Friday, March 16, 2012

Jangan Takut Gagal.

Photobucket

21 Mac 2012 jatuh pada hari Rabu. Errr.


Aku sebenarnya takut. Takut apa? Takut gagal. Walaupun sepatutnya tak perlu takut sebenarnya. Ni semua kan Allah dah tetapkan, tetapi biasalah lumrah manusia yang normal akan tetap ada rasa takut. Again, everything goes straight away to takdir and rezeki. Kalau lah dapat result cemerlang masa spm nanti dah memang rezeki kita, maka Allah akan kasi. Banyak kali aku bagitau diri aku yang, aku tak perlu terlampau takut begini. Serius, tak perlu. Sepatutnya rasa takut tu aku salurkan ke arah perkara lain yang sangat worth untuk aku takutkan.

Jalan hidup aku sebelum ni susah jugak especially when it comes to education and performance in exams ( and beberapa perkara lagi dalam hidup ). Tidaklah seteruk orang lain tapi orang kata 'bekas' tu tetap ada. Yeah aku pernah gagal dalam pelajaran upsr, pmr dan jugak peperiksaan biasa. Benda-benda macam ni sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan dan emosi aku saat ni.


Yes! Who will like to fail in exams or any other competitions? We all want to win.. just win. No matter what happened, you know by hook or by crook anyhow. Tapi again, semua benda bergantung kepada takdir.

Upsr dulu, I was one of the targeted students tapi at the end of the story, end up sebagai pelajar 4a jer. Again, tak terok pon kan? But it took months for myself to get recovered from that experience.Masa pmr dulu, aku dapat 8a. Hey, not bad pon kan? Tapi of course tak menepati aku punya target. I really wish that I got straight As but well bukan rezeki kot masa tu. Okay remember, takde rezeki.

Dulu, aku menangis macam apa lagi. Result tu ( both upsr and pmr ) buat aku tak senang duduk, menangis berhari-hari lamanya, lempar semua barang dalam bilik, kertas result tu pulak rasa macam nak koyak-koyak jer sebab tak boleh terima kenyataa. Alaa, bodohnya waktu tu. Hahha. Biasalah, kalau gagal dalam something mesti rasa nak nangis. Kau pon sama kan? kan? Tak payah tipu lah.



Alhamdulillah, Allah tak bagi aku hanyut jauh.

Kejap jer dia bagi rasa sakit pedih. Lepas tu aku dah semakin boleh terima kenyataan. Dah jatuh sekali dua kali takkan tak nak bangun, nak terus je jatuh macam tu?. No way.  Lagipon waktu tu aku percaya yang  belum terlambat lagi untuk put effort dalam pelajaran aku. Serius.

Semua itu merupakan turning point bagi aku. Lepas jer kegagalan tu, aku belajar sungguh-sungguh ( takde lah bersungguh sangat. ) tapi okaylah. Lama-lama aku sendiri jadi redha dengan keputusan tu. Hikmahnya mungkin lah Allah nak aku belajar lebih bersungguh-sungguh, mungkin Allah nak aku selalu ingat dia, mungkin Dia nak aku selalu bersyukur dalam semua hal, mungkin Dia nak aku ingat mak aku, family aku. Semua benda ada hikmah. Who knows right?

Mungkin waktu upsr, pmr and exam-exam sebelum ni bukan rezeki aku. Takpe lah. Mungkin jugak spm ni bukan rezeki aku untuk lulus cemerlang walaupun dalam hati ni Allah jer yang tahu betapa aku harap result aku cukup cemerlang untuk buat umi aku, adik-adik aku, family aku bangga. Itu saja buat masa sekarang. Aku tak fikir reward yang aku akan dapat nanti, hadiah or whatever. Aku cuma mahu buat semua orang happy. InsyaAllah.

Dan Kalaulah result spm aku 21hb haribulan nanti tak cemerlang apa aku kena buat? Bersyukur. Alhamdulillah... Alhamdulillah. Sebab Allah pilih kita untuk diuji.

