Wednesday, April 25, 2012

Climax Part One.

Photobucket

Assalamualaikum and Hi bloggers :)
Cik Arnab pon sayang saya. Tak tahulah anda macam mana. 

Bila tiba tanggal dua puluh enam april maka, aku dah lapan belas tahun. Eleh, takdelah tua mana. Baru lapan belas belum dua puluh lagi.


Wow! Hari ni besday Kak Liyana yang comel tu ke? Excitednya titew. Hukhukhuk.

Hahaha. Bajet tak habis-habis aku ni. Terima kasih adik comel.

Betul la orang kata yang hidup kita ni tak boleh kita duga. Aku rasa baru semalam aku masuk darjah satu, kenal beberapa orang kawan. Hari pertama masuk sekolah bila time cikgu suruh perkenalkan diri sendiri, dengan bangganya aku bangun dan tuduk hormat sambil bagitau seluruh kelas "Nama saya Nur Liyana Izzati binti Abd Aziz dan umur saya tujuh tahun" , tersenyum bangga sebab dah berjaya bagitau satu kelas pasal diri kita. Haha.

You know mentaliti buduk umur tajuh tahun yang baru masuk sekolah macam mana kan? Kiranya kalau dah mampu bagitau nama kita kat orang lain tu kiranya memang terbaik lah. Kiranya tak makan nasi satu hari pon takpe, perut ni rasa kenyang jer. Konon.

Tu cerita bertahun-tahun lepas. Sekarang aku akan lebih matang dan lebih err err err hmm. Lebih yang lebih laa. *Tak tahu nak cakap apa*

Kahkahkah. Cakap macam hidup lama sangat. Well lets consider yang lapan belas tahun tu lama k.

Pejam celik, pejam celik. Dah lapan belas tahun umur aku. Aishhh, macam tak percaya jer.

Tetiba hari ni aku speechless, tak tahu nak tulis apa. Padahal, dua tiga hari ni tak dapat tidur malam. Macam-macam hal datang melawat kepala otak aku. Ya, saya mengaku yang sekarang saya sedang berhingus sebab kurang tidur. Kuang..kuang. Hahha, come on lah. Kau pon tengah berhingus jugak kan? kan?  Faham sangat.



Aku tak expect apa-apa hari ni. Serius. Terima kasih banyak banyak kepada yang duk wish selamat kat Facebook aku and etc walaupun sebenarnya aku tak expect pon orang untuk ingat. Again, terima kasih banyak banyak. Aku tak tahu nak harapkan apa kali ni. Aku tak expect party-party sebesar alam hari ni. Tak expect hadiah-hadiah mewah itu ini. Tak nak semua tu.

Cukuplah kalau anda anda semua terus support saya dalam apa yang saya buat. Cukuplah setiap kali aku buat silap, perangai macam sial ada orang yang nasihat aku. Itu tunjuk yang ada orang care. Cukuplah kalau orang yang aku sayang selalu ada di sisi aku. Cukuplah kalau orang-orang dikeliling aku sentiasa mendoakan kejayaan aku dan masa depan aku. Cukuplah kalau orang yang selalu aku sayang ada untuk tolong waktu aku susah. Cukuplah kalau time aku senang, aku ada orang untuk share kegembiraan tu dan jugak time susah, aku ada orang untuk share kesedihan tu.  See, aku tak expect banyak-banyak.

Cukuplah cliche-nya kali ni. Hehe. Nanti ada yang nangis-nangis pulak.



Tanah tumpahnya darahku. *Sebok kejap*

Talking about future. Kadang-kadang menyampah jugak nak fikir pasal masa depan ni. Eh eh bukan menyampah apa tapi aku ni jenis yang tak tahu lah nak cakap macam mana. Jenis yang kalau aku dah pilih jalan tu, aku akan ikut jalan tu jugak macam mana pon. Tak kisah la apa jadi, apa aral melintang ribut taufan sekalipon yang datang, I will stick to it. Aku sendiri jenis yang mudah kecewa kalau gagal dalam something. Sebab tu kot orang selalu tengok aku rilek jer macam tak fikir apa hal padahal dalam kepala otak ni nak pecah woo. Hihi.

Sebagai seorang manusia normal, aku ada merancang masa depan. Hey, aku pon ada impian, ada cita-cita dan ada rancangan dalam hidup ni. Kalau aku takde perancangan, macam mana nak jadi lawyer yang berkaliber idak? Hahaha. Doakanlah aku dapat jadi peguam yang baik, yang bertanggungjawab dan ber bertatasusila? Haha. Takpe paling penting, doakanlah yang terbaik untuk aku. Paling utamanya doa supaya aku ni jadi manusia yang berguna k. Tapi doakanlah jugak aku jadi peguam yer. Kalau boleh aku dah tak nak jadi benda lain dah, even Ummi aku pon duk bersunguh suruh aku jadi lawyer sebab dalam family kitaorang takde lagi lawyer. Eh ada ! Ayah man lawyer tapi kerja dengan petronas. Hmm takpe, aku penyambung legasi laa kira. Amin.

