...

lepas ni susah la sikit nak komen entri Yana :) Yana jaga diri tau kat sana.. dpt kat Kedah kan? mana tau boleh terserempak ngan Yana ke kat sana? hehe :D

Haruno Hana 하나 said...

lepas ni susah la sikit nak komen entri Yana :) Yana jaga diri tau kat sana.. dpt kat Kedah kan? mana tau boleh terserempak ngan Yana ke kat sana? hehe :D

tweenpop said...

go liyana !
all the best :)

putra pande said...

follow back gan
http://technobasespace.blogspot.com

nineyaney said...

betulkan niat sebelum belajar. kalau kita selalu ingat mak ayah kita, insya-Allah kita xkan tersasar jalan. all the best ! Allah dah aturkan semua. so, doakan jela ea :)

MawardiYunus said...

teringat zaman2 sekolah lu :P

mohamad shazni said...

berusahalah ye...jgn mudah mengalah..=)

nurshamila said...

rilek2. aku pon pikir camtu gak. aku klu nk dibandingkan lg payah beb. nk balik pon mesti jrg2 ja. hehe takpa2 semua org akan rasa benda yg sama. dont wori k

setiap org perlu berkorban utk capai kejayaan dlm hidup dy. insyaalah pejam celik, pejam celik, kita akan rasa masa tu singkat ja. gud luck yana. chaiyok2!!

Sally Yatiey said...

Semoga berjaya. :)

Hakimy Zamri said...

kadang2 kimy pon pernah terpikir pasai semua tu. setiap pertemuan ada perpisahan. kimy tak sanggup nak hadapi semua tu. papon, good luck yana. sentiasa go ke hadapan okey!!! i support you form back!

wawasy said...

lom :'(
sedih ak baco entry mu hak ni , tacim gila , ni ak xg lagi ni . xtw laa . bereh , halalkan blako ! doa ktku etp *ayt mcm ak rs xjupo dos kito*

ame nurlyana said...

lom, sedih aku mung oyak gtuh.. rindu gop ko sep2 nih.. huhu.
*luv geng 5 ALFA..

mirmashi94 said...

aku pikir camana aku nak train otak aku untuk study balik lepas ber-bulan keje aku melepak je.

hari nie pun seharian kott aku kuar ngan kawan aku, balik dari temuduga. sejam pas tue, kawan aku dtg amik. dekat maghrib baru nak balik. haha. melepak buang masa tepi pantai aje sambil borak2. ye laa, lepas nie dah payah dah nak jumpa -.- erm. kau rilek je liyana. as long as hidup nie berasaskan agama, dan kita patuhi ajaran agama tue. insyaAllah tade masalah. itu pendapat aku. agama aku, kekuatan aku. tanpa Islam, aku lemah. aku akan jadi manusia yang tade jati diri dan mudah terpengaruh ;).

tape kalau sekali-sekala tersasar SEDIKIT. cuma sedikit untuk bagi peringatan yang 'when Allah forbid us to do something, there are solid reasons'. maaf. aku lama x update, terbuat entry kat ruang komen kau. lalalalalala~;D

teha said...

syok nyee sekola dlu2.. heheheh

Liyana Izzati said...

@Mk Syahir : Hahaha. Lagi salute mk syahir dan blog apakah tu. Hehe. Ayuh kembali ke sekolah bersama-sama :)

Liyana Izzati said...

@Pyka dott : Hemm betul tu. Rindu zaman sekolah :) Kalau boleh putar masa saya nak masuk form one balik tapi bab ba kerja sekolah tak nak buat :p

Liyana Izzati said...

@Haruno Hana : Alaa mesti rindu hana lepas ni. Hana pun jaga diri jugak. Nanti kita jumpa kat Kedah k kalau ternampak yana tegur lah eh. :)

Liyana Izzati said...

@Tween pop : Hahaha. Bersemangatnya! Go go go !

Liyana Izzati said...

@Putra Pande : Hahaha. Done :)

Liyana Izzati said...

@Nineyaney : Betul tu sis. Parents paling penting bila jauh dari mata ni, merantau ke negeri orang. Thanks sis :) InsyaAllah, doakan yang terbaik untuk saya jugak tau.

Liyana Izzati said...

@Mawardi Yunus : Haha. Betul..betul :)

Liyana Izzati said...

@Mohamad Syazni : Hmm InsyaAllah! Doakanlah bro :) Chaiyok!

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Hmm betul tu. Aku ni duk gabra sangat pehal kan? Chill dah laa. Hahaha. Tapi tulah aku tak serilek kau dalam certain perkaran.

InsyaAllah, I will finish this. I know I will. Hahaha.

Liyana Izzati said...

@Sally Yatiey : terima kasih :)

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Hahaha. Takleh kimy kena hadapi jugak tau. Kimy kan kuat walaupun manja most of the time :P Thanks kimy. Excited sangat ke sampai silap eja from tu? Hahha.

Liyana Izzati said...

@Wawasy : Mung semua entry aku mung tacim wa. Berat doh mung nih. Duk uitm puncak alam kekgih busy ngan air mata jah. TAkpo wa nanti kito jupo lagi dehh. Ho lah mung pun doa katku etek.

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Hmm aku seih jugak. Sek mung nih banyak buat aku touching laaa. Sek kito terbaikk.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : I'm speechless ! Hahahha. Tak tahu nak komen apa.

Liyana Izzati said...

@Teha : Betul tu, zaman sekolah dulu memang syok kan?