Friday, March 30, 2012

Soalan korang.

Photobucket
Assalamualaikum and Helo dunia ! Oh salam jumaat jugak :)
Aku sebenarnya tak tahu nak update apa hari ni. Dah letih aku fikir idea nak update blog, tapi tak tahu kenapa idea tu tak datang-datang.

Aku post kat Facebook tadi tanya apa yang patut aku update. Tapi dua budak hitam ni selalu keluar topik. Hahaha. (Budak Hitam 1 : Ardini Izzati,  Budak Hitam 2 : Orang Sabah yang pemalu. )



Ramai yang tanya aku macam mana nak buat effect old macam ni pada gambar. Ya, effect yang macam kat  gambar atas tu. Actually aku dah buat tutorial pasal ni lama dulu. Kalau berminat klik sini. Hehe.
Ada jugak orang yang perasan gambar-gambar aku banyak guna effect ni. *Terharu, lap air mata jap.*



Aku sebenarnya pemalu . *tangan di bahu, mata ke atas*  Ehem.
Masa sekolah dulu, semua orang tahu aku pemalu. Kan Ame Nurlyana? Hahaha. Hmmm, sebenarnya tak pon. Aku lah manusia itu yang kalau gelak ikut suka hati dia jer. 

Motif gambar yang sebenar : Kalau korang adjust capacity colour overlay tu dengan baik, korang boleh judak dapat gambar yang macam ni. Itu jer. Description kat atas tu mengarut semata-mata, abaikan.

Ada jugak tutorial photoshop yang lain. Cuma perlu tekan di sini. Takdelah banyak sangat sebenarnya, tiga jer. Aku dah bersara dari buat tutorial sekarang. Kecuali kalau ada orang mintak kat Facebook, formspring and etc.

Oh well bercakap tentang Formspring. Tadi aku bukak formspring aku yang ntah berapa tahun dah aku tinggalkan. Hmmm rasanya semenjak hari tu aku delete kotak formspring kat blog ni sebab tak nak bagi banyak sangat widget kat sidebar tepi. Bila aku bukak, aku tengok banyak jugak soalan yang tak terjawab. Ada soalan yang buat aku ketawa macam apa lagi, ada soalan yang buat aku marah, ada soalan yang akan buat aku tidur sambil senyum malam ni dan pelbagai lagi jenis-jenis nya. Tapi kebanyakan soalan yang annoying tu aku dah delete. Biar jadi sejarah pada aku sahaja deh.


Hahha. Ni soalan masa tahun dulu-dulu kot. Maklumlah waktu sekolah dulu pengaruh korea ni kuat gila. Tak pepasal aku pon berjangkit sama. Sekarang ni dah sembuh dah. Alhamdulillah. Bila tengok orang fanatik gila ngan korea, aku mesti ketawa sesorang dalam hati. Haha. Aku kalau cerita korea tak berapa sangat tapi kalau lagu diorang layan jugak walaupun sepatah haram tak faham. Kalau kat sidebar tu memang penuh dengan gambar artis-artis korea jer, padahal mamat-mamat korea tu tak kenal pon aku. Haha.

Tak faham bahasa korea tu umpama aku bercakap dengan orang Sabah pekat macam hmmm erk.
Okay, tak nak mention nama. Aku tahu dia mesti baca blog aku. Eh, hai Fakhrul!


Sorry yer akak/abang/adik/pak cik/mak cik atau sesiapa sahaja anda yang telah tanya soalan ni. Saya sendiri dah lupa kat mana saya download semua photoshop-photoshop saya tu dari photoshop 8, cs3, cs4, cs5 and  yang latest ialah cs6. Sebab saya memang pantang ternampak software yang free, saya akan download. Sebab tu broadband kat rumah cepat habis limit. Tu tak masuk adik aku yang suka download video bagai tuu.  Maybe kat 4shared, brother soft, cnet ada kot. Tak pasti lah. Tapi kalau nak yang permenant hmm kena pandai-pandai lah cari crack, pirate itu semua.

