Monday, April 30, 2012

Jiwa.

Photobucket
Assalamualaikum.

Jujur, entry kali ni sangat tak bermanfaat. Tapi kalau nak baca, aku tak halang. Hahhaa. Eleh dah tahu, korang mesti akan baca jugak sekarang kan? kan? Okay fine.

Ini bukan entry jiwang walaupun tajuk dia Jiwa. Maklumlah, aku bukan jenis yang suka buat propa kejar traffik sangat. Buat tajuk punyalah hebat tapi bila baca isi Hampeh ! Mengecewakan jiwa jer. Terutama bila masa untuk loading blog tu lambat tapi apa yang kau dapat ialah Nothing. Sakit hati jiwa dan raga k.

Jam Toshiba, 6:22 am

Pertama sekali, saya jumpa satu gambar yang sangat menarik di facebook.

Jujur saya rasa gambar ni sangat reflex dengan situasi yang berlaku sekarang di negara kita dan jugak sangat kena dengan entry saya semalam. Haha. Bila aku baca komen yang aku dapat semalam, mampu buat aku senyum sampai telinga. Ternyata ramai menyokong walau dalam diam aku tahu ramai yang tak suka dengan entry tu. Masalah orang kita ialah kita terlampau melihat siapa yang memberi pendapat bukan apa isi yang disampaikan. Umpamanya suka tengok rupa bentuk atau rupa karipap dari tengok dan rasa isinya. Susah hidup ni.

Bila tengok video-video pasal Bersih ni kat youtube, tv. Aku terfikir "Ni ke negara aku? Apa dah jadi ?" Stop being too taksub with anything. Serius.

Semakin saya mengali mencari tentang isu ini, saya rasa semakin saya tertanya tanya tentang ini. Sehinggalah saya sudah keluar dengan satu sudut pandangan yang berbeza-beza tentang dua dua pihak. Tapi ahh saya cuma lapan belas tahun lima hari. Takde orang nak dengar pendapat budak berusia lapan belas tahun macam saya. Haha.

Serius saya cakap, kalau nak bercakap tentang topik ni. Tulis dua tiga hari pun takkan habis. Betul.

Lagi satu, aku dah tak nak lah dicop "Blogger Politik". Haha. At least, not at this age. Tak sanggup nak tahan gelak. Entry semalam tu nasib baik mak aku tak baca. Kalau tak konfirm dia suh delete. Hahha.

Tapi serius aku cakap seronok bila tahu ada yang berkongsi warna jiwa yang sama dengan kita. Feeling tu umpama terbang ke awan. Har har har.

Dah dah dah. Tak nak dah eh tulis pasal tu. Aku dah nak jadi gegurl normal balik dah. Haha.

Hahha. Tetiba nak jadi normal balik, letak gambar bajet macam ni. Motiff sangat. Hihi. Oh gambar ni aku curi dari folder Ardini sebab tu ada tulis nama dia kat situ. Har har har. See aku kakak yang baik, aku tak remove watermark tu. Jaga perasaan orang k.


Saya tak tahu kenapa tapi akhir-akhir ni, kebanyakan entry-entry saya ditulis pada waktu-waktu tengah malam dan pagi seperti ini. Serius saya cakap, menulis pada waktu-waktu sebegini umpama memberi lebih kepuasan kepada saya untuk meluahkan pendapat, umpama memberi nafas kepada saya untuk meluahkan isi hati dan rasa. Saya tak expect untuk begini selalu. Saya tahu satu hari nanti saya terpaksa jugak ubah tabiat ni.

Tabiat apa? Tabiat berjaga malam sampai ke Subuh. Korang mungkin akan tanya, apa yang aku duk buat sampai pagi online. Jawapan aku. Hmmm banyak. Well, aku mengaku yang aku memang di facebook dan blog ni sentiasa. Tapi selain tu aku banyak jugak stalk blog orang, blogwalking dan sebagainya.

Kadang-kadang, aku tertanya-tanya kenapalah alam yang senyap ni boleh jadi sesuatu yang sangat menarik untuk diterokai? Hmm, tanya diri korang jugak.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapalah setiap kali aku bagitau diri aku "Oh okay setengah jam jer. Lepas tu offline." akan jadi tiga empat jam tanpa henti. Serius, ini sangat rare.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapalah aku rasa sangat free untuk meluahkan pendapat dan rasa di alam ni padahal bila realitinya aku tak jamin aku boleh jadi 'selancang' ini. Ini gila.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapalah bila aku luahkan akal fikiran aku tentang sesuatu penulisan atau pendapat dan ditakdirkan teori atau isi aku salah/bercanggah, rasa malu yang aku rasa itu tidaklah sekuat mana. Maksud aku, rasa malu itu ada cuma ahhh tak macam realiti. Mungkin sebab aku tak kenal kau. So kalau aku kurang ajar pun bukan kau cari aku depan rumah simbah rumah aku dengan petrol kan? Haha.