Sebenarnya aku dah banyak tulis kat Entri ni hari tu, kali ni macam takde idea pulak. 
Apa lagi eh?

Ops ! Jugak aku nak ucapkan terima kasih kepada Ummi dan papa aku sebab melahirkan seorang budak perempuan yang comel lagi perasan ini. Hahha. Terima kasih kerana membesarkan, mendidik dan memberi makan ( bunyi tak sedap jer bila tulis memberi makan, rasa macam ayam la pulak ), mengasuh dan memberi tunjuk ajarku sifu kepada anak mu ini. Nak cliche jer ayat.

Woo, nyaris lupa nak tulis pasal ni. Nasib baik ingat, kalau tak jadi anak derhaka aku nanti. Hahaha.


Orang cakap muka aku macam Ummi aku. Eh of course ! Aku kan anak Ummi. :)

Ya ! Along mengaku lah yang along ni memang degil dan tak dengar kata, perangai macam apa lagi dan sebagainya perkara perkara negatif yang malu pulak aku nak short list kan kat sini. Tahu pulak malu yer, masa buat tak malu. *Muka tunduk* But for sure, walaupun aku ni nampak jer macam ni. Dalam hati ni ada taman permainan dan taman negara k uollzz. Hahhaa. Aku sayang family aku, the only property that I have ! Terima kasih banyak banyak terutamanya kepada Ummi saya yang memang masa kecik dulu suka sangat rotan saya. Tak kena jer rotan, kalau balik main lewat jer rotan, tak buat kerja sekolah jer rotan. *K, tipu jer.* Haha. Terima kasih sebab selalu doakan yang terbaik untuk anakmu ini. Ecece. Dan jugak terima kasih sebab selalu support apa jer yang along buat.

Mak aku ni baik orangnya cuma tegas sikit. Masa kecik-kecik dulu, aku takut gila kot ngan Ummi aku. Dulu aku lagi rapat ngan papa aku. Tapi bila dah besar ni, you know kami girls takkan la nak cerita masalah kat boys kan. So titeww gegurl jadi rapat ngan mak titeww sebab dia gegurl jugak. Hahhaa. K mintak pelempang nampaknya aku ni. Bila dah remaja ni, barulah aku start rapat ngan Ummi aku. Rupa-rupanya Ummi aku ni sporting jugak orangnya. Siap boleh gelak apa lagi kalau time aku buat lawak. kahkahkah. Gelak besar woo. Biasalah sape tak gelak time aku buat lawak kan? kan?

Mak aku ni kalau anak mintak apa-apa memang dia akan siasat gila gila ah. Nak buat apa? Penting ke tak benda tu? Akan bawa kepada kelalaian tak? dan sebagainya. Biasanya proses siasatan tu memang susah dan lagi tough dari siasatan polis woo. Last-last, korang sendiri give up dah. Banyak sangat soalan. But at the end of the story, dia akan beli jugak benda tu. Serius. Sebab aku ni dah faham sangat psychology umi aku, kalau nak benda aku akan mintak sekali jer. Sekali jer. Sebab aku tahu memang akan dapat punya. Just a matter of time! Nampak tak permainan di situ. *Angkat kening*


 Sepupu sepapat. Oh diorang ni memang suka datang rumah. Lepas tu diorang sepahkan sesuka hati. Bila rasa dah complete macam kapal pecah. Diorang akan baliklah tanpa rasa bersalah. Bertuah betul. Then minggu depan datang pulak, aktiviti yang sama jugak. Hahhaa.




Aku ni ada empat orang adik. Semuanya perempuan dan cun-cun. *Sebenarnya tak!* Hahaha. Hobi kitorang hari-hari ialah bergaduh dan bertikam lidah. Bertikam pisau tak pernah buat lagi lah, setakat ni. Syukur. Tapi memang setiap hari dan boleh dikatakan setiap jam memang ada lah hal yang kitaorang duk gaduhkan. Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak, dari mana lah kitaorang kutip peel suka bertekak ni. Memang kalau time bergaduh tu, memang dah takde ah muka ayu ayu bagai. Semua dah bertukar jadi incredible Hulk ! Huhhu. Ummi aku cakap yang dia dah faham sangat dah perangai anak dia satu satu. Yang tu perangai macam tu, yang sorang lagi perangai macam ni.

