Sunday, April 29, 2012

Aku Pelangi.

Photobucket
Assalamualaikum.

Dah dua hari jugak tak update, hari ni aku nak kemas blog ni baik punya. Kasi clear, kasi Bersih.

Gambar aku tak mencetuskan kontroversi bukan? Aku sokong semua. Aku pelangi :)

Akhir-akhir ni, isu WARNA dah tak boleh nak buat main dah. Serius. Biru, Hijau, Kuning, Merah semua tu dah jadi isu sensitif.

Sekarang ni kalau pakai baju warna biru hari-hari pun orang dah panggil kau 'Orang Kerajaan' padahal orang tak tahu kau punya feveret kaler warna biru. Pakai kereta warna biru kena cop 'orang barisan' padahal orang tak tahu yang waktu kau nak beli kereta cuma ada warna biru jer yang tinggal.

Padahal tu semua cuma warna. Warna sahaja.

Dari mana kutip fikiran macam ni, aku sendiri konfius.

Macam mana boleh berlaku?

Tepuk dada tanya akal.

Dekat facebook sana sini tanya aku sokong mana. Kuning kah aku? Haha. Bukan nak bajet aku hebat atau apa sebab secara personally aku sendiri tak tahu kenapa korang boleh terfikir nak tanya soalan sebegitu kepada aku yang secara umumnya masih lagi di bawah umur dan kurang ilmu untuk bercakap hal-hal sebegitu. Again bukan nak cakap yang selagi kita belum capai umur 'dewasa' , kita tak patut cakap soal ni. Kita perlu tutup mulut dan buat tak kisah, Lantaklah nak jadi apa kat kau Malaysia oii ! No, kita semua rakyat Malaysia dan kita ada hak untuk bersuara yang semua orang duk sebut term Kebebasan Bersuara. But again, untuk tanya orang tu belah pihak mana dan mencaci, menghukum orang yang tidak sependapat atau sehaluan dengan kita bagi aku, hmm Kurang tepat dan tidak matang.

Again aku cakap yang aku sendiri masih kerdil dan aku cuma tulis apa yang aku rasa. Kalau memang apa yang aku tulis ni ada silap, aku rela untuk diperbetulkan dengan cara yang berhemah. Aku rasa kau faham term 'berhemah' tu kan? Ahhh tak perlu aku highlight kan hal ni orang Malaysia bijak dan berbudi bahasa.

Kita semua ada hak untuk memilih. Up to kau lah kau nak sokong mana. Tak perlu maki hamun ni semua. Serius.

Bila tengok orang kita duk caci mencaci sesama sendiri, sesama Melayu. Bukan dengan bangsa lain tetapi sesama bangsa pulak tu. Aku rasa sedih.

Apesal kau tak pergi tibai cakap bangsa lain tu bodoh, asyik cakap bangsa sendiri jer Bodoh. Apa kes? Macam mana kita nak berjaya kalau asyik duk kutuk sesama sendiri. Bodoh la kau ni. Tengok tengok, aku pun dah berjangkit dah. Haha.

A kata B bodoh. C kata D bodoh. Last-last apa jadi?

Lepas tu dijadikan cerita bila orang duk tanya aku sokong mana, aku cakaplah aku tak sokong mana-mana. Aku neutral. Mulalah orang duk bersyarah itu ini, cakap macam-macam. Commonly sound like this "Kau tak sokong mana-mana? Eh eh kau ni memang tak layak nak jadi rakyat Malaysia. Boleh berambus keluar dari Malaysia. Puihh."

p/s : Yang cakap macam tu bangsa aku sendiri. Adeeei :p

Serius aku cakap, aku nak tergelak. Nak pecah perut. Masalah betul, cakap kau sokong yang kanan konfim kau kena booo sampai mati. Cakap kau sokong yang kiri nanti orang cakap kau tak kenang jasa, tak bersyukur, tak kenang budi la apa lah. So bila aku cakap aku neutral, kau cakap aku macam ni pulak.

So, to these kind of people. Kau nak jawapan yang macam mana sebenarnya?

Orang cakap aku tak ikut perkembangan semasa sebab buat tak tahu pasal politik, bersih 3.0, kuning, biru, hijau dan sebagainya.

Orang cakap aku tak layak jadi rakyat Malaysia sebab aku tak sokong mana-mana, sebab aku cakap aku sokong dua-dua pihak dan aku neutral.