Aku cakap 'Kalau'. Aku tetap berdoa moga result aku terbaik nanti. Amin.

Orang hebat!

However, jangan jadikan takdir sebagai alasan untuk anda berputus asa dalam hidup. Memang betul hidup ni atas takdir tapi Allah jugak suruh kita berusaha. Lepas berusaha sehabis baik barulah bertawakal k. Ingat Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau mereka sendiri tak mengubahnya.

InsyaAllah. Aku tak takut gagal. Kalau dah takde rezeki, redha. Kan Allah dah bagitau, kalau kita bersabar maka Dia akan bagi lebih :)


Moga aku dapat result cemerlang nanti. Amin.
Good luck kepada yang akan sesama ambik result 21hb ni.

"Berpenat lelah lah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan. Jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan sebab demikianlah hidup ini diciptakan" Imam Syafie.

19 comments:

Aisyah Hazirah said...

kegagalan tu satu kejayaan yang tertunggak :)

#kita sama , nnty nak amik result jugak . gud luck ! ^-^

Fakhrul Haiyin said...

aku xtakut gagal jugak =='. tp mmg harap dpt rsult cmerlang. Allah kn menilai dr usaha. kalau sdah usaha tu, insyaALLAH ! *ayat sdpkn hati. hehe.

P#eoniX said...

amin....

P#eoniX said...

amin....

Nafie Noor Azman said...

good luck

-nurul fakhriah- said...

nice entry cayam. :')

Haruno Hana 하나 said...

nice sharing :) mmg takut gagal dlm SPM sedangkan org lain expect more from us..

IQA QAYRA said...

sama lah kak,dulu saya upsr pun 4a je,nanges sampai macam nak guling-guling...tapi alhamdulillah pmr saya dapat straight A's :)

mirmashi94 said...

harap2 tuan belog dapat result yang cemerlang . cemerlang atau tidak no 2 , yang penting kite tahu kite dah usaha yang sebaik mungkin . setiap yang berlaku ade hikmahnya , kan ? hehe .

liyana izzati said...

@Aisyah Hazirah : Betul tu. Good luck jugak :)

liyana izzati said...

@FH : Wei, kau tak payah risau kot. Konfirm result kau gempak nanti. Tapi aku setuju ngan apa yang kau cakap tuu. Allah menilai dari usaha.

liyana izzati said...

@P#eoniX : Amin. Thanks :)

liyana izzati said...

@Nafie Noor Azman : Thanks.

liyana izzati said...

@Nurul Fakhriah : Thanks. Doakan saya tau.

liyana izzati said...

@Haruno Hana : Haha. Betul tu. Kita sendiri takut nak letak expectation yang tinggi sedangkan orang lain rilek jer bagi harapan tinggi. Takpe, doakan kita semua dapat result baik nanti. :)

liyana izzati said...

@Iqa Qayra : Oh, tahniah. Nanti spm nanti adik buat yang terbaik k. :)

liyana izzati said...

@mirmashi94 : Amin. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Thanks sis :)

Muna rahimah said...

Salam . hai kak Liyana / kak izzati . hee :) err , nak panggil ape ni ? hehe . kite panggil kak yana je lah ye ?

Kak yana , memanglaa kak yana gagal nak dapat keputusan yg kak yana nak for UPSR and PMR . but itu tetap tak patahkan semangat kak yana kan ? :) i know you'll get Straight's A for SPM . insyaAllah dengan izinNYA :)

Allah nak uji kak yana sameade kak yana akan berusaha atau tak selepas mengalami kegagalan . see , kak yana berusaha kan ? you will get it one day kak . kalau tak dalam SPM mungkin dalam hidup kak yana :)

Btw , goodluck 21 MAC ni :)

Usaha + Tawakal = Cemerlang ^__^

Liyana Izzati said...

@Muna Rahimah : Thanks dik. Anda telah buat saya rasa terharu. Hahha. Thanks banyak-banyak. Adik doakan kejayaan akak k. :)