Saturday, March 10, 2012

Apa yang aku buat hari ni?

Photobucket

Assalamualaikum.

Hari ni warna saya purple. Hahha. Baju Giordano RM25 hingit saiz L ( ingat kecik balik rumah besar gedabak ). Maaf la pin bunga besar warna pink tu takde kena mengena pon sebenarnya tapi saja aku nak pakai jugak. Semenjak beli kat Melaka hari tu tak guna-guna lagi. Maafkan toyol kecik kat belakang tu k. 


Hari ni aku nak pergi Kota Bharu sebenarnya. Dah lama tak tengok perkembangan dan kemajuan bandar utama di negeri Kelantan ni ( amboi, kelas ayat kau. ). Haha. Lagi pon aku nak pergi ambik gambar passport sebenarnya. Bukan apa, nanti emergency ke ape ke boleh ambik terus dalam purse. Tak payah susah-susah berkejar ke kedai gambar. Nanti nak masuk University pon mudah. Hehehe.


Lepas aku siap pakai semua, aku melangkah keluar dari rumah PT 583 Kampung Pauh Sembilan, Bachok dengan jayanya. Then umi aku panggil aku sapu lantai tangga. Macam ni lah lebih kurang ayat dia " Eh, eh along nak gi mana tuuu. Acu ambik gak penyapu tu sapuh tangga tu." But well, sebagai anak yang solehah aku tanpa ragu-ragu terus mengambil batang penyapu dan sapu tangga rumah kami dengan bersungguh-sungguh. By the way, kenapa ayat aku macam nak buat karangan BM? Ahh, lantak lah.


Aku harap mak aku bangga bila baca perenggan kat atas tu. Nak jer aku bolt kan. Hehhee. Takleh jadi ni.

Terima kasih kepada adik aku yang ambik gambar ni. Teheee :)

Lepas tu, tiba-tiba umi aku bagi kuci kereta Vios dia. "Nah ambik drive !" I was like " Oh really? Yeaaaa!! "

Aku pon masuk gear reverse terus bawak turun bukit ( Parking rumah aku kena naik bukit dulu ). Hahhaa. Terus lupa nak pakai tali pinggang, check check semua. Mula-mula nervous jugak. Lagi-lagi kena pressure ngan adik aku yang darjah 5 tu kat belakang. Komplain laa konon. Cakap tak nak naik aku drive laa, takut laa. Eh helo? Aku bakal racer F1 Malaysia  kot.

 First time aku bawak Vios umi aku setelah pass test hari Khamis hari tu. Memang aku berani laa bawak kereta takde lesen lagi. Lesen belum siap tapi Arghhh, ada aku kesah?


Sampai kat KB terus pergi kedai gambar. Kejap jer ambik gambar passport lepas tu terus pergi kedai makan. Melantak jer kerja diooo. Waktu tunggu gambar tu siap, kitaorang pergi kat Taman Tengku Anis kejap. Aku rasa sangat jakun sebab sepanjang 17 tahun 11 bulan aku duduk kat Kelantan ni, Taman Tengku Anis pon aku tak pernah pergi. Sebagai orang yang mengaku dia orang Kelantan yang asli dan penyokong Red Warrior yang agak tegar, ini memang memalukan.  Hahhaha.


Tepuk tangan untuk kejakunan diriku ini. Yeaa! Ini dia Taman Tengku Anis.

 Seronok nampak main budak-budak kecik? Tapi sempat lagi posing atas gelongsor korang.


Aku pergi dengan budak ni. Nanti dia janji nak belanja Pizza asalkan aku bawak kereta. Oh best, makan free!

Riang ria kakak. Hehehe.



Mula-mula janji nak turun main sejam jer. Tapi bila cukup limit masa adik aku yang paling kecik, Kakak tak nak balik pulak. Adeeeii. Waktu ni aku terpaksa guna psychology yang amat kuat. Haha. Tapi budak kecik mana makan saman. Terutama yang hyper aktif macam ni. Terus dia mengamuk tak nak balik. Alih-alih, aku kena angkat dia bawak masuk kereta. Berat wooo.


Random photos :

 Perlu ke gambar buat-buat rapat macam ni?

 Aku pinjam selipar orang jer. Serius.

Kesian kakak tunggu kitorang siap tepi longkang rumah. Tapi apa kes seluar takat lutut tapi pakai tudung. Ni yang dipanggil, atas tutup. Bawah terbukak. Ish...ish..ish.


Dah nak balik dah, bye-bye. Lain kali datang lagi taauu. InsyaAllah.


Yea dah siap gambar diriku ini. Hahaha. Belah kanan was taken in 2005, yang kiri is the latest one. Tapi kenapa warna tudung dekat-dekat sama eh?

Itu sahaja update untuk hari ni. Sorry lah, aku cerita macam apa-apa jerr. Thanks sudi baca blog ni. And thanks tu Ardini Izzati sebab ambik banyak gambar aku. Hahahhaha. To Ardini : "I know I'm hot" 

Maaf la yer entry ni banyak bebenor gambar!

p/s : Semalam call Fakhriah, tetiba dengar dia cakap 'Tehee" Hahhaha. Oh, dia baca jugak blog gua. Terharu.

4 comments:

Fakhrul Haiyin said...

nasib kau xdress mcm adk kau tu. haha.

liyana izzati said...

@FH : Hahhaha. Baru kelas gitttuuu~!

hafisvr4 said...

umur berape ni? dah ada lesen belum, hehe

Liyana Ramli said...

suke tgk adik tu, cumill! hehe