Thursday, May 17, 2012

Macam ni jaaa lahh.

Photobucket
Assalamualaikum and Hi.

Lama gila tak menulis kat blog ni. Dua tiga entry aku kebelakangan ni sangat sangat ke laut, aku tahu. Aku dapat rasa macam ada yang tak kena bila aku menulis. Macam hmm arrr err 'apa aku mengarut ni'. Ni jer yang aku mampu tulis dalam masa tiga puluh minit? Zzzzz, boring. Penulisan aku macam orang takdak life (walaupun aku memang takde life sekarang) , dah lah bahasa aku sangat sangat 'bagus' hingga mampu buat cikgu Bahasa Melayu aku tunduk malu tiga generasi k. Pergi shopping mall pakai plastic bag untuk tutup muka sebab bahasa gua sangat stylo the mylo sekarang. Har har. Gelak lah gelak. Tapi ni kenyataan.

Maafkan saya cikgu. Nanti saya cuba perbaiki bahasa saya yang semakin lama semakin sesat dan sasau ni. Eh lupa nak wish Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar diriku ini. Tanpa cikgu cikgu semua tak mungkin saya mampu menulis seperti ini walaupun ada typo sana sini. Tu semua salah aku sendiri sebab dulu masa sekolah rendah cikgu duk mengajar mengeja aku duk sibuk kat masjid. Solat itu ini. Hahha. Bajet !

Walaupun dah lewat beberapa hari aku tetap wish k. Kat facebook lain kat blog lain. So walaupun kat facebook dah wish, kat blog still lagi kena wish kan? kan? Ya, itu dia teori rekaan sendiri. lagi.

 Rasanya zaman sekolah dulu cikgu bukannya 'anti' sangat dengan aku. Tapi bila aku cari gambar aku dengan cikgu-cikgu aku ada beberapa keping jerr. Kenapa ini boleh berlaku? Sobs..sobss. *sebak k*
Ni gambar kitorang dengan teacher Siti. Dulu feveret subjek aku BI dengan Sejarah. BI aku selalu A. Paling banggang pun B. Hahhaha. Sekarang BI aku dah masuk tahap C kot sebab dah lama tak asah. Serius.


Ni masa aku form 5. Kitorang ada lawatan sambil belajar kat Cameron Highland. Best k masa ni, boleh berlagak macam duk overseas kejap. Haha. Kalau tercari-cari yang mana satu aku, yeah aku yang paling ceria dan ribena of course. Hihi.

Aku tanya jiwa aku "Eh am I really done with all these blogging things?" . Jiwa aku senyap sebab takdak jawapan, hmm rasa bersalah leteww. Then aku tanya lagi "Bila lu nak update entry baru ni? Peminat-peminat lu dah tunggu ni." . Bajet ramai orang baca blog dia k. Hahha. Jiwa aku senyap lagi tapi dah start berpeluh dah. Lekas-lekas kita kasi kondem ini jiwa remaja. Haha.  Last sekali aku tanya "Lu nak ke tak lagi blog lu ni, kalau tak aku nak gadai dekat orang. Boleh lah aku duit seringgit dua buat travel belajar kat UiTM Kedah nanti". *tetibe termention uitm merbok dalam entry kali ni mentang-mentanglah nak kena campak kat sana nanti*

"Lu jangan tanya gua bleh tak pasal blog lu. Lu tu yang takde mood nak update blog lu nak salahkan gua apehal?" - Jiwa aku.

Bila baca semua kat atas ni, aku macam. Hey budak kau mengarut apa? Motif?

Aku ni kadang-kadang banggang jugak. Serius. Aku tahu mesti ada yang cakap "bukan banggang kadang-kadang tapi banggang selalu" kan? Yes, aku dah dapat baca minda korang. Hebat aku.Hahhaa.
Tapi betul, aku ni ada time-time yang aku memang banggang. Hari ni 17hb, dua orang kawan aku start daftar masuk UPM. Best kan? Yang tak bestnya ialah aku boleh sempoi jer tak tahu yang diorang masuk hari ni. Bongok betul. Rasa macam bersalah pulak sebab aku dapat tahu lewat k.

Malam sebelum kawan aku Arif bertolak pergi KL, dia pm aku kat facebook. Ajak aku skype. Aku cakap aku malas dan takde mood. K masa tu aku baru lepas gaduh dengan adik aku dan emosi aku sangat tak stabil. Kalau lah aku tahu yang dia dah nak pergi upm, memang aku terus on skype. Sorry ah boh, mana aku tahu mung nak g doh upm. I mean, mung tak pernah oyak katku tarikh spesifik bilo sek mung nak g etek. Memang aku rasa bersalah laa. Tapi tu lah, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Waaa, aku nak skype ngan Arif dengan Farihin! Menyesal gilaaa....

Aku doakan sek mung okay okay jer kat UPM nuh. Kalu ada orang kacau sek mung, seru jer nama aku. InsyaAllah, diorang akan berhenti kacau. Hahahhaa.

 Arief Amirul.

Farihin

Sorry for all those troubles, salah silap, sakit hati, buat salah lepas tu tak tahu nak mintak maaf, pinjam pen lepas tu tak ganti, pinjam duit syiling buat call mak bapak lepas habis sekolah tak pernah tahu bayar balik, makan makanan kau bawak lepas tu tak pernah ucap terima kasih dan sebagainya. Love you olllz.

