Sunday, April 1, 2012

Dari aku kepada kau :)

Photobucket
Kau akan faham, kalau baca post ni sehingga titik akhir. :)


Assalamualaikum and Hi. Oh aku tak tahu nak update atau tak pasal ni. Sebab aku yakin kalau aku tak update sekalipun, Ame Nurlyana akan update jugak. Lepas itu Kak Wa pulak yang akan update. Kat facebook tak payah cakap la, semua kawan-kawan aku upload gambar-gambar ni kot. So sebenarnya sama ada aku update atau tak , korang still akan tahu pasal ni kan. kan?

Korang mesti akan cakap "Wei, kalau kau dah tahu ada orang lain yang akan update jugak, what are you doing here man? Kenapa kau tetap jugak nak update"

Well, sebab aku memang havoc, bajet bagus dan bajet ramai orang baca blog dia walaupun sebenarnya dia sorang jer yang selama ni perasan semua tu. Hahhaa.

Itu cuma satu jawapan selamat.

Sebab utama aku update ialah sebab aku tak nak satu hari nanti aku lupa pada semua memori ni. Serius. Aku tak nak satu hari nanti aku lupa yang setiap tahun kelas kami akan buat bbq pada akhir tahun to celebrate all those penat lelah together. Aku tak nak satu hari nanti aku lupa tradisi kelas kami yang suka sponsor bila ada event-event macam ni. Aku tak nak lupa muka-muka yang susah nak bayar duit kelas (termasuk aku sendiri :p) . Aku tak nak lupa all those tension, headaches waktu buat all those preparation walaupun aku sendiri tak berapa nak kerjasama sangat.

Aku tak nak lupa pada si garang, si loyar buruk, si senyap, si bersungguh, si suara kuat, si bijak, si cakap banyak, si bajet dia tahu semua hal, si kaya, si perasan kaya, si kpop, si cantik, si tak berapa nak cantik tapi perasan cantik (terasa ni), si bijak matematik, si bijak kimia, si bijak sains, si pelik, si perokok, si suka masuk dan semua geng kita.

Paling penting, aku tak nak satu hari nanti bila aku masuk uni, aku lupa kawan-kawan aku yang dah bertahun-tahun kenal aku, yang dah tahu jiwa aku, yang kalau aku jatuh diorang akan tolong aku dan hulurkan tangan, yang sentiasa sedarkan aku saat aku hilang arah, yang akan support aku dari depan belakang kiri kanan. Yang memang aku tahu akan gelak macam orang mereng kalau aku buat silap, tapi sentiasa jaga air muka dan aib masing-masing depan outsiders. Hahaha. Aku tak nak lupa semua tu. Serius, aku tak nak. *buat muka sedih*

Ahhh, ayat nak cliche jer kan?

Tapi aku betul-betul harap korang yang baca entry aku kali ni boleh lihat semua tu dari 'sudut/view' yang aku nampak.

Mungkin korang akan cakap "Arghhh, bbq biasa je kot. What's hot? Takde benda yang lain pon." Ada, aku pasti ada.


Aku masih ingat zaman sekolah dulu, kau kau selalu ambik gambar aku yang hodoh-hodoh. Time muka aku ada jerawat comel kat pipi , saat tu lah kau ambik gambar aku. Time tudung aku dah macam mak cik jual sayur, saat tu kau ambik gambar aku. Saat aku tengah marah, panas dan rupa aku sangat sangat sangat sangat hodoh, saat tu kau ambik gambar aku. Hingga bila aku bukak semua gambar tu di rumah, aku terkejut. "Betul ke ni aku? Kenapa aku huduh sangat?" Haha.  Saat kau ambik gambar aku dengan muka buruk, aku suruh kau delete. Kau berkeras tak nak delete, kononya nak masukkan dalam fb aku. Haha.

Sekarang aku sedar, aku tak mampu selamanya jadi 'the one' yang aku nak. The one yang perfect all the time will 3inch make up, tanpa satu bijik pon jerawat kat muka, kulit flawless. Aku tak mampu. Sebab tu aku letakkan gambar aku dengan muka yang macam tu. Harap kau ingat wajah ni selalu tau.

