Thursday, April 19, 2012

Live From Hutan Paya Bakau.

Photobucket

Assalamualaikum and Hi readers. *Lambai tangan*

Tajuk tak boleh blaa langsung.

Semalam aku sempat join kawan-kawan aku jadi facilitator untuk projek Biology budak-budak form 5 sekarang walaupun aku ni noob gila biology. Haha. Thanks kepada cikgu yang telah mengajak kak long. Aku ingat lepas habis sekolah, Cikgu Romlah dah tak ingat nama aku. But in fact dia still lagi ingat. Still lagi panggil aku kak long. Haha. Alaa, projek kajian hutan paya bakau tu. Dulu masa aku form five, kitaorang pon buat jugak projek ni. Tapi kitaorang punya projek tahun lepas lagi best yer adik-adik :p Serius.

Tahun lepas, sebaik jer siap kajian tung tang tung tang tu kitaorang telah pergi ke La Hot Spring kat Terengganu untuk berkelah. Tahun ni korang tak bernasib baik sikit. Hehe. Berkelah kat pantai dekat dengan hutan tu je kan? Eh okay lah tu daripada takde langsung. Bersyukur dik.


Sebenarnya tak nak update pasal ni tapi tu lah. Takut korang tak dapat ikut pulak aku punya latest update. Hahhaha. K bajet artis leteww.

Sebenarnya tak nak update sebab bila tengok gambar muka aku ada sedikit hudoh di situ. Muka main lumpur tengah panas macam mana kan? Jangan salahkan aku kalau tudung macam mak cik jual sayur dan muka macam hmmm errr. belacan?


Senior-senior yang hebat tengah berbincang. Yang comel pakai tudung hitam baju putih tu Dila. Hai Dila ! Tak tahu lah tapi orang kata muka aku ngan Dila nak sama.  Sampaikan ada junior panggil aku 'Kembar Kak Dila' then diorang panggil Dila 'Kembar Kak Liyana'. Hahha. Macam-macam la kau budak-budak. Tapi aku rasa muka kitorang lain, takde yang sama langsung pon.

Bas bertolak pukul lapan lebih. So cikgu suruh la kitorang datang awal. Tapi ye lah, kalau berjanji dengan penganggur-penggangur kelas A ni susah sikit. Maklumlah dah terbiasa bangun awal kan nak buat macam mana. Malam tu punyalah havoc, aku dapat tiga empat mesej pasal ni. Siap bagitau lagi "Esok datang awal macam sekolah biasa cuma jangan pakai baju sekolah". Tapi hampeh jer. Haha.

Aku paling awal. 7: 10 lagi dah ada kat sekolah. Sampai ada sorang junior ni dia cakap "Eh Kak Yana awalnya. Faci lagi awal dari pelajar ni." Hahha. Aku gelak je lah. Excited terlampau dik. Cehh, padahal kena paksa jugak bangun awal sebab umi suh pergi sekali dengan adik aku yang form one tu.

Kitaorang dah lapan belas tahun so dah boleh drive dan bawak kereta 150km per hour k. Haha. Ni sebenarnya posing jer. Bukan Farihin yang drive walaupun kereta dia. Ada budak lain, tak tahulah budak mana. Lalalalala. Hihi.

Tak tahulah tapi orang kata muka aku paling excited dalam gambar ni. Ciskek! Muka baru bangun tidur kot.

 Gambar ni terbaik. Tapi aku takde dalam ni sebab aku tukang snap. Kahkahkah. Takpe aku rela berkorban untuk kawan-kawan aku. Kalau tak appreciate lagi lepas ni tak tahulah.


 Hahaha. Semua muka excited nak melompat. Especially yang baju hitam tudung bercorak tu, kalau zoom dekat dekat  hmm memang muka dia paling excited. Jangan zoom !

Ni gambar sebelum lompat. Aku tak nak laa upload gambar selepas lompatan sarjana tu. Nanti korang terkejut pulak. Macam-macam gaya ada kau. Hahhaa.

Sebenarnya tak nak ambik gambar dengan adik-adik ni tapi diorang ajak duk cakap "Mari laa Kak Yana ambik gambar. Nak bergambar dengan faci." Haha. First time k. Tak sangka korang minat aku dalam diam. Hahhaa. Love you too bebeh.

Budak-budak ni semua anak-anak buah aku. Jangan kacau k. Sebenarnya setiap group tu ada sepuluh orang dan dua orang faci tapi aku tak tahulah ke mana perginya tiga orang makhluk lagi. Dah terlepas sekali dengan faci dia yang sorang lagi kot. Haha. Letih mak jemah nak jaga anak-anak ni semua. So upahlah aku sikit, come on bebeh. Belanja aiskrim jom :)

 Kami Group G. Tapi dah lupa nama apa kumpulan kitorang. Platinum apa ntah. Ya, aku sangat pelupa sekarang. Haha. Dah la kertas dengan fail projek semua aku dah campak ke laut. Tapi ada perkatann Platinum platinum laah. Ya Allah macam mana lah aku boleh lupa. Sengal sangat aku niii. Punyalah eksyen nak menang anugerah Facilitator terbaik lah konon. Bajet jer lebih. Terjun lombong laa.

