Monday, May 21, 2012

Mood Perpisahan.

Photobucket
Assalamualaikum and Hi.

Aku melihat keluar tingkap. Teringat memori kita.

Suatu hari dulu, hujan turun dengan lebat. Ingat tak lagi kita main air yang jatuh dari bumbung blok bengkel KH. Lepas tu Fizi datang bagitau "Eeee tak geli ke main air tuh. Mana tahu ada taik-taik burung hok melekat kat atas atap tu lepas tu sek mung main air taik" Hahaha. Bongok punya Fizi.

Ingat lagi masa tu kita semua kena jemur tengah panas depan makmal Biology. Masa tu aku ingat dalam pukul satu lebih kot memang matahari tegak atas kepala lah. Nak pengsan pun ada. Malu tak payah cakap laa. Orang lalu kita buat buat tak tahu, buat buat tak pandang.Tapi kita belajar melalui kesilapan. Sekali kena jemur tengah kelas ramai-ramai, lain kali kita tak buat dah. Serik k.

Masa Qiamulai kat sekolah tahun lepas. Haha. Aku tak tahu apa masalah dengan kita sampai semua budak kelas perempuan kita cikgu letak kat asrama lelaki. The whole girls in the class dalam satu dorm. Okaylah dorm tu besar lagi pun kitorang tak nak berpisah k. Sek kito jange pecoh! Aku ingat okay lah asrama lelaki pun lelaki lah janji dapat tidur. Tapi bila kita masuk dorm tu, kita nyaris pengsan dengan keadaan dorm tu. Haha. Aku memang nak termuntah gila. Dengan boxer kain pelekat baju baju tercampak kat satu sudut dorm. Dengan lantai yang memang berpasir. Dengan tilam yang err eiiii geli aku. Haha ni serius k. Memang aku nak termuntah lah. Korang budak lelaki memang perangai macam ni eh? Gila. Sebab tak tahan sangat, Fatma kena call parents dia suh bawak tikar bantal semua. Eeeeii.

Ingat lagi masa lawatan kita ke Cameron Highland tahun lepas. Lepas solat Isyak aku tidur dengan kain sembahyang terus sebab letih sangat. Nyok nyak pulak dengan banggangnya pergi ambik gambar aku tidur dengan kain sembahnyang tu. Hahaha. Dia bagi orang lain tengok dan korang buat benda tu jadi modal nak gelakkan aku. Haha sangat kan? Pagi tu bila aku bukak camera Nyak aku tengok banyak gila gambar huduh aku. Bongoklah sek mung. Haha.

Aku takleh lupa waktu korang curi-curi makan strawberry kat ladang strawberry opah. Padahal dia dah tulis  "Don't eat please pay first" sebesar alam. Sebelum keluar tuh kita mintak halal dan mintak maaf dengan pemilik ladang tu. Bangang sangat. Sampai atas bas, kita gelakkan sesama sendiri. Tapi yang paling exciting ialah bila duk atas bas, ada dua tiga orang antara kita yang beg diorang penuh strawberry dia ambik kat ladang tu. Hahaha. Tolol molekk.

Cuba ingat balik semua tu. Pasti kau akan tersenyum jugak.

Kawan aku ramai. Yang layak bergelar sahabat jugak ramai tapi aku tak mampu untuk menulis tentang kamu satu per satu. Cuma ingat yang kat mana jer korang berada, di mana saja korang pergi dan ke mana saje takdir bakal mencampakkan kita, ingat yang persahabatan ni tak berakhir di  sini. Serius. Hidup ini masih panjang dan aku percaya pada takdir. Takdir yang mempertemukan kita pada permulaanya. Takdir yang mengubah yang jauh menjadi rapat. Takdir yang mengubah stranger kepada kawan baik. Takdir yang membawa kita hingga ke tahap ni. Takdir yang mengatur perpisahan. InsyaAllah takdir jugak yang akan membawa kepada pertemuan kita kembali suatu hari nanti.

Sebab kalau dah nama sahabat. Campak kehujung dunia, terpisah oleh lautan pasifik. Tetap remain sebagai sahabat.

Yang bakal bergelar doktor, jadilah doktor yang baik.
Yang bakal bergelar engineer, jadilah engineer yang hebat.
Yang bakal bergelar pendidik, jadilah pendidik yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu.
Yang bakal bergelar saintis, jadilah saintis yang sentiasa meneroka pengetahuan baru untuk kepentingan masyarakat.
 Apa sahaja yang bakal kita jadi nanti, buatlah yang terbaik untuk diri kita untuk masa depan kita dan untuk agama dan bagsa kita.

Tak guna kita duk bercakap hal hal politik dan ekonomi orang Melayu dalam kelas dulu kalau sekarang kita ada peluang untuk memajukan diri agama dan bangsa. Kita tak gunakan betul-betul. This is it, mari bekerja keras.








Khairul Fahmi apek tak hengsem pun. Kawan aku Ajat lagi hengsem k. Haha.

Sebab setiap pertemuan ada perpisahan, aku belajar untuk redha.
Jumpa raya nanti k !

 

31 comments:

nurshamila said...

haha macam besa entry kau mesti ayat2 kasi kaw punya. kau tau aku tak penah boleh tulis post pasal nih. huhu

Mk Syahir said...

wah..mengimbau kenangan lampau..kadang2 sebak,kadang2 senyum molep xD

mohamad shazni said...

hehe..bersetuju dengan statement"ajat lg hensem dr khairul fahmi tuh"..hahaha..

