Wednesday, May 30, 2012

My last days.

Photobucket
Assalamualaikum and Hi.

Malam ni aim aku nak call tanya khabar dua orang manusia. Tapi dua dua bajet artis nak mati sampai tak angkat call aku. Yang sorang tu siap off phone bagai. Yang sorang lagi tak tahu kenapa call susah nak masuk. Kalau dah masuk pun bukannya nak angkat. Coverage kot. Hahaha.


So aku terfikir macam nak update blog. Well this might be my last entry sebagai penganggur kelas pertama, bibik makan gaji buta dan jugak tukang habiskan duit mak bapak di rumah ni. Hari sabtu ni aku dah daftar kat UiTM Merbok sebagai student asasi undang-undang. Yeayyy sila excited bersama dengan aku k. *Mata ke atas*

Fuhh penat gila kemas lipat kain baju. Satu hari k aku kemas semua ni. Siap ngan bantal apa semua aku susun baik punya. Hahha. Ni baru sikit. Ada tiga beg lagi. Haha. Amboi nak pergi belajar macam angkat satu rumah jerrk.

Sebenarnya aku takdelah excited sangat. Lagi malas ada lah nak pergi. Serius. Ni semua penangan cuti enam bulan non stop yang dah  aku alami. Duk kat rumah kerjanya online, makan, tidur, cukup bulan ajak mak shopping. Bulan depan benda yang sama jugak. So bila dah terbiasa dengan hidup yang over best dan sangat sangat rilek ni bila dah tiba time time kritikal untuk aku akhirnya leave the house and move on. Aku jadi serba salah. Sedih gila bapak dan hmm sebak tu biasalah. Maklumlah nak pergi punya jauh ni. Bajet kedah dengan kelantan jauh sangat aku ni :p

Sebab aku jenis yang tak biasa duk asrama. Dari kecik sampai ke besar aku ni biasa duk kat rumah jer. Masa aku darjah enam dulu aku pergi kem kecemerlangan seminggu tu pun mak aku datang hari hari bawak makanan, kutip baju kotor dan etc. So bila dah tiba masa untuk aku really really berdikari susah jugak. Tapi macam yang aku selalu cakap, its just a matter of time. Lama lama aku mesti boleh adapt punya. Positive tak? postive tak? Hahaha. Apa susah kalau aku tak tahan sangat aku call jer mak aku bapak aku pak cik mak cik aku abang aku suh datang ambik. Haha. Bernas gila pemikiran aku kalau bab bab ke arah kejahatan dan ponteng ni.


Hmm nak cakap apa lagi eh? Takde dah kot. Just doakan aku dapat jadi peguam yang baik okay. Doakan aku dapat score dengan cemerlang for my foundation setahun ni jer. Dapat kawan yang baik, bilik yang baik, roomate yang supportive. InsyaAllah.


Orang duk tanya aku ambik gambar kat kebun pisang mana. Haha. Dua hari lepas aku balik terengganu. Yeayy lepas dua tiga ntah berapa tahun tak balik terengganu akhirnya aku balik gak. Lama gila tak balik padahal kelantan dengan kuala terengganu tiga jam jerr. Hehehe.

Ni entry semalam punya. Baru sempat publish. Kbai :)



46 comments:

SJ said...

byk gilerr beg hang doe.. hahahaha..

Fatiha Kamarudin said...

good luck ye dik :)

Syuk Ry said...

tahniah dpt msuk Uitm smoga berjaya.. :D

Syaz Wanie Affandi said...

gud luck belajar!! =D

Mk Syahir said...

good luck there..all da best =)

Romeo Laut said...

kalau peguam dah mula bercakap...... hahahhaah...

Izara4eva™ said...

UiTM di hati.. selamat mjadi warga uitm.. blaja rerajin :)

Liyana Izzati said...

@SJ : Oh course lah, aku geng buat hostel tu macam rumah sendiri. Nak buar mcm mana kan?

Liyana Izzati said...

@Fatiha Kamaruddin : Thanks kak. Lama tak tengok akak kat blog saya ni . Hihi :)

Liyana Izzati said...

@Syuk Ry : Thanks. Semoga berjaya gak. :)

Liyana Izzati said...

@Syaz Wanie Affandi : Thanks sis :)

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Hahha. Okay okay. Takpo bro wa dapat kat kedah jerr. nanti wa singgah umah lu mintak nasi. Hahaha. Save sikit. Hehehe.

Liyana Izzati said...

@Romeo Laut : Hahaha. Kan? Kalau bukak mulut jer terus orang pengsan kot. :p

Liyana Izzati said...

@Izara : Hmm thanks kak. Saya ikut jejak akak laa ni sampai ke uitm jugak akhirnya :)

nurshamila said...

kau boleh adapt punya. aah aku pon malas jugak wey. barang pa pon tak kemas g. oh bawak byk beg noh? ingatkan aku sorang ja, mana nk angkot bantal lagi, segala benda baldi bagai tuh. huhu harap2 leh jumpa kau

Mr.She said...

hai orang kelantan!

good luck!

hewhew :D

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Weh kau daftar bila? Hahhaa. Memang banyak pun. Klau boleh dengan mesin mesin basuh aku nak angkat masuk keta. Hmm nak jumpa aku? Wahh terharunya :p

Liyana Izzati said...

