Sunday, March 25, 2012

Maaf, Ini Entry Luah Perasaan.

Photobucket

Assalamualaikum and Hi.

Hari ini aku mahu menulis sambil melayan Cerita Merlin yang femes kat tibi tiga tu. Dah episod akhir ke cerita ni hari ni? Tak perasan pulak aku. Satu masa dulu, aku merupakan peminat setia cerita ni. Ya, aku lah orangnya yang sanggup ponteng kelas malam setiap hari Ahad semata-mata nak tengok cerita ni. Ya, aku lah orangnya yang sibuk bercerita tentang cerita ni kepada geng-geng aku yang dah ketinggalan cerita ni. Ya, aku lah orangnya yang selalu saja bergaduh, bertikam lidah, bermasam muka dengan sorang kawan aku kerana si putera kacak Authur. Ya, aku lah orangnya yang pernah berharap dilahirkan sebagai seorang magician akibat oleh penanganmu , Merlin.

Ada season baru kah nanti?

Haha. Itu cerita dua tahun lepas. Hari ni kita bukak cerita zaman sekarang. Dah sedia?


Tadi aku tengok Mentor. Lepas tu aku fikir kenapa aku tak pergi audition mentor hari tu. Haha. Bajet suara best leteeww. Agak-agak kalau aku pergi audition, Pak guard tu bagi tak aku masuk eh?

*Tapi ada jugak orang cakap suara aku sedap. Haha* Ini serius. Maybe diorang ada sound error kot. Hehe.


Waktu ni aku sambut Birthday aku yang pertama. Aku sayang umi aku dan aku sayang diri aku sendiri.

Maaf kepada orang-orang yang telah menghantar mesej kepada aku. Bukan aku tak nak balas tetapi aku memang malas sekarang. Ya, aku mengaku aku pemalas macam apa lagi sekarang. Umpama kalau kau  acu pistol kat kepala, aku still buat tak tahu dan tak bergerak. Itu tahap malas aku.

Bukan aku marah pada kau , jadi aku tak balas mesej. Tak! Aku bukan jenis yang sebegitu. Kalau memang aku tak puas hati dengan sesuatu/seseorang, aku jenis yang aku voice out apa yang aku rasa. Aku bukan jenis yang 'hurt inside' ( sekurang-kurangnya bukan buat masa sekarang ). Kalau kau buat aku sakit hati, bukan aku yang sepatutnya rasa bersalah, tapi kau. Jadi menangis dalam hati bukan jenis aku. Maaf.

Perasaan malas tu yang buat aku tak berapa baik dengan kau. Malas tu yang buat aku selalu ketinggalan. Salahkan malas, bukan aku. Tapi malas dan aku umpama adik beradik. Jadi?

Maaf sebab kau cakap kau perlukan aku untuk balas mesej kau urgent, tapi aku ambik masa 30 minit hingga sejam untuk balas text kau  atau mungkin tak balas langsung. Aku mintak maaf. Sungguh dari hati. Bukannya aku sengkek sangat, bukan aku berkira kredit, bukan aku berkira 1,2 sen untuk satu mesej. Aku cuma...cuma tidak ada mood untuk text-text ni semua.

Aku lain. Kalau orang lain tak boleh hidup kalau tidak ada telefon, aku tidak. Telefon aku boleh saja tak hidup selama berhari-hari. Andai kalau telefon aku boleh bernyawa, aku pasti sudah lama dia pergi tinggalkan aku. Mungkin dia akan cakap "Kau tak sayang aku. kau buat aku umpama takde harga. Aku nak tinggalkan kau." Ya, mungkin jugak.

Kadang-kadang bila aku balas text kau dengan dua tiga perkataan, ada antara kau yang tarik muka dengan aku. Cakap aku tak memahami, aku tak fikir perasaan kau, dan ada jugak cakap macam ni "Oh, orang femes memang tak balas mesej orang kan?". Sakit sekali sindiran kau. Sekarang kau nampak, salah satu sebab aku tak nak balas mesej kau ialah sebab kau sensitif dan kau sengaja nak sakitkan hati aku. Aku tak faham feeling orang? So what. Aku tak feeling-feeling sangat. Maaf lah, perasaan aku sendiri aku tak faham. So what do you expect?

Cerita dari handphone jugak terbawak-bawak sehingga ke fb.

Facebook ialah jiwa.

Bila aku log in, mesti ada yang tanya kenapa aku sombong begitu begini. Maaf aku tak sombong. Serius. Aku dah cuba untuk bermanis muka, balas IM orang dan sebagainya. Cuma masalah aku ialah aku tak ada masa untuk selalu buat macam tu. Masa aku adalah limited. Aku jugak perlu makan, perlu tidur, perlu buat benda yang aku suka. Aku bukan selalu mampu nak balas IM orang, balas komen orang, like gambar-gambar cute korang dan sekarang yang paling latest ialah  FOLLOW blog-blog hebat korang.

Ni satu kes. Message kat Facebook aku dah penuh suruh aku follow blog dia. follow blog kawan dia, adik dia, akak dia, mak dia. Ya Allah, tolonglaah...

