Tuesday, February 28, 2012

Nasihat Kepada Bakal Calon SPM.

Photobucket
Assalamualaikum and Hi readers.

Satu masa dulu, angka ini umpama tak tercapai. Satu masa dulu, angka ini tak pernah berada dalam fikiran aku. Tidak ada benda yang dapat aku ucapkan hari ini selain Terima Kasih.

Ramai adik-adik yang mintak aku untuk update tentang topik ni. Tapi selama ni, rasanya aku tak cukup berani untuk menulis tentang topik macam ni. Sebab apa? Sebab aku rasa aku ni takde lah cemerlang sangat. Result exam tu biasanya cukup-cukup makan jer. And aku selalu rasa yang aku ni tak layak nak bagi pandangan or pendapat. Tapi tak tahu kenapa, hari ni aku terfikir untuk update pasal topik ni. Maybe sebab semalam ada orang text aku, cakap dia stress pasal study ape semua. 

Hari ni (malam ni), aku gagahkan jugak kepala otak dan tangan aku untuk berfikri dan menaip selaju mungkin. Selain tu, aku ada jugak tanya pendapat beberapa orang kawan aku yang aku rasa cemerlang dalam pelajaran diorang. So, apa yang aku boleh cakap ialah entry ni ditulis berdasarkan idea and tips banyak pihak k?



So, I hope that this can be an inspiration and motivation to all students all around Malaysia and encourage them to be the best they can be. InsyaAllah.

Kalau aku tanya ramai orang kat luar sana, rata-rata mahu kembali ke zaman kanak-kanak. Boleh main-main, hidup senang-lenang, tidak ada tekanan dan pressure. Tapi sampai bila? Bagi aku, takkan selamanya kita nak bermain jer dalam hidup ni.   Kalau aku diberi peluang untuk undur balik masa, aku mahu berada pada waktu aku baru jer habis result PMR. 

Kenapa aku pilih waktu habis PMR? Sebab waktu tu, aku sedang pilih aliran untuk aku sambung ke tahap yang lebih tinggi. Dan aku rasa kalau waktu ni  kita tersilap pilih aliran, susah untuk kita carry beban dan pressure belajar nanti.

Ni merupakan langkah pertama kepada kejayaan kita pada masa akan datang. Bukan aku nak cakap yang kalau kita tak pilih aliran yang betul, kita gerenti gagal. Tak! Ada jer yang berjaya. Tapi kalau kita pilih aliran yang kita minat. Aku rasa peluang untuk kite berjaya tu lebih cerah bukan?  Belajar pon lebih  seronok.

Contohnya,
Kalau korang minat Biology lebih baik ambik sains tulen/pure science
Kalau korang minat Engineering lebih baik ambik Sains Fizikal.
Kalau minat nak jadi penulis lebih baik ambik sastera dan sebagainya.
Seorang cikgu penah cakap  "Mulakan dengan aliran yang betul. Soal kerja, gaji, semua tu dah ditetapkan. Jangan fikir sangat."



Macam aku sendiri, dari kecik lagi cita-cita aku ialah nak jadi doctor/lawyer. Hajat di hati nak ambik pure science laa. Tapi masa aku Form 3, aku ni memang lemah sangat Matematik. Sampai aku cakap pada diri aku sendiri, kalau PMR aku tak dapat A untuk Math, aku takkan ambik pure Science. Sebab aku takut tak mampu survive untuk Addmath nanti. Tapi Alhamdulillah, dapat jugak A untuk Math masa PMR dulu. Jadi aku ambik pure science. 

Walaubagaimana pun, ada jugak orang yang tak cemerlang masa PMR tapi Alhamdulillah, bila masuk Form 4, form 5 lebih cemerlang. So, sebenarnya semua benda bermula dengan minat dan kesungguhan. Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, InsyaAllah.