Hahaha. Tepuk dada, tanya akal. Tapi tepuk dada jangan kuat-kuat sangat, sakit wooo !

See gambar yang dicuri dari folder adik sendiri memang mempunyai nilai estetika dan seni yang tersendiri kan? Kau mungkin tak faham tapi aku sedang mengalami gelombang yang tak mampu ditahan. Bila bukak folder orang lain dan umpama ahhh "Banyaknya gambar perasan sorang-sorang budak ni." Hahaha. Gelak besar. Ish, ni bukan jahat. Tapi ini memang hakikat.

Okay, hmm apa lagi eh?
Ahhh ni baru pendek. Aku kan terkenal sebab tulis entry panjang dan syok sendiri. Bajet semua orang ada masa free macam dia. Haha. Nasib.

Oh sebelum lupa. Adakah korang dah baca entry ni?

Jangan terkejut okay. Walaupun aku sendiri umpama terima kejutan elektrik yang sangat kuat bila baca entry tu. Serius kot, entry pasal aku. Aku macam "Argggh apa benda ni? Adakah ini entry nak mengulingkan aku?" Hahaha. Tapi bila baca balik macam seronok jer tetiba rasa diriku begitu berharga. Muahehhee.


Terima Kasih kepada saudari Nurshamila kerana telah menulis entry tentang dirku ini. Haha. Tak tahulah berapa banyak masa kau telah habiskan untuk tulis entry pasal aku ni. Dah la panjang gila woo!
Ketahuilah bahawa diriku ini tersangatlahh terharu bila ada orang yang aku tak kenal secara realiti tapi menulis entry yang sebegini umpama dia sudah kenal aku lama. Serius, bangga. Haha. Lagi pun, tak pernah ada orang tulis macam ni kat aku.

Oh maybe tipu. Ada lah dua tiga empat orang yang baik hati seperti anda. Antaranya Fakhriah, Mirmashi, Ame Nurlyana dan adik aku yang paling sengal se-abad, Ardini Izzati. But you know mostly entry dia banyak kutuk aku jer. Maklong lah jeles laa tuuu. Haha.

Terasa dirku double double berharga. 

Haha. Aku terfikir nak balas entry penghargaan Mila ni dengan sajak nukilan aku sendiri. K bajet nak mampos. Tapi bila sedar yang aku ni dah lama benar tak menulis bahan-bahan sastera, bermadah, berpuitis dan berseni bagai ni. Aku lupakan jer idea kurang bernas tu. Haha. Tahukah anda bahawa aku merupakan insan seni yang tak tahu kenapa boleh tercampak sehingga ke bidang penulisan atau blogging ni? Tak tahu ? Okay nampak sangat prihatin kan korang ni? Haha.

Ingat lagi, dulu masa sekolah Amy suka kutuk aku. Dia selalu tanya "Mana pergi semua sajak-sajak, nukilan-nukilan mung eh?". Nampak sangat dia nak ejek aku. Puihhh. Hahhaa. Sajak-sajak semua aku dah campak lombong amy oiii. Hahha. Dulu dia suka curi baca buku nota aku yang aku ada lah tulisan seni seni sikit. Hahaha. Sampaikan aku serik dah nak bawak buku tu kat mana-mana. Dulu kejar kejar satu sekolah seba diorang ambik buku aku memang dah jadi kebiasaan. Motiff gila. Cari idea hingga lubang cacing woo nak ejek aku punya pasal. Hahaha. Ribena blackcurent sungguh.

Tapi aku memang tak pandai berseni. Dulu tu, perasan jer lebih. Aku ada bakat tulis surat cinta jer sikit. Hahaha. Melampau statement.

Anda mungkin akan baca semua ni sambil cakap "Bajetnya budak ni" kan? kan? Hahaha.


Okay dah laa, tulis panjang-panjang pun tak guna jugak. Bukan ada orang nak baca sangat pun kan? Sedar diri. Hehe.

Anda mungkin akan tertanya-tanya apa motif entry saya kali ni? Well, kali ni entry saya tak bermotif. Serius. Mula-mula, saya tarik jiwa anda untuk baca entry ni dengan selitkan unsur-unsur negara kita Malaysia. Lepas tu saya main dengan jiwa anda bila bercerita tentang alam maya ni. Then, saya cuba buat anda semua cemburu bila diselitkan pulak dengan ucapan penghargaan kepada seorang yang dengan baiknya menulis tentang saya. Akhir sekali, saya bawa anda semua ke dalam kehidupan zaman sekolah saya dulu. Haha.

Motif sangat kan entry ni.

Lagi satu, korang mesti cakap "Ehh budak ni mula-mula guna aku lepas tu saya lepas tu aku balik. Haiyaa". Hmmm, aku sedang mengalami krisis identiti k. Harap maklong.