Takpe aku bagi nama baru untuk korang, Platinum Ultraman. Hahha. Okay apa? kan?


 Sedang memberi penerangan. Konon.

 Ni bukan budak-budak aku tapi saje nak upload. Haha. Aku pantang nampak budak-budak muka excited sekarang. Huahuahua. Yang amoi comel pakai topi tu korang kenal? Tu junior aku, Wee Soo Yen. Korang tak kenal sape dia? Klik artikel ni untuk pengetahuan.

Yen, Kak Yana promote ni. Nanti promote balik tauu. Nak jugak aku ni. Hahaha.


 Kalau bab posing , memang Hakim Sabri juara yang unbeatable. Haha.



Muka noob. Serius. Tapi ada pokok besar yang sangat besar. So kitorang apa lagi, pictures time ! Mula-mula cuma kitaorang bertiga jer yang bergambar.

 Lama-lama, ramai pulak yang datang join ehhh. 

 In The Making Of Something. Ececece. Gaya jer lebih ni.


Last photo sebelum balik. Dah dah jangan salahkan tudung aku kenapa macam tu. Tepi pantai kot, angin sepoi-sepoi bahasa k. Woot woot Ame Nurlyana ada lah. Pewitt. First time gambar aku ngan amy sikit jer. Maklumlah orang tu ramai adik angkat junior, so ada lah adik adik angkat yang ajak makan ayam bakar free. Aku kan pemalu, mana pergi dekat. Konon. Haha.

Ini untuk puaskan hati sendiri. Walaupun muka macam belacan pon boleh lagi.

Errr amacam? Ada macam mak cik jual sayur? Jangan kutuk lebih-lebih, sikit-sikit boleh laaa.
Thank you Dila sebab sudi jadi photographer tak berbayar aku. Dila aku saye mung. Hahha. 



 Pejabat Tok Kadi jom! Hahhaa. 


K babai.

How do you define Beauty?





14 comments:

✿Gucciey Lavender✿ said...

berfothoshoot sakan . hehe . takde pun mcm makcik ... cun lagi . hehhe

Mk Syahir said...

wahh..ramai peminat ye kak yana nih =p
nak sainnnn xD

Fakhrul Haiyin said...

waaa. mcm besh jaa jd faci. =='

Haruno Hana 하나 said...

bestnya :D Hana pernah tanam pokok bakau.. masa tu kem snorkling kat Pulau Redang.. g dgn budak2 skolah.. syok la :D

mirmashi94 said...

tahun lepas la hot spring? grr >.< lama x pegi sana :D . terrbaikk laa sekolah kau liyana . sekolah aku tade pom program2 cenggini -.-'

HUDAJMAL said...

wahhh, bestnyaaa *muka teruja beruk* haha

Liyana Izzati said...

@Gucciey Lavender : Hahha. Berphotoshoot la sangat. Tapi aku tengok gambar aku yang paling sikit. Gila kejam! Hahah. Cun, Wahhh terima kasih? Meh meh nak belanja aiskrim ni. Jom :)

Liyana Izzati said...

@MK Syahir: Nak sain? Eh bolehhh. Bayar lima kupang dulu. Hahha.

Liyana Izzati said...

@FH: Best gak laa. Kalau boleh anak buah yang dengar cakap okay jer. Aku pulak jenis yang baik perangai, tak nak la marah anak orang suka hati. Hehhehe.

Liyana Izzati said...

@Haruno Hana : Oh jauhnya sampai ke Pulau redang kat Terengganu bagai ni. hahha. Tapi kitorang tak tanam pokok. Kitaorang just buat kajian tentang spesis pokok kat hutan paya bakau and etc. Experiment sikit-sikit, the rest tu banyak buat hal masing-masing jerr.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Hahha. A'aa. Aku pon lama gak tak pergi sana. Last time tahun lepas kot. Terbaik la sensangat. Time ada aktiviti macam ni baru boleh release tension. Kalau tak macam duk dalam penjara jerr.

ame nurlyana said...

cehh.. faci terr.. :)
*amboi, ak ramai adk angkat? well, budak2 baik sgt. x smpai ati nk hmpakan dorg beria-ia ajk ak g mkn aym. kah3 (pdhl ak yg mnyibuk p sne)
*btw, gud job yo! capet!!

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Mung faci jugak dehh. Faci terr :) Kesayangan ustaz semak terr. Hahaha.

Aku lapar. Tak makan langsung ayam budak-budak ni. Kejam ngoti sanggup buat aku lapar. :) Good job, hew hew hew. So sweet.

Ardini Izzati said...

wahh! Kak yana! kak yana! kak yana ni macam makcik jual etok lah! hahahahahahahaha :D