Aku dengan perangai keras kepala. Angah dengan perangai perasan bagus tu. Adik aku yang ketiga tu jenis perangai suka salahkan orang dan takleh tegur langsung. Mulalah dia nak tarik muka. Yang ke-empat tu perangai sentap lebih-lebih. Time kali kena sound, sikit jer pon. Mulalah adegan air mata drama melayu. Tak faham aku. Yang kecik tu? Tak payah cakap laa. Mulut macam bertih jagung. Kadang-kadang aku pon wondering yang budak ni takleh berhenti cakap ke kejap. Dah bergegar dah telinga aku dengar dia punya membebel.

After all, I always love you Ummi and adik-adiks. Always.

Doakanlah aku ni jadi semakin baik. Amin.

Ehem, sakit tekak sebenarnya nak tulis pasal ni. Ehemm..ehem. Tiba-tiba suara aku tak nak keluar ni. Tolong...Haha. But I want to make this clear. Dah letih nak jawab soalan-soalan korang pasal kami.

Aku tahu semua orang terkejut tengok status kitaorang In a Relationship. Aku terima serangan bertubi-tubi kot. Nasib baik iman kuat. Hahha.

Jujur la aku cakap yang aku dengan retisssss sorang ni sedang mengenali hati budi masing-masing. Baru nak kenal perangai, jiwa, minat masing-masing. Walaupun Hakimy Zamri ni dah bagitau parents dia pasal aku dan sebagainya, kami masih lagi sedang in the process nak kenal hati budi masing-masing.  Masa dia cakap yang dia dah bagitau parents dia, aku terkejut gila ahh. Sampai jatuh fon k.Serius. Haha. Aku harap dia boleh tahan perangai aku. Lepas ni janganlah tanya soalan-soalan pelik-pelik lagi kat aku. Tolonglah, dah penat dah aku jawab ni.

Macam-macam orang tanya aku. Kat mana kenal Hakimy Zamri, Hakimy Zamri ni baik tak, Betul-betul in a relationship ngan hakimy zamri ke, Hakimy Zamri ni ramai peminat macam mana boleh sangkut kat kau bla bla bla. Adeeh :p

Aku tak nak jawab semua soalan tu sebab ni bukan entry pasal dia pon. Ni entry pasal hari jadi aku. So jangan expect aku nak tulis pasal dia banyak-banyak k. Kalau nak kenal dia, pergi tanya dia sendiri. Haha. Nak buat entry pasal dia, tapi hmmm takde orang tepuk tangan pon, takde sambutan nampaknya.  Selamat aku ! 

Ingat orang tua cakap, Kita ni kalau nak benci seseorang tu jangan benci seratus peratus. Hmmm, kalau tak jadi macam ni lah. Aku dulu bukan main lagi. Duk huhahuha tung tang tung tang duk kutuk mamat ni. Last-last ? Haha. Tapi dia ni baik jugak orangnya. Dulu aku ingat dia ni takde perasaan sebab memang takde kerja lain selain dari kutuk aku. Aku pulak apa lagi, orang kutuk kita. Balas balik ahhh, caro apa dih?


Aku tak nak tulis ni. Tapi dia suh aku tulis : Kimy Comel :)

p/s : Kimy duk suh aku mention dia dalam entry aku. Aku nak tulis panjang ni pon aku segan. Nak tulis ni banyak kali aku fikir punya fikir, habis semua orang aku tanya pasal ni. So walaupun ciput, Kimy sila hargai penat lelah aku tau.

Apa benda la aku duk merepek ni. Aishhhhhh ! Maafkan lah diriku ini.

Also. These people, they mean a lot to me.





Ni lagu feveret aku sekarang. Hahaha. So aku dedicatekan lagu ni untuk korang tau. Hahaha. 

Muka hudoh untuk anda anda yang jauh dari mata tapi dekat gila gila di hati. Aku sayang korang sangat sangat tau terutamanya ehem ehem tu ( Fakhrul and Mira). *Gila mati statement !* Hahhaa.

They say life is short. You only get to live it once, so better make it worthwhile k.

K lah setakat ni je lah entry aku kali ni. Haha. Makin aku tulis makin ke laut aku pergi. Thanks sebab sudi baca entry mengarut ni. Sudi habiskan masa jengah blog ni. Terharu aku. Sobs..sobs..sobs. Thank you.

Yang duk wish wish selamat la apa lah kat facebook la, formspring la apa lah, ce try kutip duit seringit sorang. Belikan aku kek dan hadiah. Lagi berbaloi-baloi. Lagi aku sayang korang. Hahhaa.  Nak jugakkk !