Tak layak jadi anak Malaysia?
Like Wahhhh, hebatnya kau jatuhkan talak kat aku.

Bukan aku tak ikut perkembangan. Aku ikut. Aku tengok berita. Aku tengok video itu ini pasal kita di youtube. Aku baca macam-macam blog dari yang sokong kerajaan, sokong pembangkang, sokong bersih 3.0, anti Bersih, anti Perdana Menteri, anti Dato' Ambiga, tak sokong mana-mana dan sebagainya.

The point is, aku cuma tak suka menunjuk. Sedar yang ilmu aku memang ciput seciputnya. Sebab aku rasa tak layak lagi nak komen pasal mana-mana pihak. Sebab tu aku suka duduk diam, jadi pemerhati dan silent reader sahaja. Kadang-kadang, berdiam diri tu lebih baik. Serius.


HAHA.

Bukan nak cakap apa lah, jangan lah nak bangga dan banggang sangat. Polis pukul orang. Orang pukul polis. Kereta polis kena tibai. Media kena pukul. Tv buat liputan macam tu. Internet macam ni. Blog kanan buat entry mati-mati sokong parti dia umpama sanggup rela kena pijak demi parti sendiri. Blog kiri buat entry mati-mati kaw-kaw sokong parti dia. Berpecah belah.

Ni ke yang kau panggil politik? Kalau macam ni cara kita berpolitik, memang serius aku cakap aku rakyat Malaysia tapi aku neutral. Tak nak politik-politik ni.

Oh lupa politik 'kita' memang macam ni. Kau kutuk aku, kau kutuk aku kan?

Okay, rilek...rilek. Sekarang aku nak jadi Neutral.


 This is not about Barisan or Pakatan, this is about my country. And I am a Malaysian.


Secara peribadi apa yang aku boleh cakap ialah aku sendiri tak tahu yang mana betulnya sekarang. Tapi yang aku perasan, kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang ada benda yang betul dan ada yang tak betul. Begantung pada macam mana kau melihat sesuatu hal tu. Mungkin salah di mata aku tapi ahhh normal di mata kau. Macam tu jugak sebaliknya. Isu apa? Fikirlah sendiri. Korang lagi bijak dari aku hal-hal macam ni.

Dalam parti PAS, aku ada idola tersendiri. Ada beberapa tokoh-tokoh pemimpin yang aku sangat suka dan minat. Begitu juga kalau dalam parti BN, Pakatan Rakyat dan sebagainya. Ada yang aku adore. Pucuk pangkalnya, dua-dua aku sokong. Faham?

Dulu waktu sekolah, ustazah aku pernah cakap. Jangan tengok parti apa yang dia wakili tapi tengok siapa calonnya dan bagaimana akhlaknya. So, kalau orang tu parti mana sekalipun tak kisah lah yang penting peribadinya dan adakah dia mampu nak laksanakan tanggungjawab itu. Kan?

Stop hating each other and yeah spread the message of love for the sake of our beloved Malaysia !



Negara kita mampu pergi jauh dan boleh berdiri sama tinggi dengan negara-negara membangun yang lain. Janganlah kita jadikan sesetengah hal sebagai penghalang kepada kejayaan masa hadapan kita. :)

Buka mata and move on.



Tetapi amatlah tidak adil, untuk cakap orang tu sangat tak Malaysia dan tak sayangkan negara sendiri sebab dia lebih prefer bersikap diam jer selama ni.

Tak kisah lah Kuning ke, Biru ke, Hijau ke. Aku tetap mantain dengan pink aku. Haha.

Aku tidak sokong atau bagitau siapa salah, siapa betul. Cuma kesal dengan sikap orang kita yang suka kutuk sesama sendiri.

Aku baru lapan belas tahun empat hari. Kalau ada silap mana-mana, mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Memaafkan orang lain ialah perbuatan yang mulia. Hidup Malaysia!

Dua tiga kali aku fikir patut publish atau tak. Redha je lahh.

Berhenti maki hamun sesama sendiri sebab Islam tak ajar kita macam ni. Islam ajar toleransi.

