Thursday, March 15, 2012

Entry lama-lama.

Photobucket

Assalamualaikum akak-akak dan abang-abang yang sangat comel sekali. Yaa, saya memang berniat nak mengampu pagi ni. Dengan harapan ada orang sudi belanja breakfast hari ni. Okay desperate sangat. Hahha.

Tetiba aku sentap tengok iklan ni. Serius.


Nasib baik patah tangan jer bro. Arghh, call me now.

Hari ni seperti biasa bila aku sign in blogger.com, takde idea pon dalam kepala otak aku. Tak tahu nak update pasal apa.

Sempat gak aku tengok older post aku yang dulu-dulu. Baca balik apa yang aku dah tulis selama ni. Kadang-kadang bila baca balik semua hasil tulisan aku tu ada jugak rasa terharu dan sedikit bangga. Haha. Tak sangka yang aku mampu tulis macam tu. Takde lah sehebat mana ( tak hebat langsung, terima kasih. ) tapi bagi aku agak okay lah terutamanya bagi seorang yang bermula dengan zero dalam blogging dan menulis sehingga ke hari ni cuma berdasarkan minat semata-mata.

Aku tahu tak hebat. Tehee.

And of course, hidup kita ni jugak ada pasang surut. Tapi tak semua benda aku boleh cerita di blog. Tak semua orang perlu tahu kisah sedih dan gembira kita. Ada sesetengah benda yang kita boleh share dengan orang lain dan ada setengah benda yang kita cuma boleh pendam sorang-sorang. Bukan bermaksud kita nak hipokrit tapi memang ada sesetengah benda tak terluah dengan kata-kata. Faham? Buat-buat faham k, aku malas nak explain. 

Muka aku memang sesuai dengan tapak kasut saiz 38. Haha.
*Nampak tak plat P tu? Ehem*


Bila baca balik older post, aku perasan yang aku selalu cerita pasal cerita happy jer. Hahha. Adakah aku seorang manusia yang tidak mempunyai masalah? Oh tidak sama sekali! Masalah memang banyak tapi cara kita handle masalah tu berbeza-beza. Masalah yang mendewasakan kita. Masalah yang membezakan aku dengan kau. Masalah yang menjadi pengukur tahap kesabaran kau. Masalah menjadi penentu siapa kau masa depan. Ya, ayat aku cliche.

So, kat sini aku nak share ngan korang entri aku yang lama-lama punya. Most of them ialah entry masa zaman aku kanak-kanak ribena, entry zaman mak aku selalu membebel sebab aku online sampai ke pagi, entry zaman aku selalu tak siapkan homework sebab sibuk update blog. Hahaha. Aku tahu, aku teruk. Tak payah cakap, aku dah lama tahu. Tapi lebih suka buat-buat tak tahu. Hihihi.

Di bawah ialah entry sengal, beware! *Drum roll*


Entri ni aku tulis lepas aku rasa frust gila ngan markah exam aku. Especially Biology. Kononnya entry nak lepas perasaan lah. Tapi at the end, tak tahu sama ada masih menepati tema atau tak. Tapi aku memang maksudkan bila aku cakap "Aku jeolous dengan orang yang terer Biology!". Yeah. Aku rasa entry ni sesuai kot ngan Fakhrul Haiyin kot. Eh, kau kan peminat Biology. Kahkahkah.


Entri ni memang entry bergambar. Saje aku upload banyak gambar nak suruh orang menyampah sambil muntah hijau bila baca entry tu. Berkesan tak taktik aku? Hahha.

4. Kami Wanita.

Hohoho. Ini entry paling sengal dalam alam semesta kot. Aku pon tak tahu macam mana  aku boleh jadi feminist gila gila macam ni. Masa ni emosi tak stabil barangkali. Ahh, tidak! Aku biasanya tak hebat mana kalau bab-bab nak mengutuk orang ni (hehehe, tipu :p ). Tapi entry ni macam errr sengal. Hahhaha.

5. SPM is Over! ( December 2011 )

Masa ni hormone tengah excited gila. Maklumlah, dah habis SPM. Entry ni just nak bagitau seluruh dunia yang aku dah habis spm like "Hey awak, saya dah habis spm. kau hado?" Hahahaha. Begitulah. Masa mula-mula habis sekolah tu memang best, tapi lama-lama tu ada jugak rasa boringnya. Yeah, sekolah memang best. Tapi membuta masa adik-adik pergi sekolah lagi best gua cakap lu. Hehehe.

Motif? Oh lupa, gambar dalam blog ni memang selalunya takde kaitan ngan entry.

Tu je lah kot entry diriku kali ni. Kalau ikut suka hati aku memang semua entry yang aku perasan best aku nak mention kat sini. Tapi tu lah, tak nak ambik masa korang banyak sangat. Okay, That's all. Thanks.

4 comments:

Fakhrul Haiyin said...

biology best laa weh. siryes. hehe. ttba pulak nama aku kau letak situ. adeh. haha.

liyana izzati said...

@FH : Hahhaa. Ye lah, kau peminat biology. Aku peminat sejarah. lain kot. Eh, saja nak mention kau. Bila lagi aku berpeluang nak hentam kau mcm ni. Tapi ni kira berhemah lagi ah.

Feza said...

rasa kelakar pulak kalau baca entry lama-lama walaupun sendiri yang tulis. damn! haha

liyana izzati said...

@Feza : Memang pon. Hahhaha.