Tuesday, May 8, 2012

Asasi Undang-Undang UiTM E0601

Photobucket
Assalamualaikum and Hi.
Saat aku menulis entry ni, hujan turun dengan lebat sekali di sini. Hujan rahmat barangkali.

Am I cute? Lagi cute dari Liyana Izzati tau. Hikhikhik

First of all, Alhamdulillah. Aku dapat apa yang aku nak. Allah listens to my doa. Doa korang korang jugak, doa ummi aku. Alhamdulillah.

Malam tu aku cakap pada diri aku sendiri "Allah kau berikanlah apa yang terbaik untuk aku, terbaik untuk keluargaku, terbaik untuk masyarakat dan terbaik untuk agamaku. Kalau memang apa yang aku nak selama ni bukan hak aku dan membawa keburukan kepada diriku, kau ketepikanlah jauh-jauh. Tapi kalau memang apa yang aku nak selama ni dah memang rezeki aku, kau tunjukkanlah jalanMu kepadaku....."

Panjang lagi sebenarnya. Tapi mostly sound like that lah. Malu lah kalau aku nak tulis semua apa yang aku doakan. Siap masuk bab bab jodoh jodoh, family bagai laa kalau aku tulis semua. Sanggup ke nak baca?

Sekarang ni bloggers batch 94 semua duk busy update pasal UPU kan? Hahaha. Dari semalam lagi, kalau aku tengok banyak blog budak-budak update pasal result UPU ni. Ada yang gembira, ada yang tak. Kepada yang tak dapat tu jangan sedih-sedih k. Bumi Allah ni luas dan rezeki tu ada di mana-mana. Kalau hari ni takde rezeki nak masuk universiti mungkin rezeki korang esok, lusa, tahun depan dan sebagainya. Just jangan give up dan teruskan berusaha.

Ecece, ayat nak cliche je kan? Tapi betul lah apa yang aku cakap. Tak perlu sedih-sedih ni. Rezeki tu ada kat mana-mana dan tak pernah tertukar. Tawakkal.

Dua malam lepas sebelum result UPU keluar aku memang  tak dapat tidur. Serius. Aku duk risau kalau aku dapat Unimas jer. Serius risau. Tapi aku sendiri tak tahu apa ke banggangnya waktu isi hari tu aku pergi letak Unimas Asasi Sains Hayat last choice aku.Memang cari nahas gegilos la. Berdebar bukan main woo ! Aku memang serius takleh bayang kalau aku duk kat Sarawak bumi kenyalang nuhh. Nak balik semenanjung susah, kalau jadi apa-apa kat tempat orang macam mana? Dah la jauh dari family. Tak sanggup aku.

Malam result tu nak keluar aku punyalah excited nak tahu result upu nih. Then ada kawan aku cakap boleh check 12 petang esoknya. I was like "Eh betul ke ni?" . Hahha. Memang aku tak percaya sampai siap gaduh-gaduh apa lagi dengan kawan aku tuh. Berapa kali ntah dia cop aku 'banggang' . Last-last bila aku tanya orang lain dan check kat website semua, memang betul lah apa yang dia cakap tuh. Pukul 12 pm baru boleh check. Hahhaa. Tak pasal-pasal kena cop banggang dengan bestfriend sendiri. Kejam kan?

Malam tu memang otak aku duk putar ligat berfikir. Well, otak yang dah lama tak guna semenjak habis sekolah hari tu bergerak jugak akhirnya. Akhirnya k ! Berdebar tu memang tak payah cakap lah, sampai nak tercabut jangtung aku. Tak senang duduk aku malam tu. Duk fikir pasal Unimas lah tambah pulak aku duk imagine macam mana lah kalau aku tak dapat course yang aku nak nak sangat tu. Agak agak mampu survive tak aku. Sampai ke pagi aku takleh tidur.

Then bila dekat pukul 12 tu kawan aku, Fazlin Hakimi call. Dia tanya aku dah check tak UPU. Aku waktu baru bangun tidur, memang aku letih sangat sangat lah. Maklong lah tak tidur k malam tu. Dia pulak dengan excitednya mintak ic aku, dia pulak yang bersungguh-sungguh nak check. Then mula-mula tu aku dengar dia cakap aku dapat Asasi Sains Hayat Unimas. Nak pengsan aku masa tu. Serius.

