Wednesday, March 14, 2012

Kenapa kad pengenalan aku rosak?

Photobucket


Kalau hari ni kau nak apa jer dalam dunia ni dan kau mampu dapat semua benda tu dengan mudah. Bersyukur lah. Sebab bukan semua orang hidupnya mudah seperti kau. Bukan semua orang jalan hidup dia lurus. Bukan semua orang beruntung macam kau.

Kalau hari ni kau buat something dan kau dapat berjaya dengan sekali buat jer. Bersyukur lah. Sebab bukan semua orang boleh berjaya macam kau dengan mudah macam tu. Bukan semua. Serius. Ramai orang perlu cuba berkali-kali, jatuh berkali kali baru boleh berjaya macam kau.

Assalamualaikum.
Amboi, dah bagi into entry panjang baru nak bagi salam. Hahaha.

Oh yeah, tepuk tangan sebab dah lama tak update blog. Yea!

Tapi serius aku maksudkan setiap perkataan yang aku taip tu. Ya, sebab aku mengalaminya. Serius.

Hari ni, aku bangun pagi siap-siap. Terpaksa ke Jabatan Pendaftaran Negara kat Wisma KB sebab nak urus masalah besau pasal aku punya kad pengenalan/i.c. No, no aku warganegara Malaysia yang berkaliber of course ( walaupun muka macam pan-asia. hehehe)  tapi aku punya kad pengenalan ada problem sikit kat dia punya cip. As a result, banyak benda yang aku tak boleh buat. Nak bukak akaun bank tak boleh, nak buat apa-apa transaction pon payah. So, semalam ada akak bank ni suruh aku pergi tukar.

Sebab aku fikir kalau aku tak selesaikan benda ni sekarang, lama-lama akan jadi makin susah dan complicated. So, aku gagahkan jugak kaki aku. Paksa mata suh bukak walaupun kalau ikut hati memang aku nak Tidor! Hahha.

Sampai jer kat sana. MasyaAllah ramai nya manusia kat sini. Nak parking pon susah. Terpaksa aku jalan lebih kurang 1km nak masuk kat Wisma tu. Naik tingkat 2, panjat tangga maka sampailah aku kat  Jabatan Pendaftaran Negara. Aku masuk jer kat situ memang nak melompat rasanya. Memang ramai gila manusia yang datang sebab macam-macam masalah. Ada yang nak buat surat beranak anak, cucu. Nak urus pasal kawin. Ada yang kad pengenalan hilang. Ada jugak yang senasib dengan aku, kad pengenalan rosak.

Waktu aku masuk dan ambik tiket, masa tu baru 2000 lebih dekat 3000. Aku punya 3180. Omg!

Benda ni buat aku fikir, kenapa lah dalam ramai-ramai orang kat dalam dunia ni, aku selalu kena buat kerja dua tiga kali baru boleh berjaya. Kalau lah aku punya kad pengenalan ni takde masalah, mesti banyak kerja aku dah beres. Aku dah boleh buat akaun bank semalam lagi. Sekali pergi terus settle aku punya akaun. Ni tak lepas i.c ni siap dua tiga hari baru, kena pergi balik kat bank. Kalau tak rosak, aku tak payah  jalan punya jauh. Beratur ambik giliran bagai. Haissshh.

Sedangkan orang lain duk rilek jer kat rumah makan nasi, tidur. Kita ni tengah berhimpit dengan ratusan orang kat sini. Haissh.

Itu satu situasi. Banyak lagi perkara dalam hidup aku ni yang terpaksa buat dua tiga kali baru beres. Bukan nak bersungut tapi serius kalau hidup korang jenis yang mudah, bersyukurlah. Sebab korang tak tahu berapa ramai lagi orang yang macam aku ni yang terpaksa buat kerja yang sama berulang-ulang kali.

Kadang-kadang tak faham dengan orang yang suka bersungut. Hari tu aku dengar ada budak ni bersungut yang dia letih kena belajar kereta. Lepas tu nak test lagi. Geram jer aku nak sampuk " Eh, aku ni dah lebih 8 jam belajar. tak tahu dah berapa belas jam takde pon nak merungut bagai. Test jpj pon dua kali baru pass."

So, bersyukur k.

Diorang cakap i.c aku rosak sebab letak dalam purse. Lepas tu berhimpit-himpit bagai. Sebab tu cip dia rosak takleh guna. Tapi kalau tak letak dalam beg nak letak kat mana lagi?

Ni kad pengenalan ketiga aku. Ya, aku sangat hebat. Sampai akak yang kerja kat jabatan pendaftaran tu pon kenal aku. Huahuahua.

Ya, ini entri sebab letih tunggu no giliran tadi dengan perut lapar. Mari belanja aku makan nasi.

"Have You Ever Noticed that the Saddest person always has the most beautiful Smile?" -Tumblr.





2 comments:

Ardini Izzati said...

careless punya pasal kan. hihi :B

liyana izzati said...

Eh, bukan salah aku ngek. Kad tu meme bengom. Dia nak suh aku gi situ banyak kali.