Kau ingat lagi tak waktu tu lepas perhimpuanan, kau ambik gambar aku tengah makan kek yang yana bagi. Masa tu muka aku memang err. tak tahu aku nak gambarkan macam mana.Kau ambik gambar aku, kau masuk fb. Ya, kau memang kejam. Tiga minggu aku terpaksa tanggung malu. Haha.

Yang tudung coklat tu comel kan. Hahahaha.

Hari pertama melangkah ke tingkatan lima, ada kejutan budaya di situ. Aku masih ingat waktu tu ramai antara kita yang terpaksa turun kelas, dan ramai antara kita merupakan muka baru yang aku tak kenal. Aku yang waktu itu orang yang stay seperti aku hilang arah sekejap. Tapi Alhamdulillah. Tak lama lepas tu dah kembali asal. Terbukti hanya orang-orang yang layak sahaja berada di kelas kita.

Bagaimana orang yang kau tak pernah kenal boleh jadi kawan baik kau? Macam mana orang yang paling kau benci end up sebagai orang yang paling kau harap? Macam mana orang yang kau tak pernah terfikir dalam kepala otak kau akhirnya jadi orang yang paling rapat? Macam mana orang yang kau sangat sangat menyampah akhirnya kau sedar yang dia orang yang paling baik kau pernah jumpa. Macam mana orang yang kau ingat sombong, sebenarnya seorang yang sangat sangat friendly.

Itu kawan. Dan memang, manusia ni kau tak boleh baca apa ada dalam hati dia. Serius.



Ini memang weird. This might be our last time together. Ini mungkin jadi kali yang terakhir dapat kumpul ramai-ramai satu kelas, gelak sama-sama, makan sama-sama, duduk berbual-bual sama-sama, gelakkan satu sama lain,ejek satu sama lain, jalan sama-sama. Ini mungkin kali terakhir kau akan jumpa aku dan kali terakhir aku jumpa kau. Ini mungkin kali terakhir aku melihat kau naik motor kapcai kau. Ini mungkin kali terakhir kau lihat aku berpakaian biasa dan tidak senonoh sebegini. Ini mungkin kali terakhir aku dapat lihat muka merah kau saat semua orang ejek kau. Haha. Ini mungkin kali terakhir kau dapat ambik gambar aku, kali terakhir aku dapat tangkap gambar kau. Mungkin jugak kali terakhir kau lihat aku senyum malu, senyum kontrol kalah ada anak raja depan mata, gelak tak ingat dunia dan sebagainya.

Lepas ni aku mungkin lihat kau berpakaian segak/cantik sehingga dari jauh ,sekali pandang aku tak dapat cam kau. Mungkin lepas ni aku jumpa kau tengah jalan, kau dah tak naik motor kapcai kau lagi dan hensem berkereta buatan luar. Mungkin saat aku jumpa kau lain kali kau sudah jadi pelajar terbaik di universiti. Mungkin jugak saat aku jumpa kau, kau sudah megah berkerjaya besar, berkereta, bersuami/beristeri, punya anak-anak comel. Mungkin. Masa cepat berlalu. Pejam celik sudah habis sekolah.

Aku doakan hidup kau berjaya. Amin.


Dila dan Aku.

Kau ajar aku banyak hal. Banyak hal yang mungkin aku tak dapat kutip di tempat lain. Kau ajar aku tanggungjawab, kau ajar aku bagaimana perasaannya hidup susah, kau ajar aku jangan putus asa, kau ajar aku jangan cepat mengalah, kau ajar aku supaya redha, paling penting kau ajar aku macam mana nak bersyukur.  Bersyukur dengan apa yang aku ada. Hari ni aku dapat minum air biasa jer sedangkan orang lain minum ice blend yang mahal tu, arghh bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur walaupun sikit je bahagian aku dalam hidup ni. Bersyukur walaupun aku dapat ciput takat tu jer , sebab ada orang yang dapat lagi ciput dari aku. Kau ajar aku supaya apa jer aku buat dalam dunia ni, apa jer aku dapat at the end of the story tak kisah lah exam, hidup atau apa saja  sentiasa bersyukur.