Rupa-rupanya aku silap dengar. Aku dapat Asasi Undang-undang UITM E0601. Yang dapat Unimas tu dia. Hahha. Padan muka sebab malam tu dia punya lah eksyen duk gelak kan aku sebab aku cakap aku rela masuk matrik dari pergi  Sarawak hujung dunia nuhh. Hahaha.

Mungkin korang akan cakap "Ek eleh, law je punnn. Tak payah nak eksyen-eksyen sangat lahh." . Haha. Ada ke aku eksyen, aku humble jer. Orang lain tung tang tung tang duk update pasal upu, since semalam lagi. Aku hari ni baru update, humble kan? kan? Haha.

So what kalau aku dapat Asasi Law? Takkan lah semua orang nak jadi doktor, engineer je kan? Nanti takde pesakit. Doc tkleh cari makan pulak kang. Biarlahh aku jadi lawyer pulakk.

Petang tu around pukul 3 lebih aku check sendiri. Bukan apa, kawan aku tu bukan betul sangat. Mana tahu dia telah mencina butakan aku ke? Who knows right? Tapi bila aku check memang betul rezeki aku di situ.

Alhamdulillah. I am totally speechless.
Excited maaa!

Dapat first choice pulak tu! Hahaha. Sebenarnya aku berminat nak sambung law kat Uia walaupun aku letak law uia second choice aku. Bajet humble lah konon letak Uia second choice. Tapi takpelah, maybe dah takde rezeki aku kot kat Uia nuhh. Bye uia, saya orang uitm. Haha.

Blogger dari Kedah Wan Aidil Anwar, dia dapat course sama jugak dengan aku. Hahaha. Well sebenarnya aku tak terkejut pun kalau kitorang dapat course yang sama sebab bila kitorang duk berfacebook hari tu. Memang boleh dikatakan 90 percent choice upu aku sama dengan dia. Hahhaa. Dah rezeki dapat sekali kan bro? Nak buat macam mana dak? Hakimy Zamri sila jangan jeles k :) Cuma aku tak tahulah dia dapat kampus mana. Sebab aku check hari ni aku dapat UiTM Kampus Sungai Petani, Kedah.

Hahaha. Jodoh aku ngan Kedah kuat betul. Mula-mula dapat Matrikulasi Kedah kat Changlun nuh. Tup tup bila keluar result UPU nih, dapat UiTM Kampus Sungai Petani pulakk. Kedah awat lah yang hang berkenan sangat dekat aku nih hah? Hahaha. Rasa macam jauh perjalanan luas permandangan pulak aku travel dari timur Kelantan sehingga ke utara nih. So sekarang ni aku memang takde pilihan lah. Memang aku akan belajar di Kedah la nampaknya. U di kedah, matrik pun di Kedah. Aku memang takleh lari dari Kedah sekarang. Haha.

"Jauhnya dapat Kedah". Dah lali dah aku dengar ayat tu hari ni. Takleh imagine nya aku kena travel sorang-sorang lepas nih kalau nak balik Kelantan time cuti. Hahaha. Takpe lah kawan-kawan aku ramai jugak yang nak pergi matrikulasi Kedah. Okay lah sikit. See, Allah tak campak aku sorang-sorang.

p/s : Bila aku cakap aku tak suka dapat jauh jauh tak bermaksud aku suka kalau dapat sebelah rumah k. Hahha. Macam Ardini Izzati. kahkahkah. *gelak jahat*

Kadang-kadang aku rasa ni semua sebab masinnya mulut Ummi aku dengan mak cik aku. Ada sorang mak cik aku tuh memang dah terlekat dengan Kedah. Dulu sambung belajar kat kedah, ijazah kat Kedah sekarang ni dapat masuk maktab dapat kat Kedah pulak. Hahha. Then hari tu dia cakap kat aku ngan adik aku, Ardini Izzati yang "Mesti ada hok terlekat badi Kedah lepas ni." hahaha. Tidak ku sangka, aku lah orangnya. Hahaha.

Kedah adakah kau tak puas hati dengan aku sebab hari tu Kedah kalah dengan Kelantan masa semi final bola hari tu? Hahaha. 

Kedah pun Kedah laa. Janji boleh sambung belajar.