Imagine, seorang hamba Allah yang belajar bersungguh-sungguh, berdoa, tawakkal. Takkanlah orang seperti ini Allah tak nak tolong dan tak nak terima doa dia? Kalau mungkin dia tak bernasib baik hari ni, mungkin satu hari nanti dia akan berjaya jugak.

So, bila kita dah pilih aliran yang betul, dah tiba masa untuk kita belajar! Bercakap soal tips belajar memang banyak. Even kalau aku nak senaraikan satu persatu yang ada dalam fikiran aku ni, memang tak tido la aku malam ni. Jadi aku nak share serba sedikit tips yang sempat aku tanya kawan-kawan aku tadi.

So, aku on Facebook and IM few friends. And aku tanya diorang:
"Any study tips, nasihat or petua belajar yang korang amalkan dulu? Tak pon benda yang akan korang buat kalau dapat balik ke masa sebelum SPM"

Ini yang apa akan dapat ringkaskan.

1. Belajar betul-betul masa Form 4 supaya nanti bila Form 5 tak merana. (Suhaily Khaleeda's idea)
Ramai pelajar ingat waktu Form 4 ialah waktu main-main ( aku dulu macam tu jugak). Haha. Bila masuk Form 5 baru nyesal tak habis. Tak sempat nak revise semua topik masa form 4 tambah pulak syllybus form5. Memang sakit kepala sangat-sangat. Sebab aku tak boleh undur balik masa, aku nak nasihat kat adik-adik aku supaya belajar dari awal okay. Jangan nyesal tak sudah nanti.

Suhaily cakap dia nak buat betul-betul masa SPM sebab SPM tak susah mana pon. Aku pon nak buat betul-betul SPM sebab hari tu jawab macam apa jer. Haiyaa.

2. Mesti ada jadual belajar. (K-rul's idea)
Walaupun ada sesetengah orang cakap jadual belajar tak penting. Tapi bagi aku penting jugak sebenarnya. Kalau ada jadual belajar ni, kita akan lebih berdisiplin. Selain tu, bila kita ada jadual belajar mungkin kita dapat manage waktu kita dengan lebih baik kan? So, what are you waiting for? Make a study timetable and stick to it!

3. Lebihkan masa untuk study and kurangkan Tv, Facebook, Phone and etc. (Amy's idea)
Kalau part yang ni, aku sendiri kena ubah dulu. Zaman aku ambik SPM 201l hari tu, aku spent masa aku not less than 3 hours untuk Fb, blog and internet stuff. Imagine, 3 jam woo! Kalaulah 3 jam tu aku gunakan untuk study, agak-agaknya otak aku bergeliga macam mana eh? Bukan tak boleh nak main Facebook ke ape ke cuma perlu seimbangkan dengan pelajaran. Tengok tv tu semua perlu kurangkan. Nanti bila dah habis spm korang tengpok la tv tu sampai ke pagi, online la Facebook sampai ke pagi. Jangan tidur. (Ni yang aku tengah buat sekarang) Hahha.



4. Kalau ada masalah tentang pelajaran cepat-cepat selesaikan (Fatma's idea)
Aku rasa Fatma bercakap berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Aku ngan Fatma ialah dua orang pelajar yang sangat lemah dalam bab-bab mengendalikan nombor. Terutama Addmath, Kalau Math moden tu Alhamdulillah boleh la lagi tahan. Kadang-kadang, aku sendiri tak faham macam mana tambah , tolak, darab dan bahagi boleh jadi begitu complicated untuk aku. Kitaorang dulu setiap kali exam mesti dapat C for Addmath sampai tak tahu nak buat macam mana dah. Mula-mula tak faham satu topik, lepas tu tambah lagi satu, tambah lagi satu. Lepas tu, memang tak dapat diselamatkan lagi. Rasa macam nak give up pon ada. Bila lepas Trial hari tu barulah aku dengan dia buat banyak latihan try to catch up semua topik yang kitaorang tak faham dulu-dulu dan ada jugakbertanya kawan-kawan kalau ada yang tak faham. Barulah kitaorang tahu yang Addmath ni takde lah susah sangat, cuma perlu buat banyak latihan dan InsyaAllah.