Ada antara kita yang asal keluarganya senang dan ada antara kita yang asal dari keluarga yang susah. Di situ aku belajar dan melihat bagaimana perbezaan latar belakang, perbezaan taraf hidup, perbezaan kedudukan dalam masyarakat tak dapat membataskan seseorang itu untuk berkawan, mengenali satu sama lain, menimba ilmu dan akhirnya berjaya dalam hidup. Aku kagum melihat bagaimana kau yang sedikit bertuah membantu membantu yang kurang bernasib baik. Aku kagum melihat bagaimana kau yang kurang bernasib baik berusaha untuk berjaya, membaiki hidup kau. Hingga aku sendiri akhirnya kalah. Hahha. Tapi aku belajar semua tu dari kau.

Walaupun kau tak mengajar aku secara langsung, aku banyak belajar dengan melihat dan memerhati.

Semua yang aku kutip dari kau aku akan guna nanti, masa depan aku masih jauh, masih kabur.

 Tikah dan aku. Aku lagi? Maafkan.

Kau sudah umpama kakak, adik,keluarga sendiri. Tempat aku mengadu semua masalah aku, tempat aku berkongsi semua kisah duka suka aku. Kau yang banyak membentuk aku, mengajar aku. Saat aku terlalai sekejap, kau tepuk bahu tanya "Mung duk planet mana dah?". Hahaha. Kalaulah aku tak kenal kau, tak tahu apa aku dah jadi sekarang. Sama ada aku jadi manusia atau jadi opposite tu. Hehehe. 

Hari ni, Alhamdulillah. Tidak lah berjaya lagi tapi InsyaAllah akan berjaya. Dulu, aku sangat tak suka Fizik dan Addmath. Hahhaa. Agak-agaknya fizik dan addmath tu merupakan subjek paling paling paling aku suka dalam dunia ni kot. Waktu aku mengalah, tutup buka dan cakap "Argghhh, lantak lah nak buleh berapo pon. Caro doh aku." Kau ada. Kau ada untuk nasihat, kau ada untuk ajar aku, kau ada untuk kongsi semua ilmu tu. Ya, kau yang dah berjaya buat aku bukak semula buku tu. Mana aku boleh lupa.

Saat aku cakap "Aku rasa aku tkleh la A fizik nanti spm ni." Lepas tu kau pulak balas "Mana tahu mung tkleh A, doh kalu tk yakin buleh A takkan nak buleh C jah ni." Hahaha. Kau paksa aku belajar fizik. Akhirnya, Alhamdulillah. C tu jauh sekali. Hahaha.

Ingat lagi saat aku bercerita tentang masalah aku, masalah keluarga aku. Kau setia mendengar. Aku cakap "janji jangan bagitau sesape." Kau pegang janji tu. Sampai sekarang kau tak cerita. Ke mana kau pergi kau ingat aku. Kau pergi plkn, setiap minggu kau call aku. Kau pergi mana-mana kau tak pernah lupa aku. Aku jugak harap satu hari nanti sampai bila-bila aku ingat kau.

Siapa lagi yang pakai lotion sama ngan aku, krim muka sama dengan aku. Haha. Haiyaaa.


Yana, Najwa, Amy dan Aku.

Aku tak tahu bila lagi aku dapat ambik gambar macam ni dengan kau. Dalam kelas dulu, kita boleh cakap banyak hal. Takde limitation. Cuma mungkin kalau kau cakap benda baik, semua orang akan suka, puji, gembira. Kalau kau cakap taik, semua orang akan boo kau. Biasalah kena boo dulu. Bukan bermaksud kau berperangai sampai jer, sebab tu orang boo kau. Tak! Kadang-kadang kita sengaja jer buat macam tu for hmm, aku tak tahu lah apa motifnya. For fun maybe. Haha.

Setiap kau dan aku ada perangai dan cara tersendiri yang buat kau dan aku berbeza. Ada antara kita yang berbeza kerana cara senyumnya, ada antara kita berbeza kerana cara ketawanya, ada antara kita yang berbeza kerana tahap IQ nya, ada antara kita yang berbeza kerana kecantikkan supernaturalnya, ada antara kita yang berbeza kerana perangainya, ada antara kita yang berbeza kerana gayanya, ada antara kita yang berbeza kerana suaranya dan macam-macam lagi. 