Thanks yer bagi saya elaun. Hahahaa. Tak payah susah susah kerja part time kutip tin lepas ni nak sara hidup :p *ayat fakhrul*


Doakan aku buat plihan yang tepat, berjaya dalam hidup. Hmm doakan aku dapat jadi apa yang aku impikan selama ni k.
Tahniah kepada kawan-kawan sekolah aku SMK Bachok yang dah dapat tawaran masing-masing. Aku tumpang gembira untuk korang. Rasa sangat excited dan happy sebab masing-masing dah satu langkah ke arah mencapai cita-cita masing-masing. Ada yang bakal jadi doktor, engineer dan macam macam lagi.  Also kepada yang tak berjaya tu jangan risau. Rezeki ada di mana-mana k.


Tahniah jugak kepada rakan rakan blogger yang dapat course yang korang duk idam-idamkan tuu.

Hello pakaian hitam putih ! Saya bakal anda.

Sedihnya dah nak berpisah dengan kembar saya, ardini. Sobs...sobs.

86 comments:

Hakimy Zamri said...

tahniah liyana. act, ta tahu nak cakap apa. Kimy speechless. btw, welcome to Kedah :D

nurshamila said...

pergh bdak law. aku tak seronok sgt la wey dpt upu tuh. kwn2 yg p temuduga sekali sorang pon tak dpt. aku terhumban kat sana sorg2. haha btw thniah beb.

p/s : yg psl jodoh ngan kedah tu, ehem2. mmg jodoh sungguh kot pasni. haha

AIRA said...

hihihi....tahniah awak..moga awak berjaya dunia & akhirat..

tasnimsahaja :) said...

wah best la, tahniah Cik lawyer . haha. All da best !

zera eira said...

selamat datang ke dunia lawyer. wahhhh. kelasss gitu! congratss!

mohamad shazni said...

wah panjangnye...hamppir terpejam mataku membacanya,,btw,,tahniah ye kamu...semoga segala urusan dipermudahkan ye..=)amik law lgi tuh...

Fakhrul Haiyin said...

agak kecewa baca entri ni. boleh2 kau typo nama aku. perghhh! nak jaa aku simbah asid laju2 dkt kau. kah3.

btw, congrats. n goodluck kat uitm. hehe.

Cik Lyeen said...

tahniah..:)

Hakimy Zamri said...

eh, baru nampak mention nama kimy. haaa jeles????? ==' tak jeles ponn malah sangat berbangga k...wekssss!!!

P/S : yana comey ..

wAa syahirah said...

haha , ak suka part hitam putih . wakaka . yeah lom . keep moving forward . majulah Kedah 2222 . haha

saharinasaharudin said...

congrats dik.study bebaik :D

Haruno Hana 하나 said...

tahniah! bakal law tu~ alhamdulillah Hana dpt 1st choice jugak.. tp still nak ke KMKN.. nak jd orang Kedah.. haha XD mana la tahu terserempak dgn Yana masa outing ke? hahaha

CikMai said...

tahniah sis..bravo bravo....

atiqa aris said...

wah asasi undang2,bole tahan course tu.congrate la ye:)

forever yours said...

Hai junior welcome to kedah and welcome as a part of pre-lawrian :)
jumpa di sana :)

Ardini Izzati said...

Sebelah rumah pun, sebelah laa. Aku dah malas nk pikir --"

cha'e said...

TAHNIAH, first of all aku budak ex-asasi law jugak, so nak nasihat buat yang terbaik. jangan main2. sebab law bukan benda mudah. seriously tapi bnd ni sangat interesting :) ape pon anda awesome sbb dapat law. thumbs up !

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Hahha. Speechless? Kenapa pulak speechless eh? Welcome to kedah? Zzzzzz...

farah.fauzi said...

congrats.. foundation in law... power nyee.. btw, gud luck :D

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Hahaha. Alaa takpe la wei, aku pun duk sekor jer kat Uitm Sg Petani tuh. Hahhaa. Rilek..rilek. Kau pun tahniah jugak. Nanti aku pergi kedah mana lah tahu boleh jumpa kau kat sana. Hahaha.

p/s : Hahaha. Jodoh sungguh? Amin.. Hahha. Amboi!

Liyana Izzati said...

@AIRA : Terima Kasih. Amin :)

Liyana Izzati said...

@Tasnimsahaja : Tu lah sis, hope best la kat sana nanti. Terima kasih :) Doakan lah saya berjaya kat sana nanti erk.

Liyana Izzati said...