Terima kasih jugak kepada rakan-rakan blogger yang sangat baik, sporting, supportive sangat-sangat. Yang selalu baca blog aku. Hmm kalau aku nak senaraikan tak tahulah berapa ramai. Terimakasih banyak-banyak taw. :)

Saya sudah 18 tahun. Anda bila lagi? *Takleh bla langsung closing aku ni, Hahha*

22 comments:

mirmashi94 said...

nama aku kan tue ? hahaha :D . sempat lagi kan kau , liyana . tapi masehh laa ingat aku . okayy terharu *lap air mata jup . hehe :D

happy bithday sis ^^ . lau kau nak hadiah , dtg besut erk . aku konfiden nak drive kau jalan satu besut . alaa , bukan jauh pom bachok tue . keh3 . aku ade sepupu duk bachok , jadi jgn bg alasan jauh :P

Roxy's said...

omg today is your birthday ? and am i missing something about that boy ? haha kidding :p nwy happy birthday sweetie . have a good one !

Ardini Izzati said...

Happy birthday, mclong. Yes aku orang kedua dan aku bangga. Hikhik. Semoga cepat rambut kau beruban ye :)

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94: hahaha. I always have idea have to 'jodohkan' people. Terer tak? Hadiah kena datang pergi ambik kat Besut? Owkeh, esok jugak aku pergi claim.. Jangan jadikan jarak sebagai alasan kan. K k. Kau pon jangan jadikan alasan sabah dengan besut tau. So sweet korang berdua :)

Liyana Izzati said...

@Roxy's : Hahaha. Yup, today is my birthday. I want bonia handbag k. :) Luckily Mai you didn't miss anything yet. Haha. Thanks sis. Love you. Hahhaha.

Liyana Izzati said...

@Ardini Ijati : Hahaha. No dua wish eh? nasib jer tuuu. Aku awet muda, jangan risau :)

Mk Syahir said...

selamat hari lahir my 1st follower..jujurnya saya tak baca habis pon entry awak nih..tapi saya gelak mengekek..hehe

semoga berjaya & bahagia dunia akhirat ye..nanti claim lah =)

kay_are said...

first time datang nyemak...^^ banyak nye blogger sambut besday.. selamat hari jadi!! moga panjang umur dan murah rezeki.. amin..

Hakimy Zamri said...

happy birthday liyana :) HAHA!

amboi kemain lagi tulis pasai kimy. KImy kembang ni ! HAHA. *bajet.

THANK YOU :')

HAPPY BIRTHDAY BUDAK !!!

Liyana Izzati said...

@MK Syahir: Thanks la bro. Haha. Tak baca sampai habis tapi gelak untuk apa? Maklumlah blogger femes mana baca entry kita yang underground ni. Hahaha.

Liyana Izzati said...

@Kay_are : Terima kasih bro. Amin :) Hihihi.

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Hahha. Laa ada ke tulis pasal kimy? Tak perasan pon. Typing error la kot. Kembang. Hahhaa. Macam-macam la hang ni..

Budak? K saya dah lapan belas k. Awak berapa? 15? 16?

By the way, thanks.

ame nurlyana said...

voot. voot.. tumpang lalu..
(bongkokkan badan, tangan ke bawah)
smale ak wish doh kn? mls dh wish banyak2 kali. t luak plok.. kah3..
#eh, mg ehem2 ng retiss eh? x oyk pn katku dih. hukhuk. (dush)
#smoga berbhagia ke ank cucu. cehh. (lagu selamat pengantin baru. lalala~)

p/s: ak x kejam sgt. 1 more time, hepy befday mclomku syg. have a nice day n may Allah bless u always. muahx99. *__* (plis jgn nangis, ak tau mg duk lap air mata tu kan? lalala~ )

Tia Fatiha said...

happy birthday . sorry wish late . hihi :D

Feza said...

saya 21 tahun. hahaha

Mk Syahir said...

dah habis baca okeh!!sedap ayat mu..bak kata fakhriah ayat lawyer terr... =p

M Fizan said...

sesak nafas gak baca entri seorang yang menyambut hari lahir.. sanah helwa.. semoga berbahagia selalu dengan retis hakimy tu :)

yang penting kelas kita sama 5 alfa (sekolah lain), dan pengakuan jujur tentang perangai anda sangat dihargai.. senyum sokmo lah ^_^

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Hahhaha. Malas nak baloh-baloh eh. Hmm dop la kito saem jah weh. Saem belako ngan sesape. Haha. So, tak payah la nak selamat pengantin baru sangat. Hahaha. Wish doh ko? Macam dop lagii. :)

Liyana Izzati said...

@Tia Fatiha : Hahha. Thanks. Oh takpe lambat pun.

Liyana Izzati said...

@Feza : Hahhaha. Saya dah 18 tahun satu hari. Terer tak?

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : hahha. Thanks bro. Ayat lawyer gano? Tk reti ehh.

Liyana Izzati said...

@M Fizan : Hahha. Terima kasih. Kitaorang baru kawan je lah. Adeeei. Oh 5 Alpha jugak? Sekolah mana erk? Hahha. Hari ni jah kito jujur sikit. Mood girang :)