Sunday, February 26, 2012

Kisah adik beradik aku.

Photobucket


Assalamualaikum readers.

Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Bukan takde masa tapi maybe sebab kurangnya idea untuk menulis kot. Jangan ingat nak update blog ni benda mudah dan boleh main bedal macam kacang kuda jer. Maybe aku sorang je kot rasa macam tu. Hehe. Kalau waktu takde idea macam ni, pendahuluan pon aku dah ambik masa ntah berapa tahun. Kalau nak siapkan satu full entri, hmmm. Tak tahulah.

Tapi time idea mencurah-curah, pergh! Macam ferrari, laju jer tangan ni taip satu satu perkataan. Hidup.

Tahukah anda yang saya sekarang tinggal di KB? Haha. Mesti tak tahu kan? Sebab aku tak pernah cakap kat sape-sape. Hehehe. Bukan apa, memang aku mengaku yang sekarang ni aku ada hal sikit so aku stay kat rumah yang kat KB. Tapi jangan risau, rumah kat Bachok tu rilek jer lagi. Ardinie Izzati dan adik-adik aku yang lain still lagi ada. And aku sendiri janji, bila semua hal dah okay. Aku akan balik sana soon. InsyaAllah.
Sudah 5 hari aku tak jumpa Ardinie Izzati and yang lain.

Cehh, kenapa aku bercakap umpama Bachok dan Kota Bharu jauh sangat ni? Kahkah.

Tapi serius, aku dah rindu semua benda dan semua orang kat rumah tu.

Aku rindu bilik warna Oren,
Aku rindu nak makan nasi guna beras yang kat rumah,
Aku rindu nak minum air sejuk dalam peti kat rumah yang usianya dah sama umur ngan aku.
Aku rindu nak tengok tv kat rumah walaupun selama ni dah berkurun tak tengok,
Aku rindu Abby, Ayin dan Angah.
Aku rindu gaduh dengan Ardinie Izzati hari-hari. *Okay, part ni tak berapa nak rindu sebenarnya. Tapi untuk memantapkan ayat terpaksa diselitkan jugak.*


Semua orang tahu ni bukan bilik aku. Kalau korang percaya ni bilik aku, tak tahulah. Jadi tak payahlah buat muka  kagum sebegitu sekali. Haha.

Benda yang paling best bila aku tak ada kat rumah ialah, adik-adik aku akan ambil kesempatan ni untuk masuk bilik aku, selongkar almari aku, guna bilik air aku dan mungkin jugak tidur di atas katil aku tanpa membasuh kaki terlebih dahulu. Bravo!

Kalau aku ada kat rumah, semua orang tahu mana boleh masuk bilik aku suka hati. Mesti mintak kebenaran. Semua orang dalam rumah tu tahu yang aku tak suka diorang guna bilik air aku. Bukan nak kedekut atau berkira sabun, syampoo atau sebagainya, tapi aku memang macam tu. Bagi aku, dah ada bilik air masing-masing, guna je lah. Aku sendiri tak tahu kat mana aku kutip perangai sengal macam ni. Aku belajar dengan Ardinie Izzati kot. Hehehe.

Sebagai contoh,

Tadi dalam pukul 11 lebih. Sambil aku tengah asyik menonton tibi. Adik aku yang sengal lagi ntah ape-ape telah call aku. Hah? Tak tahu sape? Sape lagi kalau bukan Ardinie Izzati.

Aku tanya dia "What's up bro?" Haha. Tipu jer, saja nak bikin gempak. Gila ke aku nak tanya macam tu. Hahaha.Aku tanya "Gapo mung ni? Tak rajin-rajin call aku." Itu lebih sopan kot.

Dia boleh rilek jer cakap sambil gelak tanpa henti "Wei long, tadi aku terbaca buku mung. Lawak la aku baca sampai guling-guling aku gelak wei. Mg siap boleh cerita pasal kawan-kawan mg, pasal umi , papa. Haha. Aku ingat mg tulis kat blog jer, dalam diari pon ada jugak dih. Bla bla bla."

Aku tak nak certita apa dia cakap sebab aku sendiri malu apa yang aku tulis kat dalam tu. Agak-agak cerita zaman sekolah rendah, aku syok kata sape pon ada dalam buku tu kot. Haiyaa.


Ardinie Izzati and me. Tudung ni je selalu aku ni kan?  Aku memang gila pink sekarang. Nanti nak kawen pelamin, baju kawin semua nak warna pink. Rumah nanti nak warna pink. Kereta warna pink. Ekstreme tak?

