Tuesday, April 3, 2012

April ialah Bulan Saya.

Photobucket
Assalamualaikum and Hi beautiful/handsome readers :)

*Ayat pertama sudah mengampu. Hehe. Sila baca dengan senang hati tanpa ada sebarang perasaan iri hati, dengki, marah, benci dan segala-gala unsur negatif. Kerana saya menulis entri ni secara suka-suka.* Sungguhh.

Obviously, March had been a very confusing, tiring, exciting, memorable and of course a month of fortune and luck to me. How can I forgot the tension and pressure that I have to experience while waiting for the spm result to be announced on the 21th March?  And yeah, macam mana aku boleh lupa hari aku pegang slip spm aku tu dengan tangan aku sendiri. Macam mana aku boleh lupa kejutan elektrik yanga aku alami sewaktu nama aku dipanggil untuk naik ke pentas waktu tu?

Mac sudah menyaksikan jatuh bangunnya aku. Mac sudah melihat bagaimana aku berhadapan dengan all those stress, tension and headaches. Sudah melihat aku menangis, tersenyum, gelak. Semua tu berlaku dalam masa satu bulan. Ya, satu bulan. Terima kasih Mac dan ya, terima kasih Allah kerana sehingga hari ini memberi peluang untuk aku hidup. Sehingga hari ini. And thank you so much for giving me such a supportive mum, family, super duper cute sisters and great friends to guide me all the way. Thank you.




Sebenarnya tidak perlu bulan favourite ni semua. Serius. Cuma saya memang suka dengan cara begini. Dengan harapan bila tiba tanggal 26 April nanti semua orang akan ingat akan hari jadi saya dan kalau memang nasib saya baik waktu tu saya akan terima hadiah dari awak-awak semua yang mungkin baik hati untuk memberi saya sesuatu. Come on, upah lah saya sikit. *sambil kenyit mata*

Haha. Terus terang k.

Saya tidak mengharapkan parti sebesar-besar alam pada hari jadi saya nanti. Parti buih, parti hari jadi, parti pajama dan sebagainya. Saya tak mahu semua tu. Saya juga tidak mengharapkan bunga-bungaan segar penuh di seluruh isi rumah. Saya tidak mengharapkan BMW, Lamborghini, Ferrari dan sebagainya pada hari jadi saya. Jazz juga saya tak mahu. *merendah diri*  Saya tidak mengharapkan makan besar, kek bertingkat-tingkat, hotel lima bintang  dan semua benda-benda yang megah. Serius, saya tak mahu semua tu. Saya cuma harap bila tibanya tanggal 26 nanti, semua orang akan doakan hidup saya lebih baik, dipanjangkan umur dan ya, dimurahkan rezeki. Mudah saja kan?

Saya juga harap orang-orang yang saya sayang mengigati saya pada tarikh itu. Itu sahaja. Kuat cliche nya kali ini.

Apabila tiba tarikh 26 April itu, maka saya sudah 18 tahun.


Saya perlu berubah secara total. Berubah ke arah yang lebih. Mungkin saya perlu berubah dari seorang yang kurang sabar dan terlampau out-spoken kepada seorang yang lebih penyabar. Mungkin saya perlu berubah dari seorang yang kurang baik kepada lebih baik. Mungkin saya perlu mengubah cara pemakanan saya agar kesihatan saya lebih terjaga. Mungkin saya harus mula makan sayur. Hahaha. Jangan gelak, tak pernah dengar budak umur 18 tahun tak makan sayur ke? Mungkin saya perlu belajar bagaimana untuk menjadi wanita sejati dan kurangkan aktiviti dan perangai-perangai kanak-kanak pramatang itu.

Ya, saya harap mental dan fizikal saya sudah bersedia ke arah perubahan itu.

Umur saya sudah 18, jadi saya harus lebih matang.