@Zera Aira : Hahahaha. Thanks kak ! Kelas gitu? Hahahha...

Liyana Izzati said...

@Mohamad Shazni : LOL. Laa panjang sangat ke bro? Tak perasan pulak. Hahaha. Nak terpejam mata? Kesiannya. Tidur dulu lepas tu sambung balik. K thanks bro :)

Liyana Izzati said...

@Fakhrul Haiyin : Ceh, typo sikit jer kot. Tu pun nak berkira ke? Ciskek! Simbah asid jer kerja kau. Nanto jadi doktor tak tahulahh mcm mana.Agak agak asid dalam makmal tu semua kau rembat buat simbah kat orang.

Btw, thanks. Hahaha. Kau pun good luck di UM yang BEST GILA tuhh!

Liyana Izzati said...

@Cik Lyeen : Thanks sis :)

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Laa ada lagi ke komen kimy nih? Hahaha. ye lah, tak jeles. Tak jeles. Sangat berbangga? Hahhaa. Apa nak dibanggakan kimy? Baru satu langkah jer ni.

P/s : Dah lama tahu yang Liyana comey :p

Liyana Izzati said...

@Waa Syahirah : hahaha. Berbaloi lah wa dulu masa sekolah aku suka pakai hitam putih. Impian jadi kenyataan. Majulah kedah 2222? Mana mung kutip tagline ni?

Liyana Izzati said...

@Saharinasaharudin : Hahaha. Thanks sis. InsyaAllah :)

Liyana Izzati said...

@Hana : Hahhaa. Matrik Kuala Nerang? Okay nanti kita jumpa kat Kedah nahh. Macam pelik jer orang kelantan tapi pergi jumpa kat kedah. Hahaha. Good luck Hana kat Matrik. :)

Liyana Izzati said...

@cikMai : Wohoo akak terbaik seabad, terima kasih :)

Liyana Izzati said...

@Atiqa Aris : Thanks sis. Doakan lah saya yeerr.

Liyana Izzati said...

@Forever Yours : Errr senior saya di Uni telah komen entry pertama saya. Excited plus takut. Hahaha. Jumpa di Kedah naaah !

Liyana Izzati said...

@Ardini Izzati : Hahha. Hidup Unisza ! Hidup Unisza! G je lahhhh.

Liyana Izzati said...

@Cha'e : Hahaha. InsyaAllah, I'll do my very best. Thanks for the advices k. Tak nak main-main dah. InsyaAllah tak main-main ! Hahaha. Yeayy, anda jugak awesome sebab dulu dapat law. Haha :)

Hakimy Zamri said...

amboi komen hang -_-''

asfarina fatin redzuan said...

hai adik..tahniah yer :)
im one of student UiTM Kedah jugak, :) tapi nak masuk final year dah.
hehe, jgn risau, Kedah memang best, banyak kemudahan, teksi pun sng dapat.
akk dah merantau kt kedah tu ulang alik selatan utara dekat 2 tahun dah, hehe
Jumpa time Minggu Destini Siswa nanti ye :)

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Hahhaa. Laa kenapa dengan komen aku? Ada yang buat kau terasa ke apa? Tak perasan pun salah silap. Serius nihh.

Liyana Izzati said...

@Asfarina Fatin Redzuan : Oh really kak? Senior!! Kedah best? Oh okay. Kena ubah persepsi terhadap kedah ni. Hahhaa. Ya kak jumpa nanti kat Uitm Sungai Petani. Hihihi.

asfarina fatin redzuan said...

kedah best!
mule2 memang rse cm tak best, homesick la , apela. tapi believe me, bile dh msuk one month, mesti best :D
tmpat2 best pn byk..nnti adik masuk, adik tau la.
hehe, masuk brp aribulan ? 3 kan ?
im one of the PM time MDS nnti :)

tweenpop said...

good luck liyana :) sememang nye course law , kegemaran saya , hahaha * cece ,bajet je :)

Liyana Izzati said...

@Asfarina Fatin Redzuan : Hmmm InsyaAllah kak.Hahha. Betul tu kak kalau tak rasa lagi tak tahu macam mana.Eh tak, saya punya 2hb daftar. Ooo nanti boleh la kenal akak :)

Liyana Izzati said...