That's all, thanks :)

Point utama hari ni : Tolong kembalikan mood aku untuk menulis blog dan Silalah hafal tarikh tarikh penting kawan-kawan korang. Jangan jadi macam gua.

22 comments:

nurshamila said...

hehe yg pesanan kau tu insyallah aku akan ikut. alaa dah la jgn sedih2 sgt. bkn tak jumpa dah

cheer ok?? aku nk liyana yg gila2 cam suatu ketika dulu. perghh ayat aku..haha

Mk Syahir said...

selamat hari guru jugak..

ohh..chill lah sis..you can do it
=) jangan gado2 ye..tak lame dah dok skali..nanti dok jauh2 rindu2an pulak =)

Mr.She said...

mu cakap kelate, ore kelate ke mekk? hihi :p

oke, blog awk sempoi la. welcome to my blog list! :)

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Hahaha. Mana ada aku sedih, aku happy la ni sebab diorang semua dah pergi sambung belajar dah. Bagus lah semua dah pergi mencapai cita-cita masing-masing.

Kau cakap aku gila? Gila kejam kau! Hahha. Ye lah, aku gila gila lahh nanti :D

Liyana Izzati said...

@MK syahir : Eh ada jugak yang lambat wish macam aku. Nak buat macam mana bro, adik demo hok sore lagi tuh suka bena cari baloh ngan kawe. Gano kawe tk marah. Ce nasihat sikit boh.

Liyana Izzati said...

@Mr She : hehehe. ho lah, ore kelate. Ore kelate jugak ko guano?

Welcome to your bloslist? Really? Thankss. :) Nanti kita masukkan blog sis dalam bloglist kita jugak k. What goes around comes around. :)

emeliena said...

Waalaikumussalam, hai peminat Matluthfi. Hehe , ehh. UiTM Kedah ? Eme UiTM tu lahhhh ;]

BP Boy said...

2 bende nak cakap:
jgn la stop blogging.. ngarut pon, ngarut laa
jgn la gado2 ngan ardini tu.. hehe.. (padahal saye pon tgh gado ngan akak saye)

Tyra Kamarudin said...

haha bca blog ardini dea tulis gaduh ngn kakak , bca blog lyana gadoh ngn adik haha . so sweetttttt twin XD hahah

Liyana Izzati said...

@Emeliana : Hahhaha. Hai peminat Mat lutfi gak! Laa UiTM Merbok jugak ke? Sama lah kita sis :)

Liyana Izzati said...

@BP Boy : Hahha. Dua jer bro? Dua pon dua lahh. Yeahh, mengarut pun satu seni kan? Hahha. Jangan gaduh? Well, memang hobi kitorang bergaduh dari kecik lagi. Nak buat macam mana pun tak tahu.

mirmashi94 said...

kejap je rasa cenggitu . nanti okayy laa . haha ;) . biasa laa kan, setiap pertemuan ade perpisahan . aku pun selalu gaduh ngn adik2 aku . aku ade 5 org adik , mmg boleh tahan nak cari gaduh . biasa okayy . chill ;)

Liyana Izzati said...

@mirmashi94 : Hahaha. Aku gaduh tiap-tiap hari k. Bukan sekali banyak kali pulak tuu. Zzzz. Sama ah aku adik 4 orang. Annoying dia tu. tuhan jer yang tahu.

mohamad shazni said...

hehehe..terlamabt wish eh...tapi takpe..penulisan anda sgt baik..pasti cikgu tak marah...kt entry adik die pown ada cite sal gadoh,,hehhe,,masa mude2 nie memang selalu gadoh kan,,dah tue cikit nti mesti tergelak bile dikenang kan balik..^_^

Wanie Mj said...

tarikh penting? w slalu lupa! siap kena buat reminder dlm phone including dateline assignment. hihi ^___^

kay_are said...

ok r tu.. aku rae macam takde je gambar ngan cikgu yang aku simpan.. ntah mane g nye aku pun taktau.. ikutkan banyak je snap gambar tapi kemane hilangnye?? @.@ takde mud tapi terhasil gak sekeping entri kire ok r tu.. bukan mudah!

M Fizan said...

come on. keep blogging. cuba duduk tepi sungai cari ilham :D

Liyana Izzati said...

@Tyra Kamarudin : Hahaha. Kau pun sweet gak tyra. Hhaha. Belanja ais krim k, aku tak puji suka suka. Hhaaha.

Liyana Izzati said...

@Mohamad Syazni : Haha. Penulisan sangat baik? Waa terharunya titeww. Hihihi. Kitorang hari-hari gaduh. Bergaduh bertikam lidah tu dah jadi makanan dah. Har har har.

Liyana Izzati said...

@Wanie Mj : Hahaha. Samalah. Ada jugak orang yang sama dengan aku rupanya kat atas dunia ni. Terharu sat :')

Liyana Izzati said...

@kay_are : Hahaha. Lu takpe lah bro takde gambar cikgu pun pelajar cemerlang masa sekolah dulu kan? Hahhaa. Tu lah, punyalah takde mood tapi terhasil jugak satu entry ni. Hihihi.

Liyana Izzati said...

@M Fizan : Hahaha. Sungai? Sungai Kelantan? InsyaAllah.