Kadang-kadang kau sendiri tak nampak apa yang membezakan antara kau, aku kita semua. Aku sendiri tak tahu apa bezanya aku, apa yang aku ada yang kau tak ada. Serius. Tapi apa yang aku boleh cakap ialah setiap antara kita ada 'trademark/tanda/identiti' yang buat kita berbeza dan istimewa. Aku nampak apa perbezaan antara kau. Aku tahu kau juga nampak benda yang berbeza dalam diri aku kan? kan?





Dulu, kau selalu cakap aku anak manja/ anak mak. Aku cakap tak! Aku anak umi. Haha. Kau selalu cakap aku manja sebab aku pergi mana-mana mesti mak aku hantar. Pergi sekolah, aktiviti ko, kb mall, kelas malam, kelas petang, kelas sabtu, jamuan itu , jamuan ini semua aku harapkan mak aku. Jangan harap aku naik motor, atau pergi sendiri. Sampai sekarang, walaupun aku dah ada lesen aku tetap harapkan mak aku hantar aku pergi mana-mana. Cuma bezanya sekarang, kalau aku mahu pergi mana-mana aku sudah boleh pergi sendiri walaupun boleh kira dengan jari aku drive. Seriously jadi penumpang lagi best dari jadi driver.

Waktu aku buat lesen hari tu, aku tak ambik lesen motor. Kau gelakkan aku. Cakap aku penakut nak naik motor la, apa laah. Aku sabar je lah. Haha

Sekarang aku dah ada bukti yang aku pernah 'naik' motor. Walaupun itu cuma naik yang sekadar naik, ada aku kesah? Haha.



Sekolah aku dekat dengan pantai. Serius, memang dekat. Tapi rumah aku jauh dengan sekolah. Lebih kurang 15km kot. Dahlah hari-hari ada perhimpunan pagi kat Dataran Wahid, stress aku. Dulu muka ni lah yang selalu datang lewat, muka ni lah yang selau ponteng perhimpunan, muka ni lah yang menyorok kat surau sekolah waktu perhimpunan, muka ni lah yang budak-budak pengawas tu selalu catat nama, muka ni lah yang tak makan saman walaupun dah berkali-kali dapat surah merah saman pasal datang sekolah lewat.

Kau ingat lagi waktu aku menjadi trendsetter? Trendsetter datang lambat sekolah. Haha. Aku ingat lagi , aku yang mula-mula ajar kau supaya datang sekolah pukul lapan. Kalau kau dah lewat, jangan masuk pagar sekolah lagi. Tunggu pukul 8 lebih lebih sikit, pengawas dah takde lah. Kau ingat trick yang paling berguna aku ajar kau tu? Hahaha.

Random photos :

Ecece pandainya berlakon. Haha.


 Apa yang dipegang sebenarnya ialah sebuah handphone. Serius. Actually, ni Kak Wa punya. Aku cuma bajet model. Maklumlah nak harapkan jadi model Blackberry, Iphone dah memang tak kesampaian. So, terpaksalah.

Best main laut terr.

 Ya, motor ni lah hok ore dop peta-peta tu kea? Hahaha. Motor ni lah yang nyaris-nyaris nak kena sumpah jadi basikal oleh diriku ini. Nasib baik, umur kau panjang motor.


Kat Villa ni lah kitaorang buat bbq ni. Best tempat ni wei, dah la cantik. Lepas tu depan dia laut. Memang perghhh, best! Hahhaa. Thanks kepada Tikah yang sponsor tempat.


Ni tuan punya motor. Hahaha. Agak-agak kalau dia bawak skuter tu, orang tu pandang pon kau Hakim. Orang cuma tertarik dengan motor jer kot. Oh maafkan tudung aku ya. Biasalah pantai, tudung memang tak reti handle angin.


Kau tahu apa makna kawan? Kau tahu apa erti kawan? kau tahu apa pentingnya kawan? Aku jugak tak tahu, otak aku tak dapat nak hadam semua ni pada awalnya. Tapi lama-lama bila aku kenal kau semua, aku tahu apa maksud kawan. Memang betul kata orang kau takkan appreciate someone tu bila dia ada betul-betul depan mata, tapi bila dia dah jauh barulah kita ni tersengih-sengih mencari-cari.

Dulu, aku tak sangka benda sekecik pergi kantin sama-sama, makan sama-sama, ponteng aktiviti ko sama-sama, kena denda berdiri atas kerusi sama-sama, kena denda jemur tengah panas sama-sama, siapkan kerja sekolah sama-sama, berlatih kawad sama-sama akan jadi satu kenangan terindah yang aku tak dapat lupa. 

