Friday, April 27, 2012

Malam.

Photobucket
Jam di Toshiba, 2:15 AM.

Assalamualaikum.

Tak tahu kenapa malam ni saya rasa sunyi sangat.
Tak tahu kenapa ditakdirkan malam ni saya teringat akan dia. Ya, dia merupakan kawan saya. Kami berkawan agak lama bermula dari darjah lima sehinggalah arwah pergi menghadap Tuhan.

Saya masih ingat waktu tu. Ditakdirkan pada satu hari pada tahun 2009 saya mendapat khabar sedih tentang pemergian arwah. Sebak saya waktu tu. Tak terkata. Permulaanya, memang saya tak percaya. Ahhh, mungkin orang bergurau.Tetapi bila semakin ramai yang menyampaikan khabar tu, barulah saya tahu hal sebenar.

Tak tahu macam mana saya nak gambarkan hati saya waktu tu. Umpama kita kehilangan sesuatu, kita sedih tetapi kita tak tahu macam mana nak sampaikan rasa sedih tu.

Sedih tetapi mendoakan yang terbaik buat arwah.

Baikkah hubungan saya dulu dengan arwah? Ada ke dosa saya dengan arwah yang tak sempat saya mintak ampun?

Saya mengaku bila kami masuk ke alam sekolah menengah, mungkin hubungan kami agak kurang baik. Biasalah, masing-masing ada hal. Tambah pula, waktu sekolah menengah kami tak sekelas. Lagilah. Tapi banyak kali jugak kami bertegur sapa. Kalau bertemu di tengah jalan dulu, masih lagi punya peluang untuk bertanya khabar itu ini. Kadang-kadang masih sempat bergurau dan sakat satu sama lain. Haha. Saya masih ingat semua tu.

Saya tak pasti kalau ada salah silap arwah terhadap saya, tapi kalau memang ada. Saya sudah lama memaafkan arwah. Jugak saya mohon sesiapa yang mengenali kawan saya Muhammad Syarmizi supaya maafkan lah arwah. Jujur, bila kita memaafkan orang lain. InsyaAllah bila tiba masanya nanti orang pula yang akan memaafkan kita.

Dan sudah dua tahun dia pergi menghadap Tuhan di alam sana. Saya harap arwah tenang di sana.

Lama. Lama saya berada di facebook mencari gambar arwah. Harapnya masih ada kenangan bersama arwah yang terselit di mana-mana. Lama. Lama sekali saya berada di facebook profile teman-teman sekolah rendah saya dulu, satu satu hal saya bukak. Dengan harapan, saya akan jumpa gambar arwah. Serius. Hati saya berkata, tolonglah satu pun jadilah. Tolonglah.

Bukan. Saya masih ingat wajah arwah. Vivid sekali. Wajahnya, perangainya, tingkah laku nya, suaranya masih saya ingat. Dan jujur saya cakap, saya masih lagi ingat moment-moment saya, kawan-kawan bersama arwah sewaktu kami bersekolah dulu. Saya seakan-akan boleh nampak beberapa hal tentang arwah begitu jelas dalam kotak fikiran saya. Masih lagi ada kenangan saya bersama arwah dan saya harap kenangan tu tak hilang macam tu jer.

Nasib baik, saya terjumpa gambar ni di Facebook kawan saya, Udin. Terima kasih Udin.

Arwah betul-betul berada di center gambar. Al-fatihah. Harap arwah tenang di sana.
Arwah baik orangnya. Serius.

Allah Maha Pengampun.Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.


Kalau mahu syurga, berbaik-baiklah dengan Tuhan.

Al- Fatihah.

18 comments:

ame nurlyana said...

al-fatihah..
*teringat balik kat arwah miji..
*moga Allah mencucuri rahmat ke atsnya. amin..

mirmashi94 said...

toshiba ? hehe :D

frankly speaking , aku harap aku boleh kata yang aku faham perasaan kau . tapi aku tahu aku x faham sebab aku x pernah rasa kehilangan orang yang betul2 dekat ngan aku , orang yang aku betul2 sayang . pheww~

tapi . one thing aku boleh cakap , dia beruntung ade kawan macam kau . kawan yang still remember die . dan aku harap aku pun ade kawan yang akan selalu ingat aku ;)

♔Lady Ainaa♔ said...

sy sedekahkan al-fatihah kepada arwah..hurmm... =(.. semoga sis akn berjumpa dengan dy suatu hari nanti di syurga.,..InsyaAllah

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Hmmm, tu lah. Aku pon teringat kat dia jugak. Amin :)

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Aku sendiri tak tahu macam mana nak gambarkan rasa tu. Serius. Sis, aku ni bukannya baik sangat pon. Aku cuma tulis apa yang ada dalam hati aku waktu ni. Ditakdirkan waktu ni aku teringatkan arwah. Semoga arwah tenang di sana.

Aku doakan kau jumpa kawan yang baik. Bukan macam aku. Aku tak baik.

Liyana Izzati said...

@Lady Ainaa : InsyaAllah, Thanks sis. :)

Mk Syahir said...

al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..insyaAllah

..cik hana.. said...

alfatihah..
kita doakan semoga arwah bahagia di sana...
setiap yang hidup pasti akan menghadap ilahi cuma masanya sahaja belum tahu bila...apa2 pun be strong yup dear :)

Cik Yatt said...

alfatihah..

Hakimy Zamri said...

al-fatihah ...

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Amin :) Doakanlah arwah tenang di sana dan semua amal-amal baiknya di dunia diterima Allah. Thanks bro.

Liyana Izzati said...

@Cik hana : Amin . Betul tu, semoga kita menginsafi diri kita sendiri :) Thanks sis.

Liyana Izzati said...

@Cik Yatt : Terima kasih. :)

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Thanks :)

Haruno Hana 하나 said...

Allah sayangkan arwah, sebab tu arwah pergi dulu :) insya-Allah, arwah tenang & bahagia d sana.. amin :)

Liyana Izzati said...

@Hana : Amin :)

nurshamila said...

entry ni mmg touching habes. takziah

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Really? Thanks sis.