@tweenpop : Thanks :) Hahaha. Kegemaran? Wah bagusnya.

mirmashi94 said...

tahniah ^^, aku belum officially ucap tahniah . haii , saya orang uia . lol . wahh, dapat jugakk aku nak ade kawan bakal lawyer. ade ape2 hal, aku perlu khidmat lawyer, aku cari kau. prepare diskaun tau . lol. lalalalala~

asfarina fatin redzuan said...

ohh, hehe. pre law dgn diploma 2 hb, 3 hb bdk pra diploma :)
okay, kalau nampak tu, tegur2 la eh ! :D
btw, selamat datang ye, jangan takut,kat UiTM Kedah semuanya baik2 je, n okay2 je :)

gadis said...

best giler dapat law. heheh. btw, tahniah :)

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Hahhaa. Belum lagi erk? Kejamnya, kau sepatutnya jadi orang first. Hhaha. Aku pun belum ucap tahniah secara official lagi kan? Tahniah Mira, semoga menjadi doctor yang berjaya. Hahaha. Uia? Hmmm, UIA tak best. UiTM Best! Hahhaha. Tu lah, kalau ada apa-apa job, calling calling aku yer :p

Harga dengan kawan-kawan konfim murah :D

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Hahhaa. Belum lagi erk? Kejamnya, kau sepatutnya jadi orang first. Hhaha. Aku pun belum ucap tahniah secara official lagi kan? Tahniah Mira, semoga menjadi doctor yang berjaya. Hahaha. Uia? Hmmm, UIA tak best. UiTM Best! Hahhaha. Tu lah, kalau ada apa-apa job, calling calling aku yer :p

Harga dengan kawan-kawan konfim murah :D

Liyana Izzati said...

@Asfarina Fatin Redzuan : Haha. Kalau nampak tegur-tegur? InsyaAllah kak. Hahha. Thanks. Ehh mana ada saya takut, saya cuma err hmmm tak ready lagi. Huhu. Saya tahu Kedah memang baik. Hahhaa. Hope dapat survive kat situ :)

Liyana Izzati said...

@gadis : Hehehe, Thanks :)

:atynhanEey: said...

tahniah .. gud luck ntok asasi tu .. bakal peguam ni .. hehe

forever yours said...

btw if awak nak note bole tinggal email nnt saya email kan.

Liyana Izzati said...

@Atynhaney : Thanks sis. InsyaAllah :)

Liyana Izzati said...

@Forever yours : Really? Terima kasih sangat-sangat. K nanti saya bagi email kat blog sis k :)

CikMai said...

Uitm merbok ke? dulu akak mrsm merbok ,dekatlah...hehe kedah panas sikit...hihi , enjoy... welcome to kedah .kihkih

forever yours said...

dik sis dah email 3 subjek. semua yang LAW subjek.

sharifah husna said...

waaaa selamat datang ke fakulti undang2 kampus uitm sg.petani tue XD
akak dulu asasi law dekat sana jugak ~~ and congratulation !

Sally Yatiey said...

Tahniah Liyana. Semoga berjaya ^^

rAIHan said...

tahniah dapat sambung law. lawyer to be. good luck dear.

jemput singgah:
http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/my-nestle-incredible-story.html

ame nurlyana said...

tahniah bestpreng.. erk.. haha..
p/s: jadi org kedah la pasni.. kuat jodoh terr... hahaha
*nati ni rindu la ko mung.. :p

M Fizan said...

hehe. memang seronok baca sampai habis. dapat feel keghairahan tu. wakaka. goodluck ye. rezeki ada di mana-mana. nanti boleh lar mintak tolong lawyer liyana kan? :)

kedah boleh kata dekat lagi. kat shah alam tu ada kawan saya kelantan jugak. budak kelantan di mana-mana. btw, changlun is my hometown. kedah is mine. who knows we might meet someday? :)

❤nur' amalina❤ said...

saya dpt yg dkt phg. huhu. kalau awak dpt u di kedah n matriks di kedah, saya dpt matriks di phg n u pn di phg. (tpi saya org sarawak) lagi jauh. :)

Liyana Izzati said...

@cikMai : Oh dekat jer mrsm merbok dengan uitm merbok ni. Hahha. Panas? Erk? Hahhaa. Thanks sis ;)

Liyana Izzati said...

@Forever yours : Really? Thanks banyak-banyak sis :)

Liyana Izzati said...

@Sharifah Husna : Senior la ni? Wah bestnya ada senior komen entry saya. Hahhaa. Thanks senior!

