Sunday, April 22, 2012

Educamp :)

Photobucket 
Assalamualaikum and Hi readers :)



Lepas result spm aku hari tu yang cukup-cukup makan dan tak straight a, aku rasa malas nak ambik port pasal biasiswa scholarship bagai ni. Walaupun ada kawan-kawan aku yang result lagi rendah dari aku pon punyalah rajin duk isi biasiswa sana sini. Aku tak salahkan sesape, takde orang pon yang duk hasut aku supaya tak payah isi apa-apa. Aku tak salahkan sesapa dan tak tahu apa yang nak disalahkan pon. Get it? get it? Haha

Jujur aku cakap, aku memang malas sekarang. Even semalam aku ada interview dengan MARA pon aku tak pergi. Interview untuk apa tak tahu la pulak aku, sebab aku tak tanya pulak khabar kawan-kawan aku yang pergi interview tu. See, aku memang malas nak ambik port semua hal tu. Tadi aku dapat call dari mana ntah suruh pergi interview 24 haribulan nanti. Terus aku cakap kat akak tu yang aku ada hal itu ini, kena pergi netball peringkat negeri la apa la. Padahal tak pon ! Netball start 25 hb so sememangnya 24 haribulan tu aku memang free gegila. Tapi again, aku malas.

Kadang-kadang, aku tanya diri aku. Kenapa aku macam ni? Kenapa akhir-akhir ni aku macam tak ambik kisah itu ini? Masih kecewakah aku? Perasaan apa ni?

Tak adil untuk aku terus berasa kecewa sedangkan ramai lagi yang dapat result lagi rendah dari aku. Banyak kali aku cakap pada diri aku, dah lah Redha ! Allah dah tulis setakat tu jer rezeki, setakat tu je lah. Ada kawan tanya aku, aku ni masih sedih lagi ke sebab tak dapat straight A hari tu? Hahhaha. Lol, aku dah lama terima kenyataan la wei. Come on, aku kan kebal !

Lately bila aku bukak stats blog aku, aku pelik yang entry yang tengah dapat sambutan ialah Entri ni dan Entri ni. Siasat punya siasat rupanya Educamp UTP dah start balik dah. Oh patutlah, tetiba ramai pulak orang duk view entry ni.

Minggu ni.

Ramai jugak yang duk tanya kat Facebook aku macam mana nak behave nanti bila time interview? Macam mana nak jawab soalan itu semua? Well talking based on my own experience masa educamp bulan dua belas hari tu, just be yourself !

Be confident, selain tu tunjukkan pada interviewer korang tu yang korang seorang yang professional dan memang bersungguh sungguh nak masuk UTP ni. But however, behave well please. Maksudnya janganlah over sangat dan jangan overshadow orang lain bila waktu group interview. Kita kena ingat yang dia bukan jer nak tengok kemampuan kita berkomunikasi  tapi jugak nak tengok sama ada kita ni boleh tolerate atau tak dengan orang lain. Sebab nanti kita akan bekerja dengan ramai orang. So if we didn't show enough respect towards others, kita nak expect orang hormat kita?

Takde banyak hal yang aku boleh cerita pasal educamp utp ni sebab masa aku pergi dulu bulan dua belas aku pergi dengan result trial. Orang cakap bila apply dengan trial ni lagi mudah, tapi aku rasa sama jer.

Aku tak tahu sama ada Educamp kali ni masih lagi ikut format lama macam aku punya tahun lepas. Tapi kalau tahun lepas punya, kita akan ada dua sesi interview which is personal and group. Biasanya dalam groupo tu ada empat lima orang. So, get prepared lah! Group tu agak tough sikit kot. Tapi kalau dapat group members yang best. Okay kot.

So again, best of luck kepada yang bakal pergi Educamp tu. Be yourselves, talk well and think before you talk. Obviously dia nak uji kita punya communication in English and how we give our opinions about the topic jer. Orang cakap kalau pandai speaking, markah tinggi sikit tapi tak tahu lah. Kalau 90 percent English and 10 percent Bahasa Melayu is acceptable lah tapi kalau interviewer tu tengok kau punya Melayu lagi banyak dari English, parah sikit laaa.

K babai, best of Luck !

17 comments:

Haruno Hana 하나 said...

sekarang ni boleh kata sume kena English kalo masuk IPT.. haha.. Yana nk jd engineer ke? sesuai jd lawyer la :D

Haruno Hana 하나 said...

sekarang ni boleh kata sume kena English kalo masuk IPT.. haha.. Yana nk jd engineer ke? sesuai jd lawyer la :D

Mk Syahir said...

wah..hebat..hihi semoga sukses in future =)

IFA Athirah said...

never give up!! ^_^

mirmashi94 said...

dapat jugak edu camp utk may intake . hahaha . aku reject seyh . malas nak pegi . eh , liyana pass ehh interview ari tue ? kena puji kann . mesti dapat kann ? hehe.

p/s : x letih ke gosipkan aku ngan fakhrul ? haha :D .

Feza said...

Don't give up! chill~

nurshamila said...

wslm and hai blogger comel. yess aku tau exactly cemana rupa p interview. damn seksa

Liyana Izzati said...

@Haruno Hana : hahhaa. Tu lah, aku yang tak berapa nak english ni tak tahu nak campak mana. Hahha. Tak lah, dulu sesaje jer isi nak try luck. Tengok-tengok dapat. Yeah really? Lagi sesuai jadi lawyer kan? kan?

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Amin :) Doakan lah selalu bro.

Liyana Izzati said...

@IFA Athirah : Betul tu, never give up ! Hahha.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Hahhaha. Banyaknya soalan, letih aku nak jawab. But for sure, tak letih duk gosipkan kau ngan fakhrul. Lagi best ada lah. Hahhaa.

Liyana Izzati said...

@Feza : Hahhaha. :) Thanks .

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : hahahha. Bila masa lah aku comel? Hahha. Seksa batin pergi interview ni kan? Hahha.

ikaa sharin said...

good luck liyana :)

#hye owner blog :) jemput singgah blog saya . ada makan makan sikit :)

Mohd Ridwan said...

Saya sebenarnya ada educamp UTP hari ni, tapi saya tak pergi! Bagus tak? Hahaha~

Liyana Izzati said...

@Ikaa sharin : Hahha. Memang tepatlah pilihan awak. ajak saya pergi makan. Hahha.

Liyana Izzati said...

@Mohd Ridwan : Hahha. Erk? Bagusnya awak ni. Hahhaha.