Maksudnya, diorang bertiga telah mencipta satu lagi perangai gila iaitu membaca diari zaman tak matang aku.
Tersepit antara malu dan geram. Tapi biasalah manusia cool macam aku ni, buat rilek jer. Buat tak tahu dan cuba deny benda tu seratus juta kali. Budak-budak. Mana nak faham apa kita cakap. * Bajet macam aku ni dah umur 40 jer*

Sekarang ni kalau ikut calculation aku. Bila aku balik rumah nanti mesti kena kutuk kaw-kaw ah. Lagi teruk daripada waktu tak pass test jpj hari tu. Mesti diorang gelak tak henti-henti. Guling-guling dari ruang tamu sampai dapur kot. Hehe.  Nak buat macam mana, sabar je lah. Dah adik-beradik sendiri.

But, one thing yang aku belajar ialah. Bila kita adik-beradik, walau saling kutuk mengutuk sesama sendiri. Walau hari-hari gaduh macam apa lagi. Walau hari-hari ada adegan tarik rambut, cakar mengcakar, ugut mengugut dan sebagainya. Kita akan selalu remain sebagai adik beradik. Dan Alhamdulillah setakat ni, aku bersyukur yang semua 4 orang adik aku masih lagi boleh diharap. Kalau diorang tahu apa-apa rahsia aku,  tak pecah sangat laa. Masih lagi dalam lingkungan kita sesama sendiri.

Walau baik buruk aku, kita masih lagi adik beradik. Kan?

So, dear all my younger sisters. Thank you for always be there through thick and thin. This entry is for you guys back home. Don't miss me too much. And yeah, please keep my room as clean as possible before aku balik kalau rasa tak nak makan penyapu. Seriously.

P/s : Aku anak sulung dan aku ada 4 orang adik perempuan yang sangat sengal dan mereng. Kau hado??
Oh sori, aku takde gambar kitaorang semua. Semua dalam netbook aku. Hehe.

18 comments:

Ali Power said...

kakak garang.haha

mirmashi94 said...

yupp .nobody lehh replace adik-beradik . huk3 . stndard kot anak sulung garang . sama! anak sulung gak . hehe

liyana izzati said...

@Ali Power : Ye lah bro. Dulu aku masa dala perut mak aku, mengidam nak makan daging rimau kot. Haha. Tapi, kalau tak garang. Tak tahulah diorang tu jadi apa. Garang ke? Rasa macam baik, sopan santun je? Haha.

liyana izzati said...

@mirmashi94 : Hahaha. Tengok, ada penyokong. Yea! Hahaha. Anak sulung memang kena garang sikit. Nak ajar adik-adik nanti. Kita ni banyak pulak in common kan?

mirmashi94 said...

betol3 . tanggungjwb besar nk ajar adik2 . lol. lau x garang , nty naik kepala laa dorg =.= . buat sukati aje . hik3 . ye laa :) . kebetulan betol . hehe

Dosh Saleem said...

bagus ang ni.kakak yg garang tapi baek. :D singgah blog ni.nice laa.. :D

liyana izzati said...

@mirmashi94 : Hahaha. Betul-betul. Setuju sangat-sangat. :)

liyana izzati said...

@Dosh Saleem : Hehe. Terima kasih la cakap aku baik. Jarang orang nak puji aku ni. Tetiba sebak je rase. Haha. Terima kasih sudi singgah, nanti datang lagi tau. Bawak sekali kuih-muih, buah tangan. Kihkih. :)

.........cP~ said...

Yes. Sebagai kakak garang itu perlu. Muahaha. Memang lah macam tu. Jumpa je nak gaduh, tapi hakikatnya, dalam hati ada taman.

liyana izzati said...

@cP~ : Betul, setuju sangat. Kalau kat rumah tu hari-hari, setiap saat nakgaduh. Tapi dalam hati, sayang sebenarnya. :)

lovelywa said...

comel je korang dua beradik ni eh..

anif abdullah| AA said...

wahh..cantik bilik dia :D

ame nurlyana said...

haha.. eh, sejak bila bilik mg ubah warna lom.. hehe..

liyana izzati said...

@lovelywa : Terima kasih kak :)

liyana izzati said...

@Anif Abdullah : Hahaha. Bukan bilik saya laah.

@Ame Nurlyana : Hahaha. Memem warna oren pon. Mg mari rumah aku banyak-banyak kali tkleh hafal lagi warna bilik aku dih.

Ardinie said...

hihi .aku rindu jugak nk balohh ngn mu :P

Arol Mubin said...

Gaduh2 tue lah yang akan eratkan lagi hubungan adik-beradik, dan bertambah kasih sayang. Bila dah besar nanti, mesti kelakar teringat kenangan masa kecik2. ;D

liyana izzati said...

@Arol Mubin : Hahaa. InsyaAllah akan semakin erat lepas ni.Amin.