"Tips mung nak bagi ko bakal calon SPM gapo?" Aku IM dia kat Facbook tadi.
"Jangan malas nak belajar Addmath" Fatma balas.
"Haha. Tu kita sendiri tak mampu nak buat dulu" 
"Bukan kita tak mampu nak buat tapi kita malas nak buat" -Fatma.


Kawan aku, Hakim Sabri pernah bagitau "Belajar molek, sebab SPM ni penting. Sebab kalu mung berjaya and kaya nanti ramai tino nok ko mung nanti. Dengan kejayaan yang kita ada, kita tak perlu mengejar seseorang itu tetapi dia yang akan mengejar kita."
Pendahuluan dah mantap tapi part "ramai tino nok ko mung" tu memang tak boleh blah langsung bagi aku. Hahaha.

Apa yang aku boleh cakap ialah jangan putus asa dalam apa jua bidang yang kita buat. Gagal tu benda biasa,  yagng penting kita berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Paling penting berdoa dan berusaha, tentang result tu nanti tawakkal la. Tapi aku percaya kalau kita dah berusaha, InsyaAllah kita akan berjaya. Kalau tak berjaya dalam SPM pon jangan risau, mungkin Allah dah sediakan kejayaan yang lebih besar nanti pada masa hadapan. InsyaAllah.

Aku telah tengok macam-macam perangai dan prestasi manusia. Ada yang waktu UPSR, PMR result punyalah mantap straight A tapi bila masuk form 4, form 5 terus leka dan main-main. Akhirnya, gagal.

Aku jugak pernah tengok orang yang result UPSR 3A jer. Tapi rajin belajar, bila form 3 boleh naik kelas pertama. PMR mungkin takde rezeki sebab dapat 6A jer tapi bila dia masuk Form 4, Form 5 memang hebat laa. Rajin tolong orang, kerja sekolah memang siap jer selalu. Top student dan aku pon tabik dengan cara dia belajar yang aku sendiri tak mampu nak buat. Dan aku doakan dia berjaya SPM ni.


Focus and Istiqamah in your studies. InsyaAllah, Allah will help.

Rakan-rakan yang membantu penulisan entry ini :

K-rul Shaffei - Sultan Ismail College (S.I. C)
PMR- 6A
Trial SPM 2011 - 7A and A+ for Addmath.

Suhaily Khaleeda - SMK Zainab 1
UPSR - 4A
PMR- 8A
Trial SPM 2011- Tak sempat nak tanya. But she's genius!.

Hakim Sabri - SMK Bachok
UPSR- 4A.
PMR- 7A
Trial SPM 2011- 7A


Nik Siti Fatma- SMK Bachok
UPSR- 5A
PMR- 9A
Trial SPM 2011- 8A

Ame Nurlyana- SMK Bachok
UPSR- 5A
PMR- 9A

UPSR- 4A
PMR- 8A
Trial SPM 2011- 8A.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi tips, nasihat and petua belajar diorang. Thank you so much. Kami bukanlah pelajar yang hebat, result pon tak seberapa. Result SPM pon belum lagi keluar. Tapi kalau kami boleh undur masa dan berada pada zaman sekolah dulu, ini yang akan kami buat. Sebab menyesal sekarang tak berguna, we make an effort to share all these things untuk adik-adik kami kat luar sana. Kami mungkin sudah terlambat, tapi kalian belum lagi.  :)

Maaf la aku susun ayat macam ape jer kan? hahaha.

Kalau korang ada tips yang lagi bernas, comment and share k! Kalau ada silap kat mana-mana tu, kami mintak maaf banyak-banyak.

"A successful man is one who can lay a firm foundation with the bricks others have thrown at him" - David Brinkley

19 comments:

Fakhrul Haiyin said...

