Friday, April 6, 2012

Mengarut tahap Pelahap.

Photobucket
Ahh, lupa pula topik hari ni. Tadi rasa macam nak bergosip kat sini. Ceh!


Assalamualaikum and Hi.
Hari ni aku dah tak nak tulis entry mengampu macam hari tu lagi sebab hmmm, hmmm. Sebab dah ramai orang janji nak bagi aku hadiah 26 April ni. Hihihihi, kitew rasew happy sesangat ahaks. Thanks you olzz.

Hahha. Puih. Kan bagi pelempang kang, baru tahu.

Ehem, back to the topic.

Ramai orang tanya.
Lately ramai sangat orang tanya soalan-soalan kat aku. Kadang-kadang soalan yang tak logik pon ada orang tanya.

Ramai orang tanya "Weh apesal lama tak tengok kau keluar rumah sekarang?" . Ehem, aku takleh keluar  rumah sekarang. Poket kosong bro. So, kalau nak keluar pergi mana-mana kena bawak bank bergerak (Ummi aku) Hehe.

Ramai orang tanya "Weh apesal kau selalu tidur lewat?" . Ehem, aku bukan budak-budak kena tidur awal macam kau. Hahaha. Sebenarnya tidur lewat sebab aku memang dah terbiasa dari dulu lagi tidur lewat.

Ramai orang tanya "Wei apesal jarang tengok kau drive kereta sekarang?" . Ehem, aku jarang drive sebab aku sayang penumpang-penumpang aku. Kang aku drive selalu tak pepesal sakit jantung mak aku. Sape nak tanggung aku?


Ramai orang tanya "Weh apesal dah tak pergi kerja sekarang?" . Ehem, aku dah kena pecat dengan majikan aku :p Hahha. Majikan aku suh aku kerja kat rumah sekarang. Lagi selamat kata dia.


Ramai orang tanya "Weh apesal muka pucat sekarang?" . Ehem, ntah duk rumah ni asyik kena dera ngan mak aku, adik-adik aku kot. Kalau tak buat apa yang diorang suruh kang, kena ketuk dengan hanger, kena siram ngan air panas. Hahha. Ceh, padahal muka pucat sebab hmm hmm. Tak tahu lah tu. Pucat sangat ke muka aku sekarang?


Ni gambar hari ni. Tak pucat pon cuma sihat jer sekarang. Sihat . sihat.
Pipi kembang? Salahkan makanan sebab sedap sangat. Tapi takleh salahkan makanan jer. Maybe salah style tudung tu sebab bulat sangat. Amboi, nak salahkan benda lain jer. Kita yang selera macam ikan paus tak nak komen pulak. Teeeettt.

Nasib baik takde orang tanya "Weh apesal kau makin gemuk sekarang?" . Hahaha. Kang ada yang nak kena ngan tapak selipar kang. Soalan ni tak bolt. Hahhaa.


Aku tengok kat FB gambar gegurl yang comel-comel kat Facebook tu mesti ramai orang like. Lepas tu mesti ada budak perempuan yang lain akan komen 'Lawa la awak sayang' / 'Comel sangat awak ni.'/ 'Ala tomel-tomel.'/ 'Omeyyyy' dan seangkatan dengannya. Hahaha. Sweet ke tulis camtu? Aku kalau ada yang tulis macam tu kat gambar aku memang nak kena ngan aku lahh. hehhe. 

Ada jenis yang tukar Dp dia satu hari tiga puluh lapan kali. Ehem, pesen macam ni aku tengok budak Hakimy Zamri tu jer yang selalu buat. Orang lain tu ada gak tapi dia obvious kot.

Jenis yang tak reti baca abc dan suka menyemakkan wall orang. Hello girls/boys/adik-adik, Mark Zuckerberg tu buat kotak komen kat bawah setiap wall post/status tu suh korang komen bawah tu bukan pergi menyemak kat wall orang lain bro. Haiyaa, susahkan olang saja kamu.

Aku sedih. Sedih sangat. Sebab blogger yang aku minat dah stop blogging. Aku dah follow akak ni since 2009 lagi kot. Sebab beliau sendiri seorang cikgu jadi aku belajar banyak hal tentang guru, tentang pelajar, tentang sekolah dan hal-hal seangkatan dengannya melalui penulisan blog beliau. Well, aku tak tahu sama ada beliau stop blogging kejap atau selama-lamanya. Argghh, tidak! Aku membesar dengan membaca hasil penulisan beliau dan seriously blog ni jugak tercipta kerana aku sangat suka dengan cara beliau menulis, pandangan beliau and yeah aku respect dia.

Orang akan tanya "Wei apa yang best sangat tentang blog dia? Tulis ntah apa-apa. Pendek gila kot."

Well, tak guna kau tulis panjang tiga ela kain pon kalau isi kosong bro. Mungkin kau tak suka sebab kau tak pernah follow dia punya tulisan. Dah aku suka, lantak pi lah. 

" Dan budak-budak zaman sekarang cakap terlalu banyak, tapi kreativiti tak ada. Cakap besar, itu ini, dalam kosong, intipati tak kuat, tak mampat macam karipap awal tahun 90-an, sebiji sekupang dua. ISI MAMPAT"- Cikgu Hebat. 

Okay dah la, entry mengarut apakah ini? Assalamualaikum and Bye. Lain kali aku tulis lagi. Ini entry tak mampat kata orang. Ke laut jer lebih

Dup dap dup dap. Adakah ini cinta? Hahaha, tolonglah behave.

14 comments:

ame nurlyana said...

awww!! haha..
question: nape ko sewel?? haha
* trase bab mnyemak kat wall org. haha.. t ak g semakkn wall mg eh.. muahahaha

BlogLeader said...

Memang betul la u mengarut... hehehe

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Hahha. Kenapa aku sewel? Sebab aku ada kawan yang sewel macam kau so kau transmit sewel kau tu sikit-sikit kat aku. Cehh. Hahhaha. Mung ngan nyak meme kaki nyibuk wall aku loni. Tertekan aku. Haha.

Liyana Izzati said...

@BlogLeader : Haha. memang pon !

Ali Jasni said...

sihat xsihat, putih melampau sampai mcm pucat da muke 2

Ali Jasni said...

sihat xsihat, putih melampau sampai mcm pucat da muke 2

HUDAJMAL said...

omigodd, apakah ini ? hahaha :)

kai said...

agak pucat sikitlah gambar tu..

soalan: kenapa panjang sgt entri ni?

- encikkai.com -

Liyana Izzati said...

@Ali Jasni : Hahhaa. Tak lah, orang asyik cakap pucat pucat padahal tak pon. Maybe camera fon tu kot buat gambar nampak macam tu Rasa lagi hitam ada ah sekarang.

Liyana Izzati said...

@HUDAJMAL : Hahha. Mengarut kan sis? Sabor je lah. Ni ialah entry yang memang mengarut kelas pertama. haha.

Liyana Izzati said...

@kai : Hahha. Tak tahu bukan saya taip :p Tanya tangan saya. Hehe.

CikMai said...

hahaha comel betul, dah la mula2 salahkan makanan, pastu salahkan tudung pulak :P

Liyana Izzati said...

@Cik Mai ; Hahha. Nak menang je kan? Benda tak hidup jugak yang dipersalahkan :)

Hakimy Zamri said...

HAHAHAHAHA!!