 Hahha. Sape lah yang tanya soalan ni memang nak kena lah. Nak jer aku jawab "Saya memang nak kawin hari ni jugak tapi mak saya tak bagi." Haha. Ada ke tanya aku bila nak kawin. Awok tu bila nak kawin? Saya baru 18, tolonglah jangan tanya soalan macam ni. Saya rasa tua sangat doe. Stress la macam ni. Haha.

Erk? Pernah ke aku cakap blog aku ni bermanfaat? Hahaha. Agak-agaknya awok ni tak baca description kot. Whatever lah k. 

I like your question. Seriously. :) Sewel dan aku umpama adik beradik kembar yang tak reti nak berpisah.

Banyak lagi sebenarnya soalan-soalan korang yang aku tak sempat di print-screen kan. Hahaha. Oh aku dah letak balik kotak pertanyaan formspring tu kat sidebar. Kalau ada pertanyaan jangan segan-segan tau. Tapi tolonglah tunjukkan budi bahasa anda. Ada sesetengah soalan tu aku dah delete, tak sanggup nak bagitau orang. Moga tuhan ampunkan kau kawan !

Motif post hari ni : Aku ada akaun formspring. Walaupun tak aktif. Hahaha. *Bajet bagus leteewww*

15 comments:

Ardini Izzati said...

yeayyy aku first comment :)
p/s : adakah aku hitam?

[sutera kasih] said...

sy pon ada acc formspring tp dh lupa password haha :p

Mk Syahir said...

Takde ideanyee die..panjang lebaq camtu xde idea lg?haish kalo mai idea boleh buat cerpen nih..silap2 novel ongbak rindu pon kalah..
-dlm bus otw blk kg :p-

Liyana Izzati said...

@Ardini Izzati : Rasa hebat la tu jadi first komen? Hahha. Yeah, tak tahu ke?

Liyana Izzati said...

Sutera Kasih : Hahaha. Saya dulu lupa jugak tapi semalam try buat eh, dah jadi pulak. Hahha :)

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Memang mula-mula takde idea. Tapi bila tulis punya tulis tengok-tengok panjang la pulak. Nak buat macam mana. Ombak rindu? Nanti saya tulis novel Taufan, tsunami rindu. Tengok dapat sambutan tak/

Ali Jasni said...

hahaha tang kawen 2 punye jwpn mmg bernas.

sYafIk-wAy said...

nice idea for the entry ... nk wat gak mcm n tp lme dah x bukak formspring .

Liyana Izzati said...

Hahaha. Memang pon. Tapi ada ke tanya nak kawin bila. Aiyaaa. Eh dah tukar nama kah? Hahha :)

Liyana Izzati said...

@Syafik Way : Hahha. Thanks. Tu lah, memang dah lama tak bukak formspring. Lagi satu friend saya kat Formspring tu abang sorang jer rasanya . Hahha :)

Fakhrul Haiyin said...

Adeh. pekat sgt kaa wei aku cakap? aku rasa biasa ja kot. kau tu yg saja lebih2 kann? haha. kau ckp pom lagi laa aku xpaham. grrr! mcm aku dgr nenek kebayan asal kelantan yg ngah baca mantera ntah apa ja. haha.

p/s: soalan formspring yg last tu mmg ssuai kot. haha. :P

Liyana Izzati said...

Hahaha. Amboi, bukan baca mantera wei tapi aku mmg jenis cakap cepat. Sorry to say la bro. Hahha. Lagi okay lah dari orang yang ala-ala pemalu gitu. Hahha.

Tak tahu lah aku sapa yg bagus sangat tanya soalan macam tu. Kalau aku tahu mmg ada yang kena nnt.

ame nurlyana said...

errkk.. mg pemalu?? jap2.. ak slh org ni.. haha. pemalu la sgt.. :p
p/s: mg sewel?? YES!! (chillax) :p

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Hahaha. Dop lah, jolo doh aku pemalu.
Mana ada sewel. Sapo la punya kijo tuh.

Ali Jasni said...

tuka name sbb gune google plus