1.kalau xfhm, jumpa & ask cekgu.
2.pling pnting, rajin stadi.
3.jgn lupa doa & solat hajat :D

btw,yg nk spm tu, korbankn la smua yg xpenting tu. xda kjayaan tnpa pgorbanan. hoho ! XD

.........cP~ said...

Yang penting rajin dan berusaha. Kita sendiri dapat tau takat mana kemampuan kita erpandukan keputusan2 sebelum ni. Jangan hilang arah. Kalau hilang arah jadi macam saya, malas. tak dapat straight A's, okay?

++amniey++ said...

wahhh~~~ tenks byk2 sis liyana for dos awesome tips !! xD mmg superb arhh hehe tips2 ni akn amni jdkan panduan 4 SPM, hope evrythin doin well for me :)

saya dewi said...

alhamdulillah banyak nya perkongsian yang berguna kat sini. untuk budak budak SPM aja aja hwaiting ^^

semoga mendapat keputusan yang cemerlang setimpal dengan apa yang diimpikan insyaALLAH. amin :'D

Ali Power said...

hebatnye result. ali dulu byase jd cikgu tusyen math. ble da masuk u ni,bz memanjang.haha

mirmashi said...

tapi betol laa , lau dax laki bijak . ramai tino bkenan punyer . kat sek saya tahun lepas , top student laki woo . sopan , nerd >>> ramai minat XDD . btw , awak sekolah kat ne ? lau sekolah area kelate , asenya saya kenal kott . XDD

mirmashi said...

oops , sorry . baru perasan ade kat bawah tue . lol :P

-nurul fakhriah- said...

one more, jangan kedekut nak share ilmu. sebab ilmu yang dikongsi tu banyak keberkatannya. sampai exam kita akan igt,insyaAllah. lepas tu,buang hasad dengki dalam hati. dengan cara;sntiasa doakan kwn2. :)

liyana izzati said...

@FH : Nasihat kau memang kena ikut kot. Best student tu wooo!

liyana izzati said...

@cP~ : Hahaha,rajin dan berusaha? Ingat.. ingat. Btw, thanks kak :)

liyana izzati said...

@Ali Power : Hahaha. Mana ada tinggi lah.

liyana izzati said...

@saya dewi : InsyaAllah, Thanks sis :)

liyana izzati said...

@mirmashi : Hahaha. Yeke? Tak tahu lah betul tak pendapat kwn saya yang tu. Mcm mengarut jer. Kalau perangai mcm apa, sape yang nak. Adik-adik junior, boleh la kot. :)

Ali Power said...

xnk ngaku,bajet humble letew

liyana izzati said...

@Ali Power : hahaha. Mana ada bajet humble lah bro. Kang aku komen kaw-kaw cakap riak pulak. Haha.

misstrip3a said...

sorry..singgoh blog awok..follow doh...do follow me back ye...sedap baco entry awok ni..

Liyana Izzati said...

@Thanks :)

Kuran said...

Betol lah tuh ,Form 4 aku berhoneymoon tgok skrg ,mcm barai dh nk kejar sillivers fom 5 ,add math pon aku lemah sgd ,bila ckgu aja aku paham sangat ,serius.,bile wat latihan trus blank ,apekah .Fizik kimia bio pulak mmg subjek gila lah ,smpai leh wat aku gila .akhir tahun form 4 pun markah tak bagus betul ,teruk gila. addmath-E bio-G kimia-G fizik-E .Apepon saya sedar lah ,saya blum terlambat lagyh.saya akan berusaha .amin

Yellowishskin said...

Betul tu ,saya masa form 3 sains dapat rendah but still cikgu masukkan dalam pure sns sebab math dapat tinggi lagipun nak penuhkan kuota kelas. Ada hikmahnya. Alhamdulillah saya boleh catch up lah dengan subjek2 sains tu. Usaha kena lebih kan kan.