@Mr She :
Hai orang kelantan jugak! Thanks sis :)

mohamad shazni said...

lelok ye...semoga berjaya...wish u all da best k..^__^

nadia raf said...

banyak betul barangnya.Hehe
Lepas ni dah busy, jarang lah nampaknya update blog.

Btw,good luck k:)

Ardini Izzati said...

byebye mc long huduhh :P

. yEnNy . said...

kak Liyana, goodluck! All the best to youuu. :)

❤farahin izzati❤ said...

semoga berjaya, ;)

shedameor said...

mak ai, banyaknya barang. goodluck ye di tempat orang :)

Marya Hana said...

Hai Liyana Izzati.

so dah selamat jadi warga UiTM Di Hatiku lah ya? SEP !

btw, goodluck dek!
budak asasi bijak-bijak ni..

>.<

nurshamila said...

aku p 22.6 ni kot. haha insyaallah klu da jodoh tu jumpa la. haha

BP Boy said...

haha liyana ni samer spesis la dgn saye.. brg tu tak pandai sikit, sumer bende nak bwk.. hehe

oo 1st time nak dok asrama eh?? hmm nnti ade homesick kot, tp after a while everything'll be fine.. =)

M Fizan said...

hee. akhirnya kau akan rasakan perasaan aku. kita sama. tak pernah tinggal rumah lama-lama seumur hidup. tak pernah tinggal kat asrama. baru kali pertama nak berdikari. enam bulan cuti spm tak buat apa. kau akan rasa apa yang aku rasa. satu perasaan rehat yang melekat begitu liat. huhu. aku doakan yang terbaik. btw, kau akan jumpa kawan aku yang satu program. nur athyrah. kalau jumpa dia, tanya kenal nazif tak. dia mesti kenal ex dia. ^_^

M Fizan said...

lupa pulak. nak wish best of luck. selamat belajar semula. semoga berjaya tabah dalam berdikari. :)

dari sisi hidupku said...

wah tak sangka liyana pon org tganu.relax je dikkedah je pon.tetiap minggu balik kelantan pon boleh.

Hakimy Zamri said...

waaaaaaaaaa!!!!! NAK PEGI DAH KE ???? sobs sobs sobs :'[

good luck liyana :)

Liyana Izzati said...

@Mohamad Shazni : Haha. InsyaAllah bro. Doakanlah.

Liyana Izzati said...

@Nadia raf : Hahha. Biasalah tu sis. Orang lain banyak lagi kot. Hmm jarang laa sikit lepas ni tapi InsyaAllah akan update jugak.
Thanks :)

Liyana Izzati said...

@Ardini Izzati : Mek ngah huduhhh! Hahha.

Liyana Izzati said...

@Yenny : haha. Thanks yen. Yen pun study rajin-rajin and sila hargai setiap masa belajar kat sekolah because kejap nanti you will experience this too. :)

Liyana Izzati said...

@Farahin Izzati : Oh thanks :)

Liyana Izzati said...

@ShedaMeor : Hahha. Banyak sangat ke sis? Rasa macam biasa jerrkk. Haha. Thanks okay :)

Liyana Izzati said...

@Marya Hana : Haha. Tapi tak satu kampus kan? Akak kat uitm puncak alam, saya kt kedah. Tapi tetap UiTM di hatiku. Hihi. Okay thanks. Budak asasi lain yang bijak, saya biasa-biasa jerr.

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Oh lambat lagi. InsyaAllah kalau ada masa nanti kita jumpa k.

Liyana Izzati said...

@BP Boy : Haha. Tu ah kalau boleh satu rumah nak pikul bawak pergi UiTM sana. Haha. Homesick? Hahha, itu mesti. Tapi harap jangan lama sangatlah..

Liyana Izzati said...

@M Fizan : Waa lu apa pesen bro? Lu suh gua pergi cari ex lu kat merbok tuh? Oh pleaseee gua tak cari orang. Orang datang perkenalkan diri kat gua. Haha. Hmm tengok lah, kalau ada jodoh aku jumpa laa ngan ex kau tuhh. Kau couple ngan junior ke dulu? HAHA.

Nasib baik ada satu lagi komeng. Kalau tak memang kena ahh.

Liyana Izzati said...

@Dari sisi hidupku : Haha. Orang ganu yang tak berapa nak ganu macam ni laa kak. Tu ah boleh balik tiap tiap minggu kan? tapi pokai dong kalau balik selalu.

Liyana Izzati said...

@HZ : Hmm okay. Kimy pun take care gak. Jangan duk gatal gatal ngan orang lain pulak, aku sekeh kekgih. Good luck jugak.

zuk zuhaiza said...

ouh, orang kelantan upenye. patut chantek hehe.

dah tak mahu sedih2. bukan pergi study oversea pun setahun takleh balek. tiap bulan 3 kali buleh balik kan. hehe. gud luck!

kay_are said...

ok r tu.. enjoy selagi boleh kan? so bile dah tibe time2 kne blaja lik ni, takde r nyesal sebab tak bape nak enjoy time free dulu..

Aliff Haikal said...

UiTM merbok . Okay :) Goodluck !