Okay done. Assalamualaikum.

Fact : Entry ni tersasar jauh dari apa yang aku duk plan dalam kepala otak aku tadi. Hahaha. Redha je lah.


19 comments:

saya_arief said...

nape jam toshiba tu.? haha.
bersih tu kan... emmmm. no komen.
haha.
ayuh eratkan persaudaraan kita.
:)

kaizen said...

sian awk kne kutuk dgn adik...

*dia kate awk buli dia tu psal kutuk kaw2 time besday awk hahahaha

Fakhrul Haiyin said...

Ehh budak ni mula-mula guna aku lepas tu saya lepas tu aku balik. adeh. LOL XD haha. entri bercampur baur.

Liyana Izzati said...

@Saya_arief : Haha. Jam toshiba saje jer bro mention awal-awal, nak bagi nampak high class. Haaha, motif. Bersihkan diri kita sebersihnya la dulu. Alrigh okay? Good boy :) Hahhaa.

Ayuh eratkan persaudaraan !

Liyana Izzati said...

@Kaizen : Bro dia memang macam tu. So kadang-kadang lagi baik tutup mata dan buat tak tahu jer dengan apa yang dia buat. Hahha. Biar dia gila sorang-sorang. Haha. Entry birthday tu? memang menyakitkan hati sesangat tapi buat rilek jer lah. Malas layan sangat,.

Liyana Izzati said...

@FH : Eh eh eh kau ni. Ikut suka aku lah bah. Kan aku dah cakap aku mengalami krisis identiti sekarang. Tak tahu nak pilih jalan mana. Sama ada stay dengan perangai brutal wat rilek atau ubah kepada yang lebih ayu. Hahahaha.

zera eira said...

i keep wondering pasal bersih tu, seram rse nye bila mreka guna kekerasan. mcm bukan negara kita je kn? politik? student plis stay away from it sbb not on ur age to get involved on that thg. selamat mgeratkat silaturahim. itu lebih baik. :)

cik hemo hemo said...

haih. bersih merata rata sekarang. pape pon, cungg seyh pic tu, hehe

Liyana Izzati said...

@Cik hemo hemo : Hahaha. Bersih dah jadi isu hangat sekarang sis. Hahha, cun pic. Alaaa, cakap lah cun orang dalam gambar tu. Baru semangat sikit. Hahaha.

Fyzal said...

hahaha. mmg panjang.

Ardini Izzati said...

hAHA. K jaga perasaan orang :D

mirmashi94 said...

wahh . nama aku lagi ! haha ;D . masehh dear . lol ^^ .

kadang-kadang aku pun terpikir macam kau . sungguh , rasa lagi bebas kat dunia maya nie . in fact , aku rasa lagi selamat untuk berkawan dari dunia blogging berbanding facebook . hehe ;D . sebab most people memang truly honest dan jarang faking2 kat blog dorg . ngan baca blog tu , dah boleh agak kan perwatakan dorg ? sebab tue aku enjoy sangattt blogging . phewww~ ;)

p/s : eh , ye ke aku selalu cakap 'nice entry' ? haha . x perasan pulak . dh mmg nice lettew . hik3

nice entry . :)

k bai .

salam ^^ .

Myra Azraff said...

haha :)
baca panjang2 pun best je rasa..
kat fb pon dah berlambak citer psl bersih 3.0 tu..sampai gado2..adeh..inikan pulak kalau pi cerita kat blog..aduyaiii,,
(╯°□°)╯︵ ┻━┻

Liyana Izzati said...

@Zera Aiza : A'aa betul tu kak. Bersih ni memang mencemarkan nama negara jer. Hahhha. Okay. saya student lagi, so memang nak stay away lah ni.Thanks :)

Liyana Izzati said...

@Fyzal : Hahaha. Dah jadi tabiat bro nak buat macam mana.

Liyana Izzati said...

@Ardini Izzati : Jaga perasaan mung kea ngah? kan kan? Bagusnya aku niii.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Hahhaha. The power of Blogging. Eh kalau aku mention blog kau? Naik ke trafik? Maklong lah blog aku ni bukan femes pun. Haha. Siyes nak tahu. Ehem kenal fakhrul pun melaui blog gak dulu kan? So sweeet :)

A'aa memang kau selalu cakap nice entry :p Memang nice, thanks . Hahha. Boleh laaa aku bajet artis dua saat. Hhaha.

Waalaikumusalam.

Liyana Izzati said...

@Myra Azraff : Haha. Best? Best macam mana pun takleh lawan blog Myra Azraff jugak kan? Haha. Tu lah, kalau cakap pasal bersih kat blog ni aku rasa memang tak habis la dua tiga hari. Memang satu satu entry tak tahulah berapa panjang. :p

ame nurlyana said...

eh, bila aku ejek? aku just nak baca ajak mung la.. best lorh. haha. *kembang la tu. haha