BP Boy said...

"tak guna ckp psl ekonomi org Melayu kalau tak usaha nak majukan diri biler dah ader peluang"
wah berfalsafah di situ..
saye rase mcm kene lempang time bace statement tu.. haha good one.. =)

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Hahaha. Ayat kaw kaw aku takleh layan ayat bakal kapten Malaysia kan? Hahaha. Kau takleh tulis? Kau tulis lagi hebat kot dari aku.

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Hahaha. Ketawa sambil nangis ada tak? Gom molekk.

Liyana Izzati said...

@Muhammad Shazni : Hahaha. Statement tu? Tu statement nak suruh belanja makan esok jerr. Haaha.

Liyana Izzati said...

@BP Boy : Hahaha. Falsafah ke? Ntah saya tulis apa yang kitorang duk cakap dulu jer. Hahaha. Alaa kena lempang? Sakit ke? Hahha. Thanks :p

Hanie Dew said...

Mmg manis kenangan lama.lg lg kalau kenangan dgn sahabat,kawan kawan..semoga korg suksess selalu.

Best la walaupun dpt tmpt ketiga kat lipice tu.hihi

wan aidil anwar said...

hidup dengan kawan kawan serously banyak ajar kita benda yang kita tak pernah terfikir nak buad. aku rindu semua tuh. :')

wawasy said...

so sweet , ok miss law :) ak suka blako part mu nulih , tp part "ajat pling smak tu" haisy , gapo motip mu heh ? wakakka

mirmashi94 said...

tolol gilaa geng geng kau. haha. terrbaikk wehh.

k nice entry. kalau aku one of those friends. aku menangis terharu. siyes. fuhhh. nak jadi sahabat kau kena isi borang ke? mehh aku nak isi. lol ;D

Liyana Izzati said...

@hanie Dew : Hahha. Thanks sis. InsyaAllah kitorang akan sukses dalam bidang masing-masing. Amin .Hihi.

Saya pun doakan sis terus maju. Mana tahu dpaat tempat pertama puka kan. Hihi.

Liyana Izzati said...

@wan aidil anwar : Betul tu bro. Kau rindu semua tu? Aku rindu jugak. WAAAa! Hahhaa.

Liyana Izzati said...

@wawasy : eh kak wa komeng blog aku pulak. akhirnya muncul kembali. Haha. Mung suka wa? Thanks. Part ajat tu? hahaha. Bakpo? Tkleh ke mention abe jat mung wa? Jangan jeles k.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Geng aku semua otak bergeliga kalau bab bab banggang cam ni. Hahaha.

Alaa kawan kawan kau pun baik gak. Nanti baru kau tahu diorang baik. Percaye lah aku cakap.

Eh ada borang kena isi. Tapi kena sertakan wang pendahuluan gak seratus. Hahaha. Amacam nak isi ke?

slumberdek said...

part makan kfc ramai2 sambil duduk bersila tu mengingatkan saya zaman belajar dulu seronok sangat

mirmashi94 said...

seratus? haha. k bai. x jadi isi. lalalala~ berkira laa kau =.= kah3

kay_are said...

zaman sekolah ialah zaman jadi jahat sikit2 + nakal.. tambah bile jumpe member satu kepale.. realiti kan? baru r fun.. studi je memang bosan r.. tibe2 ade kfcm.. mane lak datang? member sekolah ke?

Fakhrul Haiyin said...

mostly asrama llaki mmg gtu wei. tp aku x laa. hoho. nasib kau x pengsan terus kan time tu. + muntah hijau lagik._. wakaka.

Liyana Izzati said...

@Slumberdek : Hmm part kfc tu bukan boleh selalu bro. Time ada duit boleh laa. Haha.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Laa punyalah bersemangat. Lepas aku cakap sertakan fulus terus tak nak. Apa kess? Ni tak ikhlas letewww.

Liyana Izzati said...

@kay_are : Betul tu jahat sikit dan nakal sikit benda biasalah tu kan? haha. KFC? Gambar tu ke? Masa tu ntah tengah makan kfc so snap gambar. ke ape? aku tak faham soalan ni. Hahaha.

Liyana Izzati said...

@Fakhrul Haiyin : Hahha. Kan? kau laki mestilah tahu macam mana rupa dia kan? Eee geli aku, serius nak muntah. Nasib baik aku kuat. :p

Hanie Dew said...

hahaha..tmpt pertama itu jauh sekali tp kalau rezeki takkan nak tolak.
=p

Liyana Izzati said...

Hahha. Betul betul. Mana tahu rezeki nak dapat first place :)

M Fizan said...

perghhh. aku sentap. memang bijak kau mempermainkan perasaan aku. haha. aku dapat menghayati entri penuh emosi ni. memang sebak ingat memori dengan kawan lama. takdir Allah penentu segala. :)

Annisa mulia said...

Missing school days so much :')

Liyana Izzati said...

@M Fizan : Bro lu bukan selalu sentap ke? Hahhaa. Mempermainkan perasaan orang tu kekuatan aku KOT. Kawan akan selalu kekal sebagai kawan k bro. Betul tu takdir Allah dah tetapkan :)

Liyana Izzati said...

@Annisa Mulia : Hmm me too :')

Fiza Diaries said...

tetiba ingat kenangan sekolah dulu.. semua pakat bawak haluan masing2.. hmm.. :')