Saya harus lebih pandai hidup kalau saya mahu pergi jauh. Saya harus belajar berhenti merungut. Saya harus belajar berhenti protes atau buat-buat muka bila orang tua cuba bagi nasihat berguna kepada saya. Saya perlu berhenti hentak-hentak kaki walaupun saya malas tahap gaban waktu tu. Haha. Saya perlu belajar berdikari dan jangan mudah mengalah dalam hidup.

Saya perlu belajar menjadi kak long yang lebih baik dan lebih banyak mengalah dengan adik-adik.

Mungkin saya perlu lebih kenal Tuhan dan kurangkan dunia. Mungkin saya perlu kuatkan iman saya, caj ia agar lebih baik.

Toyota Mark X.
Ini kereta idaman saya. Saya tak harap sesiapa untuk kasi kereta ni kepada saya. Sebab saya yakin dalam masa beberapa tahun dari sekarang, saya akan memiliki kereta ini. Saya perlu belajar bersungguh-sungguh supaya nanti saya punya kerja hebat dan mampu beli kereta sebegini. Saya juga perlu belajar menabung dari sekarang :p

Tapi kalau ada orang nak kasi kereta ni pon takpe, saya sudah ada lesen. Haha.


Saya tak mahu bercerita tentang jenis idaman di hari jadi kerana sesungguhnya sebagai manusia yang normal, saya tak mampu nak senaraikan semua benda. Terlampau banyak. Bukan saya mahu cakap yang saya baik dan tak materialistik tetapi bila saya semakin dewasa, saya belajar untuk lebih realistik dalam semua hal. Saya mahu blackberry, saya mahu kereta besar, rumah besar, bilik yang lebih besar lebih cantik, saya mahu pakaian yang cantik, saya mahu ada empire gah, saya mahu ada hotel sendiri, syarikat sendiri, saya mahu ada driver sendiri, pembantu rumah tiga empat orang. Saya boleh senaraikan semua tu tapi semakin banyak saya menulis tentang hal-hal material sebegitu, semakin saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada. Serius.

Jadi, saya perlu lebih realistik dan berpijak di bumi yang nyata. Saya bukan anak raja yang boleh mintak semua benda. Saya bukan cop duit. Saya perlu lebih berusaha kalau mahu semua tu. Perlu lebih kerja keras.

Semoga di hari ulang tahun itu, saya dapat hidup gembira. Hari-hari lain memang dah gembira tetapi saya harap bila tanggal itu tiba, saya lebih gembira. Semoga hidup saya dilimpahi rahmat dari Allah, rezeki yang melimpah ruah, hidup yang lebih baik dan ya, diberi kesihatan oleh Allah s.w.t.


Saya harap pipi saya berhenti mengembang sebanyak tujuh puluh peratus, berat saya turun sebanyak 5kilogram lagi dan tinggi saya meningkat sedikit sahaja lagi. Hahaha. Macam tak senonoh jer tulis macam ni kat blog. Buat-buat tak nampak dah ah.

Eh ada sesape yang nak bagi hadiah tak? Saya boleh bagi alamat rumah. Hahaha. Eh ni serius.

Ehem, saya perlu belajar kumpul duit untuk buat kenduri kawin. Hahhaa. Tak kusangka, betapa gatalnya diriku ini. Jangan mengata saya. Kau pun harus ada perancangan begini tau :)

Kepada sesiapa yang mahu memberi saya hadiah, saya terima dengan hati yang terbuka. hahaha. Oh awok janganlah buat ayat macam despereto begini. Hahha. Kepada umi saya, Hai! Ingat terrr.



Sewaktu Hari jadi yang pertama. 


 Hmmm, yang ni saya sudah lupa yang keberapa. Ah, biarlah.


Saya menulis entri ni suka-suka. No offence okay !

