Tuesday, March 27, 2012

Dilema Upu.

Photobucket

Orang cakap ikut kata hati , Mati.


Pressure.

Pressure bila kau bangun dari tidur bukak mata, orang dah sibuk tanya kau nak isi course apa upu nanti.

Pressure bila kau bangun dari tidur bukak mata, orang dah tanya kau nak masuk universiti mana.

Pressure bila kau hadap laptop, tengok application untuk jadi cikgu asyik error jer terus.

Pressure bila application untuk jadi cikgu terus error, mak kau pulak terus jadi over risau dan paksa suruh isi jugak macam mana pon.

Pressure bila orang asyik tanya kau apa beza antara stpm, asasi dan matrikulasi sedangkan kau sendiri ilmu takat tu jer.

Pressure bila kawan kau asyik cakap "Diploma deh kita dua", padahal kau tak pernah janji apa-apa pon dengan dia.

Pressure bila orang tanya kau nak sambung apa, kau cakap nak masuk asasi tapi orang macam pandang sinis lepas tu cakap "Bajet result tinggi leteeeww.", padahal kau tak de niat nak riak lansung.

Pressure bila tengok result tak seberapa dengan course yang kau nak apply dalam upu.

Pressure bila lebih separuh course dalam upu tu kau nak.

Pressure bila kau nak sambung course ni, mak nak kau sambung course tu, cikgu nak kau sambung course itu, mak ngah sebelah rumah nak kau sambung course itu dan mak cik pak cik nak kau sambung course itu ini.

Pressure bila kau tengah busy fikir masa depan nak ambik course apa, berpuluh-puluh event ntah apa-apa datang, IM yang mengarut dan request pelbagai jenis games yang berjaya spoilkan mood kau.

Pressure bila fikir kat mana kau akan kena campak nanti.




Tekanan sungguh. Argh, takat ni jer update aku untuk hari ni. Eh lupa pulak, Assalamualaikum and Hai dunia. Apa khabar hidup hari ni?

Rujuk kepada Entry ni.

Terima kasih Nabil sebab dah siapkan aku punya doodle. Cun tak? Angguk..angguk. Haha. Sebenarnya aku yang request warna macam tu. Macam tak berapa nak masuk jer kan hijau dengan purple? Buat-buat tak nampak tau. :)

20 comments:

Hakimy Zamri said...

untunglah result hg gempak..nak apply apapon senang paa..semua U nak..HAHA =) fikir secara wisely yaa..semoga berjaya buat pilihan .. jgn stres2..jom singgah blog saya =) ehee *promot

Hakimy Zamri said...

untunglah result hg gempak..nak apply apapon senang paa..semua U nak..HAHA =) fikir secara wisely yaa..semoga berjaya buat pilihan .. jgn stres2..jom singgah blog saya =) ehee *promot

Senorita Ara said...

adik boleh buat solat istikharah untuk mohon petunjuk.. :)

Liyana Izzati said...

@Hakimy Zamri : Mana ada gempak lah. Cukup-cukup makan jer. Serius. Tu lah, tgh fikir nak buat pilihan yang paling best. Hahaha, amboi! Sempat lagi promote kau yerr.

Liyana Izzati said...

@Senorita Ara : InsyaAllah akan saya buat ;) Thanks kak.

ame nurlyana said...

aku saran bila pressure, mg wat2 sawan.. konpem ok punya laa.. haha

Mk Syahir said...

pressure bila ada orang comparekan result kita dengan orang-orang yang lebih gempak =)
-MKS-

kaizen said...

mohon ikot minat... jgn ikot org sbb nnt sendiri merana... yakin dgn pilihan sendiri dan yg paling penting enjoy!!! sbb bler enjoy time blaja bru leh skor...

Fakhrul Haiyin said...

haha. pressure kan weh. aku pom pening nk apply2 bagai. grrrr! HAHA. btw, kau xnak masok matriks kaa weh?

Liyana Izzati said...

@Ame Nurlyana: Haha. Buat-buat sawan? Aku tak pandai berlakon, mg hk terer sekalo. Hahahha. ce ajar..ce ajar.

Liyana Izzati said...

@Hahhaha. Tu lah saya pon pressure jugak kalau ada orang compare macam tu. By the way, thanks la mention kitew dalam entry tuuu. :)

Liyana Izzati said...

@kaizen : ooo, thanks bro :) InsyaAllah. memang tengah buat pilihan ikut minat la ni takut nanti takleh survive kalau pilih course salah. :)

Liyana Izzati said...

@FH : hahaha. Kau nak pressure apa, mintak la mana-mana pon beratur universiti nak ambik kau kot. Tak payah risau la. Matriks? Tak tahu lah wei. Aku risau takut tak boleh survive jer kalau setahun jerk. Aku tk berapa nak mampu bekerja under pressure sebenarnya.

mirmashi94 said...

mmg pressure . hehe . same here laa -.-' . plg x tahan bile ayah sdiri tanya apa beza program A-level ngn twinning program. dushhh ! tampar muka sedirik sebab x tahu ,cmna laa nak apply . hoho :P .

Eera Shera said...

buat pilihan yg terbaik!

[sutera kasih] said...

semoga adik buat keputusan yg baik utk masa depan, akak dulu pun masa nk pilih course, byk bantahan gak..ada yg suruh amik itula inila huhu

Liyana Izzati said...

@Eera Shera : InsyaAllah :)

Liyana Izzati said...

@Sutera kasih : Terima kasih kak. Tu lah pasal. Pening gak kepala nak pilih course mana ni. Hahaha :)

nurul-rasya said...

sesungguhnya aku faham apa yang kau rasa

kekeke

IPG punya web asyik server error je doe.menyampah aku

Liyana Izzati said...

Nurul Rasya : Hahhaa. Tapi aku dah boleh dah. Akhirnya :)