Liyana Izzati said...

@Sharifah Husna : Senior la ni? Wah bestnya ada senior komen entry saya. Hahhaa. Thanks senior!

Liyana Izzati said...

@Sally Yatiey : Hehehe. Thanks sis :)

Liyana Izzati said...

@Raihan : Haha. InsyaAllah lawyer to be :) Thanks sis. Nanti saya singgah.

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : hahaha. Thanks bespren. Hehehe. Orang kedah? Aku tetap anak jadian kelantan k. Eleh mg mesti rindu aku lepas ni. Serius. Kuat jodoh? Hahahaha.

Liyana Izzati said...

@M Fizan : Hahaha. InsyaAllah kalau boleh tolong saya tolong. *Cehh aku ni mcm janji pulak* Hahha. Dapat rasa keghairahan tu? Tu lah saya punyalah menjiwai saya punya entry kali ni. Thanks. Doakan lah saya mampu survive well di negeri anda ni yer. Hewhewhew.


Hahha. Betul tu, budak kelantan is everywhere. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti kita jumpa k bro.

Liyana Izzati said...

@Nur Amalina : hahaha. Really? Jodoh dengan pahang kuat kot. Jauhnya nak merantau dari Sarawak ke pahang. Ishh, memang jauh ahh. Takpe sis. Jauh berjalan luas pemandangan :)

Nur Athyrah said...

Assalamualaikum awak, kebetulan jumpa blog nih, saya jg bakal pelajar asasi undang2 uitm merbok, kedah ialah negeri saya and kelantan (Machang) adalah hometown saya, jumpa kat sana nanti, insyaAllah :)

Cik Akma said...

samalah kita... sy pun dpt asasi law tp kat kampus Shah Alam. Syukur sgt sbb xde la jauh sgt,sbb duduk pun kat area selangor jgk. matrik dpt kat penang. mmg pening la kepala parents dok pikir. nasib baik dpt asasi. betullah org kata kan, kalau dah rezeki kita, macam mana pun rezeki kita jugak la.. sy xde rezeki time result spm dulu. result kawan2 mmg hebat2 la..

teha said...

congrats :) syok laa :)

hazdnul said...

congrate :) gud luck dkt uitm sna

AdilaAzmir™ said...

congrate! mesti best punye lah belajar jauh jauh. baru rasa mcm ada kg halaman:))

Anonymous said...

congratulations for your upu result. Asasi UiTM E0601 kampus Sungai Petani ? samalah kita.. kos yang sama, kampus pun sama :)

apa2pun.. all the best.. jumpa sana.
I'll see you when I see you.

Liyana Izzati said...

@Nur Athyrah : Ye ke? Boleh laa jumpa kat sana nanti k. Wah bestnya jumpa orang Kelantan. Nanti boleh balik sekali time cuti. Jumpa di sana k :)

Liyana Izzati said...

@cik Akma : Oh untung lah dapat dekat. Hehehe. Tu lah saya sebenarnya lemah jugak bab bab sains ni. Nasib baik dapat asasi law, bolehlah pergi. Hmm kalau tak terpaksa pergi Matrik. Biasalah tu, rezeki saya pun tak berapa baik waktu SPM dulu. Orang lain lagi hebat. But yeah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita kan. Alhamdulillah :)

Liyana Izzati said...

@Teha : Thanks :) syokkkk laaa. Hahhaha. InsyaAllah.

Liyana Izzati said...

@Hazdnul : Terima Kasih :) InsyaAllah.

Liyana Izzati said...

@Adila Azmir : Hahhaha. Best ke? Mungkin lah kot. Kampung halaman ? Hahahaha.

Liyana Izzati said...

@Anonymous : Really? K jumpa kat sana. All the best for you too. Kalau nampak tu nanti tegur lah k. :)

Awan Nina said...

allthebest !!
saya lepasan asasi sains uitm puncak alam .
welcome to uitm club !! XDD

hawanabilla said...

hye liyana..
sy pown dpt jgak asasi law uitm kdah..
dftr blan dpan kn????
kot2 ar kta ni dpt 1 blik..2 ar nk g tw..huhu

Anonymous said...

Jgn senang2 kata UIA tak best. Tak tahu keaddan di sana dh komen gitew.Sumer U sama je.Yg penting diri sendiri.