Kalau aku tahu semua tu, dah lama aku buat lagi banyak perangai gila. Aku akan ambik gambar setiap saat supaya bila tiba hari macam ni, kita dapat refresh balik all those 'cherished' memories. Hahaha.

*Pejam mata dan cuba ingat semua moment tu* Rindu.

Waktu ni mungkin kau sedang mengemas kini permohonan upu kau. Aku doakan kita berjaya. Amin.

'Kau' yang aku maksudkan ialah kawan-kawan aku. Maaf kalau entry ni nampak macam kasar sikit. Hehehe. 

Disebabkan entry ni panjang sangat, aku dah buat limitation hanya satu post per page. Kalau korang nak view entry-entry yang lain, tekan jer older post k. Terima kasih :)
Kalau kau suka baca entry ni mesti kau akan suka baca entry aku yang lepas-lepas. Hahaha. Okay, bajet!


Thanks for reading.
             

20 comments:

Haruno Hana 하나 said...

memori akn kekal selamanya :) cuma kita aje reti nk hargai atau tak.. psssttt.... comel la hp tu.. hehe :D

ame nurlyana said...

yaehhh... sob2.. *lap air mata..
xtaw nk oyk gapo dh.. +__+

mirmashi94 said...

sweet giler entry nie. huk3. * lap air mata jup . haha . yg part liyana kata benda sekecik mcm pegi kantin dan bla bla bla tue laa plg touching . sbb aku rasa cam tue jugak . haha. high five sekett :)

Ardini Izzati said...

wauuww :)

Fakhrul Haiyin said...

panjang bebenor! haha. pening aku baca. XD ssuai laa kau macik jd penulis. feeling emo kau eh time tulis entri ni. hehe. btw, nice entri! smoga psahabatan kau tu brkekalan :D

Mk Syahir said...

bookmark dulu..nanti continue reading..panjang sangat cerpen nih xD

nurshamila said...

sebab ko suh baca sampai abes, aku gagah baca this entry sampy the end. best walaupown sah2 takdak kena mengena ngan my life. haha

nurshamila said...

sbb ko suh baca smpy abes, aku gagahkan jugak baca sampy the end. best walaupown sah2 takdak kena mengena ngan aku.haha

Liyana Izzati said...

@Haruno Hana : Hahha, betul tu. Oh mula-mula konfius gak. Tak tahu pon tu fon. Nampak jer macam tu, kamera depan belakang tuu.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : hahhaa. Ye lah tu, tak tahu lah sweet mana. Kita semua pernah lalui semua tu. Serius. Hahha. High five sis!

Liyana Izzati said...

@Ardini Izzati: Hahhaha. Gapo mung ngah?

Liyana Izzati said...

@Fakhrul Haiyin : Hahaha. 2 jam beb aku tulis cari idea, susun ayat. Aku biasa update blog 10 minit jer. Patutlah kali ni, panjang. Hahha. Aku tak nak la jadi penulis. Takde bakat pon ehhh. Hahha. Amin :)

Liyana Izzati said...

@Mk Syahir : Bookmark? Amboi usaha nya bro. Hahha. By the way, thanks. Hahha. Cerpen la sngat :)

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : hahaha. Mentang-mentang aku suh baca sampai habis, sampai habis betul kau baca yer. Terima kasih la sis :) Takde kena mengena dgn kau eh, sorry lalalla. Hhahaa.

wAa syahirah said...

HAHA . SO SWEET MEKLOM :DD . KAWAN :)
HP TER , AUM-2 :

Liyana Izzati said...

Hahaha. Ter aku tag doh mung tu boh! Sweet ker? Thanks la waaa.

Mk Syahir said...

wah..terkesima sejenak T_T

ame nurlyana said...

erk.. sob2.. *lap air mata..
xtaw nk kata gapo.. sweet entry.. hehe

p/s: ak ase ak dah komen male, asal xdop eh.. errr..

Liyana Izzati said...

@Mk Syahir : Terkesima for what? hahaha.

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana: Eh takdop pon. Tapi aku rasa po mung komen doh jugak. Ah lantak lahh :p