25 comments:

Fakhrul Haiyin said...

promot nmpak. haha. org ingat jugak tu weyh. kau rilek jaaa. mana tahu time tu kimy hantar sebijik Bugatti veyron dpn umah kau. kan3. hehe. XD

p/s : aku gurau jaa!

ame nurlyana said...

ok, nk jd mula2 wish.. epy befdey mek.. haha.. nati ak adiah kek 5 tgkat deh.. bea makin gemok! haha

Mk Syahir said...

semoga tercapai segalanya..insyaAllah
impressed =)

kai said...

nak hentikan pipi dari kembang kene lempang pipi tu stiap hari hihihi

mirmashi94 said...

haha. aku pernah dengar budak 18 tahun x makan sayur. besties aku ramai x makan sayur kott. satu geng laa korg XD . ek ? befday ye ? huhu . insyaAllah ingat nak wish . lalalala~

gdsbnga said...

ehem hemmm emmmm , amboiii nak kite bagi hadiah dekat die ke ape ni ? hehehehe . promote nampak :P

nurshamila said...

haha dah gtau tarikh, takkan bley lupa plak. mesti rmy punya la yg wish nnty. haha

Liyana Izzati said...

@Fakhrul Haiyin : A'aa, memang nak promote pon. Obvious sangat ke? Hahaha, kau cakap apa bro? Kimy mana pulak ni eh? Buggati bukan kereta idaman aku, sorry :) Hahhaa.

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Mula-mula wish gapo gini. Ore tunggu la satu dua hari sebelum 26 ni. kek? Uiii bestnya ada orang nak sponsor kek untuk aku. Hahhaa,

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Hahhaa. Amin :)

Liyana Izzati said...

@Kai : Hahhaa. Tu lah pasal, takde cara lain ke? Kasar je nampaknya.

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : hahaha. Boleh la geng kitaorang, tak makan sayur. Hahaha. Tak payah susah-susah wish la sis. *padahal dalam hati tak sabar gila nih*

Liyana Izzati said...

@Gdsbnga : Ehem-ehem, memang la nak hadiah. Omg, desperate! Hahaha. Nampak sangat ke promote nya. Hehehe :)

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : hahaha. Amin :) Thanks sis.

Ihsan Arifin said...

tak pernah rasa sambut birthday yang gempak gempak. sedih pakcik habaq hang ! ;D

Myra Azraff said...

fuhh..betul2 luahan ni...perancangan yg terperinci..kehkeh,,jangan risau..kalau x lupa kang aku wish..heeeee..kalau lupa ingatkan la eh...

ame nurlyana said...

awww!! aak nk tgk sape wish dulu kat mg.. agak2 sape ek?? erm.... adakah?? hahaha... =='

Liyana Izzati said...

@Ihsan Arifin : Hahhaa. Sabar pak cik. Saya pon sedih jugak :'( Hahhaa. Sebab takde orang nak bagi saya hadiah BMW sebab saya tulis cam tu. Hahaha.

Liyana Izzati said...

@Myra Azraff : hahaha. Mesti kau gelak guling-guling baca entry aku tu kan? Malu mak jemah. Hahaha. tak payah wish pon takpe KOT. Okay, huruf besar k. Faham-faham la maksud dia.

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Tet! Tksey jawab. Kita tengok la sapo dulu. Hahaha.

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Tet! Tksey jawab. Kita tengok la sapo dulu. Hahaha.

Ali Jasni said...

yg plan nk kawin 2 ayt power.haha

Liyana Izzati said...

@Ali Power : Hahaha. Eh abang ali terasa la tuuu. Simpan-simpan duit la bang. Kang nak kawin ngan kak atul lala...

Kamalia Butterfly said...

hahhaha liyana izzati dah mule mrepek dgn ali powekkk. hahahha ;p

Liyana Izzati said...

@Kamalia Butterfly : Hahhaha. Akak kita suka leteww. Hehhe. Takde mengarut apa la kak, gurau jer. Tapi serius saya bagi nasihat kat abang ali tuh suh save . kehkeh.