Again aku tak paksa orang follow blog ni, kalau kau nak follow go on lah. Kalau tak nak pon takpa, aku tak kisah. Serius. Tak perlu lah dah follow bagai dah, lepas tu semata-mata tengok aku tak follow balik blog dia. Sanggup unfollow blog aku. Haha. Apa kes teerrrr. Jangan jadi desperate kejar followers sana sini, buat rilek-rilek sudah ahhh.

Lama-lama kalau kau keep tulis dengan ikhlas, followers tu akan datang dengan sendiri. Kalau kau keep perangai "I follow blog you, you WAJIB follow blog I k" ni. Tak kemana pon. Serius.

Aku tak janji aku ada masa untuk follow mollow ni. Tapi kalau aku ada ruang masa, dan beberapa faktor lain yang tak menghalang seperti line tak macam siput sedut dan sebagainya. Aku akan follow. Aku jenis pegang janji kot. kot okay, kot.

Pegang cakap aku. Kalau blog kau best, tulis pon best. Followers tu akan datang sendiri. Jangan tengok blog aku, blog aku tak best. Serius.


Haha. Tetiba entry ni jadi panjang. Bila masa aku taip tak tahu. By the way, thanks for reading. Again, aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah silap yang aku tahu memang ada dan aku tahu semuanya datang dari aku jugak. Hehe. Sudi-sudi lah maafkan diriku ini ya?

Thanks for reading :)

Aku tak kumpul followers, aku cari readers. 

21 comments:

shiema sufian said...

Kita ialah diri kita kan ? tak dapat disamakan dengan org lain. Takpe, try to be nice with others. Shiema pon balas mcg yang really important je. kalau nonsence mmg tak reply (:

Mk Syahir said...

yeahh!! =)

Aimi Juon said...

Kita mempunyai minat sama iaitu Aurthur. Ihik

Woah! Sampai begitu sekali? :O

ame nurlyana said...

yahh! aku, maafkan kamu~
*tacing~ hehe.. saba kawan!

Liyana Izzati said...

@Shiema Suffian : InsyaAllah, I'm trying to be good with others right now. Serius. Tapi tulah kita ialah diri kita. Baik untuk kita, tak semestinya baik jugak untuk orang lain. Okay dah tu balas yang penting-penting jer. Thanks kak :)

Liyana Izzati said...

@MK Syahir : Yahhoooo. Erk? Whats the point?

Liyana Izzati said...

@Aimi Juon :
Hahaha. Authur ialah kesukaan ramai. Kesian kepada si Merlin yang capang itu. Hahaha. Walaupun sebenarnya dia lah watak utama. A'aa macam itu lah kak.

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana : Eh mg ada send text massage ke katku loni? Rasa macam takde jeerr. Touching, omg! Hahhaa. Aku lagi laah. Dah berbaldi air mata ni kawan :'(

kaizen said...

i like ayt last!!!!

Fakhrul Haiyin said...

haha. patot laa weh. sibuk kot kau. xpa2. go on! hehe. :D
btw, part "I follow blog you, you WAJIB follow blog I k" tu mmg perghh! xbole blah sgguh. haha.

wAa syahirah said...

g follow blog aku . NOW ! AHaa ~ sbr dgn sepenuh iman (:
(kalu separuh tkt xjd plop)
kehkeh

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Luahlah, pasti akan terkesan buat semua. :)

Liyana Izzati said...

@Kaizen ; Hahaha. Tahu takpe.

Liyana Izzati said...

@FH : Hhahaha. Sorry ah aku balas mesej kau gitu-gitu jer. Aku tak minat sangat text-text ni . Hehhe. Tu lah, paksa bagai.

Liyana Izzati said...

@Waa Syahirah : Eh wa, aku follow lama doh la blog mg.. Weeek :p

Liyana Izzati said...

@Fifiey Lychee Maration : Hahhaa. betul tu sis. Thanks :0

nurshamila hasbollah said...

saya tak sempat follow g blog ni tapi saya jd reader tetap awak. btw congrats for result yg awesome. saya dpt 5 je

Liyana Izzati said...

First of all thanks sebab jadi pembaca setia blog yang ntah apa-apa ni. Saya mmg rasa macam terharu kalau orang cakap dia suka blog ni. Haha. Kalau nak follow , follow jer saya tak marah pon. Siyes. Cuma tak suka orang yang paksa kita follow dia balik jer. Don't get me wrong. Oh result? Tak lah result sy biasa-biasa jer. Cukup-cukup makan jer. 5 pon okay apa. Maybe dah takde rezeki kot. Nanti-nanti mesti berjaya kat U.

daya jamal said...

yeahhh ! :) btw , thanks follo blog kite erk ? rajin2 lah bce entri daya erk ? tp tiada paksaan . :) happy blogging !

mirmashi94 said...

erk,nak komen. tapi dah syok baca entry liyana. lupa da nak komen ape. btw,blog nie besh laa ^^. lau start baca entry liyana,mmg hanya akan berhenti kat titik terakhir. omo ! ayat berbunga. kah3. XD keep on writing dear ! and i'll keep on reading ^^

Liyana Izzati said...

@Mirmashi94 : haaha. Betul ke syok sangat sampai lupa nak komen. haha, terima kasih la. Haha. Berhenti kat titik terakhir? Wah, biar betul? Hahha. Thanks :)