23 comments:

CikMai said...

thank you join bloglist mai eh, mai dh lama follow awak :)

http://missobsesi.blogspot.com/2012/04/senarai-kawan-kawan-bloglist-mai.html

Haruno Hana 하나 said...

so true.. be neutral.. cikgu hana pon pernah cakap camtu.. kalo bleh jgn tunjuk sangat lah kita sokong sapa.. bukannya apa, nk elak pergaduhan ngan org yg fanatik aje.. hahahaha :D

mohamad shazni said...

bangun,,bangun,,
bangun harimau..jgn tido lagi..=)

mirmashi94 said...

okayy , kita geng . aku pom blurr jugakk bab bersih2 bagai -.- . tapi tade pun yang tanya aku bagai . haha ;) . btw , nice entry ^^

p/s : aku juga pelangi ;)

Mk Syahir said...

speechless -_-

boleh jadi hakim awok nih =)

nurshamila said...

aku pon penah pikir nk publish post pasal ni, tp tkot gk kang dgn aku2 sekali kena. btw btol la ko ckp tu. skang ni org dah takdak kebebasan bersuara. ckp sikit kena saman. asik2 saman. muak aku

Fakhrul Haiyin said...

aku pun pelangi jugak wei. haha. yala, betol jugak kau cakap tuh. sampai gaduh2 bagai lagik kan. adeh. kita tunggu jak laa nnt wat happn.

Anonymous said...

stuju 100% anda mmg btol...huhu... btw sy pown x sokong mana2...just duduk diam2 n tngok jerk... malas la nk gadowh2... bukan da pekdah pown...

Liyana Izzati said...

@CikMai : Thanks akak. Like I said lah, akak memang terbaik. :)

Liyana Izzati said...

@Hana : Neutral lagi baik sebenarnya. Tak tunjuk sangat kita sokong mana-mana. Kan? Kita kena tengok peribadi calon tu bukan parti.

Liyana Izzati said...

@Mohamad Shazni : Amboi bersemangat bro kita sorang ni. Itu lah semangat yang kita cari. :)

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : Aku yang blur ni orang duk tung tang tung tang tanya. Kau orang tak tanya pulak padahal kau lagi layak kot nak cakap pasal hal macam ni. kau lagi bijak.

Eh tiap kali entry aku kau tulis nice entry. perasan tak? hahaha.

Pelangi selepas hujan? Hahaha.

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Speechless tu apa? Tak reti oram putis kita. Hahaha. Hakim? InsyaAllah.

Liyana Izzati said...

@Nurshamila : Hahaha. Kau tulis la jugak wei. Aku nak sangat baca pendapat kau macam mana. Takde ebebasan bersuara tu satu hal. Salah gunakan term kebebasan bersuara pon satu hal. Aishhhh.

Liyana Izzati said...

@Fakhrul Haiyin : Kau pelangi? kau pelangi belah sabah nuhh! Hahaha. tak profesional lah saling kutuk mengutuk macam lah takleh duk berbincang cara elok kan?

Lagi satu setiap orang ada pandangan tersendiri kan? Why don't we just respect each other. Kan mudah :)

Liyana Izzati said...

@Anon : Hahhaa. Sama lah kita. Betul tu macam takde kerja jer. Thanks :)

kay_are said...

aku suka hitam.. so ape pendapat orang malaysia tentang aku? black metal? satanisme? =P lantak r dorang nak watpe.. aku nak join neutral gak.. same je mane2 pun.. janji sume same je.. tepati nye tak..

Liyana Izzati said...

@Kay_are : Hahaha. tapi bro bukan semua orang Malaysia mentaliti macam tu. Sesetengah jer kan? Neutral gak? Wooo satu geng kita! Janji pandai mudah jer tapi bila nak buat macam apa lagi. Hhaha.

Tyra Kamarudin said...

semangat plak bila baca entry nie . hahaha . you go gurls ! :D

Liyana Izzati said...

@Tyra Kamarudin : Hahaha. Thanks sis :)

kaizen said...

pink ehh?? haa pasni kalo ade party bru suruh dorg buat pink warne rasmi laa hahaha

*politik itu sentiasa ada dlm kehidupan

Liyana Izzati said...

Hahha. Kalau buat warna rasmi parti warna pink , nanti orang kata wujud deskriminasi kaum pulak kang.

Politik memang sentiasa ada. Tapi politik yang bagaimana kita mahu?

nik rosmawati said...